Anda di halaman 1dari 24

JOHOR

2030
DRAF
RANCANGAN STRUKTUR
NEGERI JOHOR

RINGKASAN EKSEKUTIF
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Kata Alu – Aluan Menteri Besar Johor 1

Kata Alu – Aluan Ketua Pengarah 2


PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)

Pengenalan Sistem Rancangan Pemajuan 3

Profil Negeri Johor 5

Prestasi dan Sasaran Terpilih 7

Hala Tuju Pembangunan Negeri Johor 2030 9

Konsep Pembangunan dan Perancangan Spatial Negeri 10


Johor 2030

Pemacu Ekonomi Daerah-Daerah Negeri Johor 11

Hala tuju Strategik dan Strategi Pembangunan RSNJ 12


2030

Projek Berimpak Tinggi Negeri Johor 2030 16

Gambar Rajah Utama Negeri Johor 2030 19

i
KATA ALU-ALUAN

YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN


MENTERI BESAR JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT Program Publisiti


dan Bantahan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri
Johor 2030 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ia memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama dalam usaha


merencana dekad baharu Johor.

Malah, ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan negeri ini terus
membangun dengan kebitaraannya yang tersendiri.

Pembangunan perlu terus dilakukan agar setiap perubahan yang berlaku, baik dari
aspek kemajuan yang dialami mahupun pertumbuhan sosio ekonomi dan
peningkatan kepadatan penduduk, ditangani dengan cara yang terbaik.

Kerancakan dan kepesatan itu mesti diuruskan dengan tata kelola yang mengambil
kira kerencaman yang ada dalam kalangan rakyat, agar perubahan yang dibawa
melestari dan memakmurkan.

Justeru, penglibatan semua pihak termasuk sektor awam serta pada pemegang
taruh dalam memberi maklumbalas berkenaan draf ini amat dialu-alukan. Ini
terutamanya bagi memberi cadangan penambahbaikan kepada hala tuju dan
strategi pembangunan yang telah digariskan.

Semoga program ini dapat memberikan insights serta sudut pandang yang terbaik
dalam kita membentuk masa depan yang terbaik untuk Johor dan sekalian isinya.

Sekian, terima kasih.

MOHAMED KHALED BIN NORDIN

1
KATA ALU-ALUAN

YBrs. TPr HAJAH ROKIBAH BT ABDUL LATIFF


KETUA PENGARAH PLANMALAYSIA

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia
Salam Negaraku Malaysia

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah Subhana Wata’alla, dengan


keizinanNya PLANMalaysia telah berjaya sehingga ke peringkat Publisiti
dan Bantahan Awam bagi menyediakan Kajian Semula bagi Draf
Rancangan Struktur Negeri Johor 2030. Setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa memberi
komitmen, kerjasama dan sokongan yang padu untuk membolehkan Draf
Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 disiapkan dan dipamerkan untuk
orang awam khususnya kepada rakyat Negeri Johor.

Program publisiti ini dilaksanakan selaras dengan peruntukan Seksyen 9 (1)


Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang
memperuntukkan hak-hak orang awam agar dapat meneliti dan memberi
maklumbalas terhadap draf dan cadangan-cadangan strategi pembangunan
Negeri Johor sehingga 2030. Ianya juga adalah selaras dengan pendekatan
TN50 yang diperkenalkan melalui bajet 2017, dimana kaedah ‘bottom-up’
yang mengumpul input, pandangan serta maklum balas daripada rakyat
ditekankan dengan objektifnya untuk membentuk sebuah negara yang
memenuhi aspirasi penduduknya.

Justeru, program publisiti bagi menyediakan Kajian Semula bagi Draf


Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 ini diharapkan dapat memenuhi
aspirasi dan hasrat Kerajaan Negeri melalui pembentukan matlamat kajian -
“Johor Berkemajuan dan Sejahtera Disokong Pertumbuhan Saksama,
Berasas Kebitaraan Daerah, Berarusperdanakan Kelestarian &
Berpaksikan Rakyat”. Adalah diharapkan, dengan berkat muafakat,
kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, program ini dapat memperjelas
dan menajamkan hala tuju pembangunan negeri ini dan seterusnya
merealisasikan Negeri Johor yang dinamik, berdayahuni dan lestari.

Sekian, Wabilaahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh. Terima kasih.

TPr ROKIBAH BT ABDUL LATIF

2
PENGENALAN SISTEM RANCANGAN PEMAJUAN

• Satu dokumen
rancangan pemajuan
yang merumuskan
dasar-dasar strategik
bagi menentukan arah
RANCANGAN tuju pemajuan fizikal
FIZIKAL NEGARA dan pemuliharaan bagi
seluruh Malaysia.

• Satu dokumen
rancangan pemajuan
Akta Perancangan Bandar Dan Desa, (Akta 172) yang mengemukakan
strategi, dasar dan
cadangan-cadangan am
sebagai garis panduan
Rancangan Pemajuan RANCANGAN
dalam pemajuan dan
pengunaan tanah
STRUKTUR secara keseluruhan
Bahagian III, Akta Perancangan Bandar dan bagi sesebuah negeri
Desa 1976, Akta 172 memperuntukan
penyediaan Rancangan Struktur Negeri untuk
melengkapkan sistem perancangan fizikal
negara dan menterjemahkan dasar-dasar • Satu dokumen
Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke peringkat rancangan pemajuan
Negeri Johor. Sistem rancangan pemajuan di yang mengandungi
Malaysia di bahagikan kepada empat peringkat. cadangan-cadangan
yang lebih terperinci
mengenai aktiviti
RANCANGAN pemajuan dan
Rancangan Struktur TEMPATAN penggunaan tanah bagi
sesebuah daerah.
Menurut Subseksyen 8(3), Akta 172, Rancangan
Struktur Negeri adalah suatu pernyataan bertulis
yang menerangkan dasar-dasar dan cadangan • Satu dokumen
strategik peringkat negeri berkenaan dengan rancangan pemajuan
pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan yang disediakan bagi
bandar dan luar bandar termasuklah langkah- kawasan yang
langkah untuk : – mempunyai kepentingan
khusus kepada PBPT
RANCANGAN dalam masa yang
 Memperelok lagi alam sekitar daripada segi KAWASAN KHAS singkat untuk tujuan
fizikal; pelaksanaan.

 Memperelok lagi perhubungan dan


pengurusan lalu lintas;

 Meningkatkan tahap kesejahteraan, sosio-


ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan
ekonomi; dan melaksanakan pembangunan Fungsi Rancangan Struktur
yang lestari;
 Menterjemahkan dasar-dasar Rancangan
 Mengandungi perkara-perkara lain yang Fizikal Negara dalam perancangan
ditetapkan atau yang ditentukan oleh pembangunan fizikal negeri;
Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan
Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)  Mewujudkan perancangan yang bersepadu di
dalam sesuatu kes tertentu; dan peringkat negeri;

 Menyatakan pertalian antara cadangan-


cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan  Memandu arah pembangunan fizikal negeri;
tanah di negeri-negeri yang bersempadan
dengannya yang dijangka mungkin menyentuh  Mengurangkan ketidakseimbangan
negeri itu. pembangunan spatial negeri (inter-states
disparities); dan

 Memenuhi peruntukan Akta 172.

3
Keperluan Kajian Semula RSN Johor 2020

Rancangan Struktur Negeri Johor (RSNJ) 2020


1 telah diwartakan pada 3 Januari 2008 & akan
berakhir pada tahun 2020.

Kepesatan pembangunan
2 negeri menyebabkan data &
unjuran pertumbuhan tidak
lagi relevan.
Draf RSNJ 2030

3 Kewujudan Wilayah Iskandar Malaysia (IM) dan


pembentukan Daerah Tangkak dan Kulai.

4 Keperluan menyelaraskan pelan-pelan perancangan


dan pembangunan di peringkat negara dan negeri.

Pencapaian Rancangan Struktur Negeri Johor 2020

Warta No. 1 J.P.U 1 Jil. 52. Dasar Am Langkah/ Siap Peringkat Peringkat
Program Dilaksana Pelaksanaan Perancangan

Proses Penyediaan Rancangan Struktur Negeri Johor 2030


Proses penyediaan RSNJ 2030 melibatkan empat (4) peringkat :
PERINGKAT 3

PERINGKAT 2 PERINGKAT 4
Penyediaan Laporan Kelulusan dan
Tinjauan dan Pewartaan Rancangan
Penyertaan Awam Struktur

Mobilisasi –
Penyediaan Kertas Penyediaan Draf
Cadangan dan Terma Rancangan Struktur
Rujukan Kajian Semula

Kandungan Utama Laporan Draf RSN Johor 2030

Profil Negeri, Rangka Kerja Hala tuju


Isu Strategik Dasar-dasar Perancangan dan
Pengenalan
Pembangunan dan Perancangan Pembangunan
Unjuran Negeri Johor

Hala tuju dan


Pembangunan Sasaran
Strategi Projek Berimpak
Strategik Johor Pencapaian RSNJ
Pembangunan Tinggi Johor 2030
2030 2030
Negeri Johor

4
PROFIL NEGERI JOHOR

Kawasan Rancangan Struktur Negeri Johor (RSNJ) 2030 meliputi keseluruhan negeri yang mempunyai
keluasan lebih 1.92 juta hektar, iaitu negeri yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia selepas
Negeri Perak dan Pahang. Negeri Johor terbahagi kepada 10 daerah, dengan 103 mukim dan ditadbir
oleh 16 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pentadbiran Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan

JOHOR BAHRU SEGAMAT

KULAI PONTIAN

BATU PAHAT KOTA TINGGI

MUAR MERSING

JOHOR BAHRU

KLUANG TANGKAK

Sumber : Draf Rancangan Struktur Negeri Johor 2030.

Majlis Bandaraya Johor Bahru Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Majlis Perbandaran Pasir Gudang Majlis Perbandaran Kulai

Majlis Perbandaran Batu Pahat Majlis Perbandaran Muar Majlis Perbandaran Kluang Majlis Perbandaran Segamat

Majlis Daerah Pontian Majlis Daerah Yong Peng Majlis Daerah Simpang Renggam Majlis Daerah Labis

Majlis Daerah Kota Tinggi Majlis Daerah Mersing Majlis Daerah Tangkak PBT Pengerang

Pentadbiran dan Penduduk

1,920,885 hektar keluasan Negeri Johor. 1.5% Kadar purata pertumbuhan penduduk.

10 Daerah dan 16 Pihak Berkuasa Tempatan. 4.0 orang per isi rumah (saiz purata).
3.61 juta penduduk. 189 orang per km per segi.

5
Aset Semulajadi Negeri Johor

Negeri Johor amat kaya dengan sumber semulajadi yang sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai
produk pelancongan. Disamping kemajuan pembangunan yang dikecapi, pengurusan dan pemuliharaan
aset-aset semulajadi ini akan diberi perhatian bagi memastikan kelangsungannya untuk generasi akan
datang.

Tapak RAMSAR dan Taman Negara Johor

Antara aset-aset semulajadi yang penting di


negeri Johor ialah Tapak RAMSAR. Daripada
5 tapak RAMSAR di Malaysia, 3 terletak di
Negeri Johor iaitu Tapak RAMSAR Tanjung
Piai, Sungai Pulai dan Pulau Kukup. Johor Taman Negara Endau Rompin
juga mempunyai 5 buah Taman Negara Johor
iaitu Taman Negara Endau Rompin (TNER)
Peta dan TNER Selai, Taman Negara
Gunung Ledang, Taman Negara Pulau Kukup
dan Taman Negara Tanjung Piai.
Pokok Bakau: Tapak Ramsar Sungai Pulai

3 Kawasan Berkepentingan Burung

Johor juga menjadi tempat persinggahan burung


bermigrasi antaranya ialah di Taman Negara
Endau Rompin, Hutan Lipur Gunung Panti dan
Pantai Barat Daya Batu Pahat.

Contoh kawasan berkepntingan burung (IBA).

Kawasan Perlindungan Hidupan Liar

Johor mempunyai 3 kawasan yang diisytiharkan


sebagai kawasan perlindungan hidupan liar
iaitu Rizab Hidupan Liar Endau Kluang, Endau
Kota Tinggi dan Segamat dan 1 lagi bakal siap
iaitu Santuari Gajah di Panti.
Contoh kawasan perlindungan hidupan liar

Persisiran Pantai

Johor mempunyai pantai berjumlah 492 km


panjang. Sebahagian dari pantai yang panjang ini
mengalami hakisan akibat proses semulajadi
pantai, ancaman kenaikan paras laut dan aktiviti
pembangunan disepanjang persisiran pantai yang
mengganggu keseimbangan dinamik pantai.
Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.

38 Hutan Simpanan Kekal dan 20 Lembangan Sungai

Sebanyak 38 Hutan Simpanan Kekal dan 20


lembangan sungai seperti sungai Muar serta aset-
aset semulajadi lain, membentuk suatu ekosistem
yang saling bergantungan untuk kelestarian
sumber semulajadi Negeri Johor.

Hutan Simpanan Kekal Ledang Lembangan Sungai Muar

6
PRESTASI DAN SASARAN TERPILIH
PERTUMBUHAN DINAMIK DAN SEIMBANG SISTEM PERHUBUNGAN PENGANGKUTAN DAN
KONURBASI SELATAN DAN INFRASTRUKTUR BERTARAF ANTARABANGSA
LUAR KONURBASI SELATAN

Sasaran Penduduk Pewartaan & Pengawalan Empangan


dan Tadahan Air Primer
2030 2030
6.22 Juta Penduduk
100 % - Mencapai 100%
kawasan empangan /tadahan air
2015 3.61 Juta Penduduk primer diwarta dan/atau dikawal
sepenuhnya
Kadar Penghunian Ruang Lantai 2015 18.5 % - kawasan empangan/
Perdagangan tadahan air diwartakan
2030 Perjalanan Rel
90% Kompleks membeli belah Kuala Lumpur – Johor Bahru
90% Bangunan pejabat binaan khas
2030
2015 74.8% Kompleks membeli belah 1.5 jam - Pengurangan masa
75.4% Bangunan pejabat binaan khas perjalanan kepada 90 minit

Pembinaan Rumah Mampu Milik


2015 5.5 – 7 jam
Berbanding Kelulusan Antara 5 ½ jam hingga 7 jam
2030 masa perjalanan rel

70% rumah mampu milik telah Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW)
dibina berbanding kelulusan
2030
2015 14.2% rumah mampu milik telah 20% - Pengurangan kehilangan air
dibina berbanding kelulusan tidak berhasil.

2015 25.4% kehilangan air tidak berhasil


KDNK Per Kapita Negeri Johor
Buffer Lebihan Air
2030
RM 41,500 - Johor dijangka akan
mencapai status Negeri maju pada
2030
tahun 2028 dengan peningkatan 15 % - Peningkatan buffer
KDNK per kapita sebanyak 1.5 kali lebih lebihan air
tinggi. 2015 10% Buffer lebihan air
2015 RM 27,390 Nilai KDNK

Sasaran Modul Pengangkutan Awam


Peluang Pekerjaan

2030 2030
2.9 Juta Peluang Pekerjaan 40% Konurbasi Selatan
Sasaran janaan peluang perkerjaan 30% Luar Konurbasi Selatan
sebanyak 2,905,806
2015 8% Konurbasi Selatan
2015 1.6 Juta Pekerjaan 4% Luar Konurbasi Selatan
peluang perkerjaan dari pelbagai sektor
sebanyak 1,584,192

Syer Penduduk Bukan Warganegara Kelajuan Internet Broadband

2030 2030
<15 % Penduduk bukan warganegara 100 mbps Peningkatan kelajuan
HSBB
2015 <8 % Penduduk bukan warganegara 2015 10 mbps kelajuan High Speed
Broadband (HSBB) dibandar-
Status Perbandaran bandar besar dan kawasan
strategik.
2030
Bandar Global
Johor Bahru - Iskandar Puteri
2015 Bandar Wilayah

7
PRESTASI DAN SASARAN TERPILIH
KESEJAHTERAAN DAN KELESTARIAN TADBIR URUS MANTAP DAN BERDAYA SAING
NEGERI JOHOR

Litupan Kawasan Berhutan Transformasi


Pihak Berkuasa Tempatan
2030 2030
25% - litupan kawasan hutan dari
Penaiktarafan semua PBT dalam
keluasan Negeri Johor
Konurbasi Selatan kepada
(selari dengan Dasar Kelestarian
Dewan / Majlis Bandaraya / Majlis
Johor)
Perbandaran
2015 23.6% - litupan kawasan hutan dari
keluasan Negeri Johor 2015 1 Majlis Bandaraya
6 Majlis Perbandaran
Kualiti Air Sungai Lembangan Sungai 8 Majlis Daerah
Berstatus Air Bersih Dengan IKA >80 1 Lembaga Bandaran
(2017- dinaik taraf sebagai PBT
2030 Pengerang)
40% - 10 lembangan sungai
berstatus air bersih
Pemantauan Rancangan Struktur
Negeri Johor
2015 22% - 6 lembangan sungai
berstatus air bersih 2030
Berterusan
Kawasan Hakisan Pantai Pemantauan berterusan dengan
kepatuhan tinggi

2030 2015 Tiada Pemantauan


Hakisan tahap 1 hingga 3 Tiada Pemantauan perlaksanaan
dijalankan

2015 Hakisan tahap 1 hingga 5


Pelaksanaan Projek Berimpak Tinggi
Berkepetingan Negeri
Pelepasan karbon CO2
2030
2030 70%
2,200 CO2- Penurunan Projek Berimpak Tinggi telah
pelepasan karbon dilaksana dan dalam pelaksanakan

2015 Tiada Projek Berimpak Tinggi


2015 2,500 CO2 – Jumlah dikenalpasti
pelepasan karbon

Pembentukan Think Tank Negeri


Integrated Shoreline Management
Plan (ISMP)
2030
2030
ISMP meliputi keseluruhan 1 – entiti think tank telah
negeri beroperasi secara berkesan

2015 Tiada – Tiada entiti think tank


2015 1 – ISMP di pantai barat diwujudkan lagi
sahaja.

Bilangan Koridor CFS Tahap Kritikal Mesyuarat Pemantau RSN Johor

2030 2030
1 CFS – Tahap kritikal dikurangkan 2 kali – mesyuarat diadakan 2
kali setiap tahun

2015 3 CFS – Tahap Kritikal 2015 Tiada

8
HALA TUJU PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR

Visi Johor 2045


RSN Johor mencadangkan pernyataan visi negeri jangka panjang melebihi 30 tahun, sebagai
panduan arah tujuan dan sasaran melangkaui 2045 iaitu:
“Johor Kuasa Ekonomi Negara dan Serantau”

Matlamat Pembangunan Negeri Johor 2030

“ Johor Berkemajuan dan Sejahtera disokong Pertumbuhan Saksama, Berasas


Kebitaraan Daerah, Berarusperdanakan Kelestarian dan Berpaksikan
Kesejahteraan Rakyat ”
Objektif Pembangunan Negeri Johor:
Untuk melonjak pertumbuhan spatial dan ekonomi yang strategik dan lestari, secara transformatif
ke arah NEGERI BERKEMAJUAN DAN SEJAHTERA, mengangkat negeri sebagai kuasa
ekonomi utama di Malaysia dan kekal berdaya saing di persada dunia

Untuk memastikan kepentingan, MUAFAKAT dan suara hati rakyat sentiasa menjadi agenda
utama Negeri Johor dalam pembangunan komuniti untuk kehidupan yang sejahtera, inklusif
dan berkualiti.
Untuk mengarusperdanakan KELESTARIAN NEGERI melalui pemeliharaan aset semulajadi
dan warisan tradisi budaya rakyat Johor yang tidak ternilai, berdaya tahan mendepani cabaran
perubahan global serta menerapkan konsep-konsep pembangunan mampan seperti tenaga
boleh diperbaharui dan komuniti rendah karbon.
Untuk memperkukuhkan PERTUMBUHAN YANG SEIRING antara daerah-daerah Konurbasi
Selatan dan luar Konurbasi Selatan berlandaskan KEBITARAAN SETEMPAT bagi mendokong
pembangunan spatial negeri yang lestari.

Teras Perancangan

Pertumbuhan Dinamik dan Sistem Perhubungan Kesejahteraan dan Tadbir Urus Mantap
Seimbang Konurbasi Selatan Pengangkutan dan Infrastruktur Kelestarian Negeri dan Berdaya Saing
dan Luar Konurbasi Selatan Bertaraf Antarabangsa Johor

Matlamat Perancangan Spatial Negeri Johor 2030


“ Pembangunan Dinamik Negeri Johor yang Berdaya Huni melalui Perhubungan
Wilayah, Bandar dan Desa yang Simbiotik dan Seimbang, Pemeliharaan Aset
Semulajadi serta Pengurusan Persisiran Pantai secara Lestari melalui
Penggunaan Tanah secara Optimum ”

Penggunaan
tanah optimum

Pembangunan
dinamik dan
berasaskan Pengurusan dan
kebitaraan pemeliharaan aset
Bandar dan desa yang semulajadi
simbiotik dan berdaya
huni
Perhubungan
Wilayah dan
Objektif Negeri bersaling
Pembangunan Spatial hubungan

9
KONSEP PEMBANGUNAN SPATIAL
NEGERI JOHOR 2030
Perancangan Spatial Konurbasi Selatan dan Luar Konurbasi Selatan

Konsep Pembangunan Negeri Johor menekankan


kepada input - output simbiosis antara konurbasi Konsep
dan luar konurbasi. Mod pengangkutan bersaling Pembangunan
Konurbasi Selatan
hubungan dan rangkaian jalan yang baik serta
pembangunan perbandaran yang seimbang Konsep
diagihkan ke daerah-daerah luar Konurbasi Selatan. Pembangunan
Wilayah Luar
Konurbasi
Selatan

Petunjuk

Konsep Pembangunan Spatial

10
PEMACU EKONOMI DAERAH-DAERAH NEGERI JOHOR
Perkembangan wilayah-wilayah berasaskan kepada kekuatan sektor ekonomi semasa dan kebitaraan
daerah yang didokongnya. RSNJ 2030 menyambut perancangan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri
Johor 2020 sehingga tahun perancangan 2030.
Penyenaraian sektor ekonomi daerah berdasarkan faktor berikut :
a) Sektor ekonomi utama dan sokongan daerah sama ada sektor primer, sekunder ataupun tertiari.
b) Sektor ekonomi baru (emerging sector) bagi daerah terlibat dari projek-projek dalam perancangan.
c) Peranan yang dimainkan oleh sesuatu sektor kepada daerah, sama ada peranan utama (sektor
utama) ataupun peranan sokongan.

Kebitaraan Daerah

JOHOR BAHRU: Asia’s Home for Business KULAI: Moving Forward to be Global Economic Hub

Ekonomi Utama Ekonomi Sokongan Ekonomi Utama Ekonomi Sokongan


Sektor Tertiari Sektor Sekunder Sektor Tertiari SektorSekunder
Perdagangan dan perniagaan Industri Halal, Pembuatan: produk Perniagaan Teknologi maklumat dan komunikasi
antarabangsa: perkhidmatan, kimia, plastik, logam, elektrikal Logistik (termasuk Pusat Data)
runcit, logistik, pergudangan dan elektronik, pemprosesan Pembuatan: elektrikal dan elektronik,
penjagaan kesihatan dan makanan, industri kreatif (baru) bio-teknologi, Industri Aero-angkasa
perubatan Industri robotik (baru)

BATU PAHAT: Manufacturing & Processing Nucleus MUAR: Aspiring Hub for Talent & Knowledge
Ekonomi Utama Ekonomi Sokongan Ekonomi Utama Ekonomi Sokongan

Sektor Tertiari Sektor Primer Sektor


Tertiari Sektor Sekunder Sektor Tertiari Sektor Primer
Tekstil dan Pakaian Pertanian (buah- Perkhidmatan
Pembuatan perabot, Pendidikan tinggi Pertanian:
Pemprosesan Makanan buahan dan sayuran) kewangan
pembuatan ringan, dan penyelidikan nurseri
Asas Pertanian Pelancongan (emerging)
elektrikal dan Pelancongan
Pembuatan ringan: Makanan (industri warisan
elektronik
perabot asas pertanian)

KLUANG: Growing with the Land SEGAMAT: Agricultural Powerhouse


Ekonomi Utama Ekonomi Sokongan
Ekonomi Utama Ekonomi Sokongan
Sektor Sekunder Sektor Primer Sektor Tertiari
Sektor Sektor
Industri Pertanian bio-teknologi Pelancongan agro SektorPrimer
dan eko Sekunder Tertiari
berasaskan dan pertanian komoditi
sumber tempatan (kelapa sawit) dan pelancongan
cash crops (Bandar Gateway Hub Pertanian Negeri - Industri bio- Eko
TNER) komoditi, buah-buahan, teknologi pelancongan
penternakan, akuakultur Industri asas hasil - TNER Selai
pertanian
PONTIAN: Southern Sanctuary
Ekonomi Utama Ekonomi Sokongan KOTA TINGGI: The Historical District…
Bermulanya di sini 1528
Sektor Primer Sektor Sekunder Sektor Tertiari
Ekonomi Utama Ekonomi Sokongan
Aktiviti perikanan Pembuatan ringan: Eko pelancongan -
dan marin pemprosesan TN Tg. Piai dan TN SektorSekunder Sektor Primer Sektor Tertiari
Pertanian (buah- makanan, bangunan Kukup, Ramsar Sg.
buahan dan dan bahan-bahan Pulaui Minyak dan Pertanian Pelancongan pantai,
sayuran) industri yang lain Gas Hiliran (pertanian komoditi) eko, pelancongan
(PIPC) dan bio-teknologi warisan, kesihatan
pertanian (baru), pendidikan dan
MERSING: Naturally Splendid Aktiviti perikanan Kemahiran (baru)
dan marin

Ekonomi Utama Ekonomi Sokongan

SektorTertiari Sektor Sekunder Sektor Primer TANGKAK: Crossroad of Culture & Adventure
Eko pelancongan Industri bio- Aktiviti perikanan, Ekonomi Utama Ekonomi Sokongan
TNER Peta dan teknologi marin dan padi
Taman Laut Sultan Industri asas hasil (Periuk Nasi SektorTertiari SektorPrimer
Iskandar pertanian Endau - Rompin)
Pelancongan Lifestyle dan pelancongan Pertanian: cash crops
- (sayur-sayuran) dan padi
kesihatan (baru) pengembaraan (TN Hutan
Legenda) (Periuk Nasi Selatan)

11
HALATUJU STRATEGIK DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
RSNJ 2030

Hala Tuju, Strategi dan Inisiatif Pelaksanaan

33 77 428

HALATUJU STRATEGIK STRATEGI PEMBANGUNAN INISIATIF PELAKSANAAN

Pertumbuhan Dinamik dan Seimbang Konurbasi Selatan dan Luar Konurbasi Selatan

20 Halatuju Strategik 44 Strategi Pelaksanaan 257 Inisiatif Pelaksanaan

Pengantarabangsaan Negeri Johor melalui pengiktirafan dan penggemblengan agenda


pengantarabangsaan yang memfokuskan 29 indeks pengantarabangsaan yang
RSJ 1 berteraskan komuniti, kelestarian dan kemakmuran ekonomi dan perniagaan.

Pengukuhan kerjasama serantau dan negeri berjiran antara multi-lateral Johor dan
wilayah SIJO KEPRI dan antarabangsa melalui projek keutamaan negara seperti Rel
Berkelajuan Tinggi (HSR) dan juga pengurusan sumber antara negeri bersempadan
RSJ 2 melalui rundingan strategik dan Jawatankuasa Perancang Wilayah.

Ekonomi Johor berdaya saing dan berdaya tahan bagi mencapai dan mengekalkan kadar
pertumbuhan ekonomi yang tinggi mengikut kebitaraan daerah masing-masing.
RSJ 3

Pertumbuhan penduduk mampan bagi mencapai sasaran penduduk seramai enam (6) juta
orang menjelang 2030.
RSJ 4

Pengurusan kependudukan bukan warganegara secara efisien dengan sasaran syer


bukan warganegara tidak melebihi 15%.
RSJ 5

Pengurusan persekitaran yang mesra masyarakat menua dengan menerapkan keperluan


dalam pembangunan termasuklah aspek mobiliti, aksesibiliti dan kebajikan.
RSJ 6

Pertumbuhan seiring dan bersimbiotik bandar dan luar bandar di pandu oleh Gambar
Rajah Utama Johor 2030 dengan keutamaan pembangunan fokus kepada lima sub-
RSJ 7 wilayah negeri.

Peningkatan daya saing kawasan Konurbasi Selatan melalui pembangunan berterusan


International Metropolis Dual Nucleus iaitu Bandaraya Johor Bahru – Iskandar Puteri
RSJ 8 kepada status Bandar Global.

Pengukuhan fungsi dan daya saing pusat- pusat daerah dan bandar luar konurbasi yang
bersesuaian dengan hierarki yang dicadangkan dengan sokongan kemudahan
RSJ 9 infrastruktur dan aktiviti ekonomi yang setaraf dengannya.

Rejuvenasi daya huni dengan melengkapkan kemudahan di Pusat Pertumbuhan Desa dan
kampung-kampung pinggir bandar serta memperkasakan ekonomi desa dengan
RSJ 10 persekitaran desa lestari melalui transformasi FELDA dan perkampungan orang asli.

12
… sambungan

Pertumbuhan Dinamik dan Seimbang Konurbasi Selatan dan Luar Konurbasi Selatan

Pengiktirafan dan pengantarabangsaan Negeri Johor melalui warisan sejarah, warisan


bandar dan budaya bangsa Negeri Johor dalam mencapai aspirasi “Johor Sebagai Pusat
RSJ 11 Tamadun Melayu Antarabangsa”.

Kemampanan bekalan sumber agro-makanan, bekalan daging dan sumber ikan melalui
pengekalan tanah pertanian seperti di luar kawasan kawasan jelapang padi, membangun
lebih banyak TKPM dan TKMO, menggunakan pendekatan teknologi moden seperti
RSJ 12 urban farming, serta meningkatkan kawasan pasaran dan naiktaraf infrastruktur aktiviti
pendaratan hasil ikan marin dan akuakultur.

Kemampanan pembangunan tanaman industri dan komoditi melalui pengekalkan


kawasan tanaman industri di luar kawasan perbandaran yang diusahakan serta
RSJ 13 menggunakan kaedah pengurusan moden dan berproduktiviti tinggi.

Pengusahasilan hutan dan pengeluaran hasil bumi secara lestari melalui kepelbagaian
aktiviti seperti eko-pelancongan, aktiviti penyelidikan dan penanaman semula pokok
RSJ 14 hutan, serta pengawalan terhadap pembukaan baru kawasan lombong.

Pemerkasaan industri pembuatan dan penerokaan industri baru melalui pembentukan


kluster berdasarkan koridor industri setiap daerah dan penyediaan insentif kepada
RSJ 15 pelabur baru serta mewujudkan new emerging industries seperti industri kreatif dan ICT.

Pembangunan perdagangan yang dinamik dan berdaya saing berasaskan fungsi dan
peranan pusat bandar yang juga berdasarkan kebitaraan dan potensi daerah antaranya
program rejuvenasi bandar dan juga urban renewal selaras dengan konsep adaptive
RSJ 16 reuse serta menggalakkan pelaburan dalam perkhidmatan dan produk-produk
berjenama.
Pelancongan bernilai tinggi dan pengurusan pelancongan mampan melalui pengukuhan
koridor pelancongan negeri, pengiktirafan produk-produk bertaraf antarabangsa seperti
RAMSAR dan Geopark dan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan
RSJ 17 selain penyediaan pelan pengurusan pelancongan mampan untuk produk eko dan
warisan.
Perumahan yang mencukupi dan berkualiti dengan kemudahan yang lengkap dan
persekitaran yang kondusif berteraskan keperluan golongan yang memerlukan seperti
golongan B40 dan M40, serta mengekalkan Dasar Perumahan Rakyat Johor dan Projek-
RSJ 18 projek perumahan rakyat.

Penawaran kemudahan masyarakat berkualiti, lengkap dengan perkhidmatan terbaik


yang mencukupi mengikut keperluan penduduk dan juga memfokuskan kepada
pembangunan hab kesihatan, hospitaliti dan ilmu pengetahuan diperingkat antarabangsa
RSJ 19 selaras agenda pengantarabangsaan Johor dan visi Johor H3 (Johor Healthcare and
Hospitality Hub).
Penyediaan kawasan lapang yang berkualiti dan pelbagai bagi memenuhi keperluan
penduduk dengan sasaran nisbah penyediaan 1,000 orang penduduk bandar per hektar
RSJ 20 kawasan lapang serta pewartaan segera kawasan lapang sedia ada.

Taman Perindustrian I-Park di Johor Bahru -


Ilustrasi Perumahan Awam Aktiviti Urban Farming Pulau perindustrian hijau
konsep

13
Sistem Perhubungan Pengangkutan dan Infrastruktur bertaraf Antarabangsa

6 Halatuju Strategik 21 Strategi Pelaksanaan 92 Inisiatif Pelaksanaan

Jaminan bekalan air bersih dan dipercayai melalui pemuliharaan sumber air seperti sungai,
tasik, empangan dan kawasan tadahan hujan sedia serta peningkatan bekalan dan liputan
RSJ 21 air bersih dan penerokaan bekalan air alternatif dengan membina empat telaga tiub di
kawasan Mersing dan Kota Tinggi.

Risiko bencana banjir diminimakan melalui pengurusan kawasan banjir secara bersepadu
merangkumi perancangan kawasan berisiko banjir, pengurusan lembangan sungai
RSJ 22 bersepadu, pelan induk saliran bandar dan rancangan tebatan banjir bagi seluruh negeri
Johor.

Penyediaan perkhidmatan infrastruktur dan utiliti bagi memenuhi permintaan pengguna


seperti:
i. Pembekalan tenaga elektrik yang cekap dan dipercayai secara menyeluruh dari rentis
RSJ 23
talian penghantaran TNB 132kV, 275kV dan 500kV dan mengenalpasti tenaga yang boleh
diperbaharui;
ii. Perluasan penggunaan sistem pembetungan dan loji enapcemar berpusat dengan
keutamaannya di kawasan Konurbasi Selatan dan Pusat Perbandaran Utama yang
berkependudukan tinggi.

Pengukuhan kemampuan pelabuhan-pelabuhan untuk terus berdaya tahan di dalam arus


perdagangan dan berdaya saing untuk memacu pertumbuhan ekonomi seperti Pelabuhan
RSJ 24 Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pengerang (baru) dan Terminal Jeti
Tanjung Langsat, serta pengukuhan fungsi dan peranan Lapangan Terbang Antarabangsa
Senai dan Mersing sebagai lapangan terbang yang penting di Malaysia dan persada
antarabangsa.

Memperlengkapkan sistem rangkaian perhubungan dan pengangkutan dengan pengukuhan


RSJ 25 jaringan dan kesalinghubungan (connectivity) antara wilayah dan antara mod pengangkutan
melalui rangkaian jalan raya, lebuh raya, rel, sistem pengangkutan laut dan pengaktifan
padang terbang sedia ada.

Penyediaan perhubungan dan pengangkutan awam yang saling berhubungan dan


menyeluruh dengan pecahan mod pengangkutan awam : persendirian di dalam Konurbasi
RSJ 26 Selatan iaitu 40:60 pada tahun 2030 dan Pecahan mod pengangkutan awam : persendirian
di luar Konurbasi Selatan 30:70 pada tahun 2030.

Penggunaan Insinerator Plasma seperti di Amerika Syarikat boleh


menghasilkan tenaga dan gas dengan kadar pencemaran paling minimum.
Cadangan Sumber Alternatif Bekalan Air

Ilustrasi Keretapi
Gambaran Laju
transit bagiringan
aliran laluanyang
Highdisediakan
Speed Raildi(HSR).
Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Antarabangsa, Senai Pelabuhan Tanjung Pelepas

14
Kesejahteraan dan Kelestarian Negeri Johor

3 Halatuju Strategik 7 Strategi Pelaksanaan 47 Inisiatif Pelaksanaan

Kepentingan pemuliharaan dan pengurusan sumberjaya semulajadi melalui:


i. Pemuliharaan sumber perhutanan, Taman Negara dan tapak Ramsar secara mampan.
RSJ 27 ii. Pengawalan pembangunan di persekitaran koridor ekologi CFS untuk mengelakkan
pemecahan habitat hutan.
iii. Pemeliharaan kepelbagaian biologikal marin di perairan Taman Laut Sultan Iskandar
dan persisiran pantai timur Johor.
iv. Pemuliharaan kawasan persisiran pantai dan Selat Johor menurut konsep pengurusan
pantai bersepadu.

Keperluan memulihara dan mengurus KSAS secara bersepadu dan efektif melalui
pematuhan pembangunan mengikut jenis dan tahap KSAS di semua peringkat
RSJ 28 pembangunan tanah dengan sasaran 7 daripada 14 KSAS sektoral diwartakan pada tahun
2030.

Komuniti rendah karbon dan ketahanan bencana melalui amalan perancangan


pembangunan mampan dan teknologi hijau serta penyediaan Pelan Risiko Bencana Negeri
RSJ 29 bagi mengurangkan bencana yang akan dihadapi.

Tadbir Urus Mantap dan Berdaya Saing

4 Halatuju Strategik 5 Strategi Pelaksanaan 32 Inisiatif Pelaksanaan

Sistem pelaksanaan dan pemantauan Rancangan Struktur yang efektif melalui


Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan RS Negeri Johor 2030
RSJ 30 (Pemantau RSNJ) untuk memastikan pelaksanaan efektif RSNJ 2030.

Pemerkasaan kemampuan institusi jentera pelaksanaan Rancangan Struktur Negeri


melalui pembangunan swadaya insan melalui pembangunan jati diri berkualiti, latihan
dan kemahiran (up-skilling and capability building) untuk memacu urus tadbir
RSJ 31 melaksanakan RSNJ.

Pengantarabangsaan Konurbasi Selatan Johor dalam konteks tadbir urus melalui


pengukuhan PBT dan agensi-agensi kerajaan lain dalam Konurbasi Selatan untuk
meneraju agenda pengantarabangsaan Negeri Johor dengan penaiktarafan semua PBT
RSJ 32 dalam Konurbasi Selatan kepada Dewan /Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran

Pengukuhan organisasi dan kualiti pembuatan keputusan bagi mendukung


pengantarabangsaaan Negeri Johor melalui penubuhan sebuah entity / organisasi /
agensi untuk menjadi think tank dasar awam (public policy) Kerajaan Negeri Johor.
RSJ 33

Pusat Transformasi
Aktiviti pemulihanBandar,
sumberJohor.
perhutanan di Hutan Simpan Kluang Pusat Transformasi Bandar,Johor bahru Pewujudan Think Tank Team

15
PROJEK BERIMPAK TINGGI NEGERI JOHOR 2030

Cadangan Projek
Projek berimpak tinggi merupakan projek (inisiatif) yang RSNJ 2030 mengenalpasti 29 projek
berpotensi, strategik yang akan memberi impak besar (inisiatif) berimpak tinggi bagi
kepada negeri pada masa hadapan dalam pelbagai aspek keseluruhan Negeri Johor. Taburan
persekitaran fizikal, ekonomi dan sosial. Pemilihan projek mengikut daerah seperti berikut :
berimpak tinggi berasaskan faktor-faktor berikut:
1. Projek yang bersifat pembolehdaya (enablers) RSNJ Taburan Projek Berimpak Tinggi
2030; mengikut daerah
2. Projek yang penting kepada kelestarian negeri dan
perlu disegerakan;
3. Projek yang boleh menangani isu strategik negeri
dengan impak yang ketara;
4. Projek-projek melibatkan penerokaan instrumen
pembiayaan termasuk merangka bentuk kerjasama
pragmatik awam swasta; dan
5. Projek yang boleh memacu daya saing Konurbasi
Selatan dan membawa keseimbangan pembangunan
kepada daerah-daerah luar Konurbasi Selatan.

29 RM 4.5 Billion 60:40 RM 15.8 Billion


Projek Berimpak Pelaburan Awam : Impak KDNK
Pelaburan (2020-2030)
Tinggi Swasta

16
Senarai Projek Berimpak Tinggi (HIP)
Teras 1 : Pertumbuhan Dinamik dan Seimbang Konurbasi Selatan dan Luar Konurbasi Selatan

Kod Projek Nama Projek Daerah


Pembangunan Semula Pintu Masuk Negara di Terminal Feri
HIP 1 Johor Bahru
Penumpang Stulang Laut
HIP 2 Pembangunan Lembah Agro Mersing Mersing
Pembangunan Hub Pertanian Negeri (Agriculture
HIP 3 Segamat
Powerhouse)
HIP 4 Pembangunan Kawasan Periuk Nasi Selatan Tangkak
Penubuhan Teminal Makanan Nasional (TEMAN) di Tanjung
HIP 5 Johor Bahru
Pelepas
Pembangunan Produk Eko Pelancongan Eco-Discovery Sg.
HIP 6 Pontian dan Johor Bahru
Pulai Ramsar
HIP 7 Pembangunan Eco Adventure Park, Labis Segamat
HIP 8 Pembangunan Jejak Johor Lama Kota Tinggi
Pembangunan Eko-Resort Bersepadu : Integrated Tourism
HIP 9 Mersing
R2R Resort
Pembangunan Produk Eko-Pelancongan Hutan Lagenda
HIP10 Tangkak
Gunung Ledang
Pembangunan Perumahan Sewaan Berkonsepkan “Rumah Johor Bahru, Kulai, Kota
HIP 11
Iskandar Malaysia” Tinggi dan Pontian
Segamat, Kluang, Muar,
HIP 12 Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Batu Pahat, Kulai dan
Johor Bahru
HIP 13 Pembangunan Universiti Malaysia Johor Mersing
Pembangunan Institut Pengajian Tinggi Islam /Tahfiz
HIP 14 Pontian
Antarabangsa Negeri Johor
Teras 2 : Sistem Perhubungan Pengangkutan dan Infrastruktur bertaraf Antarabangsa
Kod Projek Nama Projek Lokasi
HIP 15 Pewartaan Kawasan Tadahan Air Primer Seluruh Negeri Johor
Pembinaan Baraj Sg. Johor, Baraj Sg. Sedili Besar, Off
Daerah Johor Bahru, Kota
River Storage (ORS) Sg. Johor, ORS Sg. Skudai, ORS
HIP 16 Tinggi, Muar dan Batu
Sg. Sedili Kecil, Baraj Sg. Muar, ORS Sg. Muar dan Baraj
Pahat
Sg. Batu Pahat.
Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muar Fasa Daerah Muar dan
HIP 17
3 Segamat
HIP 18 Pengurusan Hakisan Pantai Tg Piai-Pontian Besar. Pontian
Pembangunan Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal Daerah Muar, Mersing dan
HIP 19
Bersepadu Johor Bahru
Daerah Segamat, Kulai
HIP 20 Pembangunan Pusat Logistik Bersepadu
dan Johor Bahru
Penaiktarafan Perkhidmatan Rel Kargo Antara Pelabuhan
HIP 21 Daerah Johor Bahru
Utama Negeri
Pembinaan Lebuh Raya dan Penaiktarafan Jalan
HIP 22 Seluruh Negeri
Perhubungan Negeri

Gambaran Pengurusan Sumber Air

Gambaran cadangan TOD berhampiran perumahan Projek tebatan banjir.

17
Senarai Projek Berimpak Tinggi (HIP)

Teras 3 : Kesejahteraan dan Kelestarian Negeri Johor


Kod Projek Nama Projek Lokasi
Pewartaan Pulau Kukup dan Tanjung Piai sebagai Hutan
HIP 23 Daerah Pontian
Simpanan Kekal
Pembangunan Kemudahan Lintasan Hidupan Liar di Koridor Daerah Kota Tinggi dan
HIP 24
Rangkaian Ekologi (CFS) Mersing
Menjadikan kawasan Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI)
HIP 25 Sebagai Zon Pemeliharaan Marin (Marine Conservation Site) Daerah Mersing
bertaraf antarabangsa
Nurseri Rumput Laut Selat Johor dan Zon Pemuliharaan Daerah Pontian, Johor
HIP 26
Marin Taman Laut Sultan Iskandar (ZPM TLSI) Bahru dan Mersing
Inisiatif Tenaga Diperbaharui dan Teknologi Hijau ZPM TLSI
HIP 27 Daerah Mersing
(Kajian Kes)

Teras 4 : Tadbir Urus Mantap dan Berdaya Saing

Kod Projek Nama Projek


HIP 28 Kajian-kajian perancangan negeri
HIP 29 Pembentukan (Institut Pemikir Darul Ta’zim) sebagai Think Tank negeri.

Bakau sekitar Pulau Kukup


Kawasan Hutan Bandar dalam mengekalkan kawasan hijau dalam bandar.

Pengawalan aktiviti pantai Gambaran terumbu karang dan hidupan marin

18
GAMBARAJAH UTAMA JOHOR 2030
Gambar Rajah Utama Johor 2030 adalah pelan strategik yang memandu arah perancangan dan tren
pembangunan negeri pada masa depan. Ia menyokong hala tuju strategik, strategi dan inisiatif
pelaksanaan RSN Johor 2030. Fungsi utama pelan ini ialah sebagai panduan dalam pembangunan
Johor 2030, termasuk bagi penyediaan Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Kawasan Khas
(RKK) dan pengawalan perancangan.

Hierarki Oleh RSNJ 2030 Petempatan Bandar Fungsi dan Peranan


i. Ibu negeri yang mempunyai pengaruh ekonomi dan pentadbiran yang
melepasi sempadan wilayah dan negara.
ii. Pusat kewangan dan ekonomi antarabangsa.
Bandar Global bersama-sama Johor Bahru -
iii. Pusat pelancongan antarabangsa.
Singapura Iskandar Puteri iv. Pusat perindustrian wilayah dan negara.
Pusat Wilayah Negara v. Pusat perkhidmatan utama wilayah.
vi. Setara dengan Bandar Negeri mengikut takrifan DPN Ke-2.

i. Pusat pembangunan wilayah-wilayah negeri di luar


Pusat Wilayah Negeri (PWN) Konurbasi Selatan.
- Kluang
- Wilayah Tengah Johor ii. Pusat perkhidmatan dan perniagaan utama wilayah negeri.
- Bandar Penggaram
- Wilayah Barat Johor iii. Pusat perindustrian wilayah negeri.
- Mersing
- Wilayah Timur Johor iv. Pusat zon promosi pembangunan (ZPP) dan pusat katalis
kemajuan baru.
- Segamat v. Pusat daerah-daerah yang meneraju wilayah negeri
Wilayah Utara Johor - Bandar Maharani masing-masing.
vi. Setara dengan Bandar Utama mengikut takrifan DPN Ke-2

- Tebrau-Ulu Tiram i. Pusat pentadbiran Majlis Daerah


- Kulai ii. Pusat petempatan kawasan sub-daerah
Pusat Separa Wilayah Negeri
- Senai iii. Pusat sokongan kepada pusat daerah.
(PSWN)
-Sebahagian Konurbasi Selatan - Pasir Gudang iv. Pusat perniagaan/ pekan utama kawasan petempatan
bersaiz sederhana dan kecil.
Kawasan Timur dan Barat - Kota Tinggi v. Setara dengan Bandar Tempatan mengikut takrifan DPN
- Bandar Penawar Ke-2.
Konurbasi Selatan
- Pontian Kechil
Sebahagian ZPP Bandar Maharani
Tangkak
Sebahagian ZPP Bandar
Parit Raja
Penggaram
Sebahagian ZPP Kluang
Ayer Hitam
PSWN di luar ZPP - Yong Peng
- Labis
- Simpang Renggam

19
CATATAN

17

Anda mungkin juga menyukai