Anda di halaman 1dari 16

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)

(BTPSE)

SEPTEMBER/2020

HBEF 3203

PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM


PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 971202036303001


NO. KAD PENGNEALAN : 971202036303
NO. TELEFON : 0186657166
E-MEL : mohdizzat367@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUALA TERENGGANU
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


i Isi Kandungan i

1.0 Pengenalan 1
1.1 Konsep Pengukuran 1
1.2 Konsep Penilaian 2

2.0 Penilaian Sumatif 4

3.0 Kepentingan Penilaian Sumatif 5

4.0 Penilaian 7
4(a) Kaedah Penilaian 7
4(a)1 Contoh Carta Perkembangan : Sumatif (Kuantitatif) 9
4(a)2 Contoh Laporan Perkembangan : Sumatif (Kualitatif) 9
4(a)3 Contoh Laporan Perkembangan : Sumatif (Kualitatif) 10
4(a)4 Markah Gred Purata 10
4(b) Analisis dan Rumusan 11

5.0 Kesimpulan 12

6.0 Rujukan 13

i
1.0 PENGENALAN

Pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kedua-dua konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi
pengertian, tujuan dan ciri-ciri, sememangnya ada kaitan yang rapat dengan proses
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah, perkara ini saling membantu dalam
pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan dan memainkan peranan penting
dalam kurikulum pendidikan serta sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Ianya dilakukan
untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam
pengajaran dan pembelajaran, aspek ini dilakukan bagi mengetahui samaada guru mengajar dan
pelajar belajar. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengukuran dan penilaian sangat penting
bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil. Dalam
bidang pendidikan, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai
pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu
pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung
dengan pelajar dalam bilik darjah tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung sama
ada telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan
semula dan sebagainya.

1.1 KONSEP PENGUKURAN


Pengukuran membawa maksud yang lebih luas. Pengukuran membawa definisi
sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik iaitu melalui
angka tentang sebanyak mana individu iaitu pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur
dengan menggunakan alat tertentu. Oleh yang demikian pengukuran ialah proses menentukan
sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Biasanya, kita mewakilkan sesuatu
pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan
keupayaan individu tersebut. Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik.
Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya
mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh.
Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi atau ciri tertentu seseorang individu
atau pelajar mengikut alat yang digunakan. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang
pelajar boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan

1
sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran
sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu. Jadi,
pengukuran adalah proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah
tertentu. Pengukuran tidak bersifat mutlak Misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang
sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal
seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti
penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh
dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor
90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh
dianggap sebagai tidak mempelajari/mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini
jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana
ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru, eseorang guru perlu
menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan
mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperolehi juga tidak tepat.

1.2 KONSEP PENILAIAN


Penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan
maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.
Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-
aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk
membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan
membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai
atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti
yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan
masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, kita
mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang

2
ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara
mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan
memahami konsep pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang langkah-langkah
dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. Antaranya ialah Gay (1985)
berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah
tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat
berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang
melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat
kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu
mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh,
penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil
program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan
ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar?
Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut
dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain
menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data
berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.

Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang
berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat
kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama
penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu,
penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga,
misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara
ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis
ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.

3
2.0 PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain
dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR,
PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan
penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh
negara. Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep yang
disampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau markah yang diperoleh,
tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan diketahui. Selain guru, ibu
bapa juga akan tahu aras pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran yang berkenaan.
Ujian juga digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar. Setelah satu-satu unit pelajaran
selesai diajar, guru boleh menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif
pelajaran tercapai atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah
berlaku. Tujuan menggunakan sistem penilaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini
ialah untuk mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya membuat penafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selain
itu, menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya
merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan. Ia juga dapat menentukan kesan pengajaran guru
untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan serta menentukan pencapaian
objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada
masa yang akan datang. Di samping merekod keputusan-keputusan penilaian dalam rekod
prestasi dan rekod profil untuk dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan. Serta menilai
keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru seperti program KBSR atau KBSM.
4

3.0 KEPENTINGAN PENILAIAN SUMATIF


Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan
sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah
tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai
mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah
apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar
terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah
seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu
perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti berikut:-

 Dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada
pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini
biasanya disebut sebagai praujian atau „pretest‟. Daripada ujian inilah guru-guru
biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil
ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan
pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.

 Dapat menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka


dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain
perkataan, guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu
berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk
menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.

 Dapat membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan rakan-rakan


sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan
seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu.

 Dapat membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek


dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau
kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan maklumat ini digunakan untuk
kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.

5
 Dapat menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah
dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan
pengayaan.

 Dapat membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap


pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis
Pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar
mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan
sains, sastera dan teknikal.

 Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah


pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat
mempertingkatkan pengajaran mereka.
6
4.0 PENILAIAN

4(A) Kaedah Penilaian


Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau
takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Dengan itu, penilaian melibatkan tiga
langkah seperti:-
 Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
 Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
 Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang pengukuran.

Sebagai contoh, sekiranya objektif pada akhir pembelajaran murid dapat mengenal pasti
sembilan jenis kata adjektif. Oleh itu, guru harus memastikan murid dapat mencapai objektif
tersebut melalui aktiviti penilaian. Oleh itu, penilaian merupakan suatu proses menggunakan
data kuantitatif dan kualiti untuk membuat penaksiran dan keputusan. Data kuantitatif ialah
data yang berdasarkan data atau nilai berangka atau markah pencapaian manakala data kualiti
ialah data yang berdasarkan rekod peristiwa dan pemerhatian tingkah laku murid. Penilaian
penting bagi mengumpul maklumat tentang tahap pencapaian murid. Sekiranya terdapat
kelemahan yang dikenal pasti dalam proses penilaian, guru akan membuat satu kesimpulan
bagi membantu murid untuk membaiki pencapaian mereka.

Penilaian yang dijalankan melalui ujian-ujian tertentu akan membantu guru untuk menilai
keberkesanan kedah pengajaran yang digunakan dalam satu-satu proses pembelajaran. Hal ini
penting bagi membolehkan guru mendapatkan maklum balas kesesuaian kaedah yang
digunakan berdasarkan tahap pengetahuan murid pada masa tersebut. Kaedah pengajaran yang
digunakan perlulah bersesuaian dengan tahap pengetahuan murid agar objektif pembelajaran
dapat dicapai. Sekiranya hasil penilaian menampakkan hasil yang negatif, guru boleh
menggunakan kaedah pengajaran yang lebih sesuai dan berkesan kepada murid tersebut.
Penilaian yang dijalankan boleh mengesan tahap prestasi dan kemajuan murid memalui
ujian-ujian yang dijalankan. Ujian sumatif yang dijalankan pada akhir tahun akan memberi
maklumat prestasi dan kemajuan murid. Hal ini penting bagi menilai tahap kefahaman murid
tentang konsep-konsep yang dipelajari oleh murid dengan menggunakan kaedah pengajaran
yang tertentu. Oleh itu, guru mahu pun ibu bapa dapat mengetahui pencapaian murid melalui

7
markah atau gred yang diperoleh. Seterusnya, apabila penilaian seperti ujian-ujian yang
diberikan akan menunjukkan tahap kemajuan murid tentang tajuk pembelajaran.

Penilaian yang dijalankan secara berterusan juga akan dapat memberi ruang kepada
guru untuk membuat kategori dan klasifikasi tahap kebolehan dan kemahiran murid. Hal ini
penting kerana pencapaian murid akan menjadi rujukan kepada guru untuk membina klasifikasi
murid mengikut tahap pencapaian sama ada pada tahap lemah, tahap sederhana, atau tahap
baik. Oleh itu, pada pembelajaran selanjutnya, guru dapat merangka satu kaedah pengajaran
yang bersesuaian dengan tahap-tahap tersebut dan memberikan perhatian yang lebih kepada
kumpulan murid yang berada dalam kategori lemah semasa menjalankan aktiviti penggayaan
dan pemulihan.

Penilaian juga perlu meliputi aspek kognitif murid. Guru perlu menilai sejauh mana
berlaku perkembangan intelek atau peningkatan aspek pengetahuan dalam minda murid. Hal ini
demikian kerana, objektif pembelajaran perlu dicapai pada setiap akhir pembelajaran. Oleh
sebab itu, guru perlu mengukur tahap kefahaman murid terhadap sesuatu tajuk pembelajaran
dengan menilai perkembangan intelek mereka. Dengan mengadakan ujian-ujian tertentu akan
membolehkan guru mengetahui perkembangan tahap pengetahuan yang berlaku dalam
kalangan murid.
8
4(A) 1. CONTOH CARTA PERKEMBANGAN MURID: SUMATIF
(KUANTITATIF)

4(A)2. CONTOH LAPORAN PERKEMBANGAN MURID: SUMATIF


(KUALITATIF)
9
4(A) 3. CONTOH LAPORAN PERKEMBANGAN MURID: SUMATIF
(KUALITATIF)
4(A) 4. MARKAH GRED PURATA

10
4(B) Analisis & Rumusan
Analisis yang diperoleh mendapati pelajar yang bernama Ahmad, perkembangan kemahiran
mengiranyanya meningkat. Dalam carta perkembangan murid kemahiran mengira pada 4(a)1
mendapati perkembangan ahmad meningkat setiap bulan kecuali bulan Mac, April, Jun dan Julai
dimana band yg diperoleh adalah sama dengan bulan sebelumnya.

Pada laporan perkembangan murid yang bernama Insan Kamil 4(a)2 mendapati kebolehan
membacanya adalah positif. Ini kerana pada kemahiran membaca, beliau boleh membaca dan
memahami petikan/teks yang mengandungi 5 ayat mudah dengan lancar. Sebutannya pula lancar.
Beliau juga dapat menjawab soalan berasaskan petikan yang telah dibaca oleh beliau.
Perkembangannya konsisten iaitu sebutan yang jelas, bacaan yang lancer, dan dapat memahami
tugasan yang diberikan dengan betul dan tepat. Pada kemahiran menulis pula, beliau boleh
membuat ayat dalam satu perenggan berdasarkan gambar, pengalaman dan tajuk dengan konsisten.
Tulisan beliau juga boleh dibaca, jarak perkataan yang sesuai dan tanda baca yang betul. Pada
kemahiran mengira pula, beliau boleh menggunakan kemahiran operasi asas matematik tambah dan
tolak untuk nombor bulat, wang, masa dan waktu. Beliau juga dapat menyatakan semua
kemungkinan hasil tambah dan tolak pasangan dua nombor.

Rumusan yang diperoleh jelaslah bahawa dengan kaedah penilaian yang berkesan dengan
menggunakan kaedah yang betul, guru dapat menilai kebolehan dan perkembangan murid dengan
betul. Guru juga boleh menggunakan rumusan atau formula gred purata untuk mendapatkan
penilaian markah gred purata pelajar setiap semester dengan tepat. Kesemua kaedah penilaian
sumatif ini perlu diguna oleh setiap guru disekolah untuk mendapatkan penilaian tentang
perkembangan murid disekolah dengan betul dan tepat.

11

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru merupakan individu yang berperanan penting dalam mengesan


perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar-pelajarnya dalam bilik darjah.
Guru juga yang menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan
melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan seterusnya
melaksanakan tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian ini, guru dapat memastikan
perkembangan potensi individu pelajar secara menyeluruh agar menepati dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Sehubungan itu, dasar penting bagi pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengukuran dan
penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru
dalam membangunkan instrument pengukuran dan penilaian amat penting malah sama
pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pada peringkat sekolah, ujian pencapaianya biasanya dibina oleh guru, manakala pada
peringkat kebangsaan, ujian ini disediakan oleh institut tertentu contohnya Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sebagai contoh, ujian
pada peringkat sekolah ialah ujian diagnosis, ujian bulanan dan ujian penggal. Ujian
kebangsaan pula ialahcUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Tingkatan Tiga
(PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lain-lain.

12
6.0 RUJUKAN

i. Yap Yee Khiong(1987), Siri Maktab Perguruan : Pengukuran dan Penilaian Dalam
Pendidikan,Petaling Jaya.Heinemann Asia.

ii. Ruminah Hj Sabran (1991),Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya


Pada Peringkat Sekolah Rendah,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

iii. Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2014). HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

iv. http://seminarefleksisaya.blogspot.com/p/panel-1.html

v. https://www.academia.edu/9366995/
PENYERAHAN_DAN_PENILAIAN_TUGASAN_ASSIGNMENT_SUBMISSION_
AND_ASSESSMENT_HBEF3203_PENGUKURAN_DAN_PENILAIAN_DALAM_
PENDIDIKAN_MAY_2012

13

Anda mungkin juga menyukai