Anda di halaman 1dari 10

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur ini melibatkan penerangan tentang penulisan terhadap projek yang
akan dijalankan. Seterusnya, maklumat-maklumat yang telah kami perolehi akan
dinyatakan dengan ringkas. Contohnya, ia dapat dihasilkan melalui objektif yang
ingin dicapai daripada awal projek, keperluan bagi komponen-komponen yang perlu
digunakan dalam projek dan cara kendalian projek tersebut. Kajian literatur ini
adalah satu analisa terhadap sesuatu projek. Contohnya, analisis ini dibuat dari
perkara yang pernah berlaku sebelum projek ini dijalankan. Di sini, kami akan
menerangkan tentang bahagian-bahagian “MEDICINE REMINDER” dengan
penerangan yang lebih mendalam dan terperinci seperti litar-litar dan fungsi setiap
komponen serta bahagian elektronik.

2.2 KAEDAH PERLAKSANAAN PROJEK

Projek yang ingin dijalankan berdasarkan rujukan daripada “MEDICINE


REMINDER”. Litar yang digunakan untuk perlaksaaan projek ini menggunakan
kombinasi gabungan beberapa komponen asas elektronik iaitu NODEMCU ESP32
Board, 16x2 i2c LCD Display dan IR Infrared Obstacle Detection Sensor. Di sini
terdapat pelbagai cara penyambungan yang boleh digunakan bagi menjalankan
projek tersebut. Seterusnya, bahan-bahan rujukan boleh dijadikan sebagai
panduan bagi menghasilkan projek tersebut. Berdasarkan beberapa maklumat
yang diperolehi daripada rujukan sesuatu projek dapat di inovasikan menjadi lebih
menarik dan berguna.
2.3 KONSEP SISTEM

Sistem ini mengandungi beberapa komponen asas yang utama bagi membolehkan
projek ini berfungsi dengan baik. Di samping itu, ia dapat dilihat melalui struktur
gambarajah yang dipamirkan pada rajah 2.1 berikut di bawah.

Medicine

Reminder

LED

NODEMCU
Phone
ESP32
Buzzer

Power Supply
2.4 KAWALAN LITAR

“MEDICINE REMINDER” ini dicipta bagi bagi memudahkan golongan pesakit-


pesakit dan warga emas sewaktu pengambilan ubat dengan waktu yang tepat.
Terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk menghasilkan projek ini.

2.4.1 NODEMCU ESP32

Rajah 1

ESP32 adalah modul wifi atau Bluetooth yang berfungsi sebagai peranti tambahan
bagi pengawal mikro seperti Arduino sehingga boleh menyambungkan terus ke wifi
dan membuat sambungan TCP/IP. Modul ini memerlukan kuasa sebanyak 3.3V.
modul ini dilengkapi dengan pemproses memori dan GPIO di mana bilangan pin
bergantung pada jenis ESP32 yang kami gunakan. Selain itu, kami dapat
memprogramkan projek ini dengan menggunakan Arduino IDE. Seterusnya, lebih
mudah untuk memprogramkan dengan basic program Arduino.

Justeru itu, ia juga mempunyai banyak pin yang boleh diguanakan dan membuat
pelbagai projek dengan modul ini. Sesetengah orang, lebih gemar menggunakan
modul ESP32 ini bagi membuat projek Internet of Thinking (IoT) .
2.4.2 MODULE DISPLAY LCD 16X2 i2c

Rajah 2

LCD ( Liquid Cristal Display ) adalah salah satu jenis paparan elektronik yang dibuat
dengan teknologi CMOS logic yang bekerja dengan tidak menghasilkan cahaya ,
tetapi memantulkan cahaya yang ada di sekelilingnya terhadap front-lit atau
mentransmisikan cahaya dari back-lit . LCD ( Liquid Cristal Display ) berfungsi
sebagai penampil data dalam bentuk karakter, huruf, angka ataupun grafik.

Terdapat 16 pin pada LCD 16x2 i2c

1) VSS, merupakan Ground atau GND (-).


2) VDD, merupakan Tegangan Suplay atau VCC (+5V).
3) V0 atau VEE, digunakan untuk mengatur kontras teks yang ditampilkan
4) RS (Register Select), digunakan oleh Arduino untuk memilih lokasi memori
saat penulisan data.
5) RW (Read/Write), digunakan untuk menentukan mode LCD, mode read atau
mode write.
6) E (Enable), digunakan untuk mengaktifkan atau menonaktifkan mode
penulisan karakter.
7) D0, data untuk bit ke-8
8) D1, data untuk bit ke-7
9) D2, data untuk bit ke-6
10) D3, data untuk bit ke-5
11) D4, data untuk bit ke-4
12) D5, data untuk bit ke-3
13) D6, data untuk bit ke-2
14) D7, data untuk bit ke-1
15) A, terhubung ke kaki anoda LED latar mendapat tegangan positif.
16) K, terhubung ke kaki katoda LED latar, mendapat tegangan negatif.. Pin A
dan K digunakan untuk menyalakan LED supaya teks yang ditampilkan
dapat terlihat dalam kegelapan .

2.4.3 IR INFRARED OBSTACLE DETECTION SENSOR

Rajah 3

Sensor yang mudah untuk diprogram dan digunakan untuk pelbagai kegunaan
seperti contoh mengesan barang pada conveyor. Sensor akan memberikan signal
LOW apabila ada objek di hadapan. Tunekan potentiometer untuk adjust jarak
sensitivity.

Ketika power ON. LED Power akan ON. Apabila objek dikesan, Obstacle LED akan
ON dan pin OUT memberikan bacaan LOW. Bacaan HIGH jika tiada objek dikesan.
Voltan masukan ialah 5V dan jarak untuk mengesan objek di antara 2cm hingga
80cm.
2.4.4 SERVO MOTOR

Rajah 3

Servo motor ialah penggerak rotary yang membenarkan kawalan yang sangat tepat
dari segi kelajuan, kedudukan sudut dan pecutan. Ia terdiri daripada motor dan
sensor mengesan kedudukan sudut aci keluaran.

Terdapat dua jenis servo motor iaitu:

1) 180 degree.
2) 360 degree.

2.4.5 B-10 BUZZER

Rajah 4
Buzzer adalah sebuah komponen elektronik yang dapat menghasilkan getaran
suara berupa gelombang bunyi. Buzzer akan menghasilkan getaran suara ketika
diberikan sejumlah tegangan elektrik dengan taraf tertentu sesuai dengan
spesifikasi bentuk dan ukuran buzzer itu sendiri. Pada umumnya, buzzer elektronik
ini sering digunakan sebagai alarm kerana penggunaannya yang cukup mudah yaitu
dengan memberikan tegangan input maka buzzer elektronika akan menghasilkan
getaran suara berupa gelombang bunyi yang dapat didengar manusia. Pada
dasarnya, setiap buzzer memerlukan input berupa tegangan elektrik yang kemudian
diubah menjadi getaran suara atau gelombang bunyi yang memiliki frekuensi antara
1 - 5 KHz. Jenis buzzer elektronik yang sering digunakan dan ditemukan dalam
rangkaian adalah buzzer yang berjenis Piezoelectric (Piezoelectric Buzzer).

2.4.6 LED

Rajah 5

LED biasa menggunakan 5V untuk beroperasi. Melalui LED, status sistem dapat
diketahui. Perintang 1K disambungkan sesiri dengan LED untuk menghadkan
pengaliran arus melalui LED sebanyak 5Ma. Pengiraan menggunakan V=IR. Di
mana V=5VDC dan R=1K.
2.5 BAHAGIAN PENGATURCARAAN

2.5.1 PENGENALAN PENGATURCARAAN

Pengaturcaraan membenarkan juruaturcara menyampaikan hasratnya bagi proses


perkomputeran dengan lebih mudah berbanding dengan apa yang mereka boleh
lakukan dengan bahasa tahap rendah atau kod mesin. Bahasa pengaturcaraan
secara amnya direkabentuk untuk menggunakan sintaks tahap tinggi yang lebih
mudah difahami oleh juruaturcara. Bahasa pengaturcaraan adalah peralatan yang
penting bagi membantu jurutera perisian menulis aturcara yang lebih baik dengan
lebih cepat. Atur cara menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Ruby, C,
Phyton, Java dan JavaScript.

2.5.2 ARAS BAHASA PENGATURCARAAN

i. BAHASA ARAS RENDAH

Bahasa mesin ialah bahasa yang dimasukkan dan hanya difahami oleh komputer.

Generasi pertama - Bahasa Mesin

ii. BAHASA ARAS TINGGI

Merupakan bahasa yang menggunakan perkataan penuh dan perlu ditukar kepada
bahasa mesin sebelum mikropemproses melakukan operasi.

Generasi Ketiga – COBOL, Basic, C

Generasi Keempat – SQL, QBE


2.5.3 BAHASA C

Bahasa C ialah sebuah bahasa pengaturcaraan yang dibangunkan pada awal tahun
1970an oleh Ken Thompson dan Dennis Ritchie. Keberkesanan pengaturcaraan
yang mudah dan ringkas ini memudahkan pengguna untuk menulis perisian system.
la telah digunakan kepada kebanyakan sistem pengendalian lain dan merupakan
salah satu bahasa pengaturcaraan yang paling meluas digunakan. Ia juga biasa
digunakan dalam pendidikan sains komputer.

2.5.4 BAHASA PENGATURCARAAN NODEMCU ESP32

NODEMCU adalah sebuah komponen yang boleh digunakan untuk mengawal


sesebuah sistem elektronik dan elektrik. Ianya merupakan platform komputer
berteraskan sebuah mikrokontroller dan mempunyai perisian yang mudah ditulis .
Antara perisiannya ialah setup dan loop .

Contoh :

Rajah 6
2.6 KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh didapati daripada bab ini ialah dapat memberikan maklumat
berkenaan fungsi bagi setiap komponen yang akan digunakan dalam menghasilkan
“Medicine Reminder“ agar mampu berfungsi dengan baik. Selain itu, memudahkan
serta memberi panduan kepada pengkaji untuk menghasilkan reka bentuk dan
penghasilan produk yang lebih baik .

Anda mungkin juga menyukai