Anda di halaman 1dari 2

Soalan temubual

1. Berapa lamakah sudah anda mengajar?


 Saya bertugas sebagai seorang guru selama 8 tahun.

2. Berapakah bilangan anak murid anda dalam satu kelas?


 Sekarang tedapat 25 orang murid..

3. Adakah anda memahami konsep PBD?


 Ya, PBD adalah untuk mengenal kebolehan dan keupayaan murid selepas proses
PdPc.

4. Adakah anda memahami pelaksanaan PBD?


 Ya, mengikut kefahaman saya terdapat beberapa cara yang digunakan oleh guru untuk
menilai murid untuk mencapai objektif sesuatu mata pelajaran.

5. Adakah masa mencukupi guru melaksanakan pentaksiran?


 Tidak, kerana masa hanya mencukupi mengajar sahaja.

6. Adakah anda menjalankan pentaksiran terhadap murid semasa proses PdP?


 Ya, setiap akhir sesi pembelajaran saya akan menilai murid dan mencatat dalam rekod
transit sebagai rujukan saya.

7. Bagaimanakah anda melaksanakan PBD di dalam kelas?


 Saya menjalankan beberapa kaedah yang dapat menguji kemahiran murid berdasarkan
topik pada hari tersebut.
 Contohnya, penghasilan buku skrap, sesi soal jawab, latihan melakon dan sebagainya.

8. Adakah anda menjalankan pentaksiran berdasarkan topik atau kemahiran yang diajar?
 Ya, saya akan menjalankan PBD berdasarkan topik bagi hari tersebut.
 Contohnya, kemahiran menulis saya akan menilai murid melalui aktiviti menulis atau
melaksanakan secara kuiz.

9. Adakah anda menyediakan rekod prestasi murid sebelum mula mengajar?


 Ya, saya menyediakan rekod prestasi murid dan sentiasa membawa ke kelas supaya
baru saya dapat merekod tahap penguasan murid dari semasa ke semasa sebagai
rujukan untuk saya.

10. Adakah instrumen pentaksiran diperingkat sekolah yang telah dijalankan mempunyai darjah
kebolehpercayaan yang tinggi ?
 Ya, semua instrumen yang kami guna di sekolah adalah mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi kerana kami mengikut panduan dan prosedur PBD
yang diberi.

Anda mungkin juga menyukai