Anda di halaman 1dari 1

karangan cabaran menjadi pemimpin muda pada zaman ini

RASYA PUTRI AULIA


5 CITRINE

SLB merupakan akronim bagi Student Leaders Board. Ia merupakan sebuah organisasi yang
diperluas pada tahun 2017 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi melahirkan pemimpin-
pemimpin muda yang berbakat dan berupaya mengurus majlis rasmi sekolah. Menjadi seorang
pemimpin muda bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Pelbagai cabaran pasti akan
menghambat terutama pada zaman modenisasi ini kerana setiap perkara pasti mengandungi pro
dan kontranya.

Umum mengetahui bahawa seorang pemimpin pasti menghadapi cabaran dalam mengurus
masa. Hal in dikatakan demikian kerana pemimpin muda ini merupakan murid dan siswa yang
masih dalam proses pembelajaran. Kerja rumah yang dibekalkan oleh guru mata pelajaran dan
tugasan yang diamanahkan kepada Ahli SLB membuatkan mereka menghadapi kesukaran
mengurus masa. Kadangkala para pemimpin muda ini harus berkorban waktu rehat mereka bagi
melaksanakan tanggungjawab mereka. Maka, nyatalah disini bahawa pengurusan masa yang
kurang teratur merupakan salah satu cabaran menjadi pemimpin muda.

Tidak dinafikan lagi bahawa sikap ahli organisasi yang tidak kondusif turut menjadi cabaran.
Walhal tujuan penubuhan SLB ialah untuk melahirkan barisan pemimpin muda, segelintir individu
hanya ingin markah kokurikulum yang tinggi dan menumpang hasil kerja orang lain. Sikap yang
pasif ini akan membebankan bebanan ahli-ahli yang lain dan membuatkan mereka tertekan. Ahli-
ahli yg pasif ini membuatkan orang lain memandang buruk seluruh organisasi ini ibarat telur
sesangkak, pecah sebiji pecah semua. Tindakan yang tegas perlu diambil terhadap individu
seperti mereka dengan melucutkan jawatan mereka.

Jika dilihat dari aspek yang berlainan pula, perasaan takut membuat kesilapan yang
memonopoli diri pemimpin juga merupakan suatu cabaran berat. Apabila perasaan takut ini
menyelimuti diri pemimpin, pemimpin akan menyembunyikan kesalahan yang dibuat dan
pemimpin ini akan sentiasa dikawal oleh perasaan takut tersebut. Sebaliknya, pemimpin harus
harus melawan semula perasaan itu. Pemimpin harus berani memberitahu kesalahan yang
tercetus dan halangan yang dihadapinya agar para ahli dapat memahami situasi tersebut dan
turut memberi bantuan halangan itu dapat diredah dah juga para ahli dapat belajar daripada
kesilapan.

Pendek kata, kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini. Kita hendaklah
melawannya semula dan menunjukkan versi diri kita yang terbaik kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara

Anda mungkin juga menyukai