Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta bijaksana.

Panjaga
detik yang patuh pada waktu serta kepada guru- guru dan rakan –rakan yang dikasihi. Pada pagi
ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.
Cerita saya bertajuk “Singa dengan Lembu Jantan”.

Suatu masa dahulu terdapat tiga ekor lembu jantan yang tinggal di pinggir sebuah hutan.
Mereka adalah sahabat baik dan selalu bersama – sama. Malah ketika keluar meragut rumput,
mereka tidak pernah berjauhan di antara satu sama lain.

“Mari kita bersatu kawan –kawan. Bahaya selalu datang tanpa amaran. Kita tidak tahu!”
mereka selalu berkata sesama sendiri.

Di hutan yang berhampiran, terdapat seekor singa yang garang. Ia selalu pergi
berhampiran pinggir hutan itu untuk mencari mangsa. Lembu- lembu jantan itu sering kali pergi
ke padang rumput berhampiran hutan tersebut untuk meragut rumput pada waktu petang.

Setiap kali singa itu ternampak lembu- lembu jantan tersebut, air liurnya mula meleleh.

‘Alangkah lazatnya daging lembu jantan ini !’ fikir singa selalu.

Suatu hari, singa itu tidak dapat mencari sebarang makanan. Jadi, ia bercadang untuk
memburu lembu- lembu jantan itu. Ia pergi ke padang rumput di mana lembu- lembu jantan itu
sedang meragut.

Bagaimanapun, lembu- lembu jantan yang bijak itu sentiasa berwaspada. Sebaik sahaja
mereka nampak singa datang ke arah mereka, mereka berdiri rapat di antara satu sama lain,
menghalakan tanduk mereka tajam itu ke arah singa.

Ketiga – tiga ekor lembu jantan itu berdiri di situ mengawal tiga arah yang berlainan.
Singa mencuba dengan bersungguh- sungguh tetapi tidak dapat mencari jalan untuk menyerang
lembu- lembu jantan tersebut.

Mereka berdiri begitu rapat di mana setiap kali singa cuba menyerang, ia terpaksa
berdepan dengan sepasang tanduk tajam yang menghala ke arahnya.

“Huh ! Nampaknya agak sukar untuk merempuh penghadang ini ,” keluh singa.

“Mungkin lain kali sahajalah”.


Singa berlari semula masuk ke dalam hutan tebal itu sambil memandang lembu- lembu
jantan tersebut dengan penuh harapan.

Lembu- lembu jantan itu mula meragut rumput semula sambil bergembira.

Hari berganti hari. Suatu hari, lembu- lembu jantan itu telah bercanggah pendapat sesama
mereka dan mula bertelagah.

Tidak ada seekor pun daripada mereka yang bersedia untuk mengalah. Semangat
setiakawan telah terhapus dan diganti dengan kemarahan. Ketika itulah singa muncul di situ.
Daripada jauh ia sudah menyedari lembu- lembu jantan itu sedang bergaduh sesama sendiri.
Kegembiraannya tidak terbendung lagi.

“Inilah masanya. Inilah hari yang aku nanti –nantikan ,” tawa singa tersebut. Ia tahu
lembu – lembu jantan itu tidak lagi bersatu dan tidak akan membela antara satu sama lain, Jadi,
singa bersedia untuk menyerang mereka.

Tiba- tiba singa menerkam. Kali ini lembu- lembu itu tidak berdiri rapat sesama mereka.
Malah mereka agak jauh di antara satu sama lain.

Tentangan secara bersendirian daripada lembu- lembu jantan itu hanya sia- sia. Kini
tugas singa untuk memburu mereka menjadi amat mudah. Ia tidak berasa takut terhadap tanduk-
tanduk yang tajam itu. Ia menyerang dan membunuh seekor demi seekor lembu – lembu jantan
tersebut. Singa kemudian tersenyum bangga dengan kejayaannya. ‘ Memang mudah untuk
mengalahkan mereka yang berpecah – belah!’ fikirnya sambil menjilat bibir.

Nilai murni bagi cerita ini ialah penyatupaduan membawa kekuatan. Sekiranya bersatu
padu, kita akan menjadi kuat. Seperti kata pepatah “Bersatu teguh bercerai roboh” perlu menjadi
pegangan hidup masyarakat.

Petang hari pergi ke pekan,


Pulang membawa sebungkus laksa,
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai