Anda di halaman 1dari 1

Tema = alam sekitar

Tajuk = Punca2 pencemaran alam skitar


Alam sekitar yang bersih dan selamat adalah sangat penting untuk
kesihatan makhluk di bumi. Namun pada hari ini, alam sekitar kita
didapati semakin tercemar akibat kegiatan manusia. Terdapat
beberapa punca jelas yang menyebabkan berlakunya pencemaran
alam sekitar ini.
Antara punca yang pertama ialah sikap masyarakat sendiri yang tidak
bertanggungjawab . Mereka didapati sering membuang sampah
merata-rata tanpa rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan
persekitaran mereka.
Selain itu,terdapat kilang-kilang yang membuang sisa toksik mereka
kedalam sungai. Akibatnya,sungai akan tercemar dan menyebabkan
pencemaran bau juga pencemaran pemandangan. Hal ini akan
menimbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat setempat. Dalam
pada itu,Hidupan air didalam sungai juga akan mati akibat bahan2
toksik yang didapati didalam sungai tercemar itu.
Semua pihak seharusnya menjalankan tanggungjawab masing2 agar
alam sekitar kita kekal bersih dan selamat .Kita mestilah memastikan
bahawa alam sekitar kita dapat diguna pakai oleh generasi akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai