Anda di halaman 1dari 23

ASAS FIQH

KSD 2123

TAJUK TUGASAN
KONSEP ZAKAT PENDAPATAN DALAM FIQH ISLAM

NAMA NOMBOR MATRIKS


ABDULLAH MUBARAK BIN ASHARI KID220804142
MUHAMMAD HAMBALI BIN KAD RUSMAN KID220804151
MUHAMMAD IRWAN SHAH BIN AZMAN KID220804153
MUHAMMAD RAFIQ HAKIMI BIN ABD HALIM KID220804154
MUHAMAD WAFIUUDIN BIN MUHD RAHIM KID220804157

PROGRAM: DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM


AMBILAN DAN KELAS: AMBILAN 0G0S 2022 (KELAS 1)
PENSYARAH: DR. MOHD HAFIZ BIN MOHD DASAR
TARIKH PENGHANTARAN: MINGGU KE-11
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN....................................................................................................................................... 3
1.1 PENGENALAN ................................................................................................................................ 3
1.2 OBJEKTIF KAJIAN ......................................................................................................................... 3
2.0 DEFINISI ZAKAT DAN PENDAPATAN ............................................................................................. 4
2.1 DEFINISI ZAKAT ........................................................................................................................... 4
2.2 DEFINISI PENDAPATAN ............................................................................................................ 4
2.3 DEFINISI ZAKAT PENDAPATAN ............................................................................................. 5
3.0 PANDANGAN MAZHAB DAN ULAMA .............................................................................................. 6
3.1 PANDANGAN MAZHAB TERHADAP ZAKAT PENDAPATAN ........................................ 6
3.2 PANDANGAN ULAMA TERHADAP ZAKAT PENDAPATAN ........................................... 7
4.0 KONSEP ZAKAT PENDAPATAN......................................................................................................... 9
4.1 HUKUM MENUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN ................................................................ 9
4.2 SYARAT WAJIB ZAKAT PENDAPATAN .............................................................................. 11
4.3 SYARAT HAUL KE ATAS ZAKAT PENDAPATAN ............................................................. 12
4.4 KADAR ZAKAT PENDAPATAN............................................................................................... 13
4.5 KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN ................................................................. 15
4.5.1 KAEDAH TANPA TOLAKAN ........................................................................................... 16
4.5.2 KAEDAH TOLAKAN ........................................................................................................... 16
5.0 PERBANDINGAN ZAKAT PENDAPATAN DENGAN ZAKAT LAIN ....................................... 18
5.1 PERBANDINGAN ZAKAT PENDAPATAN DENGAN ZAKAT FITRAH ....................... 18
5.2 PERBANDINGAN ZAKAT PENDAPATAN DENGAN CUKAI PENDAPATAN ........... 19
6.0 RASIONAL ZAKAT PENDAPATAN .................................................................................................. 20
7.0 KESIMPULAN.......................................................................................................................................... 22
8.0 RUJUKAN .................................................................................................................................................. 23

2|Page
KONSEP ZAKAT PENDAPATAN DALAM FIQH
ISLAM

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Zakat merupakan salah satu rukun yang terdapat dalam rukun Islam yang wajib
dilaksanakan oleh setiap individu muslim. Zakat terdiri daripada pelbagai jenis. Pada kali ini,
kami akan melakukan satu kajian berkaitan dengan zakat pendapatan. Definisi zakat adalah
mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu
setelah cukup syarat-syaratnya. Secara umumnya, zakat pendapatan adalah zakat yang
dikenakan keatas semua jenis sumber pendapatan khususnya kepada golongan yang sudah
bekerja.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji berkaitan dengan definisi zakat
pendapatan serta pandangan imam-imam mazhab serta para ulama. Seperti yang kita tahu,
setiap negara menggunakan pandangan mazhab yang berbeza, begitu juga dengan negara kita.
Dengan melakukan kajian ini, kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang zakat
pendapatan. Dalam kajian ini juga, kita akan diperlihatkan dengan konsep zakat pendapatan
yang akan menerangkan tentang hukum, syarat wajib, kadar zakat pendapatan serta kaedah
pengiraan. Perihal hukum berkaitan dengan zakat pendapatan ini banyak dibincangkan dalam
kitab-kitab seperti kitab Fiqh Al-zakat yang dijelaskan oleh Dr. Yusof Al-Qaraḍawi. Hal ini
dikatakan demikian adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kekeliruan
masyarakat. Akhir sekali, objektif kajian ini juga adalah membuat perbandingan di antara zakat
pendapatan dengan zakat yang lain serta menghuraikan rasional zakat pendapatan.

3|Page
2.0 DEFINISI ZAKAT DAN PENDAPATAN

2.1 DEFINISI ZAKAT

Zakat merupakan perkataan (‫ )زَ كَى‬dalam bahasa yang bermaksud suci dan subur. Hal
ini dikatakan demikian kerana ianya merangkumi keberkatan, kebersihan, kebaikan dan
perkembangan harta yang ingin di zakatkan, individu yang membayar zakat serta individu
yang menerima zakat. Zakat dalam syarak pula bermaksud mengagihkan sejumlah harta
mengikut syarat serta kadar tertentu, dengan tujuan untuk mengagihkannya kepada golongan
tertentu. Zakat adalah Fardu Ain bagi setiap umat Islam yang memenuhi syarat wajib Zakat.
Firman Allah SWT:

َ‫سو َل لَ َعلَّ ُك ۡم ت ُ ۡر َح ُمون‬ َّ ْ‫ٱلز َك ٰوة َ َوأ َ ِطيعُوا‬


ُ ‫ٱلر‬ َّ ‫َوأَقِي ُمواْ ٱل‬
َّ ْ‫صلَ ٰوة َ َو َءاتُوا‬

Maksudnya: “Dan dirikanlah sembahyang, sera laksanakanlah zakat, dan taatilah


perintah rasul, agar kamu diberi rahmat.”
Surah An-Nur (24):56

2.2 DEFINISI PENDAPATAN

Wang yang diterima atau wang yang akan diterima dalam jangka masa yang tertentu
sebagai hasil daripada pekerja atau mata pencarian yang dilaksanakan merupakan definisi bagi
pendapatan. Pendapatan boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu, pendapatan bersih,
pendapatan kasar serta pendapatan pokok. Pendapatan bersih ialah jumlah wang
yang akan diterima atau didepositkan ke dalam akaun bank peribadi seorang individu dan
telah ditolak untuk dengan potongan setelah menyiapkan suatu tugasan atau pekerjaan. Sebagai
contoh, potongan caruman KWSP, PERKESO serta banyak lagi potongan lain. Potongan ini
boleh dikenakan ke atas individu oleh syarikat atau majikan. Selain daripada itu, pendapatan
bersih juga telah ditambahkan dengan segala elaun tambahan yang diterima. Sebagai contoh,
peruntukan kerja lebih masa, peruntukan pengangkutan, peruntukan kehadiran dan sebagainya.
Pendapatan kasar pula ialah pendapatan asas di mana elaun tambahan telah ditambah tanpa

4|Page
penolakan potongan atau caruman. Selalunya, iklan pekerjaan akan menyiarkan tawaran kerja
dengan amaun atau jumlah pendapatan kasar kerana nilainya kelihatan lebih tinggi daripada
pendapatan bersih. Pendapatan pokok pula merujuk kepada pendapatan asas atau biasa dan
lebih dikenali sebagai “gaji pokok”. Pendapatan asas juga merujuk kepada jumlah pendapatan
yang diterima setiap bulan tanpa mencampurkan sebarang elaun dan potongan.

2.3 DEFINISI ZAKAT PENDAPATAN

Zakat pendapatan merujuk kepada zakat yang di caj terhadap kesemua jenis sumber
pendapatan, upah, pekerjaan dan aktiviti yang boleh menjana pendapatan umat Islam. Zakat
gaji dan pendapatan boleh juga dipanggil dan disebut sebagai zakat Mal-Mustafad (Yusuf
Qaradawi, 1999) . Hal ini bermakna, zakat yang dikenakan ke atas gaji dan pendapatan
profesional. Perkara tersebut adalah ganjaran yang diberikan oleh majikan atau perkhidmatan
peribadi atau sebuah institusi. Setiap hasil kerja atau imbuhan hasil kerja serta perkhidmatan
seseorang atau orang lain, seperti barang yang termasuk dalam pendapatan seperti upah, elaun,
bonus, gaji dan semua jenis pendapatan yang bukan berdasarkan modal tetapi atas kerja atau
perkhidmatan yang disumbangkan adalah termasuk dalam harta yang dikenakan zakat
pendapatan.

5|Page
3.0 PANDANGAN MAZHAB DAN ULAMA

3.1 PANDANGAN MAZHAB TERHADAP ZAKAT PENDAPATAN

Imam Abu Hanifah berpandangan tentang zakat pendapatan (Al-mal al-Mustafad)


bahawa terdapat kewajipan terhadap harta tersebut selepas cukup satu tahun atau seterusnya.
Jika harta yang diperoleh itu mencukupi satu tahun, maka zakat hendaklah dikeluarkan dengan
kadar segera. Dalam masa yang sama, sekiranya cukup harta lain seperti emas, ternakan atau
hasil pertanian selama setahun serta cukup nisabnya, maka zakat hendaklah dikeluarkan
dengan harta yang diperoleh itu. Menurut Imam Malik, beliau percaya bahawa harta yang
diperoleh (Al-mal al-Mustafad) juga dikenakan zakat selepas satu tahun diperoleh. Sekiranya
harta yang diperoleh itu berupa binatang ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya,
maka seseorang individu tersebut wajib mengeluarkan zakat bersama-sama haiwan ternakan
kepunyaannya apabila beliau telah mencapai umur setahun serta cukup nisab.

Manakala menurut Imam Syafie pula, apabila cukup tempoh setahun dan cukup
nisabnya, harta yang diperoleh perlu dikeluarkan zakat walaupun pada masa yang sama
seseorang individu tersebut memiliki harta yang sama serta sudah cukup nisab. Bagi Imam
Ahmad bin Hambal pula, kewajipan membayar zakat pendapatan yang diperoleh adalah
setanding dengan sewa rumah. Ibnu Qudamah menjelaskan pandangan ini dengan mengatakan
bahawa apa yang disebut oleh Imam Ahmad bin Hambal sebagai "wang sewa" adalah boleh
menangguhkan sewa selama setahun dan membayar harga baru pada akhir tahun. Hal ini
dikatakan demikian kerana pemilik telah mempunyai wang sejak awal tahun lagi (Abdullah
bin Qudamah, 2012).

Menurut keempat-empat pendapat imam mazhab yang telah disebutkan di atas, maka
dapat kita ketahui bahawa mereka bersetuju dengan kewajipan zakat pendapatan (Al-mal al-
Mustafad). Walaubagaimanapun, perbincangan mereka hanya membawa kepada perbahasan
haul dan nisab. Di sini, kita harus jelas bahawa penerimaan konsep Al-mal al-Mustafad sebagai
asas untuk mendapatkan jawapan kepada zakat pendapatan telah memecah belah kan pendapat
di antara kalangan ulama terkini. Ada di antara mereka yang menyandarkan pandangan mereka
tentang mengeluarkan zakat pada Al-mal al-Mustafad, dan ada pula yang tidak. Perkara ini

6|Page
telah mencetuskan perdebatan di kalangan ulama sama ada zakat ini wajib atau sebaliknya.
Kami akan membincangkan perkara ini secara terperinci dalam bahagian seterusnya.

3.2 PANDANGAN ULAMA TERHADAP ZAKAT PENDAPATAN

Terdapat dua pandangan atau pendapat terhadap hukum zakat pendapatan di antara
kalangan ulama mutakhir, iaitu yang mewajibkannya dan yang tidak mewajibkannya. Ulama
yang mewajibkan zakat ini menjadikan Al-mal al-Mustafad sebagai asas pandangan. Antara
ulama yang mewajibkan zakat pendapatan ini ialah Yusuf al-Qaradawi dan kemudian diikuti
oleh kebanyakan ulama yang lain. Para ulama tersebut mewajibkan zakat pendapatan
berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijtihad dengan hujah yang maslahat. Zakat ini
mempunyai kepentingan umum dan khusus terhadap kebajikan pembayar zakat serta
penerimanya. Sementara itu, ulama yang tidak mewajibkan zakat pendapatan pula menegaskan
bahawa zakat pendapatan tiada dalil tetapi orang yang berkemampuan adalah digalakkan
menyumbangkannya kepada individu atau sesebuah perbadanan. Pemberian itu dianggap
sumbangan sahaja dan tidak dikira zakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, zakat merupakan
satu ibadah yang tidak boleh di ubah. Jenis-jenis zakat sudah termaktub dalam nas wahyu yang
mantap.

Perbezaan pendapat ini timbul atas beberapa sebab, antaranya ialah, perbezaan
pendapat mengenai pengukuhan nas al-Quran dan Hadis sebagai asas zakat. Sebahagian ulama
mengatakan bahawa terdapat kewajipan yang jelas untuk membayar zakat pendapatan,
manakala sebahagian ulama yang lain pula mengatakan sebaliknya. Selain daripada itu, sebab
yang lain pula ialah sebahagian ulama berpendapat bahawa pendapatan dengan jumlah yang
ada pada zaman kini tidak wujud pada zaman Rasulullah SAW. Walaupun terdapat istilah Al-
'Ata', ianya berbeza dengan apa yang berlaku pada zaman sekarang serta perkara tersebut
menolak perubahan qiyas yang terdapat pada zakat Al-mal al-Mustafad sebagai pandangan dan
konsep yang asas.

Ulama yang tidak mewajibkan zakat pendapatan ini menyatakan beberapa sebab.
Pertama, pengambilan harta dari gaji dan pendapatan profesional sudah berlaku pada zaman
Rasulullah SAW dan para khalifah selepasnya, Oleh hal yang demikian, seharusnya nas al-
Quran atau sabda Rasulullah SAW yang mewajibkan zakat pendapatan telah pun turun. Hal ini

7|Page
bermakna, tiada nas yang menetapkan kewajipan zakat pendapatan. Kedua, qiyas zakat kepada
zakat Al-mal al-Mustafad tersebut adalah tidak tepat. Sekiranya perkara tersebut boleh
dijadikan sebagai sandaran, sudah semestinya Ulama sebelum ini telah menggunakan sandaran
tersebut. Walaubagaimanapun, ulama sebelum ini tidak menggunakan qiyas tersebut sebagai
sandaran. Ketiga, zakat pendapatan digolongkan sebagai zakat wang kerana kebanyakan
pendapatan diterima dalam bentuk wang. Jika zakat pendapatan diwajibkan, maka terdapat
kewajipan berganda bagi harta yang sama. Keempat, zakat pendapatan secara praktikalnya
sama dengan percukaian, oleh yang demikian, adalah tidak wajar untuk menggabungkan zakat
dengan cukai yang hanya membebankan pembayar zakat dan pembayar cukai. Tambahan pula,
zakat merupakan satu kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT manakala cukai hanya
dicipta oleh manusia atau sesebuah kerajaan berdasarkan teori semata-mata.

Bagi ulama yang mewajibkan zakat berpendapat pula, mereka berpendapat bahawa
walaupun nas yang jelas dan pasti belum ditemui, namun zakat ke atas harta tersebut wajib
dikeluarkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, Allah SWT telah pun menetapkan hukumnya
berasaskan kepada kaedah Al-Qawa’id Al-Kulliyah daripada ayat-ayat al-Quran. Oleh yang
demikian, kajian yang mendalam amat diperlukan dengan penilaian nas yang perlu dilihat
berdasarkan analisis bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan hadis, terutamanya pengertian
bahasa yang bersumberkan daripada sahabat dan tabi ’in. Selain daripada itu, kita juga perlu
memberi tumpuan lebih kepada mengkaji nas berpandukan kepada ilmu usul Al-fiqh, ‘ulum
Al-Quran, ‘ulum Al-Hadis dan berpandukan kepada kaedah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah.
Melalui langkah ini, maka kewajipan zakat pendapatan dapat menepati hukum Islam.

Kesimpulannya, pengeluaran zakat pendapatan ke atas harta yang telah diperoleh


adalah wajib untuk di laksanakan. Hal ini dikatakan demikian kerana, Allah SWT telah
menjelaskannya di dalam surah Al-baqarah, ayat 267 yang akan di jelaskan di dalam subtopik
konsep zakat pendapatan4.0, berkenaan hukum menunaikan zakat pendapatan4.1. Hal ini telah
ditetapkan oleh ulama yang mewajibkannya dengan berasaskan kepada kaedah Al-Qawa’id Al-
Kulliyah daripada ayat-ayat al-Quran

8|Page
4.0 KONSEP ZAKAT PENDAPATAN

4.1 HUKUM MENUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN

Adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap individu muslim dalam mengeluarkan zakat
pendapatan ke atas harta yang telah diperolehinya. Ulama yang mewajibkan zakat pendapatan
menggunakan al-Quran, Hadis dan qiyas sebagai bukti kewajipan membayar zakat pendapatan.
Asas kajian dalil-dalil berkaitan zakat dalam al-Quran ialah perkataan “harta”, yang disebut
dalam al-Quran sebagai “mal” atau bentuk jamaknya “amwal”. Kedua-dua perkataan Arab ini
mempunyai makna yang sangat luas dan tidak terhad kepada jenis harta tertentu melainkan
terdapat dalil atau konteks lain yang khusus untuknya. Firman Allah SWT:

‫ض َو ََل تَ َي َّم ُموا‬ ِ ‫س ْبت ُ ْم َو ِم َّما أ َ ْخ َرجْ نَا لَ ُك ْم ِمنَ ْاْل َ ْر‬
َ ‫ت َما َك‬ َ ‫َيا أ َ ُّي َها الَّذِينَ آ َمنُوا أ َ ْن ِفقُوا ِم ْن‬
ِ ‫ط ِِّي َبا‬
‫ي َح ِميد‬ ٌّ ‫غ ِن‬ َ َّ ‫ضوا فِي ِه َوا ْعلَ ُموا أ َ َّن‬
َ ‫َّللا‬ ُ ‫آخذِي ِه ِإ ََّل أ َ ْن ت ُ ْغ ِم‬ َ ‫ْال َخ ِب‬
ِ ‫يث ِم ْنهُ ت ُ ْن ِفقُونَ َولَ ْست ُ ْم ِب‬

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Nafkahkanlah (ke jalan Allah)


sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada sesuatu yang
kami keluarkan untuk kamu dari bumi, dan janganlah kamu pilih yang buruk-buruk, sedangkan
kamu tidak menyukainya. Ketahuilah bahawa Allah itu kaya lagi terpuji.”

Surah Al-Baqarah (2):267

Fakta penting yang dibincangkan dalam ayat ini ialah tentang perkataan “‫س ْبت ُ ْم‬
َ ‫” َما َك‬, yang
bermaksud “apa sahaja yang kamu usahakan” Menurut pengertian bahasa, perkataan “Al-kasb”
bermaksud mencari atau mengumpulkan harta, sama ada bertujuan untuk menyara diri dan
keluarga, membayar hutang, membiayai pelaburan serta simpanan. Pengumpulan harta dapat
diperoleh melalui perniagaan, bantuan, upah perkhidmatan, perindustrian, pertanian dan lain-
lain. Menurut pentafsir, perkataan "ma kasabtum" bermaksud mereka yang mengumpul emas,
perak atau wang dengan usaha mereka sendiri. Hal ini dijelaskan menurut Abdullah bin Abbas,
Ali bin Abi Talib dan Al-Thabari. Oleh itu, Al-Zamakhsyari dan Al-Naysaburi menuntut semua
pendapatan yang diperolehi oleh setiap orang Islam diwajibkan untuk membayar zakat

9|Page
pendapatan. Al- Suyuti pula menyatakan bahawa perkataan “mubhamah” mempunyai makna
umum. Hal ini bermakna ayat-ayat di atas menyatakan bahawa zakat diwajibkan ke atas semua
hasil kerja yang diperoleh dengan cara yang halal, tidak kira bila dan di mana sahaja.

Selain daripada itu, terdapat juga ayat yang menyokong kewajipan pelaksanaan zakat
pendapatan seperti surah Al-Baqarah, ayat 254 yang mengandungi kalimah “mimma
razaqnakum”. Firman Allah SWT:

‫ي َي ْوم ََل َبيْع فِي ِه َو ََل ُخلَّة َو ََل‬ ْ


َ ‫َيا أ َ ُّي َها الَّذِينَ آ َمنُوا أ َ ْن ِفقُوا ِم َّما َرزَ ْقنَا ُك ْم ِم ْن قَ ْب ِل أ َ ْن َيأ ِت‬
َّ ‫عة َو ْال َكافِ ُرونَ ُه ُم‬
َ‫الظا ِل ُمون‬ َ ‫شفَا‬
َ

Maksudnya: “ Hai orang-orang yang beriman! Agihkanlah sebahagian dari apa yang
telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tiba hari kiamat yang tidak ada jual-beli padanya,
dan tidak ada kawan teman yang memberi manfaat, serta tidak ada pula pertolongan syafaat.
Serta orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.”.
Surah Al-Baqarah (2):254

Imam al-Tabari dan al-Syaukani menjelaskan bahawa setiap muslim yang kaya wajib
membayar zakat atas rezeki yang Allah SWT berikan kepadanya. Mereka yang menghindari
kewajipannya untuk membayar zakat dapat diklasifikasikan sebagai individu yang kufur
terhadap nikmat dan mereka dianggap menzalimi diri mereka serta golongan mereka sendiri.
Firman Allah SWT:

‫س ِميع‬ َّ ‫س َكن لَ ُه ْم َو‬


َ ُ‫َّللا‬ َ ‫علَ ْي ِه ْم ِإ َّن‬
َ َ‫ص ََلتَك‬ َ ‫ط ِ ِّه ُر ُه ْم َوتُزَ ِ ِّكي ِه ْم ِب َها َو‬
َ ‫ص ِِّل‬ َ ‫ُخ ْذ ِم ْن أ َ ْم َوا ِل ِه ْم‬
َ ُ ‫صدَقَةً ت‬
‫ع ِليم‬
َ

Maksudnya: “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan menyucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa
kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.”

Surah at-Taubah (9):103

10 | P a g e
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah (SAW) untuk
mengambil sebahagian harta daripada sekumpulan orang Islam yang melarikan diri dari perang
Tabuk. Dalam perundangan Islam, orang yang berkhianat dalam peperangan telah pun
melakukan dosa besar. Setelah mereka menyedari kesilapan mereka itu, mereka terus bertaubat
serta meminta kemaafan daripada Rasulullah SAW. Pada peringkat awal, Nabi SAW enggan
menerima kemaafan mereka sehinggalah ayat suci diturunkan dan Nabi SAW menerima taubat
dengan mengambil sebahagian daripada harta mereka sebagai harta zakat.

Huraian di atas menerangkan maksud harta dengan sangat luas, iaitu apa sahaja bentuk
harta dan hasil yang diperolehi daripada pekerjaan dan kemahiran yang menepati piawaian
Islam. Selain daripada itu, terdapat banyak lagi ayat-ayat lain yang menunjukkan kewajipan
membayar zakat pendapatan Antaranya ialah, surah Al-Baqarah (2):227, surah Al-Nisa’
(4):162, surah Al-Mai dah (5):55, surah Al-Taubah (9):71, surah Al-Hajj (22):41, surah Al-
Naml (27):3, surah Luqman (31):4, surah Al-Mukminun (23):4 dan lain-lain.

4.2 SYARAT WAJIB ZAKAT PENDAPATAN

Seseorang individu diwajibkan membayar zakat pendapatan setelah memenuhi syarat-


syarat wajibnya. Salah satu syarat wajib zakat pendapatan ialah Islam. Pemilik harta mestilah
seorang individu muslim. Hal ini dikatakan demikian kerana, zakat hanya disyariatkan kepada
orang Islam. Orang yang bukan beragama Islam tidak diwajibkan membayar zakat. Hal ini
demikian kerana zakat merupakan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan
bertujuan untuk menunjukkan ketaatan serta ketundukan diri. Selain daripada itu, syarat wajib
zakat pendapatan kedua ialah merdeka. Merdeka bermaksud bebas daripada perhambaan. Isu
berkaitan dengan hamba tidak lagi wujud pada zaman kini. Walaubagaimanapun, syarat
merdeka masih dipelihara oleh ulama sebagai salah satu syarat wajib zakat.

Di samping itu, syarat wajib zakat pendapatan yang ketiga ialah sempurna milik.
Sempurna milik bermaksud pemilikan yang jelas ke atas harta tersebut dan tidak ada orang lain
yang berhak menggunakannya serta mengendalikannya kecuali diri sendiri. Dengan hak milik
yang sempurna dan kukuh, harta tersebut tidak tertakluk kepada hak individu yang lain. Hal
ini dikatakan demikian kerana, pemilik mampu membelanjakan harta tersebut secara bebas
serta keuntungan yang diperoleh daripadanya dikembalikan kepada pemiliknya. Oleh yang
demikian, tidak diwajibkan untuk seseorang individu mengeluarkan zakat harta tersebut jika

11 | P a g e
tidak mempunyai pemilik tertentu atau dimiliki oleh syarikat awam seperti tanah wakaf, harta
Baitulmal dan sebagainya. Seterusnya, syarat wajib zakat pendapatan yang keempat ialah
cukup nisab. Nisab yang mencukupi merujuk kepada jumlah harta yang mencapai nilai yang
diperlukan untuk membayar zakat. Seseorang itu tidak perlu mengeluarkan zakat sehingga
individu tersebut memenuhi syarat nilai yang dinyatakan. Sebagai contoh, bagi mengeluarkan
zakat, nisabnya ialah 20 mithqal atau 85 gram emas.

Akhir sekali, syarat wajib zakat pendapatan yang kelima ialah berkembang. Harta yang
dikenakan zakat mestilah harta yang sedang berkembang atau berpotensi untuk berkembang.
Sifat berkembang sesuatu harta adalah harta yang dapat memberikan pulangan dan pendapatan
kepada pemiliknya. Ulama sejak dahulu lagi tidak mengenakan zakat kepada haiwan yang
dijadikan kenderaan, rumah, perabot, alat kerja dan lain-lain sifat yang belum berkembang
kerana ianya hanya untuk kegunaan peribadi. Keadaan ini sebenarnya selari dengan maksud
asal perkataan zakat dalam bahasa Arab iaitu bertambah dan berkembang.

4.3 SYARAT HAUL KE ATAS ZAKAT PENDAPATAN

Haul ialah tempoh dua belas bulan atau setahun. Haul disyaratkan keatas zakat kerana
dalam tempoh masa itu, harta tersebut telah memenuhi tempoh matang serta memperolehi
keuntungan dan pulangan. Namun begitu, terdapat dua jenis zakat yang tidak disyaratkan haul
serta wajib dibayar segera setelah memperolehinya iaitu zakat pertanian dan zakat galian.
Manakala dalam zakat harta yang lain, ulama berpendapat ada syarat haul keatas harta tersebut.
Walaubagaimanapun, terdapat dua pandangan ulama tentang syarat haul yang dikenakan ke
atas zakat pendapatan. Dalam Fiqh Al-Zakat, Yusuf al-Qaradawi menyebut Ibnu Qudamah
yang mengemukakan kedua-dua pandangan. Pertama, pandangan Abu Bakar Al-Siddiq, Ali
bin Abi Talib, Abdullah bin Umar, dan ramai lagi ulama yang meriwayatkan hadis yang
mewajibkan syarat haul bagi semua zakat harta termasuk zakat pendapatan. Kedua, Abdullah
bin ‘Abbas, Abdullah bin Mas’ud, Siddiq, Baqir, serta sahabat dan para tabi’ in yang lain
meriwayatkan hadis yang tidak menjadikan haul sebagai syarat keatas zakat pendapatan.

Sebenarnya, qiyas yang tepat juga menyokong agar tidak menetapkan syarat haul ke
atas zakat pendapatan. Jika zakat pertanian dibayar pada masa ianya dituai, maka zakat
pendapatan boleh dibayar pada masa ianya diterima. Allah SWT menyebut hasil kerja bagi

12 | P a g e
seseorang hamba dan juga hasil bumi dalam ayat yang sama iaitu surah Al-Baqarah, ayat 267.
Oleh itu, tidak ada alasan yang munasabah bagi membezakan dua perkara tersebut kerana
kedua-duanya merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Menetapkan syarat haul
keatas zakat pendapatan bermakna membenarkan ramai pegawai elit dan profesional
mengabaikan kewajipan zakat. Sedangkan, pendapatan mereka lebih tinggi sehingga mereka
mempunyai kecenderungan untuk membelanjakan semua pendapatan mereka tanpa
menyimpannya. Hal ini bermaksud zakat hanya dikenakan keatas mereka yang sederhana atau
para petani yang kini tinggal dalam keadaan kurang berkemampuan berbanding dengan pekerja
profesional. Jelas sekali, keadaan seperti ini bertentangan dengan sistem keadilan Islam dan
tujuan pelaksanaan zakat itu sendiri.

Perlaksanaan zakat pendapatan akan mendatangkan banyak faedah kepada perbadanan


zakat serta fakir miskin. Oleh itu, melepaskan mereka dari kewajipan zakat dengan alasan
menunggu pendapatan yang mencukupi akan membawa kepada pengumpulan harta hanya di
tangan orang kaya dan akan melambatkan pengagihan semula pendapatan di kalangan mereka
masyarakat yang memerlukan. Sekiranya tiada syarat haul yang dikenakan ke atas zakat
pendapatan, maka ianya akan membantu pengurusan zakat itu sendiri. Kerja sebegini
sebenarnya membebankan serta menyukarkan lagi pengurusan zakat itu sendiri. Pandangan
Yusuf Qaradawi turut dikongsi serta diikuti oleh ramai pengkaji lain seperti Muhammad Kamal
'Atiyah, Mujaini bin Tarimin dan lain-lain. Daripada dua sudut pandangan di atas, kita boleh
membuat kesimpulan bahawa ulama semasa masih lagi mempunyai perbezaan pendapat
tentang penetapan syarat haul terhadap zakat pendapatan yang sudah pasti akan mempengaruhi
sama ada organisasi yang melaksanakan zakat pendapatan atau organisasi yang lain (Kamal
‘Atiyah, 1993).

4.4 KADAR ZAKAT PENDAPATAN

Secara khusus, nisbah zakat pendapatan tidak terdapat dalam nas secara langsung. Oleh
itu, qiyas juga digunakan bagi menetapkan nisbah zakat pendapatan. Kadar zakat pendapatan
adalah sekitar dua perpuluhan lima peratus (2.5%) serta lima hingga sepuluh peratus (5-10%).
Hal ini dikatakan demikian bergantung kepada kaedah qiyas atau perbandingan yang diguna
pakai. Mereka yang membandingkan zakat pendapatan dengan zakat emas atau wang, kadar
cukai adalah sebanyak dua perpuluhan lima peratus (2.5%). Bagi yang membandingkannya

13 | P a g e
dengan zakat pertanian, kadar cukainya adalah sebanyak lima peratus (5%) atau sepuluh
peratus (10%). Bagi mereka yang membandingkannya dengan barang yang ditemui atau rikaz,
kadarnya sebanyak sepuluh peratus (10%). Syeikh Muhammad Al-Ghazali telah pun
membandingkan nisbah zakat pendapatan dengan zakat pertanian. Justeru, menurut beliau,
jumlah zakat yang ditanggung bagi setiap pendapatan adalah bersesuaian dengan sukatan
tanggungan kerja atau perniagaan seperti seorang petani yang menyalurkan air ke tanahnya
iaitu sebanyak lima peratus (5%) atau sepuluh peratus (10%) (Muhammad Al-Ghazali, 1987).

Bagi menentukan kadar zakat pendapatan, jenis pendapatan dibahagikan kepada dua
jenis (Yusuf Qaradawi, 1999). Antaranya ialah pendapatan daripada modal sahaja dan
pendapatan yang diperoleh daripada modal dengan usaha. Sebagai contoh, pendapatan
daripada kilang, pembinaan, percetakan, perhotelan, perusahaan kereta, industri penerbangan
dan banyak lagi. Oleh itu, kadar zakat yang dikenakan adalah sebanyak sepuluh peratus (10%)
daripada pendapatan bersih setelah ditolak dengan perbelanjaan pengurusan, hutang serta
keperluan yang lain berdasarkan qiyas atau perbandingan dengan pendapatan pertanian. Selain
daripada itu, bagi pendapatan daripada modal sahaja seperti pegawai dan profesional, jumlah
zakat yang wajib dikeluarkan bagi mereka adalah sebanyak dua perpuluhan lima peratus
(2.5%). Hal ini dikatakan demikian kerana, ianya diqiyaskan atau dibandingkan bersama zakat
emas dan perak. Muhammad Kamal ‘Atiyah membuat kajian yang sama dimana beliau juga
membezakan antara pendapatan dalam bentuk gaji dengan pendapatan bebas. Bagi pendapatan
daripada hasil gaji, maka kadar zakat pendapatan adalah sebanyak dua perpuluhan lima peratus
(2.5%). Sementara bagi pendapatan bebas pula, kadar zakat pendapatannya adalah sebanyak
lima peratus (5%) (Kamal ‘Atiyah, 1993). Oleh itu, jelas bahawa beliau mempunyai pandangan
yang berbeza di sini bersama Yusuf al-Qaradawi yang menyatakan bahawa kadar zakat
pendapatannya adalah sebanyak sepuluh peratus (10%).

Ulama juga membezakan antara pendapatan dalam bentuk gaji dan pendapatan dalam
bentuk pindah milik seperti bonus, hadiah, dan harta pusaka. Kadar zakat pendapatan yang
dikenakan adalah sebanyak dua perpuluhan lima peratus (2.5%) berbanding pendapatan dalam
bentuk gaji seperti mana yang dinyatakan oleh Yusuf al-Qaradawi. Bagi pendapatan dalam
bentuk pindahan milik pula, jika dikira pada hasil pendapatan bersih, kadar zakat pendapatan
yang dikenakan adalah sebanyak lima peratus (5%) dan sepuluh peratus (10%) jika dikira
daripada pendapatan kasar. Hal ini dikatakan demikian kerana, pendapatan pindahan milik
diperoleh secara percuma, tanpa kos dan modal serta berisiko. Menurut Wahbah Zuhaily pula,
terdapat juga kewajipan mengeluarkan zakat pada kadar dua perpuluhan lima peratus (2.5%)

14 | P a g e
apabila haul dan nisab tercapai, tanpa membezakan antara bentuk gaji pendapatan dan
pendapatan profesional atau bebas (Wahbah Zuhaily, 1994).

Dapat disimpulkan bahawa kadar zakat pendapatan adalah diantara dua perpuluhan
lima peratus (2.5%), lima peratus (5%) dan sepuluh peratus (10%) bergantung kepada kaedah
yang digunakan oleh qiyas dan perbezaan pandangan terhadap kedua-dua jenis pendapatan
tersebut. Iaitu antara pendapatan dalam bentuk gaji atau pendapatan bebas. Perkara yang
menarik untuk dibincangkan di sini adalah kesemua nisbah di atas adalah hasil ijtihad ulama
semasa. Justeru, masih ada ruang untuk pengkaji zakat mengambil kira nilai setempat dan
semasa dalam menentukan kadar zakat pendapatan. Oleh itu, sebagai individu muslim yang
bertanggungjawab, kita mestilah memilih penentuan yang lebih menguntungkan serta
mematuhi syariah.

4.5 KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Dalam kajian ini, satu metodologi telah digunakan dalam usaha untuk menghasilkan
keputusan yang tepat dengan mengikut kerangka teori yang terlibat. Analisis kajian ini adalah
berbentuk kualitatif. Kaedah kualitatif adalah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data
yang boleh diperhatikan, satu tradisi dalam sains sosial yang pada asasnya bergantung kepada
pemerhatian orang dalam bidang mereka sendiri dan berhubung dengan orang tersebut dalam
bahasa dan istilahnya (Kirk & Miller, 1986). Pendekatan kualitatif dalam kajian ini ialah kajian
kes, dimana ianya merupakan satu kajian yang dijalankan ke atas sesuatu unit sistem, sama ada
dalam bentuk program atau peristiwa yang terikat dengan tempat, masa atau ikatan tertentu.
Kajian kes tersebut dilakukan adalah bertujuan untuk mengumpul data, mendapatkan
maklumat dan mendapatkan pemahaman terhadap kes tersebut. Proses pengumpulan data
adalah seperti mengenal pasti tempat atau individu, mendapatkan akses dan mewujudkan
rekod, pensampelan untuk tujuan mengumpul data, merekod maklumat, menyelesaikan
masalah lapangan dan menyimpan data (Cresswell, 1998) .
Dengan menggunakan kaedah kualitatif, penyelidik dapat menentukan bagaimana
zakat pendapatan dikira berdasarkan sumber bahan bacaan saintifik dan pemerolehan Internet
yang dikaitkan dengan zakat tersebut. Mengikut maklumat yang diperoleh, terdapat dua kaedah
pengiraan zakat pendapatan iaitu kaedah tanpa potongan dan kaedah dengan potongan.

15 | P a g e
4.5.1 KAEDAH TANPA TOLAKAN

Kaedah ini lebih ringkas serta mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita hanya
perlu mengira jumlah pendapatan yang diperoleh. Sebagai contoh situasi untuk membuat
pengiraan adalah seperti yang berikut. Hasmizah memperoleh pendapatan sebanyak
RM1,600.00 setiap bulan. Oleh itu, cara pengiraan zakat pendapatan ialah:

Gaji bulanan = RM1,600.00

Gaji tahunan = RM19,200.00 (RM1,600.00 x 12 bulan)

Jumlah zakat pendapatan = 2.5% x RM19,200.00

Oleh itu, jumlah zakat pendapatan yang perlu dilaksanakan oleh Hasmizah ialah sebanyak
RM480.00 per tahun atau RM40.00 per bulan.

4.5.2 KAEDAH TOLAKAN

Dengan kaedah ini, pengiraan zakat pendapatan adalah berdasarkan pendapatan kasar
atau jumlah bersih, iaitu jumlah selepas ditolak pendapatan pelepasan zakat. pelepasan zakat
pendapatan ini sama dengan potongan cukai pendapatan. kadar pelepasan zakat pendapatan
berbeza dari negeri ke negeri. Hal ini termasuk:

1. Perbelanjaan asas diri sendiri


2. Nafkah isteri
3. Nafkah anak-anak
4. Pemberian kepada ibu bapa
5. Caruman KWSP
6. Caruman kepada institusi kewangan, koperasi dan sebagainya

Contoh situasi untuk membuat pengiraan zakat pendapatan dengan menggunakan


kaedah penolakan adalah seperti berikut. Ahmad Syazzani berpendapatan sebanyak
RM3,000.00 sebulan. Beliau mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Setiap bulan,
beliau akan memberikan RM250.00 kepada kedua ibu bapanya. Selain daripada itu, beliau juga
membuat caruman KWSP sebanyak sepuluh peratus (RM300.00). Di samping itu, beliau juga

16 | P a g e
membuat simpanan di Tabung Haji sebanyak RM200.00 sebulan. Oleh itu, cara pengiraan
zakat pendapatan ialah:

Kadar nisab semasa = RM12,900.00


Jumlah pendapatan tahunan = RM36,000.00 (RM3,000.00 x 12 bulan)
Jumlah pelepasan zakat pendapatan = RM24,000.00
*Diri sendiri = RM 10,000.00
*Isteri = RM3,000.00
*Anak = RM2,000.00(2 orang x RM1,000.00)
*Ibu bapa = RM3,000.00 (RM250.00 x 12 bulan)
*KWSP = RM3,600.00 (RM300.00 x 12 bulan)
*Tabung Haji = RM2,400.00 (RM200.00 x 12 bulan)
Jumlah pendapatan yang layak untuk dizakatkan ialah RM36,000.00 – RM24,000.00
= RM12,000.00

Jumlah zakat pendapatan = 2.5% x RM12,000.00. Oleh itu, jumlah zakat pendapatan yang
perlu dilaksanakan oleh Ahmad Syazzani ialah sebanyak RM300.00 per tahun atau
RM25.00 per bulan.

Kesimpulannya, jika pendapatan layak zakat iaitu RM12,000.00, kurang daripada nisab
yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM12,900.00, maka Ahmad Syazzani tidak diwajibkan
untuk mengeluarkan zakat pendapatan.

17 | P a g e
5.0 PERBANDINGAN ZAKAT PENDAPATAN DENGAN

ZAKAT LAIN

5.1 PERBANDINGAN ZAKAT PENDAPATAN DENGAN ZAKAT


FITRAH

Zakat pendapatan merupakan salah satu daripada zakat yang tergolong di dalam zakat
harta. Zakat harta merupakan zakat yang terdiri daripada hasil pertanian, binatang ternakan,
perniagaan, wang simpanan, harta pendapatan serta harta galian yang terdiri daripada emas dan
perak. Kesemua jenis zakat harta yang telah dinyatakan tersebut memiliki perhitungan atau
perkiraannya yang akan dikenakan zakat. Manakala, zakat fitrah pula bermaksud penyuci bagi
orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk. Selain daripada itu, zakat
fitrah juga dilaksanakan adalah bertujuan untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf pada
bulan Syawal.
Antara perbezaan diantara zakat pendapatan atau zakat harta dengan zakat fitrah ialah,
zakat harta diwajibkan keatas orang Islam yang melebihi nisab atau kaya, merdeka serta
mempunyai status pemilikan yang sempurna terhadap harta tersebu. Manakala, bagi zakat
fitrah pula, diwajibkan keatas setiap orang Islam tanpa mengira status seseorang individu Islam
tersebut. Hal ini dikatakan demikian termasuklah individu Islam yang miskin atau kaya,
merdeka atau hamba yang dapat melaksanakannya pada masa tertentu iaitu pada akhir
Ramadhan dan pada awal Syawal.
Dari segi perbezaan kadar nisab pula, zakat harta mempunyai jumlah nisab sebanyak
85 gram atau lebih. Kadar pengeluaran bagi zakat harta adalah sebanyak dua perpuluhan lima
peratus (2.5%) atau satu per empat (1/4) daripada keseluruhan harta. Manakala bagi kadar
nisab bagi zakat fitrah pula adalah cukup makanan baginya pada malam hari raya sehingga
siang hari. Kadar pengeluaran bagi zakat fitrah adalah dua perpuluhan enam kilogram (2.6 kg)
atau segantang.

Di samping itu, dari segi aspek cara pengagihan pula, zakat harta perlu diagih-agihkan
kepada lapan asnaf. Manakala zakat fitrah pula perlu diutamakan kepada golongan fakir dan
miskin. Akhir sekali, dari segi aspek waktu untuk menunaikan zakat adalah sepanjang tahun
apabila cukup haul bagi zakat harta. Bagi zakat fitrah pula, ianya perlu dilaksanakan pada bulan
Ramadhan serta tamat pada satu Syawal atau sebelum solat sunat Aidil Fitri.
18 | P a g e
5.2 PERBANDINGAN ZAKAT PENDAPATAN DENGAN CUKAI
PENDAPATAN

Cukai pendapatan bermaksud suatu bayaran yang ditetapkan ke atas hasil pendapatan
yang diperoleh oleh seorang individu daripada pengajian, perniagaan, dividen, sewa, royalti,
pencen dan pendapatan lain yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi, persatuan dan
sebagainya pada setiap tahun.
Perbezaan diantara zakat pendapatan dengan cukai pendapatan yang pertama ialah,
zakat pendapatan merupakan satu ketetapan Allah SWT yang diwajibkan keatas individu Islam
apabila cukup syarat-syaratnya. Manakala cukai pula harus dikeluarkan oleh setiap individu
tanpa mengira agama apabila cukup syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Perbezaan yang kedua ialah, kadar yang wajib dikeluarkan zakat ditentukan oleh syarak iaitu
sebanyak dua perpuluhan lima peratus (2.5%) atau satu per empat (1/4) daripada hasil
pendapatan. Manakala bagi cukai pendapatan pula, kadar atau jumlahnya ditetapkan oleh
kerajaan bergantung kepada jumlah hasil pendapatan seseorang individu tersebut.
Perbezaan yang ketiga pula ialah, hasil kutipan zakat pendapatan diagihkan kepada
golongan yang berhak menerimanya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. Bagi cukai
pendapatan pula, hasil kutipan diagihkan untuk keperluan rakyat dan negara seperti membina
bangunan, membina jalan raya dan sebagainya. Perbezaan yang terakhir pula ialah, zakat hanya
dikenakan keatas orang yang kaya dan berkemampuan sahaja. Manakala bagi sistem cukai,
golongan kaya dan miskin masih dikenakan cukai melalui pelbagai cukai seperti cukai
pendapatan dan cukai jalan.

19 | P a g e
6.0 RASIONAL ZAKAT PENDAPATAN

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat banyak faedah serta manfaat dalam
pelaksanaan zakat ini. Antaranya adalah manfaat kepada pembayar zakat iaitu sebagai bentuk
penyucian harta serta pembersihan jiwa daripada sifat kufur nikmat yang diberikan oleh Allah
SWT serta kemaslahatan terhadap masyarakat miskin dan ekonomi secara keseluruhannya dari
segi pengagihan semula pendapatan.

Selain daripada itu, bagi individu yang mengeluarkan zakat, zakat ini dapat
memantapkan lagi tahap keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT. Orang yang beriman
dan bertaqwa akan menjalankan peranan mereka sebagai individu yang beragama Islam dengan
penuh rasa tanggungjawab dalam menunaikan kewajipan mengeluarkan sebahagian daripada
harta mereka yang juga menjadi rukun Islam ketiga dengan apa cara sekalipun. Hal ini
dikatakan demikian kerana, menurut al-Quran, surah al-Mudathir yang menceritakan suatu
peristiwa dimana pada akhir nanti, orang-orang beriman yang masuk ke dalam syurga tertanya-
tanya tentang golongan yang kafir serta munafik yang dicampakkan ke dalam neraka akibat
leka terhadap golongan fakir serta miskin yang kelaparan. Di samping itu, zakat ini juga dapat
memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana, suatu
bentuk jaminan sosial dan sumbangan dalam memartabatkan kecemerlangan umat dapat
diwujudkan dengan melalui pelaksanaannya yang efektif dan teratur. Melalui pelaksanaan
zakat ini juga, kita dapat merealisasikan prinsip keadilan dalam ekonomi serta satu sikap
keprihatinan masyarakat Islam terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Oleh itu, tiada
lagi isu golongan yang tercicir serta tiada lagi kes penggubalan wang haram.

Pada masa kini, masih ramai masyarakat Islam yang berfikiran bahawa zakat
merupakan ibadah terhadap harta yang bersifat taufiqi. Taufiqi bermaksud segala perkara yang
diterima oleh Rasulullah SAW dalam bentuk wahyu serta dijelaskan kepada para sahabat oleh
baginda dengan kata-katanya sendiri. Pemikiran seperti ini mengibaratkan bahawa
pensyariatan zakat perlu dilaksanakan selari dengan hadis yang berkaitan dengan aset atau
harta yang wajib dikenakan zakat dengan mengetepikan pemikiran logik akal. Sudah
semestinya pemikiran seperti ini kurang tepat serta perlu ditinjau dan dikaji semula secara lebih
terperinci. Hal ini dikatakan demikian kerana, dewasa ini telah banyak lahirnya pekerjaan-
pekerjaan yang bergaji besar tetapi tidak tersenarai dalam kategori harta yang disebutkan dalam
kitab-kitab fiqah terdahulu. Sedangkan jumlah pendapatan mereka sebenarnya memenuhi

20 | P a g e
syarat untuk mengeluarkan zakat pendapatan jika dibandingkan dengan kategori pengeluar
zakat yang dinyatakan dalam kitab-kitab fiqah terdahulu. Sebagai contoh, pekerjaan sebagai
seorang doktor, peguam, anggota legislatif serta banyak lagi.

Dalam kitab-kitab fiqah terdahulu, pekerjaan tersebut tidak disebut sebagai golongan
yang wajib melaksanakan zakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka bukanlah
penternak haiwan, peniaga, pekerja lombong serta petani. Hasil pendapatan mereka bukan
dalam bentuk emas atau perak. Oleh yang demikian, apabila merujuk kepada kategori
pengeluar zakat yang telah dinyatakan dalam kitab terdahulu, jelaslah bahawa mereka tidak
termasuk dalam golongan yang wajib membayar zakat walaupun jumlah pendapatan mereka
lebih besar. Jelaslah bahawa ianya tidak sesuai serta menjauhi prinsip keadilan dan
kesaksamaan terhadap golongan yang kurang berkemampuan apabila golongan yang
berpendapatan tertentu seperti petani, penternak, dan peniaga diwajibkan zakat dengan alasan
telah dinyatakan di dalam kitab fiqah terdahulu. Sementara itu, golongan lain yang
berpendapatan jauh lebih besar tidak dinyatakan kewajipan dalam melaksanakan ibadah zakat
kerana pekerjaan dan pendapatan mereka tidak dinyatakan dalam kitab-kitab fiqah terdahulu.

21 | P a g e
7.0 KESIMPULAN

Sebagai Akhir kalam, adalah wajib bagi setiap individu muslim untuk menunaikan
zakat pendapatan. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan melaksanakan ibadah tersebut,
boleh kita dapat membantu serta dapat menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam
kemaslahatan masyarakat khususnya. Selain daripada itu juga, dengan melaksanakan ibadah
zakat pendapatan, ianya juga secara langsung dapat membantu dalam meningkatkan lagi
ekonomi negara dan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah
(ke jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada
apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu pilih yang buruk-buruk,
sedangkan kamu tidak menyukainya. Ketahuilah bahawa Allah itu maha kaya lagi maha
terpuji.”

Surah Al-Baqarah (2):267

22 | P a g e
8.0 RUJUKAN

Ahmad, F. (2008). Merancang Cukai Pendapatan & Cukai Perniagaan. Arah Pendidikan.

Creswell, J. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five traditions.
Sage.

Kirk, & Miller, M. (1986). Reliability and validity in qualitative research. Sage Publications.

Mohamad, A. S. (1980). Tafsir Al Quran. Pustaka Nasional.

Yusuf Al- Qaraḍawi. (1999). Fiqh Az-zakat: A comparative study; the rules, regulations and
philosophy of zakat in the light of the Qur'an and Sunna. Dar Al Taqwa.

Yusuf Al- Qaraḍawi. (1985). Fiqh Az-zakāt. Muʼassasat ar-risālah.

Tarimin, M. (2012). Zakat al-Mal al-Mustafad: Amalan Dan Pengalaman di Malaysia. Pusat
Pungutan Zakat.

Zuhaily, W. M. (1994). Fiqh & Perundangan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Kamal ʻAṭīyah, & Ngah, M. N. (1993). Sistem Perakaunan Dalam Islam. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Badra. (2022). Maksud pendapatan / Gaji Kasar, Gaji Bersih, Gaji Pokok & Perbezaannya.
Harian Post. Di muat turun pada Januari 5, 2023, daripada https://harianpost.my/maksud-
gaji-kasar-bersih-pokok/

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. (2022). Kadar Cukai. Di muat turun pada Januari 29,
2023, daripada https://www.hasil.gov.my/individu/kitaran-cukai-individu/lapor-
pendapatan/kadar-cukai/

Surah.my. Surah.my. Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu. Di muat turun pada Januari 5,
2023, daripada https://www.surah.my/

23 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai