Anda di halaman 1dari 1

Bahagian C:Karangan(Skor A m/s 3C-4) Cara-cara Melestarikan Alam Sekitar 31 OKTOER 2021

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam


kehidupan manusia. Oleh yang demikian, alam sekitar perlulah
dipelihara kelestariannya. Terdapat beberapa cara untuk
menjaga dan melestarikan alam sekitar daripada terus
tercemar.
Antaranya, kita hendaklah mengamalkan amalan kitar
semula. Barang-barang seperti kertas, tin aluminium, kaca,
surat khabar lama dan plastik boleh dikitar semula supaya
dapat menjaga dan melestarikan alam sekitar kita.
Selain itu, kita perlulah mengelakkan pembakaran secara
terbuka. Hal ini amat penting supaya kualiti udara kekal bersih
dan segar. Udara yang bersih dan segar dapat memberikan
impak yang baik kepada kesihatan manusia. Dengan itu,
manusia akan terhindar daripada pelbagai jenis penyakit.
Seterusnya, amalan berkongsi kereta juga merupakan
salah satu cara menjaga alam sekitar. Hal ini demikian kerana
selain daripada mengelakkan kesesakan lalu lintas, kita juga
boleh menjimatkan penggunaan bahan api. Ini juga dapat
mengurangkan pencemaran udara.
Akhir sekali, kita boleh melestarikan alam sekitar melalui
amalan penanaman pokok. Ini adalah kerana pokok berfungsi
untuk membekalkan oksigen kepada manusia dan semua benda
hidup di dunia ini. Dengan itu, amalan penanaman pokok akan
dapat meningkatkan kualiti kehidupan kita.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat banyak cara
menjaga dan melestarikan alam sekitar. Oleh itu, semua pihak
haruslah bertanggungjawab dan memainkan peranan penting
dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai