Anda di halaman 1dari 3

Ababil : Diutus Melindungi Kaabah

Mari kawan-kawan dengar ini cerita


Kisah Ababil , utusan Allah
Lindungi kaabah dari dimusnah Lagu
Kuasa Allah tiada tandingan

Terima kasih peneraju acara, Yang Dihormati barisan panel hakim yang bijaksana , penjaga masa yang
peka dengan waktunya, guru-guru seterusnya rakan-rakan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t

Kawan-kawan tahu tak tentang burung Ababil?

Burung Ababil merupakan burung yang paling bersejarah dalam Islam.Burung Ababil bukan spesies
burung yang ada di bumi.Warnanya bermacam jenis , ada yang berwana hitam,putih dan hijau.

Ya Allah.beratnya batu besar ini..


Saya tidak mampu mengangkatnya.
Saya….tidak kuat..

Tetapi, kawan-kawan nak tahu tak?


Allah telah menciptakan burung Ababil yang memiliki kekuatan yang luar biasa berbanding kekuatan
manusia.Burung ini,memiliki kekuatan yang hebat. Burung-burung Ababil sangat kuat dengan membawa
batu panas dari neraka.
Allah telah menghantar burung –burung Ababil untuk memusnahkan tentera bergajah yang
diketuai oleh Abrahah.Tentera bergajah ini menuju ke Mekah untuk memusnahkan Kaabah.

Firman Allah S.W.T :-


‫َوَأرْ َس َل َع َلي ِْه ْم َطيْرً ا َأ َب ِابي َل‬
Maksudnya :-

Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka burung Ababil secara berpasukan.

Surah Al Fil: Ayat 3


Kawan-kawan, Allah s.w.t itu Maha Berkuasa.

Burung Ababil yang dihantar oleh Allah membawa batu yang dibakar keras dan melontarkan kepada
Abrahah dan tentera bergajahnya. Batu yang sangat keras dan panas itu menghancurkan apa sahaja
yang mengenainya.Tiada satu pun yang terlepas dari sasaran burung Ababil.

Firman Allah s.w.t

‫ار ۢ ٍة مِّن سِ جِّ يل‬ ِ ‫َترْ م‬


َ ‫ِيهم ِبح َِج‬

Maksudnya: Yang melontar mereka dengan batu-batu daripada sejenis tanah yang dibakar keras.

Surah Al Fil: Ayat 4

Allah MAha Berkuasa,


Burung Ababil sangat kuat,

Membawa batu panas dan keras,


Angkara sifat sombong dan iri hati,

Tentera Abrahah hancur musnah.

Firman Allah s.w.t

‫ف َّمْأ ُكول‬
ٍ ۢ ْ‫َف َج َع َل ُه ْم َك َعص‬
Maksudnya: Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Surah Al fil : Ayat 5

Kawan-kawan
Sifat iri hati dan sombong tidak disukai Allah s.w.t.Abrahah dengki dan iri hati melihat ramai orang
mengunjungi Kaabah sedangkan mereka tidak mengunjungi gereja tersebut. Oleh itu,Abrahah berasa
marah dan merancang untuk meruntuhkan Kaabah. Namun tidak berjaya.
Firman Allah s.w.t

ٍ ۢ ‫َأ َل ْم َيجْ َع ْل َكيْدَ ُه ْم فِى َتضْ ل‬


‫ِيل‬
Maksudnya: Bukankah TuhanMu menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan rugi dan
memusnahkan mereka
Surah Al fil : Ayat 2

Alhamdulillah, Di Malaysia rakyat hidup aman dan damai.Pelbagai kaum di Malaysia hidup bersatu padu
tanpa ada sifat dengki dan iri hati.

Kawan-kawan

Ababil - Kisah benar dari Al-Quran


Ababil - Bukan hanya kisah dogengan Lagu
Ababil - Satu bukti bantuan Tuhan
Jika, kita bertaqwa dan bertawakal kepadaNya.

Sekian, Terima Kasih


Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai