Buku Panduan Pendekatan Bertema
Buku Panduan Pendekatan Bertema
PENDEKATAN BERTEMA
DALAM PELAKSANAAN
KURIKULUM KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.”
Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.
Salah satu cabaran dalam pembelajaran ialah keupayaan murid menghubung kait maklumat yang diperoleh
dengan kehidupan harian. PdP yang sangat bertumpu kepada penguasaan kandungan mata pelajaran melalui
kaedah menghafal atau mengingat konsep dan fakta berkemungkinan menyebabkan murid kurang menggunakan
keupayaan berfikir dan kurang berpeluang membuat hubung kait antara kandungan pelajaran dengan kehidupan
harian. Kaedah menghafal fakta merupakan satu strategi yang sering digunakan untuk membantu murid mencapai
keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun dengan kaedah ini, tidak bermakna murid berupaya
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan
harian. Berdasarkan kajian, murid berupaya menguasai pengetahuan dengan baik apabila belajar dalam konteks
keseluruhan yang koheren kepada mereka dan berupaya menghubung kait apa yang dipelajari dengan dunia
sebenar (Saraswathi & Stanly, 2018).
Elemen kesepaduan kandungan pelajaran dengan konteks sebenar dalam kehidupan murid di bawah satu-satu
tema akan membolehkan pembelajaran yang lebih bermakna dalam kalangan mereka. Pendekatan bertema dalam
PdP memberi peluang kepada murid membuat perkaitan apa yang dipelajari dengan pengalaman sebenar dalam
kehidupan harian mereka. Ini membolehkan murid menguasai pelajaran melalui pemahaman yang mendalam, dan
bukan melalui kaedah hafalan semata-mata.
BPK, KPM 9
1.1 Definisi Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema ialah kaedah PdP yang menggunakan satu tema yang bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan
ini menggunakan tema bagi mewujudkan PdP yang aktif, menarik, mendalam dan bermakna. Pendekatan bertema juga menggalakkan murid berfikir secara
kreatif dan kritis serta mengembangkan kebolehan kognitif melalui pemikiran idea-idea baharu. Pendekatan ini menekankan pengajaran konsep yang diajar
secara bersepadu di bawah satu tema dan melibatkan pengintegrasian atau kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai dari beberapa disiplin ilmu.
Kesepaduan ini membolehkan pembelajaran yang bermakna dan mendalam apabila murid berupaya membuat penerokaan serta hubung kait kandungan
pelajaran dengan kehidupan harian dan dunia sebenar. Pendekatan ini berupaya memberi keseronokan belajar, meningkatkan minat, motivasi, keyakinan
dan penglibatan murid. Hasilnya murid dapat menguasai kemahiran dengan lebih cepat (Triyanto, 2011).
10 BPK, KPM
1.2 Rasional
Tinjauan BPK 2019
KSSR (Semakan 2017)
▪ Tahap pemahaman guru: tinggi 01 03 Gelombang 3 PPPM:
▪ Keluwesan
KSSM Menengah Rendah
▪ Tahap pemahaman guru: Pelaksanaan Gelombang 3 ▪ Alternatif
KSSR (Semakan Pelan (kepada guru dalam
sederhana tinggi
2017) dan KSSM Pembangunan mempelbagaikan kaedah
lengkap satu Pendidikan
pelaksanaan kurikulum)
kitaran Malaysia (PPPM)
2013 – 2025
Sekolah Rendah:
▪ Pemansuhan UPSR
▪ Aktiviti bawah pendekatan Memperkasakan Elemen Merentas Kurikulum:
Memperkasakan
bertema - kaedah alternatif Pelaksanaan ▪ Pembelajaran digital
Pentaksiran Bilik
dalam pentaksiran bilik darjah. Elemen Merentas Bantu murid membuat perkaitan:
Darjah (PBD)
Menengah Rendah:
Kurikulum (EMK)
04 ▪ antara disiplin ilmu yang
▪ Perkasa penguasaan konsep 02 dipelajari
▪ Aplikasi pengetahuan & ▪ dengan dunia sebenar secara
kemahiran; kontekstual.
▪ Persediaan ke menengah atas.
BPK, KPM 11
1.3 Matlamat
01
Pendekatan bertema dalam PdP
bermatlamat memberi peluang kepada guru
untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih
02
berkesan dan membolehkan murid belajar
dengan lebih bermakna, mendalam serta
berupaya mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam kehidupan harian
dan dunia sebenar.
12 BPK, KPM
1.4 Kelebihan Pembelajaran
Amalan Pembelajaran
Pendekatan Bermakna
Penyerapan pelbagai disiplin
PdP Menyeronokkan
Wujud suasana pembelajaran
Kendiri
Murid membuat penerokaan
Bertema ilmu dan peluang murid kondusif yang berkaitan dengan berkaitan kandungan pelajaran
membuat hubung kait persekitaran serta di bawah satu tema.
pengetahuan, kemahiran dan menyeronokkan.
Terdapat beberapa kelebihan nilai dengan dunia sebenar
pendekatan bertema dalam adalah tinggi.
BPK, KPM 13
BAB 2: PERANAN DAN 2.1 Pentadbir Sekolah
TANGGUNGJAWAB
PGB, PK dan GKMP atau KP perlulah terlebih dahulu memahami apakah yang
Peranan dan tanggungjawab setiap pihak dimaksudkan dengan pendekatan bertema dan bagaimana pendekatan ini boleh
yang terlibat dalam pelaksanaan dilaksanakan dengan berkesan.
pendekatan bertema adalah penting bagi ❖ Pentadbir menyampaikan hasrat ini kepada semua warga sekolah termasuk
memastikan kejayaan dan ibu bapa supaya pendekatan ini dapat dilaksanakan secara optimum.
kebolehlaksanaannya. Pihak yang terlibat ❖ Satu perancangan strategik bagi memastikan latihan dalaman berbentuk
di peringkat sekolah ialah pentadbir iaitu
komuniti pembelajaran profesional (PLC) secara berterusan atau program
pengetua atau guru besar (PGB), guru pementoran wajar dijalankan demi meningkatkan keupayaan guru
penolong kanan (GPK), guru kanan mata menggunakan pendekatan ini.
pelajaran (GKMP), ketua panitia (KP) dan ❖ Pentadbir menyediakan ruang perbincangan seperti bengkel kerja atau diskusi
guru. PGB dan GPK bertanggungjawab profesional supaya guru dapat berbincang dan menyediakan RPT serta
menerajui perbincangan bagi pelaksanaan pemetaan standard pembelajaran yang sesuai berdasarkan tema yang telah
pendekatan bertema di peringkat sekolah. ditentukan. Proses ini perlu dilaksanakan secara muafakat supaya boleh
merancang dan mereka bentuk kesepaduan pelbagai bidang pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
14 BPK, KPM
2.2 Guru Kanan Mata Pelajaran
dan Ketua Panitia
GKMP dan KP semua mata pelajaran berbincang untuk mendapatkan kesepakatan skop bagi setiap tema utama yang telah dipilih
supaya ada kesepaduan bidang ilmu yang akan disampaikan melalui setiap mata pelajaran. Mereka akan menyampaikan hasil
perbincangan (rujuk rajah di bawah) kepada semua guru mata pelajaran.
Meneliti Standard Menentukan tema KP juga perlu memastikan guru mata pelajaran menyediakan
Kandungan dan utama dan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) berdasarkan strategi
Standard subtema yang
Pembelajaran yang sesuai pelaksanaan yang telah dipilih bersama-sama dengan guru
hendak dicapai mata pelajaran lain.
BPK, KPM 15
2.3 Guru Mata Pelajaran
16 BPK, KPM
2.4 Guru Pendidikan Khas (PK)
Guru PK perlu mengambil kira potensi individu, tahap keupayaan dan kebolehan murid berkeperluan khas (MBK)
yang terdiri daripada pelbagai kategori sebelum melaksanakan pendekatan bertema ini. Guru PK perlu
menyesuaikan strategi PdP, ruang masa, susunan aktiviti dan bahan bantu belajar dengan ketidakupayaan MBK
yang dididik agar pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat diaplikasikan dengan lebih berkesan, bermakna dan
menyeronokkan.
Keluwesan dalam Pendidikan Khas ini terkandung dalam Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013:,
seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada -
…8(1)(c) (i) kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;
(ii) masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti;
(iii) susunan aktiviti; dan
(iv) bahan bantu mengajar.
BPK, KPM 17
2.5 Peranan Ibu Bapa atau Penjaga
18 BPK, KPM
2.6 Peranan Murid
Pembelajaran seharusnya berpusatkan murid. Oleh itu murid perlu dibimbing dan diberi galakan agar lebih
bertanggungjawab dan aktif sama ada dalam kumpulan atau secara kendiri. Bagi menghasilkan pembelajaran
bermakna, murid perlu:
2
3
melibatkan diri dengan secara
meneroka bidang ilmu yang 1 aktif dalam semua aktiviti sama
dipelajari melalui tema ada secara berkumpulan atau
utama atau subtema yang pembelajaran kendiri.
diberi secara kendiri atau
bersama rakan tanpa
menunggu arahan. 4
BPK, KPM 19
BAB 3: PENGOPERASIAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP
Pengoperasian pendekatan bertema ini memerlukan persediaan guru sama seperti melaksanakan
PdP menggunakan kaedah atau pendekatan yang lain.
20 BPK, KPM
Langkah-langkah Pelaksanaan
(Menggunakan kurikulum sedia ada)
01 02 03 04 05 06
Memilih tema Menentukan Menyediakan Menyenaraikan Menyediakan Menjalankan
utama, strategi (1,2 pemetaan dan aktiviti dan RPH PdP dan
subtema dan atau 3) RPT merancang pentaksiran
Standard pentaksiran yang
Pembelajaran berterusan
Pemilihan tema Setelah tema utama RPT disediakan Guru mempelbagaikan RPH disediakan PdP dilaksanakan
utama, subtema dan dan subtema dengan mengambil aktiviti dan memastikan mengikut cara dan mengikut mata
Standard ditentukan, guru perlu kira pelaksanaan setiap mata pelajaran format sedia ada pelajaran masing-
Pembelajaran memilih strategi yang pendekatan bertema melaksanakan aktiviti masing. Pentaksiran
dilaksanakan secara sesuai dan boleh yang berbeza di bawah dilaksanakan
perbincangan dilaksanakan oleh satu tema utama yang sepanjang proses PdP
bersama guru mata setiap guru. Proses 01 sama secara berterusan
pelajaran yang lain boleh diulang
sekiranya perlu
BPK, KPM 21
BAB 4: PEMILIHAN TEMA UTAMA, SUBTEMA DAN STRATEGI
PELAKSANAAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP
22 BPK, KPM
4.1 Tema Utama dan Subtema
Selepas memilih tema utama, guru perlu menentukan Lapan tema utama dicadangkan bagi membantu guru
subtema yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang merancang PdP mereka. Guru boleh menetapkan
hendak dicapai dalam PdP bagi mengecilkan skop dan subtema mengikut minat murid, latar belakang dan
menepati kandungan mata pelajaran. kesesuaian dengan disiplin ilmu yang digabungkan .
Sains &
Teknologi
Sesuai dengan SP Kesenian &
Sesuai dengan situasi,
dalam mata pelajaran Kebudayaan
masa atau peristiwa yang
yang terlibat. berlaku di persekitaran TEMA
murid.
UTAMA Sukan &
Permainan
Sesuai dengan Kemudahan
minat dan berkaitan mendapatkan bahan dan Kesihatan
dengan pengalaman sumber untuk PdP
serta kehidupan supaya guru boleh
harian murid. merancang aktiviti yang Ekonomi &
menarik, secara hands- Kewangan
Masyarakat
on dan menyeronokkan.
BPK, KPM 23
4.2 Strategi Pelaksanaan
Strategi
1 Subtema berbeza melalui
Tiga strategi khusus disarankan bagi pelaksanaan beberapa mata pelajaran
pendekatan bertema. Ketiga-tiga strategi ini
memerlukan guru untuk membuat persediaan awal
iaitu perbincangan bersama guru dalam panitia Strategi
Subtema yang sama melalui
yang sama atau panitia berlainan. Guru mengenal 2
beberapa mata pelajaran
pasti tema utama, subtema dan SP yang hendak
dicapai, dan merancang aktiviti supaya boleh
menghubung kait disiplin ilmu yang akan dipelajari
oleh murid serta merancang kaedah pentaksiran Strategi
yang sesuai. Strategi tersebut ialah: 3 Projek melalui Pendekatan Bertema
24 BPK, KPM
4.2.1 Strategi 1: Subtema berbeza melalui beberapa mata pelajaran
Contoh: 1 Subtema 1
Muka Bumi
Mata Pelajaran I
Bahasa Melayu
Subtema 2
TEMA 2 Ekosistem &
Mata Pelajaran II
Sains
Biodiversiti
UTAMA:
ALAM
SEKITAR
3 Subtema 3 Mata Pelajaran III
Fauna Bahasa Inggeris
Subtema 4
4
Tanggungjawab Mata Pelajaran IV
terhadap Alam Pendidikan Moral
Sekitar
Nota:
BPK, KPM 25
4.2.2 Strategi 2: Subtema yang sama melalui beberapa mata pelajaran
Contoh:
Mata Pelajaran VI: Mata Pelajaran I:
Pendidikan Muzik 6 1 Sejarah
Tema Utama:
Mata Pelajaran V: Alam Sekitar Mata Pelajaran II:
Pendidikan Jasmani 5 Subtema: 2 Pendidikan Islam
Haiwan
Nota:
26 BPK, KPM
4.2.3 Strategi 3: Projek melalui Pendekatan Bertema
Contoh:
Lisan: Berbincang mengenai punca masalah air terjejas
Mata Pelajaran I
1 Bahasa Melayu
Bacaan: Laporan, artikel, teks deskriptif tentang air
Penulisan: Kertas kerja, laporan
TEMA
UTAMA: Kajian Saintifik:
Alam Sekitar Menjalankan kajian tentang tekanan air dan tekanan atmosfera.
2
Mata Pelajaran II
Sains Kemahiran Saintifik:
Mengaplikasi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif
SUBTEMA:
Air Mata Pelajaran III
Tinjauan:
Meninjau sikap dan amalan rakan-rakan dalam penggunaan air.
3 Pendidikan Moral Penyediaan risalah: Dapatan dari temu bual dan soal selidik digunakan
dalam risalah tentang cara-cara berhemah menggunakan air.
Nota:
❑ Guru merancang projek yang sesuai mengikut minat murid.
❑ Guru berbincang dan tentukan bilangan mata pelajaran yang terlibat dalam sesuatu projek.
❑ Projek dilaksanakan secara berkumpulan
Pentaksiran:
❑ Guru mata pelajaran yang terlibat perlu berbincang untuk menyediakan rubrik bagi pentaksiran projek secara keseluruhan.
❑ Murid diberi autonomi menentukan kaedah pembentangan (secara digital atau bukan digital dari pelbagai media)
BPK, KPM 27
BAB 5: AKTIVITI PEMBELA JARAN BERTEMA
Pendekatan bertema dalam PdP memerlukan perancangan yang rapi supaya terdapat
ruang untuk murid membuat perkaitan tentang perkara yang telah dipelajari dalam
mata pelajaran lain melalui tema yang sama. Guru hendaklah memastikan SP menjadi
objektif utama yang perlu dicapai oleh murid. Tema hanya digunakan sebagai medium
pembelajaran.
Guru memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dengan
menyediakan aktiviti yang mencabar tetapi mampu disertai. Murid perlu memahami
tema dari pelbagai sudut dalam masa yang sama menguasai pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang disampaikan. Guru dan murid boleh bersama-sama meneroka sehingga
memperoleh maklumat baharu.
28 BPK, KPM
5.1 Pendekatan Bertema & Pembelajaran Digital
Dengan kemudahan alat teknologi dan capaian Internet, guru dan murid kini
mempunyai lebih banyak akses kepada sumber maklumat bagi memahami sesuatu
tema yang dipelajari. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam setiap aktiviti
pembelajaran yang dirancang supaya murid dapat mencapai kefahaman yang
mendalam dan bermakna serta dapat mencapai SP yang dihasratkan.
Aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan ini akan menjadikan proses
pembelajaran bertema lebih interaktif serta berpusatkan murid. Suasana pembelajaran
yang ceria boleh meningkatkan minat murid terhadap kandungan yang diajar dan
menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada mereka. Penggunaan
peralatan dan bahan digital akan memperluaskan lagi peluang pembelajaran kendiri
oleh murid.
BPK, KPM 29
5.2 Kepentingan Pembelajaran Digital
KEMENJADIAN KAEDAH
MATLAMAT
MURID DIGITAL
30 BPK, KPM
5.3 Aktiviti Pembelajaran
Projek Bermain
Penyelesaian
Nyanyian
Masalah
Murid dibimbing menggunakan
teknologi dan pelbagai media
Main untuk menjalankan aktiviti yang
Kuiz Peranan dirancang. Peluang dan ruang
menggunakan teknologi ini akan
meningkatkan keupayaan murid
dalam pembelajaran digital,
Berdebat seterusnya dapat melahirkan
Bercerita murid yang fasih digital di samping
menguasai kandungan mata
pelajaran masing-masing.
Penyiasatan/
Simulasi inkuiri
Berlakon Lawatan
BPK, KPM 31
Tema : Alam Sekitar
5.3.1 Contoh Pelaksanaan Aktiviti I Subtema : Haiwan
Tahap : Satu
Tahun :1
32 BPK, KPM
Tema : Alam Sekitar
5.3.2 Contoh Pelaksanaan Aktiviti II Subtema : Haiwan
Tahap : Dua
Tahun :5
BPK, KPM 33
Tema : Sukan & Permainan
5.3.3 Contoh Pelaksanaan Aktiviti III Subtema : Sukan
Sekolah : Menengah
Tingkatan :2
Pendidikan
01
Bahasa
Melayu
02 Jasmani dan
Pendidikan 03
Pendidikan
Seni Visual 04 Sains
Kesihatan
Mendengar maklumat berkaitan Melakukan permainan kecil ‘Hantar Mengumpul dan Mengkaji kesan daya
jenis sukan bersama keluarga dan Tangkap Bersyarat’ dalam mengkategorikan rekaan terhadap perubahan bentuk,
melalui aplikasi seperti
permainan bola baling. Mengaplikasi simbol dan logo dengan kedudukan, kelajuan dan arah
pengetahuan konsep pergerakan dan melayari internet dan dengan menjalankan
Telegram/ WhatsApp/ TikTok
prinsip mekanik dalam kemahiran asas eksperimen mengukur jarak
dan memberi respons berkaitan mendokumentasikan dalam
hantaran bola seperti aras bahu, atas dan masa menggunakan
apa yang didengar. Membaca kepala, lantun dan sisi dengan portfolio. Membuat penerokaan
pengumuman dan iklan kaedah balingan/ hantaran
menggunakan daya yang berbeza dan eksperimentasi
berkaitan syarat dan penyertaan bola dengan daya yang
semasa bermain. Syarat permainan menggunakan aplikasi atau
ahli keluarga dalam Temasya berbeza. Menyelesaikan
melibatkan kemahiran hantaran bola Perisian Reka Bentuk seperti
Sukan yang dipaparkan melalui masalah numerical
dan jumlah langkah bergerak yang Photoshop, Adobe illustrator,
pelbagai media sosial seperti dibenarkan semasa memegang bola. menggunakan rumus:
Flash, Autodesk Maya dan lain- Tekanan = Daya / Luas
Berita Online, Blog, Facebook, Permainan kecil ‘Hantar dan Tangkap
lain aplikasi. Menghasilkan logo permukaan, Beban x Jarak
e-mel dan lain-lain. Bersyarat’ bagi kumpulan kecil dirakam
menggunakan aplikasi TikTok. Pasukan Sukan Sekolah yang Beban daripada fulkrum =
Membina kerangka karangan
Temasya Sukan Keluarga Meneroka kemahiran asas bola baling dipilih serta daya x jarak daya dari
menggunakan MS Words/ yang sesuai digunakan semasa mendokumentasinya fulkrum, Momen daya = daya
Power Point/ Key Notes/ Page/ menyerang melalui video perlawanan menggunakan aplikasi seperti (N) x jarak tegak dari pangsi
tulisan tangan dan menghantar
dan menyunting video dengan MS Word/ PowerPoint/ Key ke daya (m)
menghimpunkan kemahiran kemahiran Notes/ Page/ dan sebagainya.
tugasan tersebut melalui e-mel/
yang telah dikenal pasti. Mencuba
WhatApps/ Telegram/ pautan kemahiran yang telah dikenal pasti
DELIMa/ bercetak/ buku latihan. semasa menyerang dalam permainan
bola baling.
34 BPK, KPM
BAB 6: PENTAKSIRAN
BPK, KPM 35
BAB 7: SOALAN LAZIM
Soalan Lazim (FAQ)
1 Mengapakah guru perlu menggunakan pendekatan bertema sedangkan banyak pendekatan lain dalam PdP?
Jawapan:
Pendekatan bertema ialah satu kaedah PdP yang menggunakan tema sebagai medium pengajaran. Penggunaan tema ini
membolehkan penyerapan pelbagai bidang ilmu dan memberi lebih peluang kepada murid untuk membuat hubung kait
tentang apa yang dipelajari melalui tema dengan kehidupan harian atau dunia sebenar. Inilah salah satu kelebihan
pendekatan bertema berbanding pendekatan PdP yang lain. Sila rujuk buku panduan muka surat 10 untuk mengetahui
kelebihan lain dalam pendekatan bertema.
2 Bagaimanakah guru merancang PdP berdasarkan tema utama sedangkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
dalam DSKP tidak disusun mengikut tema utama yang dicadangkan?
Jawapan:
Guru perlu membuat pemetaan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran berdasarkan tema utama yang sesuai.
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) juga perlu disediakan dengan mengambil kira penyusunan tema utama yang selari
dengan perancangan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
3 Bagaimanakah penyerapan ilmu mata pelajaran dapat berlaku sedangkan tidak semua Standard Pembelajaran dalam mata
pelajaran dapat disampaikan melalui tema yang sama?
Jawapan:
Guru perlu berbincang dengan guru mata pelajaran lain bagi menyediakan pemetaan Standard Pembelajaran berdasarkan
tema utama. Guru perlu memilih mata pelajaran yang mempunyai Standard Pembelajaran yang dapat dicapai di bawah tema
yang sama sahaja. Sekiranya tema utama terlalu umum, guru diberi keluwesan untuk mengecilkan skop kepada subtema
yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Melalui subtema ini penyerapan ilmu mata
pelajaran lain boleh dilaksanakan.
BPK, KPM 37
Soalan Lazim (FAQ)
4 Apakah mata pelajaran yang menjadi subjek utama untuk memastikan penyerapan ilmu dan penggabungjalinan kemahiran
berlaku dalam PdP menggunakan pendekatan ini?
Jawapan:
Tidak ada mata pelajaran yang menjadi subjek utama untuk memastikan penggabungjalinan dan penyerapan ilmu berlaku
dalam PdP. Guru perlu berbincang untuk merancang dan menyusun aktiviti yang boleh dijalankan dalam PdP masing-
masing supaya penyerapan ilmu dan penggabungjalinan kemahiran berlaku semasa murid menjalankan aktiviti.
5 Berapakah bilangan mata pelajaran yang perlu diintegrasikan di bawah satu-satu tema?
Jawapan:
Bilangan minimum mata pelajaran yang boleh diintegrasikan ialah 2 mata pelajaran.
6 Bagaimanakah guru hendak mengajar sesuatu tema sedangkan kurikulum dan buku teks tidak mempunyai tema tersebut
Jawapan:
Guru tidak mengajar tema tetapi sebaliknya guru mengajar kandungan (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran)
mata pelajaran masing-masing. Tema digunakan sebagai medium bagi menyampaikan kandungan mata pelajaran
tersebut.
38 BPK, KPM
Soalan Lazim (FAQ)
7 Bahan rujukan seperti buku teks yang disediakan oleh KPM tidak selari dengan tema utama yang dicadangkan.
Adakah buku teks masih boleh digunakan?
Jawapan:
Buku teks masih boleh digunakan kerana kandungannya adalah selari dengan kurikulum sedia ada. Guru boleh
menggunakan sumber rujukan lain selain buku teks bagi menyokong penyampaian ilmu di bawah satu-satu tema
tersebut.
8
Bagaimanakah pendekatan ini boleh memastikan semua kemahiran boleh digabungjalinkan dan kesepaduan ilmu
berlaku tanpa mengabaikan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira?
Jawapan:
Keluwesan diberikan kepada pihak sekolah untuk menentukan kandungan yang sesuai disampaikan di bawah satu-
satu tema. Pengajaran sesuatu konsep asas dalam mata pelajaran adalah penting dan pihak sekolah boleh
menyediakan satu waktu khusus bagi mengajar konsep asas sesuatu mata pelajaran.
9 Sekiranya sekolah melaksanakan pendekatan bertema ini adakah pendekatan dan kaedah pengajaran yang lain boleh
digunakan?
Jawapan:
Ya, guru masih boleh menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang bersesuaian dengan keperluan muridnya.
Malah pendekatan bertema ini boleh digunakan bersama dengan kaedah lain seperti inkuiri penemuan, projek dan
sebagainya.
BPK, KPM 39
Soalan Lazim (FAQ)
10 Bagaimanakah guru boleh mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran lain untuk berbincang mengenai
perancangan PdP melalui pendekatan ini?
Jawapan:
Pihak sekolah boleh mengatur masa bagi memberi ruang dan peluang untuk guru mengadakan perbincangan melalui
Profesional Learning Community (PLC). PLC ini perlu dimantapkan oleh pihak sekolah dengan memberi fokus kepada
pengurusan kurikulum dan PdP.
Jawapan:
Tidak. Pendekatan ini boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian sekurang-kurangnya satu kali setahun mengikut tempoh yang
dirancang.
12 Apakah bahasa instruksional yang akan digunakan semasa pembelajaran bertema ini?
Jawapan:
Bahasa instruksional bagi setiap mata pelajaran masih sama seperti yang dilaksanakan pada masa sekarang.
40 BPK, KPM
Soalan Lazim (FAQ)
13 Adakah semua tema utama mesti dilaksanakan dalam tahun yang sama atau bagi kelas yang sama?
Jawapan:
Tidak. Guru boleh memilih tema utama yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang hendak disampaikan sahaja.
Namun, guru digalakkan menggunakan sebanyak mungkin tema utama yang telah dicadangkan dan mengelakkan
pengulangan tema yang sama.
14 Adakah guru boleh mencipta tema utama yang lain selain dari 8 tema utama yang dicadangkan?
Jawapan:
Ya, boleh. Guru boleh menggunakan tema utamanya sendiri mengikut kesesuaian Standard Pembelajaran dan keperluan
lokalti. Namun, pemilihan tema utama yang baharu hendaklah mengikut panduan pemilihan tema yang disarankan dalam
buku ini. Rujuk muka surat 20
15 Siapakah yang menentukan strategi (Strategi 1, 2 dan 3) yang perlu digunakan oleh guru?
Jawapan:
Guru boleh memilih apa jua strategi (Strategi 1, 2 dan 3) yang sesuai melalui perbincangan dengan guru mata pelajaran lain.
Guru juga digalakkan mencuba semua strategi yang disarankan. Rujuk muka surat 21
BPK, KPM 41
Soalan Lazim (FAQ)
16 Adakah guru akan diberi latihan bagaimana untuk melaksanakan pendekatan bertema dalam PdP?
Jawapan:
Ya. Guru akan dibimbing oleh SISC+ di daerah masing-masing. BPK menyediakan Buku Panduan Pelaksanaan
Pendekatan Bertema dalam Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan, Contoh PdP Bertema, video penerangan berkaitan
pendekatan bertema dan slaid pembentangan yang digunakan dalam bengkel latihan sebagai rujukan.
17 Adakah keperluan merombak jadual waktu mata pelajaran untuk memberi ruang pelaksanaan pendekatan bertema ini?
Jawapan:
Tidak. Pelaziman pendekatan bertema ini boleh dilaksanakan mengikut jadual waktu sedia ada dan mengikut jumlah
waktu minimum mata pelajaran sedia ada.
18 Adakah format penulisan RPH perlu diubah dan templat RPH akan dibekalkan oleh BPK?
Jawapan:
Tidak. Guru boleh menulis RPH mengikut format sedia ada.
42 BPK, KPM
PENASIHAT JAWATANKUASA PETUGAS
PELAZIMAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM DI SEKOLAH
KETUA PENASIHAT: Tn. Haji Azman bin Haji Adnan (Pengarah BPK)
PENASIHAT
PENASIHAT:
Dr. Latip bin Muhammad
11. Kamariah binti Mohd Yassin
PENGERUSI:
Hajah Nor’aidah binti Nordin 12. Kumaresan a/l M. Subramaniam
13. Mazlan bin Awi
AHLI JAWATANKUASA:
1. Arni Suharti binti Mohamed Yasin 14. Mohd. Hafiz bin Baharom
7. Hajah Ida Hairani binti Bakar 20. Siti Aisyah binti Sahdan
8. Hajah Nor Azza binti Ibrahim 21. Siti Sarah binti Mohd. Noor
10. Hajah Susilawati binti Ehsan 23. Tajul Effandy bin Hassan
BPK KPM
Naskhah Uji Rintis
Terbitan,
Unit Cetak BPK