Anda di halaman 1dari 16

FACULTY OF SPORT SCIENCE AND RECREATION

BACHELOR DEGREE OF SPORT MANAGEMENT AND RECREATION (HONS)

CTU554:

FALSAFAH & ISU SEMASA II

TAJUK:
ADAB & ETIKA YANG BAIK SEBAGAI SEORANG PENGGUNA MEDIA
SOSIAL DALAM MEMELIHARA KESELAMATAN DIRI DAN
KEHARMONIAN ANTARA KAUM DALAM KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA.

DISEDIAKAN OLEH:

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. EZWAN RAFIQ HUSIN

TARIKH PENGHANTARAN:

ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN.................................................................................................................................3
KEPENTINGAN DALAM MENGEKALKAN ADAB DAN ETIKA SEBAGAI SEORANG
PENGGUNA MEDIA SOSIAL............................................................................................................4
1. Merapatkan hubungan sesama masyarakat................................................................................4
2. Meningkatkan penglibatan antara Kerajaan kepada Rakyat:......................................................5
i. Penggunaan Media Sosial Dalam Agensi Sektor Awam........................................................5
ii. Saluran untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna...................................................5
3. Mudah untuk mencapai objektif yang ditetapkan......................................................................6
CABARAN DALAM MENGEKALKAN ADAB DAN ETIKA SEBAGAI SEORANG PENGGUNA
MEDIA SOSIAL...................................................................................................................................8
1. Kesahihan maklumat.................................................................................................................8
2. Penyebaran Fitnah dan Gossip...................................................................................................8
3. Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa...........................................................................9
CADANGAN DALAM MENGEKALKAN ADAB DAN ETIKA SEBAGAI SEORANG
PENGGUNA MEDIA SOSIAL..........................................................................................................10
1. Peranan masyarakat.................................................................................................................10
2. Peranan ibu bapa......................................................................................................................11
3. Peranan pihak berkuasa...........................................................................................................12
KESIMPULAN...................................................................................................................................14
RUJUKAN..........................................................................................................................................15

PEMBAHAGIAN TUGAS KERJA


Bil. NAMA TUGAS KERJA
1. Alya Nabihah Binti Mohammad Munasea Pendahuluan & Kesimpulan
2. Nur Nabila Husna Bt Mohd Rafi Kepentingan
3. Nur Diyana Jalaluddin Cabaran
4. Mohammad Afiq Bin Ikhwan Cabaran
5. Nur Azmina Binti Mohamed Yunus Cadangan
PENDAHULUAN
Terdapat banyak teknologi baharu yang hebat sedang dibangunkan hari ini, termasuk
perkara seperti komunikasi dan teknologi maklumat. Salah satu perkara terbaik tentang
teknologi ini ialah orang boleh menggunakannya untuk berhubung antara satu sama lain
dalam talian. Media sosial ialah cara untuk berhubung dengan orang lain, terutamanya orang
yang anda kenali dari internet. Setiap kali mengakses Internet, kita mungkin melihat berita di
media sosial, seperti berita daripada ibu bapa, saudara mara, rakan atau rakan perniagaan.
Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa media sosial adalah cara yang tidak baik untuk
berkomunikasi, akan tetapi orang Islam lain percaya bahawa ia boleh menjadi alat yang
berharga. Cara penulisan adalah dengan menggunakan kajian daripada sumber yang berbeza,
antaranya al-Quran, Hadis, dan jurnal. Berdasarkan analisis, didapati bahawa umat Islam
harus sentiasa bersopan-santun dan menghormati ketika bersosial dalam talian, kerana ini
akan membantu mereka membina hubungan yang baik dengan orang lain. Di akhirat, setiap
perbuatan akan dinilai. Terdapat banyak faedah menggunakan media sosial, bergantung pada
cara ia digunakan. Sesetengah orang menggunakannya untuk berseronok, manakala yang lain
menggunakannya untuk tujuan yang baik, seperti mempromosikan Islam.

Banyak perbuatan tidak bermoral dalam kegiatan komunikasi memberikan cabaran


dan ancaman terhadap keharmonian dalam kehidupan bernegara di dalam Negara Kesatuan
Republik Indonesia dalam era terobosan teknologi maklumat (media baru). Menurut M. Zia
Al-ayyubi, terdapat pelbagai jenis maklumat negatif di media sosial yang menyerang
kumpulan dan individu tertentu, seperti teguran yang mempunyai nilai provokasi, penipuan,
ucapan benci, isu perkauman, dan agama. kajian ini menyelidiki etika komunikasi islam dari
perspektif al-quran, serta kepentingan etika komunikasi islam di media sosial dalam menjaga
keutuhan negara Kesatuan Republik Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif
dengan kaedah kajian literatur Al-Quran atau Library Research dengan mengumpulkan ayat-
ayat yang relevan dengan etika komunikasi, yang kemudiannya penulis analisis dan
simpulkan sebagai penyelesaian yang disediakan oleh Al-Quran kepada etika komunikasi
Islam yang baik.

Menurut temuan kajian ini, Al-Quran mengandungi petunjuk tentang etika


komunikasi, seperti komunikasi. Ianya harus berdasarkan kebenaran dan kesabaran.
Setrusnya, menyaring dalam menerima maklumat (Tabayyun). Di samping itu, menjauhkan
diri dari mempermainkan satu sama lain. mengatasi perbezaan. Akhir sekali, berkomunikasi
dengan cara dan bahasa yang baik, dan nilai-nilai kebaikan yang tersirat.

KEPENTINGAN DALAM MENGEKALKAN ADAB DAN ETIKA SEBAGAI SEORANG


PENGGUNA MEDIA SOSIAL
1. Merapatkan hubungan sesama masyarakat

Antara kepentingan atau manfaat yang bakal diperolehi sekiranya menjaga adab dan
etika sebagai seorang pengguna media sosial ialah dapat memperoleh dan menghubung ramai
kenalan dari pelbagai jenis kaum, agama, bangsa, dan negara tanpa sempadan atau dengan
ayat yang lebih mesra, media sosial penting dalam merapatkan hubungan sesama masyarakat.
Internet World Stats (2021) melaporkan bahawa seramai 29,161,765 adalah pengguna
internet telah dicatatkan pada Jun 2021 di Malaysia. Ini telah menjadi salah satu punca
peningkatan penggunaan media sosial adalah kerana terkesan daripada kawalan negara
terhadap kebebasan media. Laman-laman media sosial ini telah dijadikan sebagai platform
untuk pengguna berinteraksi bersama pengguna yang lain. Oleh sebab itu, sangatlah penting
untuk semua pengguna menjaga etika dan peradaban dalam menggunakan media sosial. Hal
ini kerana, masyarakat yang harmoni adalah masyarakat yang mementingkan kesantunan
dalam diri masing-masing. Maka, untuk mengekalkan keharmonian tersebut, haruslah
beradab dalam membicarakan sesuatu tidak kira apa sahaja laman yang digunakan kerana
seseorang yang beradab itu lebih baik walaupun seseorang itu tidak berilmu.

Pada era globalisasi kini, penggunaan media sosial semakin maju dan luas dimana ia
mempunyai banyak ciri-ciri yang menarik perhatian pengguna seperti ruangan web peribadi,
ruangan untuk membincangkan forum, ruangan untuk bersembang, ruangan memuat naik
foto dan video, dan juga terdapat ruangan pengisian ilmu. Kemajuan ini telah memberi
banyak kemudahan kepada semua pengguna untuk berinteraksi antara satu sama lain. Malah,
ia juga menjadi tempat mereka berkongsi kisah kehidupan harian mereka di dalam laman
media sosial. Serta, penggunaan media sosial kini juga telah menjadi satu budaya dimana ia
telah digunakan oleh semua peringkat umur, jantina, taraf pendidikan, dan latar belakang.
Contohnya, penggunaan aplikasi Facebook, Instagram, dan Twitter yang menjadi komuniti
maya untuk mereka berkongsi tentang kisah kehidupan masing-masing. Penggunaan media
sosial yang beradab dan beretika perlulah dilaksanakan mengikut cara yang betul seperti
menggunakan perkataan yang mudah difahami dan baik maknanya, berkongsi gambar dan
video yang memberi penuh makna dan sopan serta menghormati pengguna media sosial yang
lain.
Sekiranya penggunaan media sosial ini digunakan dengan beradab dan beretika, maka
tidak akan wujudnya perasaan menyinggung antara satu sama lain di laman sosial media. Di
mana ketika ini terdapat banyak rusuhan yang dilakukan di dalam laman media sosial hanya
kerana musim Pilihan Raya Umum (PRU) yang sedang berlangsung. Penggunaan bahasa
yang kesat digunakan untuk mencaci-maki di laman media sosial sehingga merosakkan nama
agama, bangsa, dan negara. Maka dengan itu, pentingnya untuk sentiasa beradab kerana dari
situ pengguna mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain malah mewujudkan
masyarakat yang harmoni walaupun ia hanyalah melalu laman media sosial. Oleh itu, media
sosial telah memudahkan urusan pengguna untuk berkomunikasi, berinteraksi, serta
merapatkan hubungan antara satu sama lain walaupun ia hanyalah dalam aplikasi maya.

2. Meningkatkan penglibatan antara Kerajaan kepada Rakyat:

i. Penggunaan Media Sosial Dalam Agensi Sektor Awam

Media sosial boleh digunakan untuk meningkatkan penyertaan perkhidmatan


agensi kepada pelanggan. Sebagai platform kerjasama, media sosial akan membolehkan
pihak berkuasa berkomunikasi dengan cepat dengan rakyat dan penerima merentas
sempadan, membolehkan keputusan dan tindakan dilaksanakan dengan segera. Media
sosial boleh menghubungkan khalayak luas pelbagai latar belakang dan agensi kerajaan,
di dalam dan di luar negara, untuk menambah baik sistem perkhidmatan awam. Terdapat
beberapa kategori dalam penglibatan penggunaan media sosial iaitu termasuklah
perkongsian media, berita sosial, blog dan forum, rangkaian sosial, dan microblogging.
Seperti yang dinyatakan, antara penglibatan yang paling aktif ialah melalui perkongsian
media dan microblogging yang melibatkan penggunaan aplikasi laman media sosial
seperti Instagram, Twitter, Facebook, Youtube dan selebihnya. Penggunaan media sosial
jelas menunjukkan bahawa terdapat faedah yang bakal diperolehi oleh pengguna
sekiranya mereka menglibatkan diri dalam perkara yang betul.

ii. Saluran untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna

Rakyat seharusnya memerlukan maklumat tentang ekonomi, keselamatan negara


dan isu-isu yang secara langsung memberi kesan kepada mereka. Media sosial merupakan
saluran komunikasi penting masa kini untuk membolehkan pegawai awam berhubung
antara satu sama lain dan bertukar pandangan dengan rakyat. Media sosial membolehkan
rakyat berkomunikasi dan menerima maklum balas daripada orang ramai tentang
penerimaan dasar, program dan perkhidmatan agensi. Media sosial menawarkan cara
mudah untuk mengurus kandungan untuk dikongsikan kepada rakyat. Dengan itu,
pentadbir media sosial boleh memuat naik maklumat dalam pelbagai format, termasuk
video, audio, imej dan dokumen dengan memberikan penerangan dan gambaran sebenar
tentang isu yang dibincangkan dalam kalangan pengguna media sosial. Ini boleh
meningkatkan ketelusan proses membuat keputusan dan dasar kerajaan.

Contohnya, penggunaan aplikasi Twitter digunakan oleh semua peringkat umur


tetapi ia didominasikan oleh ramai pengguna muda. Anak anak muda lantang
menyuarakan cadangan, harapan dan luahan yang dinyatakan oleh anak-anak muda
melalui aplikasi tersebut dengan penuh adab dan etika. Mereka menggunakan bahasa
yang mudah difahami, bersopan-santun dalam merangka ayat, dan tidak menimbulkan
masalah dalam mengemukakan cadangan atau luahan melalui laman media sosial
tersebut. Malahan, terdapat juga segelintir dari wakil rakyat yang memberi maklum balas
melalui aplikasi tersebut dimana ia telah membuatkan ramai anak muda untuk terus
mudah berkomunikasi dengan wakil rakyat walaupun hanya dari laman media sosial.
Maka ia jelas menunjukkan bahawa kepentingan beradab dan beretika ketika
menggunakan media sosial mampu mendapat jawapan untuk menjawab segala persoalan
rakyat kepada kerajaan.

3. Mudah untuk mencapai objektif yang ditetapkan

Beradab dan beretika dalam penggunaan sosial media mampu membantu


pengguna untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Ini bermaksud, ia memerlukan
etika berkomunikasi dalam menggunakan laman media sosial. Di media sosial,
pengguna akan menggunakan banyak halaman sesawang untuk berkomunikasi.
Seperti yang semua tahu, media sosial digunakan dalam aplikasi maya dan bukanlah
secara berhadapan. Oleh sebab itu, kita dapat mengatur sendiri profil tentang diri kita
di setiap halaman sesawang media sosial. Selain itu juga, moral terpenting dalam
komunikasi media sosial adalah kejujuran. Berkomunikasi di media sosial haruslah
memupukkan sikap jujur dalam perwatakan yang dibawa, profil dan fizikal pengguna.
Sekiranya berlaku penipuan, seperti meletakkan gambar profil yang palsu, maka, ia
sangatlah tidak beretika untuk berkomunikasi dalam media sosial. Pengguna boleh
menggunakan media sosial sebagai alat untuk berkongsi perkara baik yang pengguna
temui untuk digunakan oleh pengguna media sosial lain. Oleh hal yang demikian, jika
pengguna mengamalkan etika yang sopan, maka pengguna akan dapat mencapai
objektif yang ditetapkan dalam penggunaan media sosial.

Media sosial banyak memberi impak yang positif mahupun negative kepada pengguna dalam
kalangan rakyat Malaysia. Namun, bagi memastikan keselamatan diri dan keharmonian
antara kaum terpelihara, sebagai pengguna haruslah menitikberatkan tetang adab dan etika
sebagai seorang pengguna media sosial. Terdapat banyak manfaat yang dapat diperoleh
sekiranya pengguna itu mengekalkan adab dan etika yang baik dalam menggunakan media
sosial.
CABARAN DALAM MENGEKALKAN ADAB DAN ETIKA SEBAGAI SEORANG
PENGGUNA MEDIA SOSIAL
1. Kesahihan maklumat
Antara cabaran dalam mengekalkan adab dan etika yang dihadapi oleh seseorang
pengguna medial sosial ialah sukar untuk mendapat maklumat yang benar atau kesahihan
sesuatu berita. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk
Suriani Ahmad berkata mana-mana pihak yang menemui laman web palsu kerajaan dan
agensi di bawahnya, diminta segera melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM).

"Pengguna laman sesawang juga boleh merujuk portal sebenarnya.my sekiranya mereka
ragu-ragu dengan laman web milik kerajaan, kerana portal itu dibangunkan bagi menangani
masalah penularan berita palsu di negara ini.

"Saya juga mohon kepada semua rakyat Malaysia, sekiranya mengesyaki sesuatu maklumat
yang dipamerkan di laman web itu palsu, pergilah ke portal sebenarnya.my," katanya.

Ini telah menjadi salah satu cabaran bagi pengguna media sosial untuk mencari kesahihan
maklumat kerana terdapat begitu banyak maklumat-maklumat palsu. Maklumat yang tepat
dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan
kepalsuan fakta. Sebgai contoh, terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu
dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi
menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi
cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih.

2. Penyebaran Fitnah dan Gossip


Pada era globalisasi ini, salah satu cabaran dalam mengekalkan mengekalkan adab
dan etika sebagai seorang pengguna media sosial ialah penyebaran fitnah dan gossip. Ini
kerana kemudan melalui media sosial sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi
sehingga penyebaran fitnah dan gossip oleh pengguna-penguna bagi tujuan memburukkan,
memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Dalam pada itu, fenomena maklumat di hujung jari
semakin luas berkembang sehingga terlalu banyak maklumat yang dikongsi tanpa melihat
kepada status sama ada ia benar atau palsu. Contohnya, fitnah disebar menggunakan aplikasi
seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya sering disalahgunakan terutamanya di
musim pilihan raya. Hal ini demikian mencabar pengguna untuk mengekalkan adab dan etika
sebagai pengguna media sosial. Setiap sesuatu digunakan masyarakat, tidak dapat lari
daripada unsur negatif terutama apabila berhadapan media sosial yang mudah dan senang
diakses oleh semua lapisan masyarakat Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu
jenayah yang sangat besar. Oleh itu, penyebaran fitnah khususnya melibatkan media sosial
menunjukkan bahawa dosa memfitnah dan menyebarkan berita bohong ini amatlah besar
azabnya.

3. Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa.


Perumpamaan Melayu ada menyebut:

“Bahasa menunjukkan bangsa”

Pengaruh media sosial yang semakin menular dalam kehidupan kita hari ini jelas telah
berjaya merubah corak pemikiran sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Akibat dari
pembawakan budaya hidup Barat dari segi pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku,
hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa
hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian
harian yang dibanggakan.Ia juga bercanggah dengan ajaran yang dibawa islam.
Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

‫َم ْن تَ َشبَّهَ بِقَوْ ٍم فَهُ َو ِم ْنهُ ْم‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada
kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114) (5115) (5667),

Selain itu, perkara yang juga telah berlaku tanpa kita sedari adalah kerosakan Bahasa akibat
kebebasan golongan golongan muda untuk mengakses media sosial. Antaranya, Bahasa yang
digunakan di dalam “chatting” ataupun aplikasi mesej segera selalunya ringkas dan mudah
Namun bergitu, kesannya terbawa sehingga rata rata golongan menerima pakai dalam
komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Contohnya, perkataan
Assalamualaikum yang telah diringkaskan dengan berbagai cara seperti “Asm”, “Akum” ,
“Aslam” dan “Salam” mulai tersebar penggunaannya. Sudah terang lagi bersuluh ia
merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.
CADANGAN DALAM MENGEKALKAN ADAB DAN ETIKA SEBAGAI SEORANG
PENGGUNA MEDIA SOSIAL
Media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan seumpamanya, merupakan satu
platform untuk menyebarkan maklumat dan berinteraksi dimana, ia sangat penting dalam
kehidupan seharian kita. Di samping itu, media sosial juga merupakan medan bagi
perbalahan, fitnah, kebencian dan pengganas. Ramai masyarakat kita juga telah terperangkap
dalam budaya menghasut, memfitnah dan menyebarkan kebencian di media sosial.
Disebabkan budaya negatif ini, ia telah banyak memecahbelahkan hubungan sesama manusia.
Oleh itu, kita sewajarnya memahami serta mengikuti panduan agama yang menyarankan kita
untuk menjaga adab ketika berinteraksi serta semasa menggunakan media sosial.

1. Peranan masyarakat
Berikut merupakan beberapa cara atau cadangan yang harus kita lakukan ketika
menggunakan media sosial, dalam memelihara keselamatan diri dan keharmonian antara
kaum dalam kalangan rakyat malaysia. Antaranya, menjaga pertuturan kata. Kita haruslah
menjaga tutur bicara dan perkataan apabila berinteraksi sesama manusia mahupun ketika
ingin menyatakan sesuatu pendapat. Hal ini kerana, kita ingin memastikan bahawa setiap
perkataan yang diucapkan atau kata-kata yang ditulis, adalah sesuatu yang baik dan telah ada
kesahihannya. Sebagai masyarakat yang beradab, kita juga sewajarnya menjauhkan diri
daripada menggunakan perkataan yang tidak sesuai seperti mengeji, menghina, dan
seumpamanya. Contohnya, menghina atau mengejek rakan kita di media sosial. Perbuatan
sedemikian haruslah dielakkan kerana ia boleh menyinggung perasaan dan boleh
menghancurkan tali persahabatan. Bak kata pepatah, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata buruk padahnya".

Seterusnya, kita haruslah memastikan kesahihan maklumat. Setiap video,gambar,


artikel atau berita yang kita terima hendaklah disiasat terlebih dahulu akan kebenaran dan
kesahihannya sebelum menyebarkan maklumat tersebut ke media sosial. Menurut syariah
Islam, terdapat beberapa panduan telah digariskan tentang penggunaan media sosial. Islam,
telah menyeru umatnya untuk mengambil langkah berwaspada serta menilai sesuatu
maklumat dengan tepat sebelum membuat keputusan. Hal ini kerana, dibimbangi akan
mendorong pengaruh buruk kepada pengguna media sosial jika mereka menerima maklumat
yang tidak sahih. Allah SWT juga telah menasihati kita untuk sentiasa berhati-hati dalam
mendengar suatu perkhabaran. FirmanNya di dalam Al-Quran:

َ‫ص ْيبُوْ ا قَوْ ًم ۢا بِ َجهَالَ ٍة فَتُصْ بِحُوْ ا ع َٰلى َما فَ َع ْلتُ ْم ٰن ِد ِم ْين‬ ٌ ۢ ‫اس‬
ِ ُ‫ق بِنَبَا ٍ فَتَبَيَّنُ ْٓوا اَ ْن ت‬ ِ َ‫ٰيٓاَيُّهَا الَّ ِذ ْينَ ٰا َمنُ ْٓوا اِ ْن َج ۤا َء ُك ْم ف‬
Terjemahan: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik yang
membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada satu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas
perbuatan kamu.

Surah Al-Hujurat ayat 6

Kesahihan sesuatu maklumat merupakan satu kewajipan dan tanggungjawan bagi


setiap pengguna media sosial untuk memberikan impak yang positif kepada masyarakat.
Menyebarkan maklumat palsu adalah berdosa dan memburukkan nama baik diri sendiri.
Perbuatan tersebut juga sangat keji dan dibenci masyarakat serta Allah SWT. Firman Allah
SWT juga ada menyatakan,

َ‫وْ ن‬yyyy‫ َر ۗ ِة َوهّٰللا ُ يَ ْعلَ ُم َواَ ْنتُ ْم اَل تَ ْعلَ ُم‬yyyy‫ ُّد ْنيَا َوااْل ٰ ِخ‬yyyy‫ َذابٌ اَلِ ْي ۙ ٌم فِى ال‬yyyyَ‫وْ ا لَهُ ْم ع‬yyyyُ‫ةُ فِى الَّ ِذ ْينَ ٰا َمن‬yyyy‫اح َش‬
ِ َ‫ ْي َع ْالف‬yyyy‫اِ َّن الَّ ِذ ْينَ يُ ِحبُّوْ نَ اَ ْن ت َِش‬
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu tersiar di
kalangan orang-orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di
akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.

Surah an-Nur ayat 19

Di samping itu, kita juga haruslah menjaga keselamatan diri iaitu dengan tidak
berkongsi maklumat peribadi di platform media sosial. Ini kerana, perkongsian maklumat
asas peribadi seperti alamat rumah, tarikh lahir, atau nombor telefon boleh membawa kepada
kecurian identiti, penggodam atau ancaman dari jenayah siber. Kita juga haruslah peka
dengan setiap gambar yang dimuat naik di media sosial kerana, jenayah siber ini dengan
mudah dapat mengakses gambar kita lalu dikongsi merentasi pelbagai platform media sosial.
Setiap akaun yang dibuat juga haruslah menggunakan kata laluan yang kuat untuk mencegah
penggodam daripada mengakses akaun kita. Contohnya, mengabungkan kata laluan dengan
pelbagai abjad serta angka. Kata laluan ini juga haruslah ditukar setiap tiga bulan untuk
memastikan keselamatan yang maksimum.

2. Peranan ibu bapa


Ibu bapa haruslah memantau penggunaan media sosial terhadap anak-anak mereka.
Pada masa kini, ramai kanak-kanak telah terdedah kepada dunia teknologi dari usia awal lagi.
Pada tahap umur sebegini, mereka berkemungkinan tidak akan memikirkan tentang
keselamatan dan privasi maklumat yang dikongsi di media sosial yang boleh mendorong
kepada berlakunya kes penculikan. Ibu bapa juga haruslah memastikan agar anak-anak
mereka tidak mudah terpengaruh dengan setiap maklumat yang disebarkan serta menjaga
adab apabila berkomunikasi sesama manusia agar tidak berlaku pergaduhan atau terlibat
dalam mana-mana isu perkauman. Di samping itu, ibu bapa boleh mengehadkan masa
penggunaan seharian mereka demi menjaga kesihatan anak-anak, dimana, penggunaan media
sosial yang lama ini, boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mata anak-anak.

3. Peranan pihak berkuasa


Pihak yang berkuasa haruslah menguatkuasakan undang-undang bagi sesiapa yang
menggunakan media sosial. Undang-undang merupakan satu sistem peraturan yang harus
dipatuhi oleh semua masyarakat. Jika ada sesiapa yang melanggar peraturan tersebut, mereka
akan dijatuhkan hukuman atau denda. Contohnya, jika terdapat mana-mana pihak yang
memuat naik gambar, video atau artikel yang tidak sahih kebenarannya, mereka boleh
didakwa di mahkamah. Dengan wujudnya undang-undang ini, masyarakat akan lebih berhati-
hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial. Undang-undang ini juga, haruslah kekal
relevan dan selaras dengan peredaran dari masa ke semasa. Pihak yang berkuasa juga
haruslah tidak berkompromi dengan mana-mana pengguna media sosial, yang akan mengugat
keselamatan, kestabilan serta keharmonian negara terutamanya, dalam hal-hal yang
melibatkan isu perkauman, agama serta menghina institusi diraja. Di samping itu, hak
kebebasan bersuara juga tidak bersifat mutlak dan ianya juga tertakluk kepada undang-
undang yang ada. Contohnya, perlakuan seperti cacian dan fitnah di media sosial turut akan
dikenakan denda. Walaupun hanya satu gurauan, jika ia menyinggung perasaan seseorang,
perbuatan tersebut adalah salah dan boleh dedenda.

Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), ada menyatakan
bahawa, seseorang yang melanggar peruntukan di atas boleh dikenakan denda tidak melebihi
RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Mereka juga boleh dedenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada
sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan. Oleh hal yang demikian, memadangkan
budaya ini semakin mejadi-jadi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta
kerajaan haruslah mengambil langkah yang lebih serius dan drastik agar perbuatan sebegini
dapat dikawal dan dihentikan.

Akhir sekali, pihak berkuasa haruslah mengetatkan sistem keselamatan media sosial.
Hal ini adalah untuk menghalang jenayah siber daripada terus berlaku. Media sosial kini,
merupakan satu tempat untuk mencari rezeki. Iaitu dengan membuat video secara langsung
untuk menjual sesuatu produk. Perkara ini sering terjadi dimana, akaun mereka telah digodam
membuatkan mereka hilang punca pendapatan. Di samping itu, jika sistem keselamatan tidak
ketat, akaun peribadi kita juga dengan mudah diakses dan ini akan menyebabkan penggodam,
dengan mudah mengambil dan menggunkan maklumat kita untuk melakukan jenayah. Oleh
itu, pihak berkuasa haruslah memperketatkan lagi sistem keselamatan di negara ini agar,
perkara seperti di atas tidak berulang lagi.
KESIMPULAN
Elemen penting dalam memanfaatkan laman media sosial ialah menerapkan etika
yang sangat baik dan mempelajari pendekatan interaktif dalam aplikasi media sosial.
Sehubungan itu, setiap pihak khususnya ibu bapa perlu mengambil tahu tentang cara
memanfaatkan laman sosial agar anak-anak turut mendapat manfaat. Pepatah melayu berkata,
“ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”, yang membayangkan jika ibu bapa
menunjukkan contoh yang baik, tingkah laku anak-anak mereka akan menjadi positif jika
tidak, kesannya akan menjadi negatif. Hal ini kerana, kita perlu memupuk masyarakat sejak
kecil lagi. Semoga kita sama-sama berganding bahu membangunkan warga pintar yang
menggunakan teknologi bagi membentuk sebuah negara yang berdaya saing dan berdaya
saing dalam era kemajuan globalisasi ini.

Natijahnya, pengunaan media sosial dapat mendatangkan pelbagai kebaikkan dan


keburukan kepada golongan lapisan masyrakat. Namun, perkara yang paling penting adalah
kesedaran bahawa ditahap manakah masyarakt kita sebagai pengunaan media sosial.
Masyarakat kita perlu cakna dan celik dalam mendisiplinkan diri sebagai pengguna yang
berhemah. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara buruk.
Pepatah ada mengatakan bahawa “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk
padahnya”, sebelum terjadinya perkara yang lebih buruk lebih baik kita berfikir dahulu
sebelum membuat apa-apa tindakan di media sosial.

Akhir sekali, jika digunakan dengan sewajarnya, media sosial boleh memberikan
manfaat yang besar kepada pengguna. Ibu bapa harus memasang aplikasi yang menyekat
akses ke laman web yang tidak bermoral demi melindungi anak-anak mereka daripada agen
propaganda barat yang ingin memudaratkan minda remaja seluruh dunia melalui muzik dan
fesyen keterlaluan yang semakin mendapat tempat di hati remaja Malaysia.Pengguna juga
harus lebih berhati-hati apabila berurus niaga dalam talian dan tidak mendedahkan maklumat
peribadi secara rambang, memandangkan kadar jenayah internet baru-baru ini meningkat,
menelan belanja jutaan ringgit. Semua pihak diharap dapat tampil dan bekerjasama bagi
memastikan media sosial sentiasa dimanfaatkan secara bertanggungjawab.Guru juga boleh
memainkan peranan dalam mendedahkan laman web pendidikan dan menyemai nilai murni
dalam diri pelajar agar mereka memahami kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial
secara selaras. dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan iaitu pemimpin
dalam menyebarkan kebaikan media sosial kepada rakyat agar kebaikan ini dapat
memberikan kesan positif kepada mereka dan mampu meningkatkan kualiti hidup pada masa
hadapan.
RUJUKAN

1. 5 ETIKA PENGGUNAAN MEDIA MEDIA SOSIAL . (n.d.). Retrieved from Pusat


Islam UKM: https://www.ukm.my/pusatislam/news/5-etika-penggunaan-media-
media-sosial/

2. (15 November, 2015). Retrieved from https://prezi.com/hbdflzzm_8vp/5-keburukkan-


pengguna-media-sosial-terhadap-remaja/?fallback=1

3. ALI, U. D. (13 March , 2022). Pentingnya adab dan etika dalam pergaulan di media
sosial. Retrieved from Berita Harian :
https://www.beritaharian.sg/setempat/pentingnya-adab-dan-etika-dalam-pergaulan-di-
media-sosial

4. Dilarang mencaci maki di media sosial. (8 March, 2018). Retrieved from The
Malaysian Insight : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/41698

5. Hassan, K. (13 Augus, 2019). Adab Dalam Media Sosial. Retrieved from Oh Media :
https://ohmedia.my/umum/adab-dalam-media-sosial/

6. Idris, R. (25 Ogos , 2019). Masyarakat perlu bertanggungjawab guna media sosial .
Retrieved from Berita Harian :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/599853/masyarakat-perlu-
bertanggungjawab-guna-media-sosial-dr-wan-azizah

7. Juminem. (June, 2019). ADAB BERMEDIA SOSIAL DALAM PANDANGAN ISLAM.


Retrieved from Geneologi PAI: Jurnal Pendidikan Agama Islam:
https://jurnal.uinbanten.ac.id/index.php/geneologi/article/view/1799

8. Kebaikan Dan Faedah Menggunakan Laman Sosial. (n.d.). Retrieved from


iPendidikan : https://www.ipendidikan.my/faedah-menggunakan-laman-sosial.html

9. Rahimi, A. (12 November, 2015). 5 keburukkan pengguna media sosial terhadap


remaja. Retrieved from Prezi: https://prezi.com/hbdflzzm_8vp/5-keburukkan-
pengguna-media-sosial-terhadap-remaja/?fallback=1

Anda mungkin juga menyukai