Anda di halaman 1dari 1

1. Apa pandangan anda mengenai pdp KBAT yang telah anda laksanakan tadi?

Lumrahnya, seseorang guru akan sentiasa cuba memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaranya tercapai di akhir pengajarannya. Guru yang mempunyai
pengetahuan dalam pengajaran dapat merancang, memilih dan menggunakan bahan
pengajaran secara berkesan. Namun demikian untuk saya melaksanakan objektif
pembelajaran yang mengandungi elemen KBAT adalah masih pada tahap sederhana
kerana dalam membentuk kefahaman tentang topik yang diajar melalui kaedah
teknikal, wujudnya kelemahan dalam merancang strategi pengajaran dan
pembelaran sehingga timbul masalah dan isu pengajaran yang diadaptasi ke atas
kebolehan dan minat pelajar selain keterbatasan guru melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran secara atas talian.

2. Bagaimana anda boleh membuat penambahbaikan terhadap pdp kbat anda?


Nyatakan perancangan anda
Aspek kemahiran yang perlu dimiliki oleh guru dalam mata pelajaran teknikal ialah
guru seharusnya perlu mempunyai strategi pengajaran yang berasaskan ketrampilan
yang
mana kemahiran ini mengintegrasikan pengetahuan dan strategi guru dalam setiap
aktiviti dalam proses PdP di dalam bilik darjah mahu pun PdP atas talian. Strategi
pengajaran yang bertepatan dengan elemen KBAT dalam pengajaran memerlukan
satu set prosedur yang terancang berasaskan pendekatan PdP yang dipilih oleh guru.
Oleh yang demikian, bagi memastikan perancangan serta penambahbaikan terhadap
Pdp KBAT pada masa akan datang, sesungguhnya memerlulan tahap pelaksanaan
strategi pengajaran yang tinggi justeru merupakan aspek utama dalam memastikan
minat dan tumpuan pelajar sepenuhnya

Anda mungkin juga menyukai