Anda di halaman 1dari 2

SOALAN :

Bincangkan 6 aktiviti dalam Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) dalam


menangani cabaran pendidikan abad ke-21 bagi memastikan guru sentiasa efektif dalam
ekosistem pendidikan dinamik, bagi memastikan keberhasilan murid yang holistik serta
menepati kualiti global.

JAWAPAN :

Antara aktiviti PPB yang dapat dilaksanakan bagi menangani cabaran pendidkan
abad ke-21 antaranya adalah penglibatan dalam kursus berkaitan dengan keguruan.
Kursus merupakan suatu pendedahan ilmu untuk meningkatkan kompetensi keguruan.
Sebagai contoh kursus yang bertajuk “Penggunaan Multimedia Interaktif Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran”. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
guru terhadap keperluan dan kefahaman tentang penggunaan alat digital “Web Interaktif”
atau perisian terkini yang berbentuk permainan berasaskan pendidikan. Misalnya aplikasi
Jamboard, Quizziz, Kahoot, Quizwhizzer dan sebagainya. Kesannya, guru dapat
merancang dengan baik dan strategik berkaitan dengan pelaksanaan PdP dengan
berfokuskan model-model reka bentuk instruksional yang sesuai.

Seterusnya adalah penglibatan dalam bengkel pendidikan. Bengkel merupakan


sesi kolaboratif guru-guru untuk menyelesaikan suatu isu di sekolah. Sebagai contoh
bengkel yang bertajuk “Penggunaan Teknik Nyanyian Dalam Mata Pelajaran Tajwid Al-
Quran”. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan ruang perbincangan kepada Guru-
guru Pendidikan Islam untuk berkongsi idea dan pendapat berkaitan dengan teknik
nyanyian dalam mata pelajaran Tajwid Al-Quran. Hasil perbincangan dapat digunakan oleh
setiap GPI untuk diaplikasikan dalam PdP Tajwid Al-Quran bagi meningkatkan
keberkesanan PdP sekaligus dapat mengatasi masalah kelemahan ilmu tajwid dalam
kalangan murid sekolah rendah.

Selain itu adalah penglibatan guru dalam inovasi pendidikan. Inovasi merupakan
penghasilan sesuatu yang baharu atau menambah nilai kepada sesuatu yang ada. Inovasi
merangkumi idea, prosedur kerja, teknologi dan seumpanya yang merupakan hasil cetusan
pemikiran yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, inovasi yang dapat dibina adalah
menggunakan alat digital yang berkonsepkan multimedia interaktif misal nya inovasi
“Smart Aurah”. Inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid sekolah
berkaitan dengan konsep, hukum, kategori aurat, manfaat menutup aurat dan sebagainya
yang selari dengan DSKP. Kesanya, murid dapat memahami dengan lebih baik berkai tan
dengan konsep aurat serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dengan
murid dapat mengamalkannya di luar bilik darjah. Guru juga dapat meningkatkan daya
kreativiti dan kualiti pengajaran serta kompetensi keguruan dalam meningkatkan daya
saing dalam organisasi.

Kemudian aktiviti yang seterusnya adalah aktiviti penyelidikan. Penyelidikan


adalah aktiviti untuk mendapatkan data dan maklumat bagi meningkatkan kefahaman
tentang sesuatu isu atau amalan masalah bagi mencari alternatif penyelesaian yan g
terbaik. Sebagi contoh penyelidikan yang boleh dibuat oleh seorang guru adalah bertajuk
“Penyelidikan Tindakan Dalam Meningkatkan Kemahiran PdP” dengan mengenalpasti
isu dan masalah yang terkini dalam PdP masa kini. Tujuannya adalah untuk membantu
guru Pendidikan Islam melakukan Penyelidikan Tindakan yang sistematik dalam
menggambarkan masalah atau isu secara ilmiah serta membantu guru-guru meningkatkan
kemahiran membuat penyelidikan sebagai asas peningkatan pengetahuan profesional. Aktiviti
ini dapat memberi peluang kepada GPI dalam membuat sumbangan penting menerusi
penyelidikan sebagai keberhasilan dalam membaiki penilaian prestasi kerja serta
membudayakan kajian tindakan sebagai sebahagian dari amalan guru-guru ke arah
pendidikan era revolusi 4.0

Seterusnya adalah aktiviti Coaching dan Mentoring. Aktiviti ini merupakan proses
bimbingan yang melibatkan interaksi dan pembelajaran dua hala antara pembimbing dan
yang dibimbing berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab. Sebagai contoh, bimbingan
berkaitan dengan perkongsian amalan terbaik daripada guru-guru pakar dalam setiap
aspek terutamanya dalam aspek profesionalisme keguruan. Tujuannya adalah untuk
memudahkan pemahaman, pembelajaran dan perkembangan profesional melalui hubungan
yang berterusan, potensi dan bantuan peningkatan prestasi yang dikenal pasti secara
strategik dan lebih berfokus. Perkongsian amalan terbaik daripada guru-guru pakar juga dapat
memastikan rakan tugas atau guru-guru yang lain menepati standard profesional.

Akhir sekali adalah aktiviti Lawatan Penanda Aras. Lawatan Penanda Aras adalah
aktiviti penanda aras ke organisasi yang dikenal pasti melaksanakan amalan terbaik berkaitan
dengan perkara yang relevan untuk penambahbaikan prestasi organisasi. Sebagai contoh
Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Berprestasi Tinggi bagi membuat pemerhatian dan
berkongsi maklumat dengan pihak pentadbiran berkaitan dengan kejayaan sekolah. Hasil
lawatan ini dapat dijadikan asas untuk melaksanakan tindakan susulan peringkat organisasi.
Kemudian laporan tindakan susulan berfokus kepada apa-apa yang dipelajari dan tindakan
penambahbaikan pada peringkat individu dan organisasi perlu disediakan.

Anda mungkin juga menyukai