Anda di halaman 1dari 1

TEORI ROGERIAN (PEMUSATAN INSAN) -

Pengenalan

Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomenologi yang
digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh
Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau
kaunseling pusatan-klien. Ia mencabar pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling
arahan yang mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu
kliennya di dalam semua bidang.

Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor,
pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran ini dilakukan oleh Rogers
semata-mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang
boleh dipercayai, dan memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka
sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur tangan
secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh menuju ke arah
penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi.
Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu
adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan
arahan-arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya.
Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya.

Anda mungkin juga menyukai