Anda di halaman 1dari 15

Isu-Isu Akidah

Tajuk :
Ajaran Al-Arqam

Nama pensyarah :
Ustaz Mohamad Hasmimie Bin Mohd Yusof

Nama No Matriks Kursus Tahun Pengajian

Mohamad Armien Bin PID22235 DQS Tahun 1


Shahari

Abdullah Hafiz Bin


Zabudin PID22126 DQS Tahun 1

Muhammad Hakim
Danish Bin Raduaan PID22167 DQS Tahun 1

Muhamad Haikal Bin PID22039 DQS Tahun 1


Hashim

Fakulti Pengajian Islam


Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Semester 2 (2022/2023)
Pendahuluan

Sejak Zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah pada zaman kini,Pengembangan agama
Islam telah diuji dengan satu cabaran iaitu wujudnya pengaruh yang cuba memesongkan
akidah penganut agama Islam.Pada Zaman Rasulullah wujudnya mereka yang mempercayai
Tuhan lain selain daipada Allah SWT.Mereka mempercayai bahawa terdapat Tuhan yang
dapat memberikan pertolongan kepada mereka .Hal tersebut bercanggah dengan akidah umat
Islam.Oleh itu Allah telah mengutuskan Nabi terakhir iatu Nabi Muhammad SAW sebagai
Rasul yang terakhir yang membawa kebenaran dan menyelamatkan manusia daripada
kesesatan .
Namun pada masa kini,wujudnya satu cabaran kepada umat Nabi Muhammad iaitu isu
penyelewangan akidah dan penyebaran ajaran sesat.Penyebaran ajaran sesat telah berleluasa
dari zaman ke zaman.Ajaran sesat ialah ajaran yang salah atau penyelewengan akidah sebagai
sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa
ajaran atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran
Islam ,sedangkan pada hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu bertentangan dengan
ajaran Islam yang berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta bercanggah dengan
akidah dan syariah Islam.
Ajaran sesat adalah ajaran atau keyakinan yang dianggap menyimpang dari prinsip-prinsip
dasar agama yang diakui secara luas atau ajaran yang dianggap berbahaya, merugikan, atau
melanggar hukum. Ajaran sesat sering kali memiliki karakteristik seperti mengklaim otoritas
atau wahyu ilahi yang tidak dapat diverifikasi, memanipulasi pengikutnya untuk tujuan
pribadi atau finansial, atau melibatkan penyalahgunaan atau eksploitasi terhadap anggotanya.
Ajaran sesat boleh jadi dalam berbagai bentuk dan dapat ditemukan dalam konteks agama,
spiritualitas, atau gerakan keagamaan yang tidak diakui secara umum. Beberapa contoh
terkenal ajaran sesat melibatkan penyalahgunaan seksual, penipuan finansial, penindasan
emosional atau fisik terhadap anggota, serangan terhadap masyarakat atau pemerintah.
Namun Di Malaysia terdapat beberapa ajaran sesat yang pernah berleluasa.Ajaran tersebut
tersebar kerana para ilmuan yang salah mentafsir beberapa ilmu yang menyebabkan mereka
terpesong dengan ajaran Islam. Antara ajaran sesat yang berada di Malaysia ialah ajaran
martabat tujuh, ajaran al arqam, ajaran sky kingdom dan lain – lain lagi.
Mengenali ajaran sesat memerlukan pendekatan yang bijaksana, objektif, dan berdasarkan
fakta yang dapat dipertanggungjawabkan. Menghormati hak individu untuk memiliki
kebebasan beragama dan berkeyakinan adalah prinsip penting dalam menghadapi isu ajaran
sesat. Oleh karena itu, dalam membahas tentang ajaran sesat, kita harus berbicara dengan
penuh kebijaksanaan, berdasarkan informasi yang tepat dan bukti yang dapat dipercaya.
Dalam article ini , akan diceritakan tentang salah satu ajaran sesat yang terkenal di Malaysia
pada waktu itu iaitu ajaran Al – arqam di mana pada mulanya tidak timbul satu pun isu yang
menyebabkan ajaran ini menyeleweng dari landasan agama yang benar dan secara tiba – tiba
timbul pula isu yang menyebabkan ajaran ini disahkan ajaran sesat oleh pihak JAKIM.
Pengasas Al – Arqam

Ashaari Muhammad atau nama panggilannya “Abuya” adalah seorang tokoh Malaysia yang
menjadi pendiri gerakan ajaran Al-Arqam. Ashaari Muhammad lahir pada tahun 1945 di
Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Setelah bapanya meninggal dunia dia
telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Lebai Ibrahim yang juga merupakan pengamal
hardcore tarekat Muhammadiah dan dari sinilah Ashaari mula mengenal dan mengamalkan
aliran yang pernah mengemparkan Malaysia. Beliau telah menubuhkan Al-Arqam pada
tahun 1968, yang awalnya berfungsi sebagai lembaga pendidikan dan sosial, tetapi kemudian
berkembang menjadi suatu gerakan keagamaan yang menjadi titik mulanya ajaran ini
disahkan ajaran sesat oleh pihak JAKIM.
Ajaran Al-Arqam menggabungkan elemen Islam, Sufisme, dan ajaran esoterik dalam
ajarannya. Mereka mengatakan bahawa Ashaari Muhammad adalah nabi kedua setelah Nabi
Muhammad dalam islam. Sedangkan kita sendiri tahu bahawa tidak ada lagi nabi setelah
Nabi Muhammad S.A.W wafat. Ajaran ini juga mengajarkan keyakinan yang dianggap
kontroversi serta dianggap sebagai penyimpangan dari ajaran islam yang sebenar. Ashaari
Muhammad juga mengatakan dirinya sebagai "Rasul Qudrat" atau "Rasul Ke-16" dan
menganggap dirinya sebagai pemimpin spiritual yang diberkahi dengan ilmu dan kuasa
khusus.
Ashaari Muhammad pada mulanya adalah seorang ahli aktif PAS selama 10 tahun (1958-
1968) yang pada masa itu di bawah kepimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Oleh sebab dia
merasakan pergerakan PAS pada masa tersebut lemah dan tidak menekankan aspek ilmu,
Akhirnya dia telah menubuhkan sebuah gerakan sendiri yang diberi nama Jemaah
Muhammadiah yang kemudianya dinamakan semula sebagai Al-Arqam sempena nama
sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Arqam bin Abi Arqam.
Al-Arqam dianggap sebagai ajaran sesat oleh sebagian besar ulama di Malaysia. Pada tahun
1994, pemerintah Malaysia menghentikan kegiatan Al-Arqam karena dianggap mengancam
ketertiban dan keamanan masyarakat, serta menganggap ajaran mereka sebagai ajaran yang
menyimpang dari ajaran Islam yang dianut oleh majoriti penduduk Malaysia. Ashaari
Muhammad sendiri mengalami berbagai kontroversi dan masalah hukum sepanjang sejarah
gerakan Al-Arqam ditubuhkan.
Titik mula ajaran Al – Arqam ini dikatakan ajaran sesat ialah dimana mereka telah
menerbitkan sebuah akhbar yang mengatakan Sheikh al-Suhaimi (pengasas tarekat
Muhammadiyah) sebagai Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk
memimpin Umat Islam. Apabila isu ini tersebar dan telah sampai ke pengetahuan pihak
JAKIM, pihak JAKIM telah memanggil mereka untuk memberikan penerangan tentang isi
tersebut. Ashaari Muhammad sendiri telah menafikan tentang pendakwaan ini.
Tapi, akhirnya penyelewengan mereka ini tak tahan lama dan bila JAKIM buat sisasatan
dan mereka telah menjumpai bukti yang mengatakan Sheikh al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi
dalam Tarekat Muhammadiah iaitu pegangan ahli-ahli Al-Arqam sendiri.
Latar Belakang Pendidikan Pengasas

Pendidikan Awal Ashaari bermula dari bapa saudaranya yang menjaga beliau sejak kecil
lagi.Beliau telah diberikan pendedahan agama dan didikan yang sempurna.Pada usia
Sembilan tahun beliau telah khatam 30 Juzul Al-Quran dan mampu mengajar rakan -rakan
yang sebaya denganya.Beliau memulakan zaman persekolahan di Sekolah Melayu sehingga
darjah 7 atau thanawi tiga.Beliau tidak melanjutkan pelajaranya hingga ke peringkat
Universiti walaubagaimanapun minatnya terhadap ilmu tidak menghalangnya untuk
mempelajari ilmu pengetahuan dan mencari guru-guru agama untuk bertanya dan
bermuzakarah sehinggalah beliau Berjaya memiliki ilmu pengetahuan tentang asas tentang
ilmu agama Islam.Bagi pengikutnya yang telah mempercayai beliau memiliki ilmu yang luar
biasa yang diperolehi secara wahabiyah dan meletakkan Ashaari setaraf dengan alim ulama
dan layak dianugerahkan pangkat doctor falsafah dan ilmunya setaraf dengan professor.

Sewaktu Berusia 18 Tahun ketika masih menuntut Di Maahad Hisamuddin pada tahun 1950
beliau telah ditawarkan berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan iatiu menjadi guru agama di
Sekolah Kebangsaan Dato Karamatselma 20 Tahun. Setelah meletakkan jawatan beliau tidak
lagi bekerja dengan kerajaan akan tetapi beliau giat menjalankan aktiviti dakwah kepada
masyarakat supaya Kembali kepada Allah, aktiviti ini banyak dijalankan di surau-surau dan
masjid-masjid diantara masjid yang dikunjungiya ialah Masjid Jamek.

Pimpinan Al Arqam

Berikut merupakan beberapa pemimpin Al Arqam yang menjadi tulang kejayaan


pertubuhan Al-Arqam selama 26 Tahun 1968-1994.Antaranya ialah Ustaz Ashaari
Muhammad sebagai pengasas pertubuhan Al-Arqam.Ustaz Haji Abdul Halim Abbas sebagai
Timbalan Syeikhul Arqam.Akhbar Anang sebagai Bekas Timbalan Ustaz Ashaari.
Ustaz Mohktar Yaakob sebagai sarjana syariah.Zabidi Mohamed sebagai Penasihat undang-
undang Al-Arqam II .Haji Hassan Mokhtar Sebagai Setiusaha Majlis Syuyukh.Khairil Anuar
Ujang sebagai Penasihat Undang-undang Al-Arqam I .Shuib Sulaiman sebagai Mudir
Syukbah Dakwah Dan Perhubungan Antarabangsa Al-Arqam Ibrahim Mohamad sebagai
Mudir Syukbah Mal (Kewangan) Al-ArqamJailani Kasmani sebagai Setiausaha Akhbar
Ustaz Ashaari Khadijah Aam sebagai Isteri Ustaz Ashaari
Fasa-Fasa Perkembangan Al-Arqam

Bagi Al-Arqam, untuk membangunkan negara, ia perlu dimulakan pada peringkat diri,
kemudian keluarga sebelum berkembang ke peringkat jemaah. Individu perlu dididik terlebih
dahulu dengan iman supaya lahir anggota masyarakat yang baik dan menjadi wadah kepada
sebuah pembentukan negara Islam. Menurut Al-Arqam, setiap individu perlu menjalani
proses pendidikan (tarbiyah) iman dan akhlak bagi membangunkan sebuah Negara Islam.
Perkembangan Darul Arqam dapat dilihat melalui beberapa fasa. Tahap yang terawal adalah
‘membina insan dan memperbaiki diri dan keluarga’ (1968-1972) melalui latihan ibadah
secara berjemaah. Darul Arqam berjaya menawan hati segenap lapisan masyarakat, termasuk
golongan profesional dan teknorat yang memainkan peranan penting sehingga tercetusnya
sekolah, pusat perubatan, perkhidmatan media dan projek-projek ekonomi yang secara
keseluruhannya mempamerkan sistem kehidupan Islam yang syumul. Setiap ahli Al-Arqam
bekerja kerana bekerja dianggap sebagai ibadat. Apabila dilakukan dengan
bersungguhsungguh, akan mendapat pahala. Di dunia mungkin tiada mendapat apa-apa,
tetapi ganjarannya adalah di akhirat. Indoktrinasi ini mendorong ahli-ahli Al-Arqam bekerja
kuat dan berkorban apa sahaja untuk Jemaah.
Fasa kedua dipanggil ‘era khidmat masyarakat dan membina Jemaah dengan kesyumulan
Islam’(1973-1979) melalui interaksi dengan masyarakat yang diperhebatkan menerusi
program ziarah, ceramah dan kursus kefahaman Islam. Hal ini memperlihatkan ahli-ahli Al-
Arqam sering melakukan muhasabah diri dan bermujahadah melawan hawa nafsu. Ia
bertujuan menyingkirkan sifat-sifat mazmumah yang negatif dalam diri dan digantikan
dengan sifat-sifat mahmudah yang positif.
Tahap ketiga ‘era antarabangsa dan Dunia Baru Islam’ (1980-90) memperlihatkan produk
Darul Arqam seperti makanan, bahan penerbitan dan persembahan hiburan mendapat
sambutan sehingga ke luar negara dengan penggunaan teknologi sendiri yang terkini.
Cawangan Darul Arqam menampakkan diri ke luar negara, melalui usaha pelajar tajaan Darul
Arqam yang mengikuti perjuangannya, khususnya ke Pakistan, Jordan , dan Mesir. Liputan
media tentang Darul Arqam mula kelihatan di negara-negara jiran seperti Singapura,
Indonesia, Thailand, dan Australia. Aspek antarabangsa menjadi lebih penting apabila Ustaz
Ashaari Muhammad mengambil keputusan untuk merantau ke luar negara untuk satu jangka
masa yang tidak dapat ditetapkan pada akhir tahun 1988.
Kesalahan Ajaran Al-Arqam Dalam Sumber Akidah

Antara kesalahan-kesalahan ajaran Al-Arqam dalam sumber akidah yang bercanggah


dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah minda Haji Ashaari difahami sebagai intisari
quran dan hadith, dan Haji Ashaari adalah orang yang berupaya menyampaikan intisari
tersebut kepada pengikut-pengikutnya untuk mengamalkan ajaran ini.Dengan ada minda Haji
Ashaari, pengikut mereka tidak perlu lagi merujuk kepada Al-quran dan Hadith kerana minda
Haji Ashaari sudah lengkap. Hal ini bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana
minda Haji Ashaari ini menyampaikan sesuatu intisari Al-quran dan Hadith mengikut
kehendaknya sendiri bukan berlandaskan daripada ulama’ Tafsir mahupun ulama’ Hadith. Ini
selaras dengan hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi yang bermaksud
Rasulullah SAW bersabda “sesiapa yang berkata sesuatu pada Al-quran dengan
menggunakan pendapatnya sendiri maka Bersiap sedialah tempatnya di neraka”.

Seterusnya, kesalahan ajaran Al-Arqam yang kedua adalah Haji Ashaari mempunyai
kelebihan meramal dan mengetahui perkara yang akan berlaku di masa akan datang. Setiap
ramalan Haji Ashaari dianggap oleh ahli jamaah SRC sebagai sebahagian daripada jadual
Tuhan untuk memberi kemenangan kepada pengikut mereka. Ini telah didapati menyeleweng
daripada ajaran islam kerana manusia tidak boleh meramal dan mengetahui perkara yang
akan berlaku seperti Allah akan memberitahu Ashaari tentang musibah yang akan dialami
oleh SRC. Sekiranya sakit tersebut tidak tertanggung oleh ahli jamaah, Ashaari boleh
meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh ahli
jamaah.

Selain itu, kesalahan Ajaran Al-Arqam yang ketiga adalah Ashaari mendakwa beliau
mendapat ilmu terus daripada Allah seperti air sungai yang mengalir yang meliputi soal
agama, dunia, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ia juga mengatakan
Haji Ashaari mendapat ilmu secara langsung daripada Rasulullah berkenaan perkara yang
akan berlaku dan minda Ashaari sebenarnya wahyu daripada tuhan. Ini jelas bahawa tidak
ada manusia yang dapat wahyu dan ilmu terus dari Allah kecuali para nabi dan rasul.

Kesalahan ajaran Al-Arqam yang keempat adalah ia mengatakan bahawa Allah


mengangkat Kembali islam di akhir zaman dengan menghantar Sahibul Zaman iaitu Haji
Ashaari sebagai Sahibul Zaman dan Imam Mahdi ialah Syeikh Muhammad al-Suhaimi. Ia
juga mengatakan bahawa nabi Isa yang telah tersedia oleh Allah untuk melaksakan jadual
Tuhan. Sahibul Zaman ini dimaksudkan sebagai Mujaddid. Sepertimana yang kita tahu Imam
Mahdi ialah seorang insan yang akan dilahirkan di akhir zaman bagi memberi petunjuk
kepada manusia yang mula hilang arah dan tujuan sebenar agama. Salasilah keturunan Imam
Mahdi ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Abdullah bin Mas’ud r.a telah
berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya “sekiranya tidak berbaki
daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut
sehinggalah dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu daripada
kalangan aku atau daripada Ahli Baitku-Namanya berbetulan dengan namaku dan nama
bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Ia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan
saksama sebagaimana bumi dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman”. (Hadith
Riwayat Abu Daud). Hadith ini jelas dan nyata bahawa Imam Mahdi bukanlah di kalangan
mereka iaitu Syeikh Muhammad al-Suhaimi.

Di samping itu, kesalahan ajaran Al-Arqam yang kelima ialah perjuangan ahli jamaah
SRC dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada malaikat, jin islam,
dan roh-roh muqaddas. Roh muqaddas ini ialah roh suci para ahli jamaah yang telah
meninggal dunia. Sudah terang lagi bersuluh, ajaran Al-Arqam ini telah mensyirikkan Allah
iaitu dengan menggunakan jin-jin dan roh sebagai pelindung ahli jamaah mereka. Pengikut
ajaran Al-Arqam ini juga bertawassul kepada Haji Ashaari ketika pengikutnya menghadapi
sesuatu kesulitan atau kecemasan, Ashaari akan menghantar bantuan samada menggunakan
jin islam atau dengan karamahnya.

Akhir sekali, kesalahan ajaran Al-Arqam yang keenam adalah Haji Ashaari
mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal sekiranya ahli jamaahnya yang sampai ajal
itu masih banyak dosa. Ashaari juga boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada ahli
jamaah yang lain yang sudah sempurna iman dan taqwanya. Sewaktu ahli jamaah sedang
nazak, Ashaari mengatakan beliau akan hadir dan berada disebelah kanan kepala ahli
jamaahnya yang meninggal dengan mengajarkan talkin, dengan itu syaitan tidak akan
menyesatkan ahli jamaah berkenanan. Sewaktu ahli jamaahnya sedang disoal oleh malaikat di
alam kubur, Ashaari akan datang menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak ahli
jamaahnya. Dengan itu ahli jamaahnya terlepas dengan seksaan kubur.
Keadaan Terkini Ajaran Al-Arqam

Walaupun Al-Aqram sudah diharamkan pada tahun 1994, namun ada yang mengatakan
bahawa saki baki pengikut mereka masih lagi bertapak di Malaysia dan terus berkembang.
Ada juga mengatakan, antara sebab pertubuhan ini masih begitu kuat di Malaysia adalah
kerana ia tidak hanya menumpukan akhirat semata-mata. Sebaliknya lebih menonjol sebagai
organisasi yang seimbang dengan kehidupan dunia sekarang. Unuk pengetahuan umum,
pertubuhan organisasi ini memberi penekanan kepada pembinaan sosioekonomi sebagai teras
memastikan pengikut ajaran ini bertahan. Rufaqa Corporation Sdn. Bhd, seperti mana yang
kita ketahui sekarang memakai nama Global Ikhwan Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada 1997
dan diasaskan sendiri oleh Ashaari misalnya, adalah contoh terbaik bagaimana tersusunnya
pengurusan organisasi di bawah Al-Arqam. Sebenarnya memang ada saki baki organisasi Al-
Arqam ini, terutamanya mereka yang berhaluan kiri dan tidak sehaluan dengan ummu jah
mahu menghidupkan semula ajaran Al-Arqam dan menegakkan kerajaan roh.

Pada 1 April 2016 Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah melupuhkan dua
organisasi yang mengendalikan 15 permis di Bandar Seri Sendayan apabila mereka
mewajibkan pekerja mereka membaca doa yang diselitkan nama pengasas kumpulannya iaitu
arwah Ashaari Muhammad. Walaubagaimanapun, kedua organisasi ini tiada kaitan dengan
syarikat yang ditubuhkan Al-Arqam iaitu Global Ikhwan Sdn Bhd. Bekas pengikutnya yang
juga pengarah GISB Holdings, iaitu Dato Md Som Abdul Jalil memberitahu, mereka tidak
tahu apapun lagi tentang orang yang cuba mahu hidupkan balik ajaran yang dikatakan
sebagai sesat ini. Mereka juga memberi tahu sebenarnya mereka semua sudah lama bertaubat
dan bersumpah tidak mengulangi ajaran Al-Arqam ini. Pada masa kini, syarikat GISB
bergerak sendiri dengan tiada lagi kaitan mereka dengan ajaran Al-Arqam dan syarikat
Ikhwan Sdn Bhd ini telah mengikut jalan yang sebenarnya.
Kegemilangan Al-Arqam

Pencorakan Al-Arqam bermula pada tahun 1972 apabila Abuya menubuhkan perkampungan
Islam di Sungai Penchala, Selangor. Kawasan seluas 5 hektar ini telah dibeli sendiri oleh
Abuya dan rakan-rakanya untuk dijadikan tempat tinggal dan markas kegiatan Darul Arqam.

Walaupun mereka sudah diharamkan pada tahun 1994, tapi tidak boleh menafikan kehebatan
mereka dalam bidang perniagaan dan ekonomi.Terdapat perkampungan yang tidak sampai
tempoh 20 tahun diwujudkan telah berjaya memiliki 52 kedai runcit di seluruh
perkampungan, 20 pasar mini, 36 kedai buku dan alat ibadatserta 18 restoran di seluruh
pelusuk negara. Malah, mereka juga memiliki 56 kilang perusahaan di seluruh tanah air.

Malahan, setahun sebelum mereka diharamkan, Al-Arqam telah pun melebarkan sayap
perniagaannya ke peringkat antarabangsa. Time ini mereka juga menubuhkan Al-Arqam
Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 anak syarikat.Al-Arqam juga
membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan yang diberi nama Al-Arqam
International Centre (AIC) dan pada tahun inilah, Abuya mengisytiharkan terbentuknya
Daulah Islam di bumi Malaysia dan Indonesia.

Syukbah al-Tijarah Wal-Sina’ah atau Biro Perusahaan merupakan antara penyumbang


utama yang menggerakkan ekonomi Darul Arqam. Melalui Biro ini, didirikan kilang-kilang
untuk memproses dan mengeluarkan barang-barang seperti kicap, cili sos, tomato sos, cuka,
mi, bedak, minyak, sabun, ubat gigi dan sebagainya. Selain itu, terdapat kedai-kedai runcit
dan pasar mini al-Arqam yang dibina di merata tempat.Produk-Produk mereka turut
mendapat sambutan apabila produk tersebut dibeli oleh orang bukan Islam dan turut dijual di
kedai bukan Islam. . Selain itu, mereka juga berjaya menerbitkan pelbagai bahan bacaan
meliputi buku agama dan majalah untuk kanak-kanak, remaja, wanita dan dewasa. Antara
majalah yang pernah mendapat permit penerbitan ialah Al-Arqam, Al-Mukminah, Al-
Nasihah, Al-Munir, Al-Qiadah dan Al-Imam sebelum ia ditarik balik pada 1990.
Disamping itu wujud juga Biro Pertanian, Biro Kewangan dan Biro Penerangan menjalankan
tugas menyebarkan dakwah. Selain memiliki teknologi yang tinggi dalam bidang media
cetak, Darul Arqam juga memiliki Syukbah perubatannya sendiri, iaitu Klinik al-Arqam yang
bertempat di Desa Minang Batu Caves.
Secara keseluruhannya, sehingga tahun 1993, Darul Arqam telah mengendalikan 417 projek
ekonomi, meliputi 56 buah kilang perusahaan yang mengeluarkan 60 jenama barangan yang
berlainan, 20 pasar mini, 52 kedai runcit, 36 kedai buku, 21 kedai jahitan, 12 bengkel
kenderaan, 18 restoran, 33 bas dan 20 teksi. Darul Arqam juga merupakan perintis kepada
industri makanan halal di Malaysia. Aset tetap Darul Arqam dalam negeri berjumlah RM300
juta.
RUFAQA

Rufaqa Corporation Sdn.Bhd ialah sebuah badan perniagaan dan ekonomi yang ditubuhkan
oleh bekas pengikut Al-Arqam.Rufaqa dikatakan cuba mengembangkan Kembali ajaran Al-
Arqam di kalangan remaja dan mahasiswa di Institusi pengajian awam dan swasta.Rufaqa
Didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat atas nama Rufaqa Corporation
Sdn.Bhd.
Ustaz Ashaari merupakan pengerusi syarikat atau Pengerusi Eksekutuf.Syarikat Rufaqa
ditubuhkan pada penghujung 1997.Lebih kurang 300 kakitangan yag bekerja dangan Rufaqa
Corporation Sdn Bhd.Rangkaian perniagaan syarikat berada di dalam dan di luar
negara,berpusat di Bandar Country Homes,Rawang,Selangor.Mereka menjalankan aktiviti
hiburan dan sebagainya.
Rufaqa diperbicaraan ketika Mohd Zamri Azhar pengikut Al-Arqam didakwa
menghidupkan semula ajaran Al-Arqam dan dibicarakn Di Mahkamah Rendah Syariah Shah
Alam pada 19 Mac 2006.
Selain itu,Hamdan Mohd Nur didakwa memiliki buku betajuk Zikir Agung dan Abuya
pemimpin Paling Ajaib Di Zamanya pada 26 November 2006 di premis kedai di No
31A,Jalan Snooker 13/28 Seksyem 14,Shah Alam ,premis yang sama
Pada 27 Disember 2006,Rufaqa Corporation Sdn Bhd memfailkan sama fitnah terhadap
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM),Datuk Mustada Abdul
Rahman;Pengerusi Jawarankuasa Tetap Hal Ehwal Agama,Belia Mesra Rakyat
Selangor,Darok Abdul Rahman Palil dan Zabidi Mohamad.Rufaqa menuntut ganti rugi
RM50 Juta daripada setiap individu dan injuksi menghalang defendan daripada menerbitkan
atau mengulangi fitnah yang disiarkan dalam 3 media cetak.
Rufaqa telah menyaman Zabidi Mohamad Di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Zabidi dibela
oleh peguam dari syarikat Tentuan Hisham,Sobri&Khadir pada 26 mac 2006.Selain itu,Daruk
Abdul Rahman Palil yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal
Islam,belia dan Mesra Rakyat Negeri,memfailkan pernyataan pembelaan di Mahkamah
Tinggi Sivil pada 19 March 2007.
Sementara itu,Zabidi Mohamad mendakwa Rufaqa menyami Al Arqam dari segi mengamal
ajaran Aurad Muhammaduah.Sangat Taksub melulu pada Ashaari Mohammad.Membuat
ramalan masa depan yang didakwa diberitahu oleh Rasulullah.
Pandangan Mufti

JAKIM(Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah


dalam organisasi ini.Setelah Bermuzakarah dengan pemimpinya,Ashaari Muhammad yang
pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan Buku Aurad Muhamaddiyah
Pegangan darul Arqam pada tahun 1986.
Namun Terdapat Beberapa Usaha telah dilakukan untuk menghidupkan Al-Arqam Melalui
Syarikat Rufaqa’Corporation Dan Rangkaian syarikat gabunganya.
Berdasarkan Kajian yang telah dilakukan JAKIM ,ajaran dan pegangan yang dibawa dan
disebarkan oleh Ahli Jamaah Syarikat Rufaqa’Corporation Sdn .Bhd(SRC) dan rangkaian
syarikat gabunganya mengandungi fahaman-fahaman yang menyamai Kumpulan Al-Arqam
yang telah diharamkan.Ahli Jamaah SRC juga didapati mengamalkan ajaran dan pegangan
baru yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam .
Berdasarkan kepada penyelewengan tersebut,JawatanKuasa Fatwa Negeri Terengganu telah
bersetuju memutuskan bahawa ajaran,pegangan dan fahaman yang dibawa oleh Ahli (SRC)
dan rangkaian syarikat gabunganya dalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
Oleh yang demikian ,Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengambil kepurusan
Bahawa:Mana-mana orang Islam secara individua tau berkumpulan melalui
pertubuhan,persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut(SRC) dan
rangkain gabunganya adalah mengamalkan ajaran,pegangan dan fahaman yang menyelewang
daripada ajaran Islam.
Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan
atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa" Corporation Sdn.
Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya dengan berselindung di sebalik apa-apa
aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, perubatan, pembinaan, pertanian,
perladangan, telekomunikasi, atau apa-apa aktiviti lain yang berhubungkait dengan SRC dan
apa-apa ajaran yang mempunyai unsu-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan
fahaman kumpulan al-Arqam, adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang
menyeleweng daripada ajaran Islam.
Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan,
atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Kumpulan al-Arqam
sama ada melalui Syarikat Rufaqa" Corporation Sdn.Bhd. (SRC), rangkaian syarikat
gabungannya atau mana-mana pertubuhan, persatuan, atau syarikat yang mempunyai unsur-
unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam adalah
mengamalkan ajaran, pegangan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan,
atau syarikat yang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman Ajaran Al-Arqam adalah
mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah
Wal Jamaah.
Cara Mengatasi Ajaran Sesat

Kita hendaklah memberi kesempatan kepada akal untuk memahami sesuatu ilmu yang
baru yang kita peroleh dari seorang guru yang tidak kenal, jangan mudah terikut-ikut tanpa
berfikir dengan baik. Selain itu, janganlah tergesa-gesa menerima atau menolak sesuatu
ajakan dan kita haruslah memberilah kesempatan dan waktu kepada akal untuk memikirkan
kebenarannya. Jangan sampai kita menerima sesuatu sementara akal kita tidak memahaminya
dengan baik sehingga akhirnya kita terikut-ikut kerana sudah menjadi lumrah kehidupan
orang sekeliling. Kita juga mesti, memberi kesempatan kepada hati untuk merasakan sesuatu
dan juga hati boleh mempertimbangkan benar atau salah. Hati juga menjadi salah satu alat
yang boleh memberikan pertimbangan kepada kita. Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa
hati mampu memberikan pertimbangan kepada kita tentang hal yang baik dan hal yang buruk.
Menimbulkan kesedaran dalam diri bahawa kita bertanggungjawab terhadap apa yang
dilakukan. Sesungguhnya semua perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak.

Disamping itu, kita hendaklah bertanya kepada orang yang pakar dalam bidang
tersebut. Sekiranya datang suatu ajakan dan kita tidak terlalu memahami sesuatu perkara
tersebut, maka kita harus mencari orang yang pakar dalam bidang tersebut. Bahkan,
digalakkan untuk mencari sumber lain bagi membanding dan memahami sesuatu perkara itu
dengan baik. Ini membolehkan kita mengikuti kebenaran yang majoriti berdasarkan
pandangan ulama yang diterima ramai. Terdapat masih ramai alim ulama yang hidup
disekeliling kita. Mereka adalah orang-orang yang sentiasa berpegang teguh dengan
kebenaran. Jika ada sesuatu ajakan tertentu, maka ikutilah pendapat majoriti orang alim
ulama seperti mereka dan bergaul dengan masyarakat juga boleh mendapatkan ilmu
pengetahuan yang lebih banyak, janganlah pula kita memisahkan diri dari masyarakat yang
berlajar ilmu agama. Kerana ada beberapa pihak sering mengambil kesempatan terhadap
individu yang terasing kehidupannya. Oleh itu, adalah lebih ideal sekiranya bergaul dengan
masyarakat dan mengikut pendapat organisasi rasmi yang disahkan pemerintah adalah lebih
baik dan boleh menghindarkan diri dari terjebak dengan aliran sesat. Akhir sekali, berdoalah
agar dikurniakan hidayah dan memohon perlindungan dari Allah agar tidak terjebak dalam
ajaran sesat kerana doa adalah senjata seorang mukmin. Dengan doa yang khusyuk dan
ikhlas, moga Allah menuntut langkah kita menuju jalan yang benar dan menjauhkan kita dari
kesesatan.

Kesimpulan

Ajaran Al-Arqam merupakan satu ajaran yang sesat.Ajaran tersebut semakin menular
dalam kalangan masyarakat di Malaysia sehinggakan pengikuttnya lebih daripada 10 Ribu
umat manusia yang terjebak dalam kesesatan.Ajaran tersebut dipimpin oleh Ashaari atau
dikenali sebagai Abuya.
Ajaran ini dikatakan sesat kerana ajaran ini bercanggah dengan Ahli Sunnah Waljamaah
kerana ajaran ini mencemarkan Al-Quran dan Hadis seperti
memansuhkan,mengubah,mempertikaikan atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-
Quran dan Hadis.Mereka mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam misalnya
mendakwa semua agama adalah sama.Mereka juga mendakwa mereka sangat taksub
pemimpin mereka sehingga mengaggapya bersifat maksum,menjadi Imam Mahdi.
Ajaran ini memberikan kesan buruk terhadap Individu kerana ianya melibatkan akidah iman
seseorang individu.Antara kesanya ialah akidah seseorang individu akan menjadi rosak.Hal
tersebut kerana mereka meyakini bahawa Ahaari Muhammad sebagai seorang yang
maksum,sedangkan hanya Nabi Muhammad SAW sahaja yang bersifat maksum.Selain
itu,mereka yang mengamal ajaran sesat akan banyak membuang masa dengan aktiviti yang
tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam.Pengikut ajaran sesat juga menjadikan
mereka seorang yang tidak bertanggungjawab kerena mereka telah mengabaikan
tanggungjwab mereka sebagai seorang pelajar,suami,isteri ,ibu atau bapa.Misalnya sekiranya
pengikut adalah seorang bapa,dia telah lalai dalam memberikan nafkah kepada keluarganya.
Selain itu,kesan Buruk terhadap ma0syarakat ialah berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka.Hal tersebut
kerana mereka meyakini bahawa ajaran yang dipengang mereka adalah benar dan
mengaggapi bahawa ajaran yang selain daripada ajaran mereka adalah salah.Seterusnya
menjeaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat.
Di samping itu,kesan buruk terhadap negara ialah negara menjadi mundur kerana
penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktid dan membuang
masa.Selain itu ,ianya menjejaskan prestasi ekonomi negara dan negara menjadi tidak stabil
apabila penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan kehrmonian
masyarakat.Ini boleh menggigat kestabilan politik dan ekonominegara,akibatnya negara
terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan politik.
Kesimpulanya,masyarakat haruslah diberi penerangan secara berterusan kepada
masyarakat oleh jabatan agama Islam,guru-guru takmir masjid dan surau berkaitan dengan
kesesatan sama ada melalui bengkel atau kursus,ceramah atau tazkirah yang berterusan dan
juga media cetak.Jawatankuasa fatwa sama ada di peringkat pusat atau negeri perlu
mengeluarkan fatwa yang jelas dan tegas untuk dijadikan garis panduan kepada umat Islam
tentang kesan terlibat degan ajaran-ajaran sesat. Masyarakat haruslah disebarkan kepada
mereka tentang akidah Ahli Sunnah Waljamaah dengan huraian yang senang diterima dan
berkesan untuk semua golongan sasaran baik dikalangan orang awam dan juga kalangan
akademik dan media serta pelajar.

Anda mungkin juga menyukai