Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA MOHON SUMBANGAN MENAIK TARAF DAN BAIK PULIH

SK TAMAN RINTING 1, MASAI, JOHOR

1.0 PENDAHULUAN

SK Taman Rinting 1 bercadang untuk menaik taraf insfrasturktur tempat


meletak kenderaan, kelas prasekolah Permata Pintar 2 dan kantin bagi
menyediakan tempat dan suasana yang lebih selesa, selamat dan kondusif. Di
samping itu, dapat menyediakan tempat meletak kenderaan yang lebih selesa
untuk warga SK Taman Rinting 1, ibu bapa dan pelawat. Selain itu, proses
pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah dapat dilakukan mengikut
kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang memerlukan
peruntukan masa selama 120 minit seminggu untuk aktiviti luar dan 800 minit
seminggu untuk melakukan aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid
SK Taman Rinting 1 juga dapat makan dan minum di tempat yang lebih selesa
dan dapat berehat di kantin memandangkan jumlah murid yang bertambah.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Cadangan naik taraf dan baik pulih adalah:
2.1.1 Menambah tempat meletak kenderaan berbumbung bagi guru
dan staf
2.1.2 Menambah tempat meletak kenderaan bagi ibu bapa dan
pelawat yang hadir
ke sekolah.
2.1.3 Memasang bumbung di taman permainan kelas Prasekolah
Permata Pintar 2
2.1.4 Memasang pagar laluan ke padang di kelas Prasekolah
Permata Pintar 2
2.1.5 Membina pondok bacaan di kelas Prasekolah Permata Pintar 2
2.1.6 Memecang dinding untuk laluan dari bilik pembelajaran ke
bilik makan kelas
Prasekolah Permata Pintar 2
2.1.7 Membaik pulih lantai kaki lima di kelas Prasekolah Permata
Pintar 2
2.1.8 Memasang awning tingkap di kelas Prasekolah Permata Pintar
2
2.1.9 Memasang bumbung dan lantai berjubin di sebelah kantin
sekolah
2.1.10 Menambah kerusi dan bangku untuk pelajar di kantin sekolah

2.2 Keluasan yang dicadangkan dan anggaran kos adalah seperti


dilampiran (Bahagian 04: Ringkasan Sebut Harga, Bahagian
05:Ringkasan Item Permulaan, Bahagian
06:Skop dan jadual kerja terperinci)

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan kemudahan dan keselesaan bagi guru, staf, ibu bapa
dan pelawat
untuk meletakkan kenderaan
3.2 Melaksanakan dan melengkapkan aktiviti prasekolah yang
dirancang dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.
3.3 Menjaga keselamatan murid prasekolah semasa melakukan aktiviti
pembelajaran.
3.4 Menyediakan suasana pembelajaran yang selamat, selesa dan
kondusif.
3.5 Menyediakan tempat makan dan minum murid yang lebih selesa,
selamat dan
mencukupi.

4.0 RASIONAL
4.1 Menjaga kebajikan guru, staf, ibu bapa dan pelawat yang hadir ke
sekolah.
4.2 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid prasekolah pada
waktu pembelajaran
dan pengajaran.
4.3 Dapat memberi perlindungan kepada murid prasekolah semasa
melakukan aktiviti
daripada cuaca panas atau hujan.
4.4 Menjaga kebajikan semua murid SK Taman Rinting 1 ketika waktu
rehat.

5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk seluruh
warga SK Taman Rinting 1, ibu bapa dan pelawat SK Taman Rinting 1,
Masai, Johor
5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi
murid
prasekolah seperti main bebas, aktiviti fizikal, aktiviti berkumpulan.
5.3 Tempat berteduh untuk murid-murid berehat membaca atau
membuat aktiviti sains
di kelas prasekolah Permata Pintar 2.
5.4 Satu projek jangka panjang untuk murid-murid berehat di waktu
rehat dan boleh
melakukan pelbagai aktiviti di kantin dengan lebih selesa.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

RUJUK LAMPIRAN

7.0 RUMUSAN

Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah
amat terhad. Justeru itu, dengan sukacitanya pihak pengurusan SK Taman
Rinting 1 memohon sumbangan daripada pihak dalaman dan luaran sekolah
sama ada daripada Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan berkanun, syarikat-
syarikat swasta dan orang perseorangan.

Disediakan oleh,

............................................
(NORAZRIN BIN ZAHARI)
Guru Besar,
SK Taman Rinting 1, Masai, Johor

Lampiran 1

Cadangan tempat meletak kenderaan berbumbung

Cadangan tambahan tempat meletak kenderaan


Cadangan taman permainan yang akan dipasang bumbung di kelas Prasekolah
Permata Pintar 2

Cadangan tempat memasang pagar laluan ke padang dari kelas Prasekolah


Permata Pintar 2
Cadangan kawasan tapak untuk membina pondok bacaan di kelas Prasekolah
Permata Pintar 2.

Cadangan dinding yang akan dipecahkan sebagai laluan dari bilik pembelajaran
ke bilik makan di kelas Prasekolah Permata Pintar 2.

Cadangan untuk baik pulih lantai kaki lima di kelas Prasekolah Permata Pintar 2

Cadangan tingkap yang perlu dipasang awning di kelas Prasekolah Permata


Pintar 2
Cadangan memasang bumbung dan lantai berjubin bersebelahan kantin.

Anda mungkin juga menyukai