Anda di halaman 1dari 2

1.

Pengeluaran

 Tumpuan diberi kepada pengeluaran produk secara besar-besaran


 Pengeluaran produk secara banyak membolehkan pengeluar mencapai ekonomi
bidangan
 Kesannya kos pengeluaran menurun dan pengeluar dapat mengaut keuntungan yang
tinggi
 Pengeluar mengandaikan produk akan dapat dijual jika pengeluaran yang banyak pada
harga rendah ditawarkan dengan kos yang minimum
 Contohnya pengeluar hanya akan mengeluarkan produk keperluan harian yang
mendapat permintaan yang tinggi

2. Produk

 Tumpuan pemasaran diberi kepada kualiti produk. Kualiti produk amat dipentingkan dan
diberi keutamaan
 Pendekatan inI mempercayai bahawa barang dapat dijual dengan mudah sekiranya
berkualiti.
 Pelanggan hanya membeli produk yang paling berkualiti, berprestasi tinggi dan
mempunyai ciri-ciri inovatif
 Contohnya pengeluaran kereta yang mempunyai ciri berkualiti, berinovatif serta
berteknologi tinggi

3. Penjualan

 Tumpuan diberi kepada kaedah, teknik dan cara menjualkan sesuatu produk untuk
meningkatkan jualan
 Pendekatan ini mempercayai bahawa pelanggan hanya akan membeli jika dipujuk dan
digalakkan untuk membeli
 Promosi agresif dan kreatif diamalkan
 Contohnya produk tidak dicari seperti insurans menggunakan pendekatan ini, dimana
jurujual diambil dan dilatih untuk mencari pasaran atau pelanggan
4. Pemasaran moden.

 Tumpuan diberi kepada keperluan dan kehendak pengguna atau bertujuan memenuhi
kepuasan pengguna
 Pengeluar menggunakan strategi campuran pemasaran iaitu menggunakan harga,
produk, promosi dan pengedaran untuk memasarkan produk
• Contohnya pemasaran kereta Honda yang sering menggunakan kaedah ini

5. Pemasaran Kemasyarakatan

 Pendekatan pemnasaran yg memuaskan keperluan dan kehendak pengguna dengan


menitikberatkan kebajian sosial pengguna
 Pemasaran memberi tumpuan kepada keperluan dan kehendak pengguna jangka
panjang
 Contohnya pengeluaran kereta memperkenalkan alternatif penggunaan kereta Hybrid
berbanding penggunaan petrol dan disel untuk mengurangkan kos dan mengurangkar
pencemaran udara

Anda mungkin juga menyukai