Anda di halaman 1dari 15

ULANG KAJI

PENULISAN
RANGKA
KARANGAN
LEE CHENG HUI 01
CHEW YI XIN 06
VENUS NG JIA XIN 26
JOLENE ANG 48
A PENDAHULUAN

KANDU B ISI
NGAN
C PENUTUP
TAJUK
Kerajaan Malaysia sedang menjelaskan kepentingan bidang
pertanian kepada negara dan rakyat. Namun begitu,
penyertaan golongan belia dalam bidang pertanian masih
kurang.
Huraikan usaha-usaha untuk menggalakkan belia
menceburi bidang pertanian.
PENDAHULUAN
Bidang pertanian merupakan aspek
penting dalam negara dan rakyat. Hal ini
dikatakan demikian kerana ia menymbang
kepada kecetahanan makanan, ekonomi
dan sebagainya. Namun, penyertaan
golongan belia dalam bidang pertanian
semakin hari semakin kurang.
Persoalannya, apakah usaha-usaha
untuk menggalakkan belia menceburi
bidang pertanian.
ISI 1
Salah satu usaha untuk menggalakkan belia
menceburi bidang pertanian adalah
memberikan bantuan kewangan dan insentif
kepada bidang pertanian, Hal ini kerana kos
permulaan dalam pertanian tidak mempunyai
sumber modal yang mencukupi. Pihak
kerajaan boleh memberikan pinjaman mudah
dan bantuan pembangunan ladang untuk
menjadi dorongan kepada belia. Contohnya,
skim pembiayaan pertanian yang khusus
untuk belia boleh membantu mengurangkan
beban kewangan negara.
Kesannya, penglibatan itu akan meningkat.
ISI 2
Selain itu, inisiatif untuk menarik minat golongan
pemuda menyertai bidang pertanian adalah
bermula daripada galakan ibu dan bapa di rumah.
Hal ini kerana ibu dan bapa memainkan peranan
penting sebagai tauladan dan pembimbing dalam
memastikan anak-anak mereka memahami dan
menghargai pertanian. Aktiviti-aktiviti seperti
menjaga kebun sayur kecil di rumah, memelihara
haiwan kesayangan, atau berpartisipasi dalam
program-program kecil yang berkaitan dengan
pertanian di sekolah atau komuniti juga dapat
membantu anak-anak untuk merasai
pengalaman langsung dalam sektor ini.
Ibu dan bapa boleh membawa anak-anak
mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan
Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) yang
diadakan setiap dua tahun sekali. Anak-anak
akan terdedah kepada semua sektor yang
terlibat dalam bidang pertanian dan membuka
mata serta minat mereka terhadap bidang
tersebut. Tuntasnya, jika anak-anak muda
didedahkan kepada bidang pertanian sejak usia
muda, mereka pasti dapat memupuk semangat
untuk cinta terhadap pertanian.
ISI 3
Pada masa yang sama, agensi kerajaan boleh memainkan
peranan dengan memudahkan urusan pembukaan ladang
pertanian dan pemberian insentif kepada petani-petani muda.
Hal ini kerana insentif seperti geran bantuan daripada kerajaan
dapat membantu golongan muda untuk mendapatkan modal
permulaan kepada perusahaan pertanian mereka. Selepas
mendapat keuntungan mereka tidak seharusnya bergantung
kepada subsidi yang diberikan kerana ia membuka peluang
kepada petani muda lain untuk turut berkecimpung dalam
industri ini. Persis kata peribahasa, di mana ada gula, di situ
ada semut. Kesannya,minat terebut akan datang dari golongan
muda malah golongan tua juga. Tegasnya,agensi kerajaan
boleh memainkan peranan dengan memudahkan urusan
pembukaan ladang pertanian dan pemberian insentif untuk
menarik minat pemuda-pemudi.
PENUTUP
Kesimpulan daripada perbincangan di atas,
banyak usaha yang boleh dilaksanakan untuk
menarik minat golongan muda menceburi bidang
pertanian. Kini terdapat petani yang berusaha
dari bawah sehingga dapat menghasilkan
pendapatan sehingga lima angka sebulan. Pihak
kerajaan pula berperanan untuk memastikan
setiap agensi bekerjasama untuk meningkatkan
sektor ekonomi negara serta mendengar
masalah yang dihadapi oleh petani. Kita hanya
perlu meluaskan horizon pemikiran dan berusaha
sehingga mencapai tahap yang diinginkan.
TERIMA
KASIH
Free Resource Page

Anda mungkin juga menyukai