Anda di halaman 1dari 8

Teknologi Hijau Untuk Mengurangkan Masalah dan Isu Global Alam Sekitar

1.0 Pengenalan

Pada era globalisasi yang semakin hari semakin berteknologi tinggi ini,
kelestarian bumi kita berada dalam keadaan yang agak merisaukan. Hal ini berlaku
kerana pencemaran dan pelepasan entiti baru iaitu bahan kimia sudah melepasi
sempadan planetan. Terdapat sembilan batas planetan yang dikenal pasti dan lima
daripadanya sudah melepasi sempadan amaran iaitu aliran biogeokimia, integriti
biosfera, perubahan sistem tanih, perubahan iklim dan yang terkini pencemaran
entiti baru. Empat lagi batas planetan iaitu penggunaan air tawar, pengasidan lautan,
peratusan aerosol dalam udara dan penipisan lapisan ozon masih berada di bawah
paras yang membimbangkan buat masa ini (Zulkiflee, 2022). Oleh itu, jelaslah di sini
bahawa keadaan bumi kita perlu diubah iaitu dengan menggunakan teknologi hijau
kerana pembangunan teknologi-teknologi moden sekarang merupakan punca utama
yang menyebabkan keadaan bumi kita sekarang ini. Apakah itu teknologi hijau?
Teknologi hijau didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan
serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta
meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
(CETREE, 2017). Di sini kita dapat meringkaskan maksud teknologi hijau iaitu
teknologi yang mesra alam. Jadi persoalannya, apakah teknologi hijau yang boleh
membantu dalam menangani masalah alam sekitar ini?

2.0 Punca Yang Menyebabkan Masalah Alam Sekitar

2.1 Sikap Manusia

Sebelum memulakan dengan isi yang pertama, apakah punca-punca yang


menyebabkan masalah alam sekitar ini berlaku? Antara punca yang paling utama
ialah sikap sesetengah manusia sendiri yang mementingkan diri sendiri dan tidak
mengambil kisah tentang kelestarian alam sekitar. Mereka ini tidak berasa malu
untuk membuang sampah merata-rata dan tidak menguruskan sisa pepejal mereka
dengan baik mengikut prosedur yang sepatutnya. Perkara ini akan menyebabkan
sisa tersebut tidak dapat dilupuskan dengan baik dan seterusnya membawa kepada
kerosakan alam sekitar. Sebagai contoh, akan berlakunya pencemaran bau. Di
bawah saya lampirkan gambar yang diambil di Bandar Baru Kuala Nerus yang
menunjukkan betapa sedihnya kesedaran manusia terhadap alam sekitar.
2.2 Pelepasan Gas Bertoksik

Punca lain yang menyumbang kepada keadaan bumi yang semakin tenat ini
ialah pelepasan bahan pencemar udara yang majoratinya pembebasan karbon
sebagai penyumbang utama terutama sekali daripada kenderaan bermotor. Perkara
ini yang akan menyebabkan berlakunya pemanasan global dan menjadikan suhu
bumi meningkat yang merupakan punca berlakunya perubahan iklim (Ezani, 2019).
Kenderaan bermotor ini akan melepaskan gas-gas toksik seperti karbon dioksida
yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti petrol dan diesel
melalui ekzos kenderaan. Ia akan menyebabkan pelepasan bahan ini terus berlegar-
legar di udara yang seterusnya menyebabkan kesan rumah hijau. Perkara inilah
yang menyebabkan bumi kita semakin panas.

3.0 Teknologi Hijau

3.1 Beg Plastik Biodegradasi

Antara teknologi hijau yang dapat membantu mengurangkan atau menangani


masalah alam sekitar yang berlaku buat masa sekarang ialah beg plastik
biodegradasi. Seperti yang kita tahu, beg plastik dijadikan sebagai bahan
pembungkus makanan, ia juga berfungsi sebagai bekas minuman, beg membuang
sampah, mengbungkus baja tanaman dan banyak lagi kegunaannya dalam
kehidupan seharian kita. Disebabkan penggunaan beg plastic yang hampir
digunakan setiap hari sepanjang masa dan tidak lari dalam kegunaan harian kita, ia
akan menyumbang kepada longgokan sampah sarap yang banyak jika tidak
diuruskan dengan baik. Hal ini kerana plastic mempunyai ikatan polimer yang sangat
kuat menyebabkan ianya mengambil masa yang sangat lama untuk terurai iaitu
sehingga 1000 tahun untuk terurai sepenuhnya (Illani, 2021).

Jika kita hanya membakar plastic ini secara tidak betul, ia akan membaskan
gas-gas toksik beracun yang boleh mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan
rumah hijau serta membawa kepada masalah kesihatan bagi manusia dan juga
haiwan. Jika dibiarkan ia dibuang merata-rata, bahan kimia dalam plastic ini akan
meresap masuk ke tanah dan merosakkannya. Selain itu, jika dibuang di dalam laut,
sungai atau di habitat akuatik, hidupan-hiduan laut ini akan menganggap ia sebagai
makanan mereka seperti yang kita dapat lihat bahawa telah banyak berlaku kes-kes
di mana hidupan akuatik ini mati akibat tercekik plastic yang tidak mudah untuk
diurai. Disebabkan itu, sisa sampah sarap yang kebanyakannya daripada plastic ini
harus diberikan tumpuan yang serius dan diuruskan dengan baik supaya dapat
mengurangkan jumlah longgokan beg plastic yang semakin bertambah dengan
mendadak di bumi kita ini.

Oleh hal yang demikian, suatu teknologi hijau telah diperkenalkan bagi
mengatasi masalah ini iaitu dengan penggunaan beg plastic biodegradasi. Plastic
yang terurai secara biologi iaitu biodegradasi ialah pemecahan bahan-bahan kimia
oleh persekitran fisiologi. Perkara ini membolehkan plastic ini mereput sepenuhnya
tanpa merosakkan alam sekitar dalam tempoh masa tertentu yang pendek jika
dibandingkan dengan plastic biasa. Bagi memastikan proses degradasi ini berlaku,
terdapat dua elemen yang penting untuk menguraikan plastic ini iaitu ia perlu
terdedah kepada cahaya dan oksigen. Proses pereputan plastic biodegradasi ini
akan bermula apabila ia terdedah kepada cahaya dan udara.

Terdapat dua jenis plastic biodegradasi ini, iaitu plastic hidro-biodegradasi


(HBP) dan juga plastic okso-biodegradasi (OBP). Kedua-dua jenis plastic
biodegradasi ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Sebagai
contoh, HBP lebih cenderung mendegradasi dan membiodegradasi dengan lebih
pantas berbanding dengan OBP. Akan tetapi, plastic OBP secara umumnya lebih
murah, mempunyai sifat fizik yang lebih baik dan lebih mudah untuk diproses
berbanding dengan HBP. Plastik HBP boleh diperbuat daripada sumber yang boleh
diperbaharui seperti jagung, gandum dan tebu, malahan sumber yang tidak boleh
diperbaharui seperti bahan yang berdasarkan petroleum ataupun boleh juga dibuat
dengan sebatian kedua-duanya. Manakala OBP pula dihasilkan dengan menambah
sedikit sebatian asid lemak logam peralihan tertentu seperti besi dalam proses
seperti membuat plastic biasa. OBP ini boleh ditakrifkan sebagai plastic
biodegradasi dan plastic yang bukan biodegradasi. Tetapi sifatnya lebih kepada jenis
plastic biodegradasi. Jadi di sini jelaslah bahawa kedua-dua jenis mempunyai aspek
yang cemerlang pada sifatnya.

Sebagai penguat untuk meyakinkan pengguna memilih teknologi hijau ini,


plastic ini mempunyai banyak kelebihannya yang dapat disumbangkan untuk alam
sekitar. Antaranya ialah plastic biodegradasi ini tidak bertoksik kerana ianya
kebanyakkan diperbuat daripada bahan yang boleh diperbaharui seperti yang baru
sahaja dinyatakan menjadikan ia kurang toksik berbanding plastic yang
menggunakan bahan kimia dalam pembuatannya. Selain itu, plastic ini tidak akan
melepaskan karbon yang memberi kesan rumah hijau kerana tiada karbon yang
terlibat dalam proses pembuatannya. Perkara utama yang membezakan antara
plastic ini dengan plastic biasa ialah plastic biodegradasi diuraikan oleh bakteria
secara semula jadi, yang sekali lagi memberikan manfaat kepada alam sekitar.
Bakteria ini boleh sahaja menguraikan plastic biasa akan tetapi ianya memakan
masa yang lama untuk terurai sepenuhnya. Tambahan pula, disebabkan plastic
biodegradasi ini ada yang daripada tanaman, ia akan bertindak sebagai baja apabila
telah terurai sepnuhnya kerana ia dapat memberikan nutrien dan zat untuk
tumbuhan lain. Gambar di bawah menunjukkan proses berlakunya penguraian
plastic biodegradasi ini dari peringkat awal hingga akhir.

.
3.2 Kenderaan Elektrik

Beralih pula kepada teknologi hijau yang seterusnya iaitu kereta elektrik.
Kereta elektrik suatu jenis kenderaan yang cekap tenaga yang bermaksud
kenderaan yang digerakkan oleh satu atau lebih motor elektrik dengan
menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri. Kenderaan elektrik yang tidak
mempunyai sebarang ekzos ini akan menghasilkan pelepasan karbon dioksida sifar
apabila dipandu di atas jalan. Hal ini akan mengurangkan masalah pencemaran
udara secara mendadak kerana kenderaan bahan api inilah yang menajadi
penyumbang utama pencemaran udara selain daripada kilang perindustrian. Satu
lagi tentang ekzos kenderaan, kita mesti terfikir tentang bunyinya selain daripada
pelepasan gas. Disebabkan kereta ini tiada ekzos, sudah tentu ia tidak akan
membuat bunyi yang bising seterusnya menyumbangkan kepada pengurangan
pencemaran bunyi. Selain itu, antara kelebihan kenderaan elektrik ini adalah kos
untuk memilikinya lebih rendah berbanding kereta petrol yang setara disebabkan kos
pengisian semula dan penyelengaraan yang lebih rendah. Dengan menggunakan
kereta elektrik ini, kita bukan sahaja dapat menyelamatkan alam sekitar, malahan
turut juga dapat menjimatkan duit kita kerana jumlah untuk mengecas semula bateri
kereta lebih murah jika dibandingkan dengan pengisian petrol.

Apabila disebut sahaja tentang kereta elektrik, suatu syarikat yang terkenal ini
pasti akan dikaitkan bersama iaitu syarikat Tesla yang dimiliki oleh Elon Musk.
Kereta-kereta elektrik yang dikeluarkan dan mempunyai sambutan yang ramai
kebanyakkan adalah dari syarikat Tesla ini. Hal ini tercetus kerana banyak fungsi-
fungsi yang moden dan futuristic yang menarik terdapat pada kereta keluaran
syartikat ini. Sebagai contoh, ia mempunyai paparan skrin yang besar di hadapan
yang mempunyai pelbagai aplikasi menarik seperti YouTube dan Netflix untuk anda
layani. Malahan turut ada juga permainan video di skrin tersebut jika anda atau
penumpang anda hendak bermain sewaktu dalam kereta. Selain itu, kereta Tesla ini
juga merupakan antara kereta yang boleh dikatakan kereta yang laju sehingga boleh
mengalahkan beberapa kereta sukan berpetrol di pasaran yang sama dengan harga
jualannya. Dalam hal ini, ianya terjadi kerana kereta elektrik boleh bergerak dengan
begitu sahaja tanpa melakukan proses untuk membakar bahan api di enjin
menjadikan pecutannya lebih cepat berbanding kereta berpetrol.Akhir sekali, ciri
yang menarik pada kereta ini ialah fungsi auto-pilotnya, di mana kereta itu boleh
dipandu dan dikawal dengan sendirinya. Perkara ini direalisasikan dengan sensor-
sensor dan camera yang banyak terdapat di setiap penjuru kereta ini. Malangnya,
fungsi auto-pilot ini masih tidak dapat lagi digunakan di Malaysia kerana undang-
undang jalan raya. Di bawah merupakan satu video bagaimana fungsi auto-pilot ini
berfungsi.

https://www.youtube.com/watch?v=AiOxUcDgsa8

Akan tetapi, dengan fungsi-fungsi menarik yang ada dalam kereta ini, ianya
berjaya menarik minat orang ramai untuk membeli kereta Tesla dan mampu
memberikan syarikat lain saingan yang sengit walaupun hanya mengeluarkan kereta
elektrik. Hal ini dapat dibuktikan kerana CEO syarikat Tesla ini sendiri iaitu Elon
Musk merupakan manusia terkaya dan yang pertama menjadi jutawan bilionair di
dunia.

Setiap kelebihan mesti hadir dengan kekurangan. Kereta elektrik ini juga
mempunyai kekurangannya yang tersendiri seperti harga untuk membelinya sangat
mahal. Ini membuatkan hanya golongan yang mampu sahaja yang akan bercadang
untuk menggunakan kereta elektrik ini. Seterusnya, di Malaysia sendiri kita tidak
mempunyai banyak infrastruktur yang di sediakan untuk pengesan kenderaan-
kenderaan ini. Perkara ini akan menyebabkan orang ramai memikir dua kali sama
ada berbaloi atau tidak untuk membeli kereta elektrik ini. Akhir sekali, jumlah masa
yang diperlukan untuk mengecas kereta ini juga terlalu lama walaupun ia mampu
untuk bergerak dengan jarak yang jauh. Beralih kepada isi seterunya, walaupun
kereta elektrik mampu untuk mengurangkan kesan rumah hijau, tetapi proses
pembuatannya tidaklah seperti yang disangkakan. Contohnya, apabila hendak
diangkut kereta yang sudah siap ke kedai, mereka akan menggunakan lori yang
masih menggunakan diesel sebagai pengangkut utama. Selain itu, kereta elektrik ini
memerlukan logam seperti litium untuk membuat bateri kereta tersebut. Jadi, proses
perlombongan untuk mendapatkan logam ini harus dijalankan dan berkemungkinan
merosakkan serta menyumbang kepada kesan alam sekitar. Oleh hal yang
demikian, setiap masalah-masalah yang dinyatakan haruslah diambil dengan serius
agar kita dapat menjaga dan melestarikan alam sekitar kita dengan teknologi kereta
elektrik ini apabila semua orang mendapat keyakinan bahawa kereta ini selamat dan
tahan lebih lama.

4.0 Penutup

Sebagai kesimpulan penulisan ini, kita dapat merumuskan bahawa teknologi


hijau ini amat penting dalam menyelematkan bumi kita yang semakin tenat ini. Sekali
lagi saya ingin menyatakan bahawa teknologi hijau bermaksud pembangunan dan
aplikasi produk, peralatan serta indak untuk memelihara alam sekitar dan alam
semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan indakan daripada
aktiviti manusia. Jadi dengan kedua-dua teknologi hijau yang telah dinyatakan iaitu
beg plastic biodegradasi dan kenderaan elektrik, ia dapat mengatasi masalah yang
merupakan penyumbang utama kepada ancaman alam sekitar buat masa sekarang
seperti pengurusan sisa sampah yang tidak sistematik dan bilangan kenderaan
bahan api yang semakin banyak di atas jalan raya. Setiap manusia perlu mempunyai
kesedaran dalam diri masing-masing bahawa tindakan yang mereka lakukan setiap
hari akan menyumbang kepada kerosakan alam sekitar jika tidak mengamalkan
penggunaan teknologi hijau. Justeru itu, saya berharap dengan penuh harapan
bahawa kedua-kedua teknologi hijau ini haruslah disedari kebaikannya oleh semua
manusia di dunia ini bagi membantu mengurangkan masalah alam sekitar agar
generasi akan datang dapat hidup dengan penuh aman dan harmoni.

(1851 perkataan)
Rujukan
Ezani, N. E. (2019, October 23). Zon Pelepasan Rendah, Suatu Inisiatif Menangani
Pencemaran Udara. Universiti Putra Malaysia.
https://upm.edu.my/article/zon_pelepasan_rendah_suatu_inisiatif_menangani_pence
maran_udara-53429

Illani, R. (2021, April 2). Berapa Lama Diperlukan Untuk Sampah Harian Terurai
Sepenuhnya? Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/berapa-lama-diperlukan-sampah-
harian-untuk-terurai-sepenuhnya.html#:~:text=Sisa%20Plastik&text=Biasanya%2C
%20produk%20seperti%20beg%20atau,1000%20tahun%20untuk%20terurai
%20sepenuhnya

Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan
Teknologi Hijau (CETREE). (2017). Modul Teknologi Hijau : Asas Kelestarian
(Panduan Guru) (1st ed.). CETREE.

Suhaimi, M. J. (2017, October 25). 4 Kelebihan Kereta Elektrik Berbanding Kereta


Konvensional. Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/4-kelebihan-kereta-elektrik-
berbanding-kereta-konvensional.html

Zulkiflee, Z. I. (2022, May 2). Bumi semakin tenat! Harian Metro.


https://www.hmetro.com.my/rencana/2022/05/838096/bumi-semakin-tenat

Anda mungkin juga menyukai