Anda di halaman 1dari 1

Peranan saya sebagai seorang pemimpin dalam situasi pandemik

Menjadi seorang pemimpin yang boleh memimpin sesuatu kawasan atau keadaan bukanlah
suatu hal yang mudah. Pemimpin memegang tanggungjawab yang besar dalam banyak
perkara dan dari pelbagai sudut. Pemimpin perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek
apabila berhadapan dengan dunia yang berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa jua
keadaan. Pemimpin perlu bersiap sedia, peka terhadap perubahan dan dinamik dalam
pengurusan dan kepimpinan
Antara peranan saya sebagai seorang pemimpin dalam situasi pandemik adalah dengan
memotivasikan rakan dengan cara berkomunikasi yang berkesan. Situasi COVID 19
menuntut pemimpin menyampaikan maklumat dengan berkesan dalam memastikan tugas
dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar .Berkomunikasi yang berkesan mempunyai ciri
kefahaman dan keseronokkan.Saya yakin dalam situasi belajar secara online untuk
mengekang wabak covid-19 ini,pasti ramai di antara pelajar yang mengalami masalah
tekanan emosi dan mudah berasa bosan dengan susana belajar online .Sebagai seorang
pemimpin,saya akan memotivasi rakan saya dari segi mental dengan memberikan kata
semangat dan dorongan supaya membantu mereka merasakan belajar secara online juga
dapat difahami dan menyeronokkan.Saya harap dengan bantuan motivasi ini,semua pelajar
dapat memasuki kelas online dengan ceria dan bersemangat
Jika diteliti dengan lebih mendalam, sebagai seorang pemimpin, saya juga berperanan
untuk mematuhi perintah kawalan pergerakan yang telah ditetapkan.Saya akan sentiasa
menasihati diri,keluarga dan rakan supaya menjaga jarak ketika berada di luar dan hanya
keluar jika perlu.Kita tidak tahu bila wabak covid-19 ini akan tamat,malah mungkin lebih
teruk jika setiap individu tidak akur kepada arahan kerajaan.Kerjasama dari setiap golongan
masyarakat adalah sangat penting untuk membedung penularan wabak covid-19.Jika wabak
ini dapat disengkang,pasti semua dapat melakukan aktivit harian dengan selesa dan
bebas.Murid juga dapat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan baik.
Seterusnya, sebagai pemimpin saya berperanan sebagai ikon sekolah.Saya akan sentiasa
membawa pengaruh yang baik kepada pelajar dari segi pemakaian yang kemas,percakapan
yang sopan dan cara menguruskan masa ketika belajar yang akan menjadi ikutan
murid.Sifat-sifat positif yang ditampilkan akan mempengaruhi pelajar,terutama pelajar yang
mempunyai masalah disiplin .Diharapkan dengan menjadi ikon sekolah,dapatlah mendorong
pelajar kearah yang lebih baik.Bak kata pepatah melayu “ yang baik dijadikan teladan,yang
buruk dijadikan sempadan” .
Kesimpulannya, seorang pemimpin haruslah mempunyai pelbagai kebolehan bagi
membentuk pemimpin yang dapat dicontohi. Saya percaya,memang sukar untuk memegang
tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di waktu pandemik ini tetapi seorang pemimpin
yang hebat pasti berjaya.

Anda mungkin juga menyukai