Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK : 2021

Program & Ambilan : PPISMP JUN 2022

Semester/Tahun : SEMESTER 1 / 2022

MUHAMMAD FAZARI BIN


Nama Pelajar :
SAPARIDIN

Angka Giliran : 2022272310010

Nombor Kad Pengenalan : 040814-02-0593

Kumpulan/Unit : BM1

GWP1042 PENULISAN
Kod dan Nama Kursus :
AKADEMIK

Jenis Tugasan : ESEI

Nama Pensyarah : EN. ISHAK BIN AYUB

Tarikh Hantar : 24 SEPTEMBER 2021

Pengakuan penerimaan Tandatangan Pelajar :


maklumbalas daripada
pensyarah : Tarikh : 24 SEPTEMBER 2022

Tandatangan Pensyarah :

Tarikh :
Halaman Pengakuan

“Saya Muhammad Fazari Bin Saparidin dari kelas BM1 mengaku bahawa hasil kerja ini
adalah hasil karya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang saya telah jelaskan
sumbernya.”

Tandatangan:

_______________ ________________

Nama: Muhammad Fazari Bin Saparidin


Tarikh: 24 September 2022

i
ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL KANDUNGAN
SURAT
Halaman Pengakuan i
Kandungan ii
Penghargaan iii
1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep Penanda Wacana 2

3.0 Penanda Wacana Yang Digunakan Di Dalam Artikel Yang Dipilih


3.1 Penanda Kronologi
3-4
3.2 Penanda Organisasi
3.3 Penanda Idea

4.0 Aplikasi Kemahiran Membuat Rujukan 5


5.0 Penutup 6
Rujukan 7
Lampiran 8-18

ii
Penghargaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dan izin-

Nya berjaya saya menyiapkan pentaksiran berterusan bagi kursus GWCP1042 Penulisan

Akademik. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Ishak Bin

Ayub selaku pensyarah kursus GWCP1042 Penulisan Akademik kerana banyak memberi

tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang proses menyiapkan pentaksiran

berterusan ini. Akhir kalam dari saya, terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya yang

banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya walaupun berada jauh di Kedah dan

tidak lupa juga rakan-rakan yang banyak membantu mengeluarkan dan menghasilkan idea

yang kreatif serta bernas kepada saya. Seterusnya kepada semua yang menolong saya

secara langsung dan tidak langsung.

iii
1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) penanda membawa maksud sesuatu yang
digunakan sebagai tanda manakala wacana membawa maksud suatu kesatuan. Bagi
keseluruhannya penanda wacana memberi maksud rangkai kata atau kata yang digunakan
untuk dijadikan sebagai tanda yang menghasilkan wujudnya satu kesatuan yang kukuh.
Fungsi penanda wacana adalah untuk menyambung atau memberi rangkaian antara suatu
ayat dengan ayat yang lain. Dengan kata lain, penanda wacana juga disebut sebagai
perangkai ayat dan peranti linguistik. Kepentingan penanda wacana adalah untuk
mewujudkan atau membentuk suatu penulisan yang kritis dan puitis. Seterusnya, penanda
wacana dapat memberikan kejelasan dalam penulisan dari segi keteruntutan isi dan
keteraturan penerangan. Akhir sekali, penanda wacana dapat membuatkan penulisan yang
mempunyai susunan isi yang baik dari aspek penurunan isi dan kesatuan isi yang seterusnya.

1
2.0 Konsep Penanda Wacana

Persoalannya, berapakah pecahan dalam pemilihan penanda wacana? Penanda


wacana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu penanda kronologi, penanda organisasi dan
penanda idea. Tidak dilupakan bahawa ketiga-tiga penanda wacana ini mempunyai kriteria
dalam penulisan iaitu kohesi dan koheren. Kohesi membawa maksud keserasian yang
digunakan selepas ayat yang seterusnya. Misalnya, ‘ayah dan ibu bekerja di tempat yang
sama’ dan ‘mereka sering melakukan aktiviti harian bersama’. Ini menunjukkan ayat yang
seterusnya menunjukkan keserasian iaitu perkataan ‘mereka’ merujuk kepada ‘ayah dan ibu’.
Selain itu, kriteria yang kedua ialah koheren yang membawa maksud kesinambungan idea.
Sebagai contoh, ‘Amin berpendapat bahawa cinta itu merupakan anugerah oleh Tuhan’ dan
‘namun rakan sekelasnya beranggapan cinta merupakan salah satu permainan syaitan untuk
menyesatkan manusia ke dalam kemungkaran’.

2
3.0 Penanda Wacana Yang Digunakan Di Dalam Artikel Yang Dipilih

3.1 Penanda Kronologi

Penanda wacana jenis ini memberi persoalan terhadap aspek waktu dan
sering dikaitkan dengan perkataan yang menjurus kepada waktu mahupun masa.
Tambahan pula, kata kunci bagi penanda wacana ini merupakan ‘bila’ atau perkataan
yang mempunyai maksud yang sama dengan ‘bila’.

Terdapat beberapa penanda kronologi yang dapat dikategorikan di dalam


penanda wacana jenis ini seperti ‘kini’, ‘semenjak itu’, ‘pada zaman dahulu’ dan
sebagainya. Dalam artikel yang dipilih, terdapat penggunaan penanda wacana jenis
penanda kronologi iaitu ‘namun kini’ (muka surat 108, perenggan 1, baris 2).
Penanda wacana ini memberi penerangan atau menunjukan keterangan pada aspek
waktu iaitu membawa maksud ‘pada zaman kini’ mahupun ‘waktu ini’. Tidak dinafikan
bahawa penanda wacana ini hanya mempunyai bilangan yang kecil di satu-satu
penulisan yang diterbit.

3.2 Penanda Organisasi

Penanda organisasi ini berperanan untuk mewujudkan pertautan dalam ayat


dengan bahagian-bahagian lain. Secara tidak langsung, penanda wacana ini dapat
memberi gambaran atau petunjuk bahawa ayat yang seterusnya bertujuan untuk
memberi penerangan yang lebih lanjut. Ini dapat memberikan pengasingkan antara
isi mahupun huraian bagi isi tersebut. Tidak dinafikan bahawa penggunaan penanda
organisasi dapat mengelakkan pembaca keliru terhadap pemilihan maklumat-
maklumat penting.

Di dalam penulisan artikel yang dipilih, terdapat banyak penanda wacana yang
dikategorikan sebagai penanda organisasi yang sesuai dibahas dalam penulisan kali
ini. Antara penanda oganisasi tersebut ialah ‘hal demikian kerana’ (muka surat 111,
perenggan 2, baris 1) dan ‘namun begitu’ (muka surat 112, perenggan 1, baris 1)
serta hal ini kerana (muka surat 115, perenggan 1, baris 4). Penggunaan penanda
wacana ini menunjukkan pertautan dalam memberi penerangan terhadap isi yang
dinyatakan.. Akhir sekali, ‘sebagai contoh’ (muka surat 113, perenggan 4, baris 2).
Penanda wacana ini mempunyai fungsi yang agak berlainan dari penanda wacana
yang lain kenaran penanda wacana ini bertujuan untuk menyatakan contoh
berdasarkan penerangan mahupun isi yang dinyatakan. Tetapi penanda wacana ini

3
masih dikategorikan dalam penanda organisasi kerana tujuannya dalam memberikan
keterangan atau penjelasan kepada pembaca berkaitan sesuatu topik yang ingin
dibahas.

3.3 Penanda Idea

Tidak dilupakan, penanda wacana jenis ini sering digunakan dalam karangan
sejak dibangku sekolah lagi. Hal ini kerana penanda idea ini befungsi sebagai
penghubung antara fakta mahupun idea yang berbeza. Terdapat tiga tujuan utama
penanda idea ini iaitu untuk mengembangkan idea, memberikan penentangan idea
dan mewujudkan hubungan idea yang jelas. Contoh penanda idea yang bertujuan
mengembangkan idea ialah ‘seterusnya’, ‘selain itu’ dan ‘di samping itu’ manakala
penanda idea yang bertujuan memberi penentangan ialah ‘tetapi’ dan ‘walaupun’
serta contoh penanda idea yang bertujuan mewujudkan hubungan ialah ‘oleh itu’ dan
‘maka’.

Namun di dalam artikel yang dipilih, terdapat beberapa penanda wacana yang
diklasifikasikan sebagai penanda idea yang bertujuan mengembangkan idea.
Antaranya ialah ‘selain itu’ (muka surat 109, perenggan 1, baris 3), ‘di samping itu’
(muka surat 109, perenggan 3, baris 3) dan ‘sementara itu’ (muka surat 113,
perenggan 3, baris 1). Ketiga-tiga penanda idea ini bertujuan untuk mengembangkan
idea seperti ingin menyatakan fakta atau idea yang lain. Contohnya, ‘selain itu,
pembuangan sisa domestik yang berlebihan juga dapat menyebabkan pencemaran
alam sekitar’.

Seterusnya, penanda idea ‘malahan’ (muka surat 111, perenggan 5, baris 2)


dan malah (muka surat 114, perenggan 2, baris 4). Tidak dinafikan ‘malahan’ dan
malah merupakan salah satu penanda idea yang bertujuan memberi penerangan
yang lebih lanjut tetapi pada masa yang sama memberikan huraian yang
bertentangan terhadap isi atau huraian lain yang diberi.

Selain itu, penanda idea oleh itu (muka surat 108, perenggan 4, baris 1) dan
dengan itu (muka surat 115, perenggan 5, baris 9) turut dikategorikan sebagai
penanda idea yang bertujuan untuk mewujudkan hubungan idea. Umum mengetahui
bahawa penanda idea ini berperanan dalam memberi penegasan kepada idea yang
dinyatakan. Secara tidak langsung, ini dapat mewujudkan hubungan idea yang jelas
di dalam satu penulisan walaupun ditulis dalam ayat yang berbeza.

4
4.0 Aplikasi Kemahiran Membuat Rujukan

Umum mengetahui bahawa kemahiran membuat rujukan perlu berpandukan Sistem


Rujukan American Psychological Association (APA) terkini. Sistem APA ini merupakan cara
rasmi dalam menyenaraikan sumber rujukan dan sitasi dan sistem ini telah diperbaharui
sehingga edisi ketujuh. Dengan ini, sebagai penulis perlu peka terhadap perubahan yang
dilakukan oleh sistem APA itu sendiri supaya tidak melakukan kesalahan dalam menulis
rujukan.

Namun, dalam artikel yang dipilih juga terdapat kesalahan terhadap penulisan rujukan
sitasi kerana menggunakan format sistem APA edisi yang lama. Contohnya yang dapat kita
ambil di dalam artikel adalah pada muka surat ke-108, perenggan ke-2 dan baris ke-9. Penulis
menulis nama yang menjadi rujukan dengan nama penuh tetapi dalam sistem APA edisi
ketujuh hanya perlu menulis nama bapa sahaja.

Rajah 1.0 Penulisan sitasi mengikut sistem APA edisi keenam

Bukan itu sahaja, cara penulisan rujukan juga dapat dikenal pasti mengikut sistem
APA edisi yang lama iaitu edisi ke-6. Hal ini kerana rujukan kedua yang ditulis pada bahagian
rujukan didapati terdapat penulisan ‘retrieve from’ tetapi dalam sistem APA edisi ketujuh
menyatakan bahawa ‘diakses daripada’ atau ‘retrieve from’ tidak lagi perlu ditulis pada
bahagian rujukan seperti dalam artikel.

Rajah 2.0 Rujukan dari artikel

5
5.0 Penutup

Kemahiran menulis rujukan ini penting kepada semua orang khusunya penulis
mahupun pelajar dalam menghasilkan karya yang berilmiah dan melaksanakan tugasan
semasa belajar. Dengan ini, kita dapat mengelakkan isu-isu plagiat dan mengurangkan
lambakan buku yang mengandungi maklumat atau fakta yang tidak tepat serta membantu dari
segi menyebaran maklumat yang sahih. Secara tidak langsung, maklumat atau fakta akan
diseragamkan walaupun dari bahan bacaan yang berbeza tidak kira di atas talian mahupun
sebaliknya. Tambahan pula, sebagai penulis buku mahupun pelajar seharusnya peka
terhadap perubahan pengemaskinian sistem APA dari satu edisi ke edisi yang seterusnya.

6
Rujukan

A’dawiyah Ismail, Siti Najihah Mansor & Siti Naqiayah Mansor. (2020).. Kesan Permainan
Video terhadap Perkembangan Kanak-kanak. International Journal of Civilizational
Studies and Human Sciences, 3(1), 107-118.
Atifah Ruzana binti Abd Wahab. (2015, April 15). GWP 1092 : Penanda Wacana. Slideshare
https://www.slideshare.net/eepapoppins/gwp1092-penanda-wacana
Faridah Nazir, Hashimah Ibrahim, Norhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd Shukur. (2014).
Wacana Penulisan. Sasbadi Sdn. Bhd.
Kamaruddin Ilias, Rusmawati Othman, Mani Rajan Ellappan & Zaini Abdul Ghani. (2021).
Penulisan Akademik. Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Kamus Dewan. (Edisi Keempat). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka

7
Lampiran

8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18

Anda mungkin juga menyukai