Anda di halaman 1dari 11

BAHASA MELAYU FORUM (Skrip)

RUTRA (pengerusi):
Selamat Sejahtera kepada Cg.Marami dan rakan2 sekalian. Kami dari Kumpulan Kirana akan
membentangkan sebuah forum yang berkenaan dengan tema “SOSIAL”. Dapat kita bertemu
dalam gelanggang forum sosial, saya RUTRAJOTHI
SELVARAJA, bersama SANKAMITRA PARITHIMAL, BUVANESSWARI
GUNASEKAR dan SRINEHAA THIVAKARAN. Pada pagi yang berbahagia ini, hadirin
sekalian, saya akan memperkenalkan ahli ahli panel kita. Ahli panel pertama iaitu
Sankamitra, yang akan mewakili sebagai seorang jiran. Ahli panel kedua iaitu Buvanesswari,
yang akan memainkan watak sebagai Pengerusi Persatuan Taman Melor dan Ahli panel
terakhir iaitu Srinehaa, akan memainkan peranan sebagai Menteri Masyarakat. Saya Rutra
akan memainkan watak sebagai Pengerusi bagi forum ini. Kami sedia maklum, Tajuk kami
pada hari ini adalah semangat kejiranan. Dalam era yang penuh dengan teknologi yang maju
ini, kebanyakkan individu mementingkan pekerjaan mereka dan rezeki yang diterima
daripada pekerjaan mereka berbanding dengan kasih sayang antara ahli keluarga, hubungan
persahabatan dan semangat kejiranan. Jiran ialah individu yang sangat penting dalam
kehidupan seharian kita. Merekalah yang akan tolong kita semasa kecemasan sebelum
saudara-mara dan sahabat kita. Oleh itu, setiap individu mestilah mengamalkan hubungan
yang baik dan rapat dengan jiran kita. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat. Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri lebih mendalam
topik perbincangan molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari
ini.

RUTRA (PENGERUSI):

Selamat datang saudari Sankamitra! Apa khabar?

SANKA (PANEL 1):

Terima kasih saudari pengerusi! Saya baik-baik sahaja

RUTRA (PENGERUSI):

Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, saudari Buvanesswari. Selamat Datang
saudari, apa khabar?
BUVA (PANEL 2):

Khabar baik saudari pengerusi.

RUTRA (PENGERUSI):

Baiklah, saya akan memperkenalkan ahli panel terakhir iaitu saudari Srinehaa, adakah anda
sihat pada hari ini.

SRI (PANEL 3):

Ya saudari pengerusi, saya sihat pada hari ini.

RUTRA (PENGERUSI):

Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel, Kembali kita kepada topic forum kita
tentang Semangat Kejiranan.

Sidang hadirin yang dihormati,

Sidang hadirin, bagaimanakah keadaan kawasan perumahan anda? Bagi menjawab persoalan
tersebut izinkin saya mengajukan kepada saudari Sankamitra.

SANKA (PANEL 1):

Terima kasih saudari pengerusi,

Pelbagai perkara sering berlaku di taman perumahan melor. Terdapat golongan kecil yang
menonjolkan sikap yang baik dalam pergaulan seharian, namun terdapat juga segelintir
masyarakat yang tidak tahu menghormati jiran tetangga. Sebagai contoh, minggu lepas
khamis, saya ternampak seorang pemuda membuang sampah di halaman rumah jirannya.
Masing2 kurang mengenali dan memahami serta seringkali menganggap dirinya sebagai org
yang terbaik sekali. melihat perkara ini saya berasa sgt sedih dan risau.

Setakat ini sahaja saudari pengerusi tentang keadaan kawasan perumahan saya. Saya akan
serahkan semula kepada saudari pengerusi.

RUTRA (PENGERUSI):
Baiklah hadirin sekalian, demikian tadi jawapan saudari Sankamitra tentang keadaan
kawasan perumahan Taman Melor. Saudari Sankamitra, nyatakan pendapat anda tentang ciri2
seorang jiran yg baik?

SANKA (PANEL 1):

Jiran adlh org paling hampir dgn tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri
kita, ahli keluarga dan harta benda terlebih dahulu diketahui oleh jjiran kita. Ciri seorang jiran
yg baik adlh prihatin terhadap kebajikan jiran seperti menolong jiran sewaktu berlaku
kecemasan tanpa melihat warna kulit serta mengira bangsa. Dgn menghulurkan bantuan,
dirinya akan dianggap sbg salah seorg drpd ahli keluarga sendiri mereka. Hal ini
menggambarkan bahawa hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran dpt melahirkan
suasana yang harmoni.

Lontaran idea kedua saya ialah ciri budaya kunjung mengunjung dlm kalangan rakyat yg
semakin pudar pada era ini yg dahulu Merupakan tradisi nenek moyang kita. Melalui aktiviti
ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai cth,
kita perlu berkunjung ke hospital apabila kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan
ke hospital. Kita mestilah berpegang kepada prinsip “cubit paha kiri paha kanan terasa juga”
yg menekankan maksud jika kita mempunyai semangat kejiranan yg tinggi, kita akan dpt
merasai segala kesusahan dan keperitan yg dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dpt
meringankan penderitaan yg dialami oleh jiran kita.

Sebagaimana yg kita semua sedia maklum salah satu drpd ciri seorang jiran yang baik ialah
menghormati mereka. kita perlulah mengamalkan ciri ini untuk mengeratkan hubungan
antara jiran. Kita sebagai jiran perlulah menghormati adab dan budaya ketika bergaul atau ke
rumah mereka. Kita sama sekali dilarang berbisik di hadapan jiran ketika menziarahi jiran
kita. Perkara ini akan menimbulkan perasaan tidak selesa dan kemarahan seseorang.

Setakat ini sahaja daripada saya. Saya akan serahkan semulah kpd pengerusi.

RUTRA (PENGERUSI):

Terima kasih saudari Sankamitra atas penjelasan


Tentang ciri2 seorang jiran yang baik. Pada padangan saya, penjelasan tersebut sangat
menarik dan terperinci. Seterusnya, saya mohon penjelasan ahli panel kedua saudari
Buvanesswari tentang persoalan apakah punca yang menyebabkan kelunturan semangat
kejiranan ?

BUVA (PANEL 2):

Salam Sejahtera dan terima kasih saudari pengerusi.

Hadirin yang dihormati,

Punca utama lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah perubahan dalam pola
kehidupan masyarakat kita ini. Pada zaman moden , ramai masyarakat sibuk bekerja berbanding
daripada zaman dahulu. Kesibukan bekerja itu telah membawa kesukaran terhadap masyarakat untuk
bertemu dan berbual sesama sendiri untuk mengukuhkan semangat kejiranan itu. Sesungguhnya,
perubahan dalam hidup terutama waktu atau semasa bekerja telah menjadikan konsep kejiranan ini
semakin terhakis dalam jiwa manusia

Suatu hakikat yang wajar diterima ialah pembangunan pesat dalam sesebuah bandar juga
mengakibatkan kelunturan semangat kejiranan. Banyak pusat beli-belah, pusat hiburan dan taman-
taman permainan yang didirikan dalam sesebuah bandar bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hal
ini telah menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke tempat-tempat ini dan menghabiskan masa
yang banyak di sana. Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila wujudnya jurang status sosioekonomi
masyarakat. Masyarakat yang berstatus tinggi atau bergaji tinggi akan memandang rendah terhadap
jiran mereka yang bergaji kecil itu. Persepsi yang mengutamakan status diri menyebabkan kurangnya
interaksi sesama jiran. Golongan masyarakat yang mempunyai kuasa membeli yang barangan yang
berharga pula menimbulkan perasaan tidak selesa dalam hati masyarakat yang bergaji rendah.
Keadaan ini menyebabkan hubungan mereka semakin renggang yang menyebabkan golongan yang
bergaji kecil berasa rendah diri.

Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa punca lain yang agak jelas ialah sifat perkauman yang tebal
dalam masyarakat. Sesetengah masyarakat tidak suka mempunyai jiran yang berbeza kaum daripada
mereka dan hal ini menyebabkan jiran-jiran tidak bergaul antara satu sama lain. Mereka mempunyai
tanggapan serong terhadap cara hidup serta budaya yang diamalkan oleh jiran kaum lain. Situasi ini
menyebabkan masyarakat tidak mempunyai rasa hormat terhadap jiran dan menjejaskan konsep
kejiranan. Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak untuk
bergaul dengan jiran yang berlainan kaum. Mereka juga mungkin menghadapi masalah dengan jiran
dan enggan bertoleransi serta memaafkan antara satu sama lain. Malahan, ibu bapa tidak menerapkan
kepentingan mengamalkan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian. Mereka kurang mendidik
anak-anak tentang jiran yang akan menghulurkan bantuan kepada kita apabila menghadapi masalah.
Justeru, anak-anak juga semakin mengabaikan jiran mereka.

RUTRA (PENGERUSI):

Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar berhubung punca pengabaian semangat
kejiranan.

Soalan saya yang seterusnya kepada ahli panel yang ketiga adalah apakah kesan pengabaian

semangat kejiranan. Sekarang dipersilakan ahli panel ketiga untuk menghuraikannya.

SRI (PANEL 3):

Salam sejahtera hadirin sekalian dan terimpa kasih saudari pengerusi.

Sahabat- sahabat ahli panel dan siding hadirin yang dihormati,

Persoalan, tentang kesan pengabaian hubungan kejiranan merupakan persoalan yang menarik.

Pelbagai perkara sering berlaku didalam kerukunan jiran tetangga. Masih ramai yang
menonjolkan sikap dan sifat yang baik dalam pergaulan seharian yang melibatkan jiran,
namun masih terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati jiran tetangga.
Ini menyebabkan keruntuhan keharmonian dalam institusi kejiranan. Terutamanya, adalah
kita tidak mendapat ketenangan hidup, apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak
akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering
mewujudkan perkara-perkara negatif di dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah
hati yang tidak tenang. Selain itu, kita juga seharusnya tidak terpinggir daripada masyarakat
kerana masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak beradab dan tidak tahu
menghormati hati dan perasaan jiran tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita
akan mengganggu ruang peribadi kejiranan kita. Seterusnya, jika berlaku perselisihan faham
antara jiran tetangga perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada
komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dikalangan
masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak
wujud dengan sendirinya tetapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba
dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya. Di samping itu, jika kita merosakkan perpaduan
dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat jiran yang tidak beradab akan
lebih menjejaskan perpaduan dikalangan masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila
tiadanya kerukukan diantara jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan
dikalangan masyarakat berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan
agama. Perkara yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan
dikalangan jiran tetangga. Akhir sekali kita juga akan sukar mendapat pertolongan ketika
kesusahanJiran yang tidak beradab akan sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa
kesusahan. Ini kerana, apabila kita tidak beradab, jiran-jiran tidak akan mendekati dan tidak
akan mengambil tahu hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca dari sikap diri sendiri yang
tidak tahu menjaga adab baik melalui perbuatan mahupun tutur kata. Sering kali hasil
daripada perkongsian atau perbincangan masalah itu akan menemukan jalan penyelesaiannya.
Amalan kejiranan yang baik pastinya akan menjadikan masyarakat bersatu dan hidup
harmoni.

RUTRA(PENGERUSI):
Terima kasih atas penjelasan saudari.

Saya yakin bahawa para hadirin mendapat gambaran tentang punca pengabaian semangat
kejiranan dan kesannya. Seperti yang kita tahu, semua kesan yang dihuraikan oleh saudari
Srinehaa adalah kesan-kesan negatif. Hal ini mengambarkan betapa pentingnya semangat
kejiranan dalam kehidupan seharian kita.

Para hadirin yang dihormati, kita masih lagi berada dalam forum yang bertajuk semangat
kejiranan. Hadirin sekalian diminta memberi perhatian yang tidak berbelah kepada penjelasan
yang akan diberikan oleh ahli-ahli panel kita.

Sekarang kita mengkaji tajuk kita dengan lebih mendalam dengan menyerahkan soalan saya
yang seterusnya kepada ahli panel pertama, saudari Sankamitra.
Saudari, bolehkah mengkongsikan pandangan anda tentang langkah yang boleh dilakukan
untuk mengeratkan hubungan kejiranan.

SANKA(AHLI PANEL)

Sebagai membuka tirai perbincangan, Amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat


mampu merapatkan hubungan antara jiran. Gotong-royong yang melibatkan semua lapisan
dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.
Kerja-kerja gotong-royong seperti membersihkan longkang yang tersumbat, kawasan
perkuburan dan padang permainan kanak-kanak pada hujung minggu bukan sahaja dapat
memelihara kebersihan kawasan perumahan malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus.
Peribahasa sambil menyelam minum air sangat relevan.

Selain itu, penubuhan rukun tetangga di taman2 perumahan dan kampung2 jugak dapat
mengeratkan hubungan kejiranan dan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian
masyarakat sesuatu tempat. Penghuni taman-taman perumahan dan kampung akan bertugas
mengikut giliran yang telah ditetapkan. Mereka akan meronda pada waktu malam dalam
kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang untuk memastikan kawasan kejiranan
mereka selamat daripada sebarang kejadian jenayah. Katanya seorang Ketua Polis, program
ini mampu mencegah jenayah sekali gus hubungan kejiranan dapat ditautkan. Jadi, rukun
tetangga juga mampu merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Peranan pihak kerajaan turut memberikan impak yang besar dalam mengeratkan hubungan
kejiranan. Pihak kerajaan perlulah menjlnkan kempen2 kejiranan yg bersesuaian di semua
peringkat sama ada peringkat daerah, negeri, atau kebangsaan. Tujuan kempen ini adlh utk
menanam semangat perpaduan dan bersatu teguh dalam kalangan rakyat. Konsep ini
menekankan semangat perpaduan antara kaum di m’sia. Usaha sebeginilah yg wajar diambil
cth dan diaplikasikan dlm institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang
utuh. Kempen kejiranan perlulah berterusan dan jgnlah seperti hangat2 tahi ayam shj.

RUTRA(PENGERUSI)
Terima kasih kepada ahli panel pertama saudari Sankamitra kerana sudi berkongsi pendapat
anda mengenai langkah memupuk semangat kejiranan dalam setiap individu.

Hadirin sekalian, daripada penjelasan saudari Sankamitra, kita semua mesti mengetahui
bagaimanakah cara untuk memupukan semangat kejiranan dan cara-cara ini dapat
memberikan impak yang efektif kepada masyarakat. Bukan begitukah ahli-ahli panel kita ?

BUVA (PANEL 2):

Ya sudah pasti saudari pengerusi.


Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup
bersatu padu seia sekata. Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling
mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang.
Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu
melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta
akan negara. Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai
patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang,
mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai
perarakan dalam sesebuah temasya kenegaraan. Semangat kejiranan yang utuh akan
mewujudkan iklim yang aman dan damai yang seterusnya akan memelihara ketenteraman
rakyat. Hal Ini jelas menunjukkan bahawa keharmonian kehidupan rakyat Malaysia
membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi
melonjakkan imej Malaysia di persada antarabangsa supaya duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi di pentas dunia. Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjamin
keselamatan sesuatu kawasan kediaman. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan
keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian seperti
mencuri, merompak dan meragut sering berlaku di kawasan perumahan. Masyarakat
harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang
tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan penduduk dan Rukun
Tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam untuk menjamin keselamatan
penduduk setempat. Ibu bapa akan berasa lebih selamat membenarkan anak-anak
bermain di sekitar kawasan perumahan jika kejadian seperti mencuri, merompak dan
menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Penubuhan Persatuan Penduduk dan
pelaksanaan Rukun Tetangga di sesuatu kawasan kediaman dapat menjamin
kesejahteraan dan kebahagiaan masyarakat setempat memandangkan kita tidak boleh
bergantung kepada pihak polis semata-mata kerana bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat
menubuhkan Persatuan Penduduk dan melaksanakan Rukun Tetangga dapat meningkatkan
tahap keselamatan sesebuah kawasan kediaman.

SRI (AHLI PANEL)


Saudari pengerusi, izinkan saya menyuarakan buah fikiran tambahan
berdasarkan ulasan saudari ahli panel kedua tadi.

RUTRA(PENGERUSI)
Silakan saudari Srinehaa, Kita masih membincangkan faedah memupukan
semangat kejiranan.
SRI(AHLI PANEL)

Terima kasih saudari pengerusi.


Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat untuk merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan di sesuatu kawasan kediaman. Kerjasama ini boleh dipupuk
melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan
di kawasan kediaman mereka. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat
mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan.
Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini membuktikan
bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan
ampuh. Perhubungan yang akrab dan mesra sesama jiran akan memudahkan
pelaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga, rumah
terbuka, majlis perkahwinan, sambutan hari keluarga dan sukaneka. Dengan itu,
jelaslah kepada kita bahawa perhubungan yang mesra antara jiran amat penting
untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di sesuatu kawasan
kediaman kerana jiran sepakat membawa berkat.
Selain itu, semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat
kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali
Peristiwa 13 Mei 1969 membuktikan bahawa jika masyarakat tidak bersatu
padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota
masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan
membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain.
Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan
sistem sosial masyarakat lain dan seterusnya memahami sensitiviti mereka agar
dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa, hubungan yang erat antara jiran pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan dapat menjamin perpaduan nasional
kerana membuka ruang dan peluang kepada kita untuk mengenali dan
memahami agama, adat resam, budaya dan cara hidup sesuatu kaum. Lantaran
itu, semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu
padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan
kerana bersatu teguh bercerai roboh
RUTRA(PENGERUSI)
Terima kasih kepada saudari Srinehaa.
Sekarang kita sudah sampai ke bahagian akhir forum kita.
Saya mengucapkan ribuan Terima kasih kepada ketiga-tiga ahli panel yang
meluangkan masa mereka untuk memberikan penjelasan dan pendapat
mengenai semangat kejiranan supaya kita sebagai masyarakat dapat memahami
bahawa betapa pentingnya semangat kejiranan dalam kehidupan seharian kita.
Konklusinya, kejiranan adalah unsur penting dalam membina masyarakat yang
harmoni dan bersatu padu. Memiliki jiran yang baik akan membawa kepada
kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat.
Seorang jiran yang baik perlu memiliki sikap prihatin, perlu mengamalkan sikap
mengunjungi jiran dan menghormati jiran dalam setiap situasi. Dengan ini, kita
dapat mengeratkan hubungan kita dengan jiran dan dapat mewujudkan suasana
harmoni.
Punca pertama keruntuhan semangat kejiranan berlaku adalah mengutamakan
perkauman iaitu rascist, status masayarakat dan punca yang terakhir adalah pola
kehidupan. Kesemua punca ini akan memberikan impak yang buruk kepada
masyarakat iaitu, Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga, Merosakkan
perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat, Sukar
mendapat pertolongan ketika kesusahan.
Kita sebagai golongan masyarakat boleh mengelakkan semua kesan ini daripada
berlaku dengan melakukan beberapa langkah. Langkah pertama adalah amalan
gotong-royong, penubuhan rukun tetangga dan mengadakan kempen untuk
mengeratkan hubungan kejiranan.
Dengan melakukan langkah2 ini, masyarakat kita dapat memupukan nilai2
patritisme dan menjamin keselematan sesuatu kawasan kediaman. Selain itu,
semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota
masyarakat , semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk
semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, semangat
kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama
lain.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada ahli panel dan hadirin sekalian.
Saya berharap forum ini dapat memberikan informasi yang berguna dan
memberi kesedaran mengenai semangat kejiranan kepada setiap individu yang
memberi tumpuan.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai