Anda di halaman 1dari 45

4.

0 TERNAKAN
ITIK
4.1 Baka itik
4.2 Keperluan penternakan
4.3 Peringkat pengurusan
4.4 Pemprosesan telur masin
PENGENALAN TERNAKAN ITIK

§ Industri perusahaan itik (Anas platyrhynchos) negara adalah kecil dan


masih mundur berbanding dengan perusahaan ayam.
§ Perusahaan itik terutamanya itik penelur mula diminati oleh penternak
kecil disebabkan permintaan telur itik meningkatkan di pasaran tempatan.
4.1 BAKA ITIK

§ Penilaian prestasi sesuatu jenis baka itik perlu mengikut faktor-faktor


berikut:
ITIK PEDAGING ITIK PENELUR
a) Purata umur semasa a) Jumlah pengeluaran telur selama
disembelih/dipasarkan setahun (52 minggu)
b) Berat badan semasa b) Berat sebiji telur yang dihasilkan
disembelih/dipasarkan
c) Umur semasa pengeluaran telur
c) Kadar penukaran makanan pertama
(F.C.R) ke daging.
d) Berat badan semasa mula
bertelur
e) Kadar penukaran makan (F.C.R)
ke telur
4.1 BAKA ITIK

§ Terdapat 5 jenis baka ITIK PEDAGING:


1. Cherry Valley
2. Pekin
3. Rouen
4. Aylesbury
5. Muscovy

§ ITIK PENELUR
1. Khaki Campbell (England)
2. Indian Runner
3. Cherry valley 2000
4. Brown Tsaiya
BAKA ITIK

ITIK PEDAGING
1. Cherry Valley
a. Itik pedaging yang diimport dari United
Kingdom
b. Mampu mencecah berat melebihi 3kg dalam
masa hanya 45 hari
c. Daging itik ini tidak berbau berbanding
spesis itik lain
d. Permintaan tinggi di kalangan restoran,
hotel, katering dan penggemar itk
BAKA ITIK

2. Pekin
a. Berasal dari Yu-Quan daerah Beijing, China
dan telah dibiak di negara barat sebagai baka
induk itik pedaging
b. Warna bulunya putih atau putih kekuningan
c. Paruh, kaki dan kulit berwarna kuning
d. Boleh membesar dengan cepat dan mencapai
berat 2.5-3.0 kg dalam masa 8 minggu.
e. Itik jantan boleh 4-4.5 kg, itik betina 3.5-
4kg
BAKA ITIK

3. Rouen
a. Warna bulu antara hijau, coklat, hitam,
biru gelap. Tubuh besar dengan posisi
horizontal
b. Paruh, kaki dan kulit itik berwarna
kuning
c. Warna mata hitam dan telur warna
putih
d. Menghasilkan telur 100-125 biji
setahun
e. Berat itik dewasa, jantan dan betina
4.5-5.5kg
BAKA ITIK

4. Aylesbury
a. Dibiakkan untuk daging
b. Warna bulunya putih keseluruhan
c. Baka tulen mempunyai paruh berwana
merah jambu dan kaki berwarna jingga
terang
d. Jika paruh berwarna jingga, ia mungkin
dikacukkan dengan baka Pekin
e. Berat itik jantan 4.5-5.4 kg, itik betina
4.1-5.0kg
BAKA ITIK

5. Muscovy
a. Muscovy atau Itik Nila berasal dari
Amerika Selatan
b. Jika dikacukkan dengan baka lain,
keturunannya mandul
c. Telur itik nila memerlukan 35 hari
pengeraman berbanding 28 hari untuk
baka lain
d. Berat itik jantan dewasa 4.5-5.5kg, betina
2.3-2.7kg
e. Daging itik Nila bermutu tinggi dari segi
rasa dan tekstur
BAKA ITIK
ITIK PENELUR
1. Khaki Campbell
a. Itik jenis ini telah dicipta oleh Mrs.Campbell,
seorang pakar pembaik biak di Gloucestershire,
England dalam tahun 1901
b. Itik ini dibiakkan untuk telur
c. Keseluruhan warna badan itik jantan adalah
kuning coklat, kecuali di bahagian kepala, tengkok,
hujung bulu kepala yang berwarna gangsa.
Kakinya berwarna oren dan paruhnya hijau. Berat
itik dewasa jantan ialah 2.3 - 2.5 kg.
d. Itik betina pula, warna badannya adalah kuning
coklat lembut yang serata pada badannya. Paruh
hijau gelap dan kaki seperti warna badan. Berat
dewasa adalah 2.0 - 2.3 kg
e. Boleh menghasilkan telur sebanyak 300 -320
biji/tahun.
BAKA ITIK

2. Indian Runner
a. Baka itik ini mempunyai sifat berdiri tegak
seperti burung penguin
b. Terdapat warna putih, hitam, coklat dan
putih samar pada baka itik ini
c. Badan berbentuk kecil dan berat itik ini
semasa dewasa ialah 1.5 - 1.8 kg
d. Itik ini mempunyai daya tahan terhadap
penyakit cukup tinggi
e. Pengeluaran telur boleh mencapai 250 - 270
biji/ekor/tahun
BAKA ITIK

3. CHERRY VALLEY 2000


a. Itik ini dipercayai berasal dari negara England.
Angka 2000 menunjukkan angka kod siri dari
strainnya.
b. Jenis itik ini ada dua iaitu CV 2010 yang
berkulit telur putih dan CV 2000 yang berkulit
telur biru
c. Menurut hasil penelitian John Powell di Cherry
Valley Farm,itik ini mampu menghasilkan
antara 275-285 biji/ekor/tahun
d. Mulai bertelur pada peringkat umur 22 minggu
dengan berat badan mulai bertelur 1.5 kg
BAKA ITIK

4. BROWN TSAIYA (TAIWAN)


a. Itik berasal dari Taiwan
b. Boleh menghasilkan telur antara
260 – 290 biji dalam tempoh
bertelur selama 52 minggu.
c. Bulu badan berwarna
coklat/coklat lembut.
d. Hijau gelap/coklat gelap pada
bahagian kepala dan leher
4.1.1 MUTU ANAK ITIK

Ciri-ciri anak itik yang bermutu:


i. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 50-60 gram;
ii. Saiz yang seragam
iii. Mempunyai mata yang bulat dan bersinar
iv. Kelihatan sihat dan cergas
v. Bulu kering dan kembang
vi. Pusat dan dubur yang kering
vii. Tiada kecacatan
4.1.1 MUTU ANAK ITIK

Faedah anak itik yang bermutu baik:

i. Mempunyai ketahanan penyakit tinggi;


ii. Penukaran makanan yang baik;
iii. Tumbesaran cepat;
iv. Kos pengeluaran yang rendah;
v. Kadar keseragaman yang tinggi; dan
vi. Bentuk badan mengikut kehendak pasaran.
4.2 KEPERLUAN PENTERNAKAN

§ Kebiasaanya, itik pedaging dan penelur diternak secara semi-intensif


§ Merupakan sistem paling popular dalam kalangan penternak kecil.
§ Sistem ini menjimatkan kos penternak
§ Itik juga boleh diternak secara intensif dalam reban berlantaikan kayu
atau simen
§ Kolam kecil atau bekas air yang mencukupi haruslah disediakan system ini
4.2 KEPERLUAN PENTERNAKAN

1. REBAN
a. Reban Lantai Atas.

 Lantai diperbuat dari kayu beruti atau dawai jaring.

 Kayu beruti 2.5 cm x 2.5 cm atau 5.0 cm x 2.5 cm disusun dengan jarak lebih
kurang 1.5 cm.

 Dawai jaring berukuran 2.5 cm x 1.25 cm.

b. Reban Lantai Bawah Bersarap.

 Lantai terdiri daripada tanah atau simen dan di atasnya diletak tetal kayu atau
sekam padi setebal 7.5 cm x 12.5 cm.
4.2 KEPERLUAN PENTERNAKAN

2. KEPADATAN DAN KELUASAN

§ Itik pedaging: 0.2 m2 – 0.4 m2 /ekor


§ Itik penelur:

5 - 21
Umur Itik 1 - 4 Minggu 22 minggu ke Atas
Minggu

Bilangan Itik:
10 ekor 6 ekor 2 - 6 ekor
Bagi satu (1)m2

Luas lantai bagi seekor


0.1 m2 0.17 m2 0.17 - 0.5 m2
itik
4.2 KEPERLUAN PENTERNAKAN

§ Luas kawasan yang diperlukan bergantung kepada bilangan itik yang


dipelihara, berpandukan kepadatan yang disyorkan.
§ Berikut merupakan contoh reban yang biasa digunakan:

Reban ini boleh memuatkan 500 ekor itik


dewasa
4.2 KEPERLUAN PENTERNAKAN

3. SARANG/ TEMPAT BERTELUR


i. Ukuran satu (1) sarang:40cm x 40 cm x 30 cm.
ii. Boleh menampung satu (1) ekor itik.
iii. Diletakkan di bahagian tepi reban pada minggu ke 16.

4. PERALATAN
i. Bekas Makanan: Dari umur 3 minggu sehingga dewasa boleh
menggunakan tempat makan yang digantung ( feed hopper ) ataupun
membuat palung makanan bagi mengelakkan anak itik berebut makanan.
ii. Bekas Minuman: Dari 3-10 minggu gunakan bekas minuman ( gutter )
yang paras air di dalam bekas minuman hendaklah mencukupi bagi itik
menenggelamkan kepalanya.
4.3 PERINGKAT PENGURUSAN

4.3.1 PENGURUSAN PERINDUKAN


4.3.2 KEPERLUAN PEMAKANAN
4.3.1 PENGURUSAN PERINDUKAN

1. PENGEPUNGAN ANAK ITIK


i. Digunakan untuk mengawal anak-anak itik ke arah alat pemanas
a) Tinggi pengepung adalah 30-40cm
b) Jarak dari alat pemanas 1 meter
ii. Pegepung diluaskan mengikut keperluan untuk anak itik mendapat
ruang yang cukup
iii. Pengepung boleh dibuka apabila umur anak itik 7 hingga 10 hari
iv. Perlu dipasang pemanas. Alatan biasa digunakan mentol elektrik dan
hoover
v. Bekas Makanan: Untuk anak-anak itik dari 1 – 3 minggu menggunakan
palung makanan.
vi. Bekas Minuman: Umur 1 hari hingga 3 minggu, (bekas minuman
plastik).
4.3.1 PENGURUSAN PERINDUKAN

2. PENJAGAAN PERINGKAT PERINDUKAN (UMUR 1 HARI HINGGA 3 MINGGU)


i. Anak itik diberi makanan Duck Starter.

ii. Reban dan alat-alat yang telah digunakan dibersihkan dengan pembasmi kuman (Contoh: Lysol,
dettol, clorox, potassium permanganate).

iii. Reban dikosongkan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum kumpulan anak itik baru dimasukkan.

iv. Sarap disembur pembasmi kuman sebelum digunakan.

v. Alat pemanas dipasang selama 4 hari untuk minggu pertama dan dimatikan pada waktu siang
bergantung kepada cuaca.

vi. Gantikan sarap yang basah dan kotor atau ditambah sarap baru.

vii.Besarkan kotak perindukan pada setiap minggu bagi mengelakkan kesesakan.


viii. Pengurusan perindukan anak itik penelur adalah sama dengan pengurusan anak itik pedaging.
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

1. JENIS MAKANAN

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik

I. Makanan Komersial
II. Makanan Campuran Sendiri
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

I. MAKANAN KOMERSIAL

Itik Pedaging. Itik Penelur.


a. Makanan permulaan itik pedaging a. Makanan permulaan itik penelur (Duck
(Duck Starter): 1 hari – 14 hari. Layer Starter).
b. Makanan penggemuk itik pedaging b. Makanan pembesar itik penelur (Duck
(Duck Grower): 15 hari – 7/ 8 Layer Grower).
minggu. c. Makanan itik penelur (Duck Layer
Finisher).
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

II MAKANAN CAMPURAN SENDIRI

Berat (kg)
Bahan-bahan.
Starter Finisher
Jagung Halus. 55.50 68.00
Hampas kacang soya. 32.00 21.00
Habuk Ikan. 6.00 5.00
Lemak. 3.00 3.00
Galian. 2.50 2.00
Vitamin. 1.00 1.00
Jumlah (kg) 100.00 100.00
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

2. JADUAL PEMAKANAN

I. Itik Pedaging
II. Itik Penelur
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

I. ITIK PEDAGING

Kandungan Zat
Umur Itik Jenis
Makanan
(Minggu) Makanan
(Crude Protein)

0-2 Duck Starter Crumble. 24.0%

3–8 Duck Grower Pellet. 16.0%


4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

II. ITIK PENELUR

Kandungan
Zat
Umur Itik Jenis M.E /
Makanan
(Minggu) Makanan K. Cal.
(Grude
Protein)
0–2 Duck Starter Crumble. 20.00% 2700 – 3000
2–3 Pertukaran makanan - -
daripada DSC ke DGP.
4 – 16 Duck Grower Pellet. 16.00% 2500 – 2800

16 ke Atas Duck Layer Pellet. 17.00% 2600 – 2900


4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN
3. ANGGARAN KEPERLUAN MAKANAN
gm/ jenis makanan/ hari
Umur Penelur
(Minggu) (Khaki Jenis Makanan
Campbell)
1 15
2 31 Duck Starter.
3 40
4 61 Pertukaran Makanan.
5 78
6 80
7 83
Duck Grower.
8 85
9 90
10 - 14 95
14 - 16 95 Pertukaran Makanan.
17 – 18 110 – 110
Duck Layer.
>20 120 - 135
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

4. PENGURUSAN PERINGKAT PEMBESARAN

1. Itk pedaging
i. Peringkat membesar/dara (Pullet)

2. Itik penelur
i. Peringkat membesar/dara
ii. Peringkat bertelur
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

4. PENGURUSAN PERINGKAT PEMBESARAN


Itik pedaging
i. Peringkat membesar/dara (Pullet)
1. Umur 3-8 minggu
2. Makanan jenis Duck grower diberikan pada minggu ke 3
3. Anak itik boleh dipelihara dalam reban yang sama dari kecil dengan
keluasan yang sesuai
4. Kedalaman air perlu cukup untuk itik mencelup keseluruhan kepala
5. 3 buah tempat makanan untuk 100 ekor itik
6. Selepas 3 minggu, anak itik dilepaskan dalam kawasan berpagar pada
pagi, dikurung pada malam
7. Itik boleh disembelih bila capai 6-8 minggu atau capai berat pasaran
§ Baka Pekin: 2.85– 3.00 kg
§ Baka Muscovy-Betina: 3.0 kg
§ Baka Muscovy-Jantan: 5.0 kg
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

4. PENGURUSAN PERINGKAT PEMBESARAN


Itik penelur
i. Peringkat membesar/dara (Pullet)
1. Umur 4-16 minggu
2. Minggu ke 4, makanan jenis Duck Grower Pellet
3. Sediakan bekas minuman mempunyai saliran air keluar
4. Tambah bekas makanan mengikut keperluan
5. Minggu ke 5, itik dilepaskan dalam kawasan berpagar pada pagi, dikurung
pada malam
6. Pemberian makanan dikawal agar berat badan tidak berlebihan
§ Jika kurang berat, tambah makanan
§ Jika lebih, kekalkan makanan
7. Pengasingan perlu dilakukan jika terdapat perbezaan saiz badan
8. Bekas minuman ditukar kepada jenis palung
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

4. PENGURUSAN PERINGKAT PEMBESARAN


Itik penelur
ii. Peringkat bertelur
1. Umur 16 minggu ke atas
2. Satu petak untuk 4-6 ekor itik
3. Makanan: Duck Layer Pellet
4. Cahaya ditambah untuk pengeluaran telur maksimum
5. Itik muls bertelur pada umur 5-18 bulan
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

5. KANDUNGAN ZAT-ZAT DALAM MAKANAN ITIK


Makanan itik boleh dibeli dari pengilang dan juga boleh dirumus oleh
penternak sendiri menggunakan bahan-bahan mudah didapati seperti:
i. Beras hancur
ii. Habuk ikan (fish meal)
iii. Hampas kacang soya
iv. Sekam padi
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

5. KANDUNGAN ZAT-ZAT DALAM MAKANAN ITIK


Faktor utama diambil kira untuk mendapatkan rumusan makanan yang
seimbang adalah:

§ Kandungan protein kasar di dalam makanan mencukupi untuk itik di


setiap peringkat pengurusan.
§ Kandungan tenaga yang sesuai (Metabolizable Energy: M.E)
§ Zat galian dan vitamin yang mencukupi
§ Bagi itik penelur, bahan kalsium yang mencukupi untuk tulang dan
cengkerang telur.
§ Bahan warna atau sumber makanan yang mengandungi bahan warna.
Contoh: Carophyll red.
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

6. KESIHATAN
Langkah-langkah untuk menjamin kesihatan ternakan itik:
i. Menjaga kebersihan ladang setiap masa.
ii. Memberi makanan bermutu dan tidak rosak.
iii. Memberi air bersih. Air yang mengandungi "antistress" harus diberi pada
umur itik 1-3 hari.
iv. Itik yang menunjukkan tanda sakit perlu diasingkan untuk rawatan
ataupun ditakai.
v. Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti Iysol, lindoress sebelum
ketibaan anak itik.
vi. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar jika terdapat tanda-tanda
penyakit
4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

7. PENGELUARAN HASIL
a) Itik Pedaging

§ Itik pedaging dipasarkan pada umur 7/ 8 minggu.

§ Pada umur 9 - 14 minggu banyak bulu-bulu halus yang tumbuh dan


susah untuk dibersihkan.

§ Bulu-bulu halus ini boleh dibersihkan dengan menggunakan lilin yang


dicampur dengan resin (damar). Campuran ini dimasak hingga cair.

§ Kemudian celupkan itik yang telah diproses ke dalam campuran, angkat


dan seterusnya celup dengan air sejuk.

§ Apabila lilin ditanggalkan, bulu-bulu halus ini juga turut tertanggal.


4.3.2 KEPERLUAN MAKANAN

7. PENGELUARAN HASIL
b) Itik Penelur
§ Untuk mendapatkan telur yang bersih, tambah tetal kayu/ rumput kering
baharu ke dalam sarang mengikut keperluan.
§ Biarkan itik di luar reban pada waktu siang dan kurung pada waktu
malam supaya reban sentiasa kering dan bersih.
§ Kutip telur di waktu pagi.
§ Elakkan itik dari terperanjat atau ketakutan.
§ Itik yang dikejar boleh menjadi lumpuh.
§ Kerap menukar makanan itik boleh menjejaskan pengeluarannya.
§ Kedalaman air didalam bekas minuman harus mencukupi bagi
membolehkan itik menyelamkan keseluruhan kepalanya ke dalam air.
Program Pencahayaan:
Anggaran Berat Badan Itik Penelur, Berat
Peratus
Umur Makanan/hari dan Program Pencahayaan
Pengeluaran
(minggu) Berat Badan Makanan Harian Pencahayaan
Telur
(kg) (gm/ekor) (jam)
15 - 19 - 1.8 90 12
20 – 23 - 1.9 100 12.5
*1 5 ~ 2.0 120 13
2 20 ~ 2.0 130 13
3 45 ~ 2.0 140 13
4 – 6 80 ~ 2.0 160 13
7 – 8 88 ~ 2.0 180 13
9 – 10 92 ~ 2.0 190 13
11 – 13 91 ~ 2.0 190 13
14 – 19 90 ~ 2.0 190 13
20 – 36 86 ~ 2.0 180 13
37 80 ~ 2.0 160 13
38 – 42 79 ~ 2.0 160 13
43 – 51 76 ~ 2.0 150 13
> 52 72 ~ 2.0 140 13
4.4 PEMPROSESAN TELUR ITIK

4.4.1 PENGENALAN
4.4.2 PEMPROSESAN TELUR MASIN
4.4 PEMPROSESAN TELUR ITIK

4.4.1 PENGENALAN
i. Hanya akan segar dalam masa 1-2 minggu
ii. Proses memasinkan telur untuk penyimpanan masa panjang tanpa
kurangkan zat penting
iii. Telur yang terbiar akan alami proses perubahan
§ Penurunan berat
§ Kenaikan volume atau isi telur
§ Perubahan warna kulit
§ Tumbuh cendawan
§ Pembentukan ketulan darah dalam isi telur
iv. Punca utama penurunan kesegaran:
§ Keluar kandungan air dari dalam telur melalui rongga-rongga kulit
telur
4.4 PEMPROSESAN TELUR ITIK

4.4.2 PEMPROSESAN TELUR MASIN

Pemprosesan telur masin boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:


1. Balutan tanah liat
2. Rendaman air garam
4.4 PEMPROSESAN TELUR ITIK

4.4.2 PEMPROSESAN TELUR MASIN


1. Balutan tanah liat
§ Kaedah menggunakan bahan seperti tanah liat
(ayak), garam halus, sekam padi bakar, air bersih
dan telur itik yang telah dibersihkan.
§ Tanah liat dan garam halus digaul rata dengan
nisbah 2 : 1 (Tanah liat : Garam)
§ Masukkan air ke dalam campuran dan gaul
sehingga boleh dikepal.
§ Salut campuran tersebut pada telur.
§ Salut sekam padi bakar pada telur yang telah
disalut dengan campuran tersebut.
§ Simpan selama 18 – 21 hari sebelum dipasarkan.
4.4 PEMPROSESAN TELUR ITIK

4.4.2 PEMPROSESAN TELUR MASIN

2. Rendaman air masin


§ Air bersih dan garam dengan nisbah 3 (air) : 1
(garam).
§ Didihkan air dan campurkan garam kasar dan
kacau sehingga larut dan dibiarkan sejuk.
§ Guna bekas yang bertutup untuk masukkan
larutan garam yang telah sejuk tadi ke dalam
bekas tersebut.
§ Masukkan telur itik kedalam bekas tadi. (Telur
akan terapung).
§ Untuk mengelakkan telur terapung, tindih
dengan benda-benda yang berat seperti plastik
berisi air.

Anda mungkin juga menyukai