Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Petunjuk Yang Maha Esa

Amir adalah seorang ketua rumah tangga dan ayah kepada satu-satunya cahaya
mata tunggalnya yang bernama Melur. Amir dan keluarganya hidup sederhana di
sebuah desa dengan aman dan bahagia. Amir menyara keluarga kecilnya dengan
membuka kedai runcit . Walaupun Amir seorang peniaga kecil kecilan, Amir sangat
mahir dalam bidang berniaga. Amir dan keluarganya sentiasa tekun dalam menunaikan
ibadah kepada Allah SWT. Amir dan isterinya juga merupakan ibu bapa yang
penyayang dan melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.

Suatu hari tanpa diduga Amir ternampak suatu kejadian yang berlaku sepantas
kilat. Mungkin sudah ditakdirkan untuk Amir ke tempat tersebut untuk menyelamatkan
nyawa seorang insan. Seorang lelaki yang berpakaian segak hampir dilanggar kereta
yang membawa kereta tersebut seperti orang mabuk. Amir yang ternampak kejadian
tersebut dengan segera menyelamatkan orang itu dengan menolaknya di bahu jalan.
Apabila melihat dengan teliti rupanya orang yang diselamatkan oleh Amir ialah rakan
karibnya sejak sekolah menengah yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk
menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan. Nama si empunya badan ialah
Kamil. Kamil telah dibawa ke klinik oleh Amir untuk mendapatkan rawatan lanjut
selepas kejadian yang tidak diingini tadi bak kata mutiara malang tidak berbau.

Kamil mengucapkan ribuan terima kasih kepada Amir atas pertolongannya.


Kamil juga ingin memberi wang kepada Amir sebagai tanda terima kasih. Tetapi, Amir
menolaknya dengan baik dan mengatakan di ikhlas melakukannya. Apabila sudah lama
tidak berjumpa mereka pun berborak mengenai kehidupan masing-masing pada masa
kini. Apabila Kamil mengetahui Amir telah menjadi peniaga kecil kecilan Kamil pun ingin
menawarkan peluang kepada Amir untuk menguruskan syarikatnya yang kedua. Kamil
menyatakan dia melihat Amir mampu menjadi peniaga yang bekerjaya jika dilatih
dengan lebih lagi kerana Kamil boleh melihat potensi Amir sebagai seorang yang
peniaga yang berjaya. Selepas berfikir panjang, Amir pun bersetuju dengan cadangan
rakan karibnya itu serta berterima kasih atas peluang yang diberikan oleh Kamil.

Dua tahun selepas menetap di Kuala Lumpur

Amir menjadi seorang yang peniaga yang Berjaya dengan tunjuk ajar daripada
rakannya. Amir juga Berjaya membuka cawangannya sendiri yang diberi nama MS
SDN.BHD. bersempena nama anaknya dan isterinya iaitu Melur dan Suraya. Sejak
menjadi semakin senang Amir dan keluarganya turut tinggal di sebuah banglo mewah
tiga tingkat. Amir juga mempunyai pembantu rumah seperti tukang masak dan tukang
kebun. Tetapi sejak semakin senang ini juga Amir banyak berubah.Misalnya, Amir tidak
banyak meluangkan masa dengan anak dan isterinya. Selain itu, Amir juga semakin
lalai dalam menunaikan ibadah seperti melambatkan solat. Kadang- kadang sehingga
meninggalkan solat. Dalam satu hadis ada menyatakan “ Sesungguhnya batas antara
seseorang dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat” hadis riwayat
Muslim.

Isterinya juga semakin risau akan perangai suaminya yang lain daripada dahulu
seperti hidup semakin jauh dari jalan yang lurus dan kurang memberikan perhatian
kepada keluarganya. Pada suatu hari, syarikat Amir mengalami kemerosotan yang
teruk secara tiba-tiba akibat ditipu oleh pesaing mengenai pelaburan. Amir telah
kehilangan berjuta-juta ringgit yang membuatkan Amir berasa susah hati. Tambahan
pula dengan berita yang mengejutkan anak Amir iaitu Melur jatuh sakit selama tiga
minggu berturut – turut dengan suhu badan yang sangat tinggi. Amir dan isterinya
membawa Melur ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Betapa luluhnya hati Amir
dan isterinya apabila doktor mengatakan puteri tunggal mereka menghadapi penyakit
kanser otak yang boleh membawa maut jika dibiarkan lama lagi. Doktor juga
menyatakan bahawa Amir perlu membayar kos yang agak tinggi untuk rawatan Melur.

Situasi ini membuatkan Amir semakin buntu untuk mencari wang kerana Amir
bagai sudah jatuh ditimpa tangga apabila dia telah ditipu dan kehilangan duitnya.
Kemudian anaknya jatuh sakit. Amir pun tanpa berfikir panjang seperti orang yang tiada
pegangan agama telah mengambil jalan singkat dengan mencuba nasib bermain judi
untuk mendapat duit. Nasib berpihak kepada Amir. Amir telah menang beribu-ribu
ringgit dengan berjudi. Amir pun menggunakan wang haram itu dengan membayar kos
rawatan anaknya. Pembedahan Melur pun dijalankan. Allah SWT telah berfirman “ Hai
orang-orang yang beriman,sesungguhnya(meminum)khamar,berjudi,(berkorban untuk)
berhala,mengundi nasib dengan panah,adalah termasuk perbuatan syaitan.Maka
jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar mendapat keberuntungan.

6 bulan selepas pembedahan Melur

Doktor mengatakan kepada Amir dan isterinya bahawa Melur dijangka akan sihat
selepas pembedahan tersebut dilakukan tetapi sebaliknya. Melur menjadi semakin sakit
walaupun telah melakukan pembedahan serta diberi ubat-ubatan. Setiap kali Melur
makan, Melur juga akan memuntahkan makanan tersebut yang menyebabkan Melur
semakin tidak bertenaga dan kurang zat makanan. Ini membuatkan Amir semakin
runsing dan kemudian Amir mula memikirkan tindakannya. Amir mulai sedar akan
kesalahannya. Tetapi apakah daya, ajal sudah tertulis sejak di alam roh lagi oleh yang
Maha Esa. Melur telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 6 tahun
akibat derita kanser otak.

Amir mula menyesal atas tindakannya dan bertaubat kepada Allah SWT. Amir
juga telah meminta pertolongan rakan karibnya, Kamil untuk meminjam wang dengan
harapan dapat mengatasi masalah perniagaannya dan hutangnya . Apabila Kamil
mengetahui Amir telah berjudi dan ada juga hutang yang tertunggak, Kamil pun
menolong rakannya yang dalam kesusahan itu. Kamil juga menasihati Amir agar tidak
lalai dalam beribadah kerana rezeki itu semuanya daripada Allah SWT. Amir juga sedar
atas sebab tindakannya dia telah kehilangan satu-satunya cahaya mata tunggalnya
iaitu Melur. Sejak kehilangan Melur, Amir juga sudah banyak berubah seperti dahulu
seperti tidak meninggalkan solat serta banyak melakukan sedekah kepada anak-anak
yatim. Amir dan isterinya juga mengambil anak angkat sebagai pelengkap hidup
mereka. Walaupun hidupnya semakin bahagia, Amir dan isterinya tidak pernah
melupakan Melur dan sentiasa mendoakan anak yang sedang menanti mereka di
syurga.

~Tamat~

Dibuat oleh: Atikah Binti Muhammad Zaib

Anda mungkin juga menyukai