Anda di halaman 1dari 11

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2023

NAMA PELAJAR: NUR A’ISYATULHUMAIRA’ BINTI MOHAMAD


IKHSAN
ANGKA GILIRAN: 2022142380040
NOMBOR KAD PENGENALAN: 951211-01-6672

KUMPULAN/UNIT: PDP PI2


KOD DAN NAMA KURSUS: EDUP2083D
NAMA PENSYARAH: MOHAMED AIDIL FITRI BIN MARDI
TARIKH HANTAR: 5.4.2023
Pengakuan Pelajar Menerima Maklum Balas Medium:-
Daripada Pensyarah

Tanda Tangan: Tarikh: 5.4.2023

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja


Markah Selepas Moderasi
NO. MARKAH
TUGASAN
Pemeriksa Pemeriksa Pemeriksa
1 2 3 Markah dalam 100 %

JUMLAH
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN TENTANG PSIKOLOGI PENDIDIKAN

2.0 PERBEZAAN ASPEK INDIVIDU


2.1 Perbezaan dari segi aspek Fizikal
2.2 Perubahan dari segi aspek Kognitif / mental
2.3 Perbezaan aspek dari segi emosi
2.4 Perbezaan dari segi aspek sosial

3.0 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.0 RUMUSAN

5.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN TENTANG PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Menurut Barlow (Syah, 1997 / hal. 12) Psikologi Pendidikan amat berkait rapat
dengan perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Pelajar seharusnya menerima didikan
dari peringkat awal iaitu bayi untuk mengetahui, memahami dan mempelajari tingkah
laku, emosi dan pemikiran didalam kehidupan. Begitulah cara guru untuk mengenalpasti
masalah dan mengendalikan pelajar didalam kelas. Bidang psikologi mampu membantu
tingkah laku, emosi serta pemikiran bagi memudahkan proses pembelajaran dan
pengajaran dijalankan secara efektif.

Bidang psikologi amat penting dalam mengesan dan menilai perubahan


seseorang individu serta faktor-faktor yang berlaku bermula dari awal kelahiran
hinggalah dewasa. Menurut (Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, 1988), psikologi merujuk
kepada kajian mendalam tentang perasaan, sikap serta pemikiran manusia dan haiwan
secara nyata dan terselindung. Tujuan psikologi Pendidikan adalah untuk memberikan
panduan kepada pendidik dan calon pendidik untuk meningkatkan kecekapan proses
pembelajaran pada keadaan yang berbeza dari segi aspek memahami perbezaan
individu, mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas, pemilihan
strategi dan metode pembelajaran.
2.0 PENGANALISA PERBEZAAN ASPEK INDIVIDU YANG DIHADAPI OLEH MURID

Pembelajaran merupakan proses penyerapan ilmu yang berlaku dalam kehidupan


individu untuk mengembangkn kemahiran fizikal dan kemahiran kognitif nya. Terdapat 3
kategori pembelajaran iaitu pembelajaran formal, pembelajaran informal dan pembelajaran
non- formal. Pembelajaran formal berlaku secara teratur dan bersistematik didalam kelas.
Manakala pembelajaran informal merupakan pembelajaran secara tidak langsung atau pun
tidak sedar kerana ia berlaku dalam keadaan santai. Seterusnya, pembelajaran non-formal
pula berfungsi melengkapkan pembelajaran formal bagi mengukuhkan lagi kefahaman dan
kemahiran kognitif murid-murid.

Disebabkan kepelbagaian bentuk pengajaran dan pembelajaran, maka terhasil


perbezaan individu dalam pembelajaran dikalangan murid-murid. Menurut Khairul Yusri
(2007), perbezaan individu adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara
fizikal, mental, sosial, emosi dikalangan individu. Manakala dari segi pembelajaran adalah
tertumpu kepada cara pelajar itu menelaah ilmu. Maka, dapatan daripada definisi Khairul
Yusri menyatakan faktor latar belakang, sosio budaya murid yang boleh memberi kesan
kepada fizikla, mental, sosial dan emosi setiap murid.

Bagi pendapat Crow dan Crow(1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat,


pengetahuan dan sikap seseorang individu. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat
sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk tahu bagaimana cara ia mengatasi
rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Jadi ia juga menentukan
seseorang samaada ia cemerlang ataupun tidak berdasarkan tahap kemampuan usaha
mereka dalam mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi. Rumusan nya,
pelajar yang cemerlang akan diklasifikasikan sebagai pelajar yang Berjaya dan pelajar yang
tidak cemerlang akan diketahui sebagai pelajar yang kurang maju dalam pembelajaran nya.
Sudah tentu pelajar yang yang berjaya memiliki sifat peribadi yang tersendiri.

Berdasarkan murid kelas Cikgu Syahirah yang mempunyai 15 orang murid perempuan
dan 20 orang murid lelaki yang mempunyai lingkungan umur yang sama serta mempunyai
perbezaan dari segi fizikal, kognitif, sosial dan budaya keluarga amat mempengaruhi faktor
pada perubahan individu dalam kelas tersebut. Perbezaan manusia pun mempunyai
pelbagai pandangan dari pakar psikologi antaranya menurut Papalia (2001), manusia itu
berbeza dari segi jantina, berat dan bentuk. Manakala, Slavin (1997), mengaitkan perbezaan
adalah dari segi bentuk dan saiz badan, kesihatan dari segi tahap tenaga individu dengan
konteks pengajaran personaliti dan emosi serta pembelajaran.

Murid yang memiliki tubuh badan yang lebih besar mungkin boleh dikatakan mempunyai
faktor pemakanan yang tidak sihat atau seimbang didalam pemakanan harian nya. Boleh
jadi juga, ia berlaku disebabkan berpunca daripada pengaruh baka atau keturunan ibubapa
murid tersebut. Manakala, muri yang mempunyai tubuh badan yang kecil atau kurus ia
mungkin dipengaruhi oleh dorongan pemakanan yang sihat oleh ibubapa didalam seharian
mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh dipengaruhi oleh faktor keturunan keluarga
sebelah ayah atau ibu.

Selain itu, perbezaan murid didalam kelas Cikgu Syahirah dapat dibahagikan kepada
kumpulan pertumbuhan dan perkembangan yang normal atau tidak normal. Pertumbuhan
manusia mempunyai corak pertumbuhan yang unik pada setiap individu. Murid yang normal
akan mengalami peringkat pertumbuhan yang sama iaitu daripada bayi, kanak-kanak,
remaja dan dewasa namun mereka ini juga akan berlaku perkembangan dan pertumbuhan
yang berbeza dari segi aspek fizikal, mental dan sahsiah. Oleh itu, murid dalam kumpulan
usia yang sebaya tidak semestinya mempunyai kebolehan yang sama dalam aktiviti fizikal
mahupun akademik.

Menurut Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan
dan diabaikan kerana perkara ini sering diambil tidak serius apabila manusia mengambil
tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Maka Cikgu Syahirah perlu bijak dalam
mengklasifikasikan murid dengan kaedah ini. Dengan cara ini, guru akan lebih mudah
mengatur dan merencanakan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2.1 Perbezaan dari segi aspek Fizikal

Aspek fizikal adalah aspek yang diwarisi daripada baka keluarga. Perbezaan ini
dapat dinilai melalui pemerhatian pada murid dari segi luaran seperti paras rupa, susuk
badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh dilihat iaitu fizikal dalaman seperti
saiz otak dan jumlah neuron. Ini dapat dilihat pada murid perempuan dan murid lelaki
pada lingkungan umur 10 hingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah.

Cikgu Syahirah boleh membahagikan murid pada kumpulan yang mencapai


kematangan yang lebih cepat dengan murid yang kurang matang dari segi umurnya.
Mengikut kajian, murid perempuan lebih cepat matang dan lebih tinggi daripada murid
lelaki. Hal ini demikian kerana perempuan berfikir lebih matang ketika berusia 9 hingga
15 tahun berbanding remaja lelaki. Maka suasana pembelajaran didalam kelas Cikgu
Syahirah akan mengalami sedikit kesukaran dalam menerima maklumbalas daripada
murid kerana pelajar lelaki melebihi murid perempuan.

Walaubagaimanapun, Cikgu Syahirah akan mudah dalam aspek pengajaran, ini


kerana kumpulan boleh dibahagikan secara seimbang antara murid lelaki dan
perempuan didalam satu kumpulan yang sama dan corak gerak kerja akan menjadi
menarik kerana ada penghasilan yang sempurna melalui kemahiran murid lelaki dan
murid perempuan. Selain itu, Cikgu Syahirah boleh menilai kemudian mengklasifikasikan
murid mengikut kaedah Sheldon (1942). Menurut Sheldon (1942), gaya perilaku berlaku
dalam tiga kategori iaitu Endomorf yang dikenali sebagai individu yang bertubuh bulat
dengan perilaku yang suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah
diserang tekanan perasaan.

Mesomorf pula individu yang bertubuh badan yang kuat menunjukkan sifat yang
agresif, bertenaga dan kuat bersukan. Manakala, Ektomort individu yang kurus dan
tinggi memiliki sifat rasa bimbang, suka bersendirian dan seorang pendiam. Daripada
pengkelasan ini, Cikgu Syahirah akan dapat mengenalpasti jenis-jenis perilaku dan sifat
murid melalui istilah diatas. Ini akan lebih memudahkan Cikgu Syahirah mengatur
kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kesesuaian
perilaku murid tersebut. Walaubagaimanapun, perilaku murid-murid ini mampu berubah
berdasarkan tindakbalas persekitaran.
Cikgu Syahirah akan boleh menilai dari pemerhatian berkala murid yang aktif akan
berubah menjadi murid pasif, dan murid yang pasif akan menjadi murid yang aktif dari
semasa ke semasa dan ini memerlukan kepada Cikgi Syahirah mencari jalan
penyelesaian bagi murid tersebut. Contoh yang kita boleh lihat, jika murid tersebut
tergolong dalam kumpulan Ektomort, murid tersebut perlu kepada bimbingan dan
pemerhatian yang lebih dan sentiasa perlu dipantau agar berlaku perubahan dalam diri
murid tersebut.

2.2 Perubahan dari segi aspek Kognitif / mental

Manusia diciptakan dengan keupayaan dan kemampuan yang berbeza dari


segi berfikir, belajar, mengingat, menaakul dan menganalisis. Ini bermaksud setiap
individu memiliki aras kognitif yang berbeza dan berlainan. Hal ini terjadi disebabkan
kaedah mereka memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada
persekitaran dengan cara berbeza. Hasil kajian, murid perempuan mempunyai
kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Maka suasana
pembelajaran didalam kelas Cikgu Syahirah akan menjadi kurang responsif dan menarik
kerana murid perempuan didalam kelas Cikgu Syahirah lebih sedikit berbanding lelaki.

Namun, perkara ini tidak akan terjadi dalam subjek matematik, sains dan
sukan. Hal ini kerana, menurut pendapat Santrock(2001), didalam matapelajaran seperti
matematik, sains dan sukan murid lelaki lebih berminat dan menarik minat mereka. Jadi,
mungkin suasana didalam kelas Cikgu Syahirah akan menjadi aktif dan responsif
apabila mereka belajar matapelajaran matematik, sains dan sukan. Bukan itu sahaja,
mengikut kajian murid perempuan akan lebih aktif dan berminat dalam subjek masakan
dan menjahit. Ini kerana ia selari dengan sifat naluri mereka dan bertepatan dengan
keperluan tanggungjawab dalam persekitaran mereka. Perkara ini sebenarnya sangat
penting bagi Cikgu Syahirah kerana ia akan memudahkan proses penerimaan ilmu
didalam bilik darjah kerana fokus dan tumpuan murid akan terdorong dengan sendiri
berdasarkan minat daripada mereka.
2.3 Perbezaan aspek dari segi emosi

Perbezaan ini dipengaruhi oleh keluarga mereka. Hal ini terjadi kerana keluarga
memiliki tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Tahap
kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi seperti ketakutan, sensitif, cepat
marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Mengikut kajian dalam aspek ini, keadaan kelas
Cikgu Syahirah berkemungkinan akan lebih bising dan susah dikawal keadaan nya kerana
jumlah murid lelaki yang lebih ramai daripada murid perempuan.

2.4 Perbezaan aspek dari segi tingkah laku

Perbezaan ini dipengaruhi dengan kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam
sekitar lebih kuat mempengaruhi individu tersebut dalam membentuk tingkah laku. Menurut
Mok Sang (2008), perbezaan tingkah laku dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan
aktviti sosial. Mengikut keadaan kelas Cikgu Syahirah, terdapat latar belakang sosioekonomi
murid yang berlainan memandangkan terdapat ibubapa yang memiliki gaji yang besar dan
ada juga yang sederhana. Keadaan ini juga akan memperngaruhi bentuk tingkah laku murid
tersebut didalam kelas. Hal ini berlaku kerana murid yang mempunyai latar belakang
sosioekonomi yang rendah, akan merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan dan mereka
akan segan melibatkan diri secara aktif didalam kelas.

2.5 Perbezaan dari segi aspek sosial

Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-
ciri semulajadi iaitu perangai yang akan tentukan samaada individu itu pemalu, pendiam,
mengasingkan diri, gugup mahupun gelisah. Manakala perkara yang akan mempengaruhi
individu berdasarkan minat, sikap, kecenderungan, keperluan dan emosi. Bandura (1997)
menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar akan tingkah laku
tertentu adalah melalui pemerhatian terhadap orang lain.

Berdasarkan kelas 4 makmur, perbezaan sosial adalah kuat dari segi sosioekonomi.
Kapasiti pendapatan keluarga yang lebih tinggi akan member ikan keperluan nutrisi yang
lebih bagus dan keadaan fizikal murid akan lebih terjaga. Maka, sebahagian besar murid
Cikgu Syahirah mempunyai perbezaan sosial yang sihat dan bagus kerana sebahagian
besar murid didalam nya mempunyai latar belakang yang berkapasiti tinggi.
4.0 IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CIKGU SYAHIRAH DIDALAM
KELAS

4.1 Implikasi dari segi fizikal

Cikgu Syahirah akan mengalami kesukaran ketika menagajar ini kerana murid yang
merasa rendah diri akan kurang melibatkan diri secara aktif didalam aktiviti kelas yang
dianjurkan oleh Cikgu Syahirah. Murid yang lebih besar tubuh badan nya juga akan
bergiat aktif melakukan kerjanya sendiri jika dia tidak berminat dengan subjek tersebut
dan keadaan ini akan mempengaruhi rakan sekelas yang lain.

4.2 Implikasi dari segi kognitif

Murid yang lebih cerdik dan pandai boleh membantu Cikgu Syahirah dalam proses
pembelajaran. Walaupun murid perempuan kurang daripada murid lelaki, dan mengikut
kajian murid perempuan lebih cerdik dan pandai, tetapi peratus murid perempuan tidak
jauh beza daripada murid lelaki. Maka, murid yang lebih berkebolehan boleh menjadi
mentor-menti sebagai pembantu kepada Cikgu Syahirah didalam kelas. Cikgu Syahirah
akan merasa kurang beban dalam pengajarannya.
5.0 RUMUSAN

Berdasarkan Perbezaan individu dari pembacaan yang diperolehi, pentingnya


seorang guru mengetahui tentang kaedah ini bagi melancarkan proses pembelajaran dan
pengajaran dalam tempoh masa yang Panjang. Guru yang berkemahiran akan
mengaplikasikan pengetahuan psikologi ini dalam menilai dan mengklasifikasikan murid-
muridnya dengan keumpulan yang betul agar murid membantu murid dalam
mengembangkan kemahiran fizikal dan kognitifnya.
6.0 RUJUKAN

1)Khairul Yusri (2007), Pelan Induk Pendidikan (PIPP)


2)Crow, L. D. (1983). dan Crow. Alice.
3)Kommer, D. (2006). Boys and girls together: A case for creating
gender-friendly middle school classrooms. The Clearing House: A
Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas, 79(6), 247-251.
4) Mershon, B., & Gorsuch, R. L. (1988). Number of factors in the
personality sphere: Does increase in factors increase predictability of
real-life criteria?. Journal of Personality and Social Psychology, 55(4),
675.
5) Kowal, R. (2015). Psikologi Pendidikan. RHEMA: Jurnal Teologi Biblika dan
Praktika, 1(2).

Anda mungkin juga menyukai