Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI WANG Kod Sekolah:

1. Nama Guru
Afifuddin Bin Mohamad
Menangani Masalah Remaja
2. Judul Autisme 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Autisme ialah seseorang yang berada dalam dunianya sendiri. Anak autisme boleh berkelakuan
sama ada berkelakuan hiperaktif, agresif dan ada kalanya bersikap pasif. Anak-anak autisme
semakin meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan jumlah anak-anak autisme perlu
dititikberatkan dalam kalangan masyarakat. Isu yang menjadi persoalan dalam kalangan ibu bapa
ialah berkenaan perihal seksualiti yang dialami oleh anak autisme, terutamanya apabila mereka
melangkah keusia remaja.

Buku ini dapat membantu ibu bapa, guru dan masyarakat cara menangani masalah perilaku
seksual remaja autisme dari perspektif islam. Ibu bapa perlu mendidik anak autisme dengan
menyediakan sama ada melibatkan pendidikan akademik, fizikal mahupun didikan agama.
Contohnya memberikan pendidikan fardu ain seperti bersuci , berwuduk, solat, puasa dan berbuat
baik kepada orang lain. Ibu bapa juga perlu memberikan pendidikan al-quran dan mengajar anak
autisme cara pengurusan emosi mereka.

Selain itu, buku ini juga turut menyediakan tips amalan yang boleh dilakukan kepada remaja
autisme. Antara amalan yang boleh dipraktikkan kehidupan seharian ialah amalan ayat ruqyah
seperti bacaan surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah al-Nas, dan surah al-
Baqarah. Doa memohon penyembuhan, doa menghilang kesakitan, doa Ruqyah Jibrail dan
beberapa doa yang boleh dibaca pada waktu pagi dan petang juga boleh diamalkan.

Garis panduan yang diberikan dalam buku ini sedikit sebanyak dapat memberikan panduan
untuk menguruskan dan membesarkan anak autisme. Ini adalah kerana ibu bapa sebagai insan
yang paling hampir dan dekat dengan anak autisme dan ibu bapa jugalah yang perlu memainkan
peranan dalam menangani perilaku seksual anak mereka dari peringkat awal agar nasib anak
autisme terpelihara dan anak autisme juga berjaya bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Dapat membantu ibu bapa, guru dan masyarakat mendapatkan input berkaitan didikan yang
terbaik buat anak autisme mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t, mengikut
kemampuan masing-masing.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Membantu guru dalam mengesan dan mengawal tingkah laku pelajar autisme jika pelajar
berkenaan berada dalam kelas aliran perdana.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( AFIFUDDIN BIN MOHAMAD) ( )

Anda mungkin juga menyukai