Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 3 : Penulisan Akademik

Para pelajar perlu menulis laporan akademik yang menganalisis teori


pembelajaran, model pengajaran, pendekatan pengajaran, strategi dan teknik
yang diterapkan dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
Tugasan 2.

Isi Kandungan
Bil. Perkara m/s

1.0 Pengenalan 1

2.0 Teori Konstrukstivisme 1-2

3.0 Model Sosial 2

4.0 Pendekatan Tematik 2-3

5.0 Strategi Berpusatkan Murid 3

6.0 Teknik Perbincangan 3-4

7.0 Rumusan 4
1.0 Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melibatkan beberapa komponen


iaitu guru, murid, objektif pembelajaran, isi pelajaran, kaedah pengajaran, media dan
penilaian. Tujuan pembelajaran yang diinginkan seharusnya mencapai tahap yang
optimum dan beberapa perkara perlu diperhatikan oleh guru iaitu aspek teori
pembelajaran, model pengajaran, pendekatan pengajaran, strategi dan teknik.
Antara aspek yang diterapkan dalam pelan aktiviti PdP bahasa Melayu adalah
seperti berikut:

i. Teori Konstruktivisme
ii. Model Sosial
iii. Pendekatan Tematik
iv. Strategi Berpusatkan Murid
v. Teknik Perbincangan

Kesemua ini adalah relevan dengan keperluan pembelajaran kemahiran mendengar-


bertutur dan membaca dalam Bahasa Melayu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000),
guru semestinya mampu menyesuaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran agar objektif dan matlamat pengajaran boleh dicapai.

2.0 Teori Konstruktivisme

Abdul Jalil dan Bahtiar (2005) menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran


konstruktivisme berupaya melahirkan murid yang boleh membina pengalaman dan
pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Satu
konsep yang utama dalam teori konstruktivisme Lev Vygotsky ialah Zon
Perkembangan Proksimal (Zone of Proximal Development, ZPD). Schunk (2012)
menjelaskan bahawa ZPD merupakan jarak antara tahap perkembangan sebenar
(actual developmental level) yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi
secara bersendirian dan tahap perkembangan berpotensi (level of potential
development) yang berpotensi dicapai jika mendapat bimbingan daripada pihak yang
lebih berkebolehan. Woolfolk (2009) pula mengertikan ZPD sebagai sebuah
perbezaan antara kedua-dua tahap ini yang boleh melakukan scaffolding untuk
meningkatkan prestasi murid. Berdasarkan pelan aktiviti PdP, pada tahap
perkembangan sebenar, murid tahun 4 sudah mahir membaca teks secara mekanis.
Dalam ZPD, guru memberi bimbingan (scaffolding) untuk mengajar murid tahun 4

1
membaca teks secara mentalis dan menganalisis isi tersurat dan tersirat yang ada
dalam teks. Pada tahap perkembangan berpotensi, murid tahun 4 akhirnya boleh
membaca dan menganalisis kandungan teks petikan ‘faedah bersukan’ secara
berkesan.

3.0 Model Sosial

Dalam model sosial, pembelajaran koperatif dititikberatkan untuk membolehkan


murid belajar bersama-sama dalam kumpulan dan saling membantu antara satu
sama lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Pada peringkat awal
kemunculannya, pembelajaran koperatif menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu
bapa yang khuatir akan kehadiran murid cerdas dan murid yang lemah dalam
kumpulan yang sama. Namun, Salvin (1997) menegaskan bahawa pembelajaran
koperatif merupakan satu proses pembelajaran yang akan memberikan faedah
kepada murid yang lemah apabila berlakunya perkongsian idea dan setiap murid
diberikan tanggungjawab dalam memahami sesuatu topik atau subtopik. Contohnya,
dalam perbincangan kumpulan, murid berpencapian rendah menerima bantuan
daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor kepada mereka. Murid
berpencapaian tinggi pula akan mendapat kebaikan sebagai tutor yang akan
menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam dalam menganalisis teks
‘faedah bersukan’. Melalui pembelajaran koperatif, pengukuhan kemahiran
mendengar-bertutur juga ditekankan untuk menyampaikan buah fikiran, idea, fakta
pandangan dan pengalaman murid terhadap topik sukan.

4.0 Pendekatan Tematik

Menurut Noriati A. Rashid et al. (2009), pendekatan tematik bermaksud


pengajaran menggunakan tema yang disampaikan melalui konsep atau idea yang
besar. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa
Melayu Sekolah Rendah, pendekatan tematik telah diterapkan dalam merancang
aktiviti PdP bahasa Melayu. Melalui pengaplikasian pendekatan tematik dalam
menguasai kemahiran mendengar-bertutur dan membaca, ilmu daripada mata
pelajaran lain lebih mudah diserapkan. Hal ini selaras dengan pendapat Adenan
Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) yang menyatakan bahawa pendekatan
tematik akan membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan
mengaplikasi pengetahuan. Holistiknya, pendekatan ini akan memberikan peluang
kepada pelajar mengalami pelbagai pengalaman dalam situasi yang berlainan.

2
Sebagai contoh, pendekatan tematik dalam konteks kemahiran mendengar-bertutur
dapat dilihat apabila murid memberikan pendapat terhadap pembentangan rakan
sekelas berdasarkan tema sukan. Untuk aspek kemahiran membaca, pendekatan
tematik dapat diimplementasikan menerusi aktiviti membaca teks petikan yang
berkaitan dengan tema sukan.

5.0 Strategi Berpusatkan Murid

Strategi PdP yang seterusnya diterapkan dalam aspek kemahiran mendengar-


bertutur dan membaca ialah strategi berpusatkan murid. Pelaksanaan strategi
berpusatkan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu membolehkan murid
terlibat secara aktif dalam aktiviti PdP. Menurut Orlich et al. (2007), pembelajaran
berpusatkan murid mempunyai sedikit kecenderungan terhadap pembelajaran
eksperimental dan membuat penemuan serta murid melibatkan diri secara aktif.
Walaupun pendekatan berpusatkan murid kurang eksplisit, guru tidak membiarkan
murid melakukan aktiviti tanpa pemantauan. Guru akan bertindak sebagai fasilitator
dan sentiasa bertanggungjawab terhadap murid (Noraiti A. Rashid et al., 2017).
Strategi ini amat diperlukan terutamanya dalam PdP aspek kemahiran mendengar-
bertutur yang memerlukan murid melakukan aktiviti PdP yang ditetapkan oleh guru
iaitu bercerita, berbincang dan bersoal jawab. Untuk aspek membaca pula,
penglibatan murid secara aktif amatlah perlu untuk membolehkan murid menguasai
kemahiran membaca dengan mudah menerusi pelaksanaan aktiviti secara koperatif.

6.0 Teknik Perbincangan

Teknik perbincangan berkaitan interaksi lisan dan penting menjadi asas dalam
kemahiran mendengar-bertutur dan membaca. Perbincangan dikatakan sebagai satu
proses pertukaran makna melibatkan penutur dan pendengar (guru dan murid atau
murid dan murid). Menurut Saville-Troike (2003), kecekapan berbahasa bukan
sahaja setakat mengetahui kod bahasa, tetapi juga harus mengetahui semua yang
hendak dikatakan kepada pendengar, dan cara hendak mengujarkannya sesuai
dalam situasi tertentu. Sehubungan itu, perbincangan boleh dikaitkan dengan soal
jawab yang berkesan di dalam bilik darjah. Soal jawab sebagai set induksi yang telah
dipilih dalam perancangan aktiviti PdP. Misalnya, “apakah aktiviti yang kamu
minati?”. Soalan yang ditanya oleh guru adalah beraras rendah tetapi berkesan
dalam menuntut murid-murid memberi perhatian sepenuhnya kepada guru dan
memudahkan guru memperkenalkan tajuk. Secara tidak langsung, kemahiran

3
pemikiran dan pertuturan murid akan ditingkatkan (Orlich et al., 2007) melalui proses
merangsang pemikiran analitik.

7.0 Rumusan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai strategi PdP dalam aspek kemahiran


mendengar-bertutur dan membaca yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah.
Oleh itu, guru perlulah memilih strategi tersebut mengikut kesesuaian aktiviti PdP
yang dilaksanakan. Setiap strategi tersebut mempunyai kekuatan masing-masing
yang mampu meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran murid dalam
aspek mendengar-bertutur dan membaca.

4
Bibliografi

Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi pembelajaran secara
konstruktivisme dalam pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4,
6-8.

Abdul Rashid Jamian, Shamsudin Othman, Sufiza Ishak. (2013). Interaksi Lisan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 3(1), 42-51. https://core.ac.uk/download/pdf/11495184.pdf

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu.
Oxford Fajar Sdn. Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021, Mac 7). Kurikulum Sekolah Rendah. Portal
Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum.
http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah

Noriati A Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid, Ying, B.P., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). SPG: Murid
dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Orlich, D.C., Harder, R.J., Callahan, R.C., & Brown, A.H. (2007). Teaching
Strategies: A Guide to Affective Instruction. Houghton Mifflin Company
https://www.cengage.com/c/teaching-strategies-a-guide-to-effective-instruction-1
0e-orlich/9781111832636PF/

Rozita Radhiah Said, Latifah Mohd Shariff & Fadzilah Abd Rahman. (2017).
Pembelajaran Koperatif dalam Pengajaran Karangan Bahasa Melayu Menengah
Atas. International Jurnal of Education and Learning, 3(2), 1-12.
http://www.injet.upm.edu.my/images/volume/isunov2_2017/Pembelajaran%20Ko
peratif%20dalam%20Pengajaran%20Karangan%20Bahasa%20Melayu%20Men
engah%20Atas.pdf

5
Wan Zah Wan Ali. (2000). Memahami Pembelajaran. Utusan Publications and
Distribution Sdn Bhd.

Woolfolk. A. (2020). Educational Psychologi Active Learning. Pearson Education, Inc.


https://www.pearsonhighered.com/assets/preface/0/1/3/5/0135206065.pdf

Salvin, R. (1997). Educational Psychology: Theory and Practice. Allyn & Bacon.
https://dphu.org/uploads/attachements/books/books_4778_0.pdf

Saville-Troike, M. (2003). The Ethnography of Communication: An Introduction.


Blackwell Publishing.
https://gumonounib.files.wordpress.com/2010/06/the-ethnography-of-communica
tion-an-introduction-third-edition-by-muriel-saville-troike.pdf

Schunk, D. H. (2012). Learning Theories. Pustaka Pelajar.


https://www.researchgate.net/file.PostFileLoader.html?id=53ad2847cf57d75c068
b45c5&assetKey=AS%3A273549456019456%401442230680395

Zurainu Mat Jasin, & Abdull Sukor Shaari. Keberkesanan Model Konstruktivisme
Lima Fasa Needham Dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 79-92.
http://journalarticle.ukm.my/4642/1/79-92%2520Zuraini%2520%26%2520Sukor.
pdf

Anda mungkin juga menyukai