Anda di halaman 1dari 33

HAZZIDI SAID & ASSOCIATES

PROGRAM AUDIT – LEJAR AM

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

1. Untuk koperasi peringkat C, D dan X


semakan semua pindahan ke lejar am dan
koperasi lain semakan ______ bulan
pindahan sahaja. Tentukan pindahan -
pindahan ke lejar am menggunakan dan
mengikut kod - kod atau penjenisan-
penjenisan rasmi.

2. Pastikan semua kemasukan ke dalam lejar


am selain daripada “posting” biasa
disokong oleh baucer yang sah dan bersiri.

3. Semua jurnal baucer mestilah diluluskan


oleh pegawai koperasi yang diberi kuasa
berbuat demikian dan juga disokong oleh
dokumen - dokumen yang boleh diterima.

4. Siasat jurnal baucer yang hilang dan


dapatkan penjelasan yang memuaskan.

5. Tentukan koperasi menyediakan Imbangan


Duga dari masa ke semasa dan semua
perbezaan disiasat.

6. Tentukan koperasi menyediakan penyata


penyesuaian akaun - akaun kawalan di
dalam lejar am dengan lejar - lejar tertentu.

7. Semak semua campuran dan jumlah.


PA 1

HAZZIDI SAID & ASSOCIATES


PROGRAM AUDIT – PERKARA-PERKARA TERTANGGUH
TAHUN LEPAS

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

1. Pastikan perkara – perkara tertangguh


daripada tahun lepas telah dapat diselesaikan
dengan memuaskan sebelum memulakan
pengauditan tahun ini.

2. Keterangan yang munasabah hendaklah


diberi kepada perkara-perkara yang masih
belum dapat diselesaikan. Perkara - perkara
ini mestilah dibawa ke dalam perkara –
perkara tertangguh untuk tahun hadapan.

3. Perkara yang tidak dapat diselesaikan


melebihi dua tahun hendaklah dibawa ke
pengetahuan Ibu Pejabat.
M 1/4

HAZZIDI SAID & ASSOCIATES


PROGRAM AUDIT – PENYATA PENYESUAIAN BANK

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

1. Pilih ______bulan berasingan dalam tahun


dan sediakan satu penyata penyesuaian bank
pada akhir tahun.

2. Bandingkan buku tunai dengan penyata bank


di dalam penyata penyesuaian diatas.

3. Semak semua kemasukan kontra di buku


tunai atau di dalam penyata bank.

4. Periksa semua jumlah dalam penyata


penyesuaian bank pada akhir satu – satu
tempoh seterusnya kepada tempoh yang
berikutnya.

5. Siasat semua kes cek yang tidak laku dan


kemasukan wang tunai yang lambat.
C1/1

HAZZIDI SAID & ASSOCIATES


PROGRAM AUDIT – DAFTAR LEJAR DAN MODAL SYER/
YURAN SYER ANGGOTA-ANGGOTA

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

1. Tentukan koperasi mempunyai daftar


anggota – anggota yang dikemaskini
mengikut kehendak Seksyen 15 Akta
Koperasi 1993. Daftar ini tidak boleh
mengandungi nama orang yang belum
memenuhi syarat untuk menjadi anggota.

2. Satu penyata Modal Syer/Yuran Koperasi


hendaklah ditempatkan dalam seksyen ‘ C ’
Fail Kerja Audit Semasa.

3. Sesuaikan Modal Syer/Yuran di lejar am


dengan daftar anggota-anggota.

4. Beri penjelasan yang memuaskan ke atas


sebarang perbezaan yang didapati daripada
penyesuaian di atas.

5. Semak jumlah - jumlah di dalam rekod


modal anggota untuk _____ bulan dalam
tahun dan semak baki - baki pada tiap - tiap
akhir bulan yang dibawa ke hadapan.

6. Sesuaikan jumlah baki - baki dengan akaun


kawalan di lejar am. Beri penjelasan ke atas
sebarang perbezaan. Jika penjelasan tidak
memuaskan bawa perkara ini ke pengetahuan
Ibu Pejabat.

7. Hantar surat - surat pengesahan baki modal


anggota kepada _______% daripada anggota
- anggota. Buat ringkasan ke atas hasil
pekeliling tersebut untuk dimuatkan dalam
seksyen ‘ C ’.

8. Kemasukan anggota-anggota baru mestilah


disahkan dengan surat - surat permohonan
dan minit - minit mesyuarat jawatankuasa.
C1/2

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH
9. Pemberhentian menjadi anggota baru mestilah
disahkan dengan surat - surat permohonan untuk
berhenti menjadi anggota dan minit mesyuarat
jawatankuasa. Bayaran balik semua anggota -
anggota itu hendaklah mengikut Undang-
Undang Kecil Koperasi.

10. Segala pemindahan daripada akaun pinjaman ke


Akaun Modal Syer / Yuran hendaklah disemak
dengan Undang - Undang Kecil Koperasi dan
pemindahan - pemindahan itu hendaklah
diluluskan oleh Jawatankuasa.

11. Sediakan satu penyata yang menunjukkan


pergerakkan anggota - anggota dalam tahun,
menunjukan bilangan dan jumlah. Laporkan ke
ibu pejabat jika angka-angka ini tidak mengikut
Akta atau Undang - Undang Kecil.

12. Jika dalam tahun Koperasi mempunyai daftar


syer bonus sila tentukan bahawa kiraannya betul
dan mengikut keputusan mesyuarat agung.

13. Tentukan juga bahawa Koperasi mempunyai


daftar syer bonus anggota - anggota yang
berlainan daripada daftar yang disebut di
perenggan 1 tetapi mengandungi butir - butir
yang sama.

Catatan
Syer bonus seseorang anggota tidak boleh
dikeluarkan tetapi boleh dipindahkan
dengan persetujuan Lembaga Pengarah
kepada anggota lain. Jika anggota yang
mempunyai syer bonus itu mati, saham
bonus ini boleh dibayar daripada Kumpulan
Wang Penebusan Syer Bonus.
(Rujuk Seksyen 55(4) Akta 1993)

Tentukan bahawa syer biasa dan syer bonus


di tunjukkan berasingan di dalam
Nota Kepada Akaun.
RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Kumpulan Wang Rizab Berkanun

1. Satu penyata hendaklah disediakan untuk


menunjukkan baki dan pergerakkan
kumpulan wang ini di dalam tahun ini.

2. Pastikan semua angka di dalam penyata di


atas dapat dikesan di dalam buku akaun
koperasi.

3. Tentukan bahawa semua pergerakkan di


dalam akun ini telah mendapat kebenaran
pihak-pihak tertentu.

4. Tentukan peratus(%) peruntukan dibuat


mengikut kehendak Akta Koperasi 1993 dan
“Modofication Order” 1969. Jika berlainan
dapatkan salinan kelulusan Menteri atau
Ketua Pendaftar.

Akaun Rizab Modal

5. Satu penyata hendaklah disediakan untuk


menunjukkan baki dan pergerakkan
kumpulan wang ini di dalam tahun ini.

6. Pastikan semua angka di dalam penyat di


atas dapat dikesan di dalam buku akaun
koperasi dan semua perkara yang sepatutnya
dimasukkan ke dalam akaun ini telah dibuat
demikian.

7. Tentukan semua pergerakan didalam akaun


ini telah mendapat kebenaran pihak-pihak
tertentu.

8. Sahkan bahawa semua urusniaga yang


menyebabkan pergerakan didalam akaun ini
di sokong oleh dokumen-dokumen yang
tertentu, misalnya penjualan harta tetap
dengan resit-resit dan invois, penilaian
semula harta tetap dengan Laporan Nilaian
oleh Penilai Berkanun.
D1/1
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES
PROGRAM AUDIT – PINJAMAN LUAR

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Catatan :

Pinjaman luar tidak bermaksud overdraf


bank.

1. Sediakan satu senarai menunjukkan


maklumat berikut untuk tiap - tiap pinjaman
luar :

a) Punca pinjaman diperolehi


b) Jumlah atau had pinjaman asal
c) Tarikh mula digunakan
d) Tempoh pinjaman
e) Faedah dikenakan
f) Aset yang dicagarkan (jika ada)

2. Tentukan bahawa Daftar Cagaran dan


Pajakan Koperasi telah ditulis dan
dikemaskini.

3. Sediakan satu penyata penyesuaian untuk


tiap - tiap pinjaman luar, diantara baki awal
tahun dan baki akhir tahun dan buat rujukan
ke Kunci Kira - Kira.

4. Dapatkan sijil atau pengesahan daripada


pihak-pihak yang memberi pinjaman
mengenai baki pinjaman, faedah yang belum
dibayar, kadar faedah pinjaman dan butir -
butir cagaran yang dipegang.

5. Bandingkan butir - butir pinjaman diatas


dengan perjanjian rasmi, minit - minit
mesyuarat dan surat. Jika ada perbezaan
bawa ke pengetahuan Ibu Pejabat.

6. Sahkan bahawa Koperasi mempunyai kuasa


mendapat pinjaman luar mengikut Undang -
Undang Kecil dan Mesyuarat Agung.
D1/2

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

7. Pastikan bahawa semua pinjaman telah


digunakan mengikut perjanjian. Jika tidak bawa
ke pengetahuan Pengarah / Timbalan Pengarah
Ibu Pejabat.

8. Semak semua angka di dalam akaun pinjaman


ini dan sahkan kebenarannya, misalnya dengan
dokumen seperti baucer, surat menyurat dan lain
- lain.

9. Untuk pinjaman yang sudah dibayar tentukan


segera hakmilik yang telah dicagarkan (jika ada)
diterima kembali oleh Koperasi.

10. Tentukan baki pinjaman - pinjaman luar


ditunjukkan berasingan daripada pinjaman -
pinjaman lain dan pemiutang - pemiutang.
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES E1/1
PROGRAM AUDIT –LIABILITI SEMASA

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Deposit dan Simpanan Ahli

1. Sediakan penyata untuk disimpan dalam


seksyen ‘ E ’ di Fail Kerja Audit Semasa
yang menunjukkan senarai baki pertaruhan -
pertaruhan dan simpanan dari anggota -
anggota. Sesuaikan jumlah baki dalam
senarai dengan daftar pertaruhan -
pertaruhan dan simpanan.

2. Semak jumlah - jumlah campuran baki


_____ bulan dalam daftar pertaruhan dan
semak baki - baki yang dibawa ke hadapan
pada tiap-tiap akhir bulan.

3. Pilih ______% diantara baki - baki dan


hantar surat - surat pengesahan.

4. Jika baki - baki yang disahkan tidak sama,


jumlah - jumlah ini hendaklah disiasat dan
dibetulkan. Jika pembetulan tidak dapat
dilakukan bawa perkara ini ke pengetahuan
Ibu Pejabat.

5. Buat ringkasan diatas keputusan pengedaran


surat - surat pengesahan beserta dengan
pandangan dan ulasan ke atasnya.

Pemiutang Perniagaan

Catatan :

6. Pemiutang Perniagaan adalah termasuk


tanggungan dimana invois - invois telah
diterima tetapi belum diikuti oleh invoisnya.
Sediakan satu penyesuaian diantara baki -
baki Akaun Pemiutang dan Akaun Kawalan
Pemiutang.
E1/2

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

7. Sebarang perbezaan yang didapati daripada


penyesuaian diatas hendaklah diberi
penjelasan yang boleh disahkan dan jika
perbezaan itu besar (material) hendaklah
dibawa ke pengetahuan Ibu Pejabat.

8. Semak rekod - rekod barang yang telah


diterima yang belum ada invois daripada
pembekal dan rekod barang yang belum ada
nota kredit. Tentukan semua urusniaga ini
telah direkodkan di dalam tahun kewangan
yang betul. (cut-off test)

9. Kaji jumlah baki akaun pemiutang melalui


perbandingan dengan jumlah pembelian dan
jika nisbahnya banyak berbeza daripada
tahun lepas penjelasan yang munasabah
adalah diperlukan.

10. Pilih ______% diantara baki – baki dan


hantar surat – surat pengesahan.

11. Jika baki – baki hasil daripada pengesahan


diatas didapati berbeza, perbezaan ini
hendaklah disiasat dan diperbetulkan.

12. Pilih ______% diantara baki – baki akaun –


akaun pemiutang dan sahkan :

a) Baki akaun ini termasuk di dalam akaun


kawalan pemiutang.
b) Baki akaun ini adalah terdiri daripada
invois yang tertentu.
c) Baki akaun ini sama dengan penyata
hutang daripada pembekal.
Semak semua perkara yang
mendatangkan keraguan semasa
menjalankan ujian diatas.
E1/3

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Pelbagai Pemiutang

13. Sediakan senarai - senarai lain pemiutang


dan persediaan – persediaan (provisions)
yang menunjukkan dengan terang jenis –
jenis perkara yang dimasukkan ke dalam
senarai ini.

14. Pastikan semua baki yang melebihi


RM_______ disokong oleh dokumen –
dokumen yang boleh diterima.

15. Catatkan disebelah baki – baki yang lain


setakat mana baki – baki ini disahkan.

Akta Wang Tak Dituntut 1965

16. Semak senarai deposit dan simpanan


anggota dan juga pemiutang untuk
menentukan bahawa Koperasi mematuhi
peruntukan – peruntukan Akta Wang Tak
Dituntut 1965.

17. Pastikan Daftar Wang Tak Dituntut yang


disimpan oleh Koperasi adalah dikemaskini.

Catatan :
Takrif Wang Tak Dituntut ialah:

a) Semua bayaran yang dijanjikan oleh


koperasi kepada anggota – anggotanya
atau pekerjanya yang belum dibayar
selepas tempoh dua belas bulan.

b) Semua baki kredit di dalam akaun –


akaun tanggungan yang tidak bergerak
sekurang – kurangnya tujuh tahun.

18. Tentukan bahawa amaun yang dicatatkan


sebagai Wang Tak Dituntut ditunjukkan
berasingan di dalam Kunci Kira – Kira.
E1/4

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Cukai Pendapatan

19. Jika Koperasi termasuk di dalam golongan


koperasi yang dikenakan cukai pendapatan
sila sediakan satu penyesuaian akaun cukai
diantara tahun ini dengan tahun yang
sebelumnya.

20. Semua pergerakkan di dalam akaun ini


hendaklah disahkan dengan resit bayaran dan
surat – surat daripada Ketua Pengarah
Lembaga Hasil Dalam Negeri.

21. Pastikan supaya persediaan cukai untuk


tahun ini mencukupi. Di dalam perkara ini
suatu penyata penyesuaian diantara
keuntungan mengikut akaun dengan
keuntungan yang akan dikenakan cukai
hendaklah disediakan.

Liabiliti Luarjangka
(Contigent Liabilities)
Catatan :
Liabiliti ini termasuk tindakan undang –
undang yang sedang diambil ke atas
koperasi dan juga jaminan – jaminan yang
telah dikeluarkan oleh koperasi tanpa
cagaran.

22. Sediakan senarai liabiliti – liabiliti


luarjangka pada akhir tahun. Jumlah liabiliti
ini hendaklah ditunjukkan di dalam Nota
Atas Akaun.

23. Sahkan angka – angka di atas dengan surat –


surat perjanjian atau dokumen – dokumen
yang boleh diterima.

24. Dapatkan pengesahan daripada pegawai


Koperasi bahawa tiada liabiliti luarjangka
yang diketahuinya yang tidak dimasukkan ke
dalam senarai di atas.
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES F1/1
PROGRAM AUDIT – ASET TETAP

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

1. Sediakan satu ringkasan jenis – jenis aset


tetap menunjukkan angka kos asal atau
nilaian dan susutnilai terkumpul dan
sesuaikan jumlah angka – angka ini dengan
Kunci Kira – Kira.

2. Dimana Koperasi menyimpan Daftar Aset


Tetap semak ringkasan diatas dengan buku
daftar ini.

Tambahan

3. Sediakan satu senarai tambahan dalam tahun


dan pastikan semua tambahan ini
mempunyai kelulusan tertentu.

4. Semak kebenaran tambahan yang melebihi


RM _______ dengan dokumen – dokumen
yang boleh diterima seperti geran tanah, sijil
arkitek dan lain – lain.

5. Tentukan bahawa semua tambahan termasuk


jumlah yang sepatutnya dimasukkan ke
dalam Akaun Untung Rugi dan juga
sebaliknya.

6. Pastikan aset yang disahkan di atas telah


direkodkan di dalam Daftar Aset Tetap.

7. Dimana tambahan aset tetap ini besar,


juruaudit hendaklah melihat sendiri supaya
berpuashati yang tambahan itu benar dan
bukan hanya penggantian aset lama.

Pengurangan

8. Sediakan satu senarai pengurangan dalam


tahun dan pastikan semua penjualan atau
penghapusan telah mendapat kelulusan
tertentu.
F1/2

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

9. Sahkan jualan – jualan dengan surat – surat


perjanjian, invois – invois atau lain – lain
dokumen yang boleh diterima.

10. Pastikan bahawa keuntungan atau kerugian


penjualan di atas telah dikira dengan betul
dan angka – angka telah dikreditkan atau
didebitkan ke Akaun Rizab Modal.

11. Tentukan bahawa semua penghapusan aset


tetap telah dibuat setelah mendapat
kelulusan tertentu.

12. Tentukan aset – aset yang telah dijual atau


dihapuskan telah dikeluarkan daripada
Daftar Aset Tetap jika ada.

Susutnilai

13. Sediakan satu senarai susutnilai dan


tunjukkan kadar dan asas yang digunakan.

14. Semak ______% perkiraan – perkiraan atas


susutnilai.

15. Tentukan bahawa semua kadar yang


digunakan di atas adalah munasabah.

16. Jika kadar susutnilai diubah dalam tahun


tentukan bahawa kesannya dicatatkan di
dalam Nota Kepada Akaun.

Pengesahan Kezahiran dan Nilai

17. Sebelum akhir tahun periksa semua surat


hakmilik (termasuk buku pendaftaran
kenderaan), geran tanah, surat perjanjian,
atau surat pajak mengenai tanah dan
bangunan hakmilik bebas dan hakmilik
pajak.
F1/3

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

18. Jika surat hakmilik yang dipegang oleh bank


atau lain – lain badan (seperti peguam),
dapatkan surat – surat pengakuan daripada
mereka bahawa surat hakmilik itu disimpan
olehnya selamat dan bebas daripada
sebarang dakwaan dan tujuan – tujuan lain ia
dipegang.

19. Untuk tanah dan bangunan hakmilik bebas :

a) Tentukan bahawa nama koperasi ada


tertulis di dalam geran ataupun
dokumen – dokumen pindah milik
mencatatkan koperasi sebagai
penerima.
b) Lawat bangunan sekurang – kurangnya
tiap – tiap tiga tahun sekali untuk
menentukan bangunan itu masih
ada.
c) Tentukan bahawa nilai tanah di dalam
akaun ditunjukkan berasaskan kos asal.
Jika nilaian ini digunakan sila sahkan
perkara ini dengan laporan penilaian
oleh penilaian berkanun dan catatkan
tarikh laporan tersebut.
d) Tentukan bahawa bangunan disusutnilai
sekurang – kurangnya 2% setahun.

20. Untuk aset hak milik pajak sahkan bahawa


persediaan telah dibuat bagi susutnilai aset
tersebut berasaskan jangka masa tamat
tempoh pajakan dan juga sebarang premium
yang dibayar atas pajakan tersebut.

21. Untuk kenderaan bermotor sediakan satu


senarai pada tarikh Kunci Kira – Kira
beserta dengan senarai bagi tahun lalu dan
perbezaan – perbezaan diselaraskan dengan
pembelian dan penjualan dalam tahun.
Tentukan semua kereta yang ada pada tarikh
Kunci Kira – Kira mempunyai cukai jalan
dan telah diinsuranskan dengan secukupnya.

22. Untuk perabut dan alatan pejabat tentukan


koperasi mempunyai system mengira
perabut-perabut sekurang-kurangnya sekali
tiap-tiap tiga tahun.

HAZZIDI SAID & ASSOCIATES G1/3


PROGRAM AUDIT – SYARIKAT-SYARIKAT KUMPULAN

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Syarikat - Syarikat Kumpulan


(Syarikat Subsidiari dan Sekutu)

Catatan :

(i) Syarikat – syarikat subsidiari ialah


syarikat yang sekurang – kurangnya
51% daripada sahamnya diperolehi
oleh koperasi ataupun kuasa
perlantikan kebanyakan Lembaga
Pengarahnya adalah di dalam tangan
Koperasi.

(ii) Syarikat sekutu ialah syarikat yang


sekurang – kurangnya 20% daripada
sahamnya dipunyai oleh koperasi dan
koperasi boleh mempengaruhi
keputusan – keputusan syarikat.

1. Sediakan satu senarai yang berasingan untuk


syarikat – syarikat dan buat satu penyesuaian
diantara butir – butir tambahan dan
kurangan.

2. Semak semua penjualan dan pembelian


saham dalam syarikat subsidiari / sekutu
dengan surat perjanjian dan / atau nota –
nota kontrak untuk menentukan angka -
angka yang tercatat dalam akaun itu benar.

3. Dimana pelaburan di dalam syarikat


subsidiari / sekutu diperbuat dengan cara
selain daripada bayaran tunai butir butir
perkara ini perlu dicatatkan di dalam Nota
Akaun.

4. Tentukan bahawa semua pelaburan di dalam


subsidiari / sekutu telah mendapat kebenaran
Ketua Pendaftar dan pihak – pihak yang
tertentu berpandukan kepada Undang –
Undang Kecil Koperasi.

G1/4

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

5. Pastikan bahawa persediaan susutnilai yang


mencukupi telah dibuat ke atas pelaburan di
dalam syarikat subsidiari / sekutu.
Persediaan ini hendaklah dibuat secara
berasingan dan bukan secara berkumpulan.

Catatan :

Di dalam menentukan nilai subsidiari /


sekutu faktor seperti rekod keuntungan /
kerugian, harta zahir dan hutang piutangnya
perlu diambil kira. Satu misalan ialah
sungguhpun koperasi hanya memiliki 70%
saham subsidiari, semua hutang mungkin
ditanggung oleh koperasi untuk menjaga
imejnya.
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES G1/1
PROGRAM AUDIT – PELABURAN SYER SIAR HARGA/
SYER TAK SIAR HARGA

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

1. Sediakan senarai yang berasingan diantara


saham siarharga (quoted) dengan saham tak
siarharga (unquoted) yang mengandung butir
– butir berikut :

a) Nama pelaburan.
b) Jumlah unit yang dimiliki.
c) Harga belian.
d) Harga pasaran pada tarikh Kunci Kira-
kira.
e) Butir – butir dividen.
f) Kedudukan syer, sama ada dicagar atau
tidak.

2. Sahkan pelaburan – pelaburan diatas dengan


memeriksa sijil – sijil saham atau jika saham
tersebut dipegang oleh pihak ketiga dapatkan
sijil pengesahan daripada pihak ketiga.

3. Semua pembelian dalam tahun hendaklah


disokong dengan nota-nota kontrak
perjanjian dan lain – lain.

4. Pastikan juga semua pembelian syer telah


mendapat kelulusan Ketua Pendaftar dan
mengikut peruntukan Undang – Undang
Kecil Koperasi.

5. Semua penjualan syer hendaklah disokong


dengan nota-nota kontrak perjanjian dan
lain-lain.

6. Sahkan semua penjualan adalah mengikut


peruntukan Undang – Undang Kecil
Koperasi.

7. Untuk syer-syer yang siarharga tentukan


bahawa harga kos atau harga pasaran, yang
mana lebih rendah ditunjukkan dalam akaun.

G1/2

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

8. Untuk syer yang taksiarharga semak akaun


syarikat berkenaan untuk menentukan sama
ada persediaan diperlukan ke atas harga kos
yang ditunjukkan dalam akaun.
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES J1/1
PROGRAM AUDIT – PINJAMAN KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

1. Sediakan ringkasan pinjaman kepada


anggota – anggota untuk difailkan di seksyen
‘ J ’ serta beri maklumat – maklumat
berikut :

a) Baki pinjaman pada awal tahun ini


b) Pinjaman diberi pada tahun ini
c) Pinjaman dibayar pada tahun ini
d) Jumlah baki-baki pinjaman yang belum
dijelaskan pada akhir tahun.

2. a) Semak jumlah campuran dalam lejar


pinjaman ______ bulan dalam tahun
audit dan semak baki – baki yang di
bawa ke hadapan pada tiap – tiap akhir
bulan.

b) Pilih ______nama-nama dari lejar/daftar


pinjaman dan semak seperti berikut :

(i) Pengiraan atas faedah;


(ii) Tentukan bahawa pinjaman
yang diberi i tu tidak
melebihi daripada kelayakannya;
(iii) Semak kelulusan pinjaman -
pinjaman dengan bon – bon
berkenaan dan minit – minit
mesyuarat jawatankuasa;
(iv) Jika ada pinjaman-pinjaman
yang bertindih, pastikan
bahawa pinjaman yang lama
telah dijelaskan;
(v) Butir – butir cagaran atau
pinjaman sedia ada.

3. Untuk pinjaman yang dikeluarkan dalam


tahun tentukan syarat – syarat pinjaman yang
telah dipatuhi sebelum pinjaman
dikeluarkan. Ini termasuk memeriksa bon -
bon pinjaman surat jaminan dan lain – lain.

J1/2

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

4. Untuk pinjaman yang telah dibayar habis


dalam tahun, tentukan dokumen – dokumen
berkaitan dengan pinjaman tersebut
dipulangkan balik atau dipotong sahaja.

5. Pilih ……..% dari baki-baki dan edarkan


surat-surat pengesahan. Jumlah baki - baki
yang dipilih mestilah sekurang-kurangnya
25% daripada jumlah besar baki pinjaman.

6. Jika terdapat baki - baki yang tidak


dipersetujui, jumlah - jumlah ini hendaklah
dirujuk kepada Koperasi untuk disiasat dan
diperbetulkan.

7. Buatkan ringkasan diatas keputusan


pengedaran surat – surat pengesahan
tersebut.

8. Pastikan pinjaman - pinjaman bertindih


bukan disebabkan oleh ketidakmampuan
membayar balik pinjaman sebelumnya. Jika
perkara ini berlaku persediaan yang
mencukupi adalah diperlukan.

9. Semak ……… baki - baki pinjaman yang


tidak berubah dari bulan ke bulan atau tahun
ke tahun dan tentukan sama ada pinjaman ini
boleh dikutip atau tidak. Jika tidak
persediaan hutang waham yang mencukupi
adalah diperlukan.

10. Tentukan Koperasi mengambil tindakan


yang sewajarnya ke atas anggota – anggota
yang enggan atau liat menjelaskan hutang.

11. Tentukan semua pinjaman waham yang


dihapuskan adalah mengikut peruntukan
Undang – Undang Kecil Koperasi..
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES K1/1
PROGRAM AUDIT – STOK AKHIR

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Kehadiran semasa pengiraan stok

1. Koperasi hendaklah digalakkan mengira stok


– stoknya selewat – lewatnya pada akhir
tahun.

Ringkasan Stok / Bahan Dalam Proses

2. Sediakan senarai ringkas stok dan bahan –


bahan dalam proses dan catatkan bagaimana
kezahiran stok disahkan dan cara penilaian
digunakan. Jumlah ringkasan ini hendaklah
disesuaikan dengan angka yang terdapat di
dalam Kunci Kira – Kira.

3. Dapatkan satu sijil pengesahan stok yang


ditandatangani oleh Pengerusi dan Pegawai
Koperasi yang bertanggungjawab untuk
difailkan dalam seksyen ‘ K ’.

4. Tentukan stok kepunyaan pihak ketiga tidak


dimasukkan ke dalam ringkasan diatas.

Ujian “ Cut-off”

5. Ambil beberapa pembelian dua minggu


sebelum dan dua minggu selepas tarikh
Kunci Kira – Kira dan tentukan pembelian –
pembelian ini direkodkan di dalam tahun
kewangan yang betul, sama ada di dalam
rekod stok ataupun di dalam rekod belian.

6. Ambil beberapa pembelian dua minggu


sebelum dan dua minggu selepas tarikh
Kunci Kira – Kira dan tentukan penjualan
direkodkan didalam tahun kewangan yang
betul, sama ada di dalam rekod stok ataupun
di dalam rekod belian.
K1/2

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

7. Sahkan semasa pengiraan stok tahunan


semua pembelian, penjualan dan
pergerakkan stok telah diberhentikan.

Penilaian

8. Pastikan cara penilaian ini sama dengan


tahun – tahun sebelumnya. Jika berlainan,
catatkan di dalam Nota Akaun bersama
dengan kesannya.

9. Jika cara penilaian stok atas dasar kos


sebenar, semak uji angka – angka yang
terdapat dalam senarai stok dengan invois
atau lain – lain bukti.

10. Jika cara penilaian stok atas dasar kos


purata, semak uji angka – angka yang
digunakan untuk mendapatkan kos purata
dengan invois atau lain – lain bukti.

11. Jika pada penilaian stok atas dasar harga


jualan ditolak margin keuntungan, sahkan
harga jualan tersebut dengan invois jualan
dan margin keuntungan dengan akaun
perniagaan koperasi.
( Catatan : cara ini tidak digalakkan )

12. Untuk penilaian – penilaian bahan – bahan


dalam proses, tentukan cara menilai bahan
mentah adalah seperti diperenggan 9 atau 10,
dan cara memasukkan kos buruh dan kos
overhead berpandukan prinsip – prinsip
akaun yang boleh diterima.

13. Didalam menjalankan audit penilaian diatas,


juruaudit perlu memberi perhatian kepada
stok yang telah rosak, lapuk atau tidak laku.
Persediaan susutnilai adalah diperlukan.
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES L1/1
PROGRAM AUDIT – PENGHUTANG PERNIAGAAN DAN
PELBAGAI PENGHUTANG

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Penghutang Perniagaan

1. Sediakan senarai baki – baki penghutang


perniagaan dan sesuaikan jumlah dengan
akaun – akaun kawalan.

2. Semak uji campuran jumlah – jumlah di


akaun – akaun lejar.

3. Pilih ………% dari baki – baki dan edarkan


surat – surat pengesahan. Jumlah baki – baki
yang dipilih mestilah sekurang – kurangnya
25% daripada jumlah besar baki penghutang
perniagaan.

4. Di mana baki – baki yang telah diedar


dipertikaikan rujuk perkara ini kepada
koperasi untuk disiasat dan dibetulkan.

5. Buat ringkasan atas keputusan pengedaran


surat – surat pengesahan.

6. Semasa menyemak uji beberapa lejar


penghutang perniagaan :

(a) Tentukan baki lejar adalah terdiri


daripada angka – angka yang “specific”
yang boleh di kesan dengan invois-invois
jualan.
(b) Tentukan pemindahan dari satu lejar ke
satu lejar yang lain disokong dengan
bukti – bukti yang boleh diterima.
( c) Dimana bayaran diterima secara
“payment on account” bayaran ini
mestilah disiasat hingga ke Buku Tunai
dan Penyata Bank.
(d) Keterangan mestilah diperolehi jika
terdapat baki kredit di dalam lejar
penghutang.

L1/2

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

7. Semak …….. baki - baki yang tidak berubah


untuk tiga bulan atau lebih dan tentukan
sama ada hutang – hutang ini boleh dikutip
kembali atau tidak. Jika diragukan
persediaan waham yang mencukupi adalah
diperlukan.

8. Dimana rekod - rekod kebelakangan ini telah


menunjukkan banyak hutang waham
tentukan Koperasi juga ada persediaan am ke
atas baki – baki penghutangnya.

9. Tentukan Koperasi mengambil tindakan


yang sewajarnya ke atas penghutang yang
enggan atau liat menjelaskan hutang mereka.

10. Tentukan semua hutang waham yang


dihapuskan adalah mengikut peruntukan
Undang – Undang Kecil Koperasi.

Pelbagai Penghutang

11. Sediakan satu senarai pelbagai penghutang


termasuk bayaran terdahulu dan cek “post-
dated”.

12. Bandingkan angka - angka tahun ini dengan


angka - angka tahun lepas, beri keterangan
ke atas perbezaan - perbezaan yang ketara.

13. Catatkan setakat mana angka di dalam


senarai diatas disahkan.

14. Tentukan bahawa persediaan yang


mencukupi telah dibuat untuk hutang -
hutang waham.
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES M1/1
PROGRAM AUDIT – WANG DI BANK DAN DI TANGAN

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Catatan :

Wang di Bank adalah termasuk dalam


“ Overdraf Bank”.

Deposit Tetap

1. Sediakan senarai deposit-deposit tetap


dengan mengasingkan deposit – deposit yang
tercagar daripada yang bebas.

2. Sahkan semua deposit dengan sijil – sijil


deposit yang asal. Jika deposit – deposit ini
dicagar dapatkan pengesahan daripada pihak
- pihak yang menyimpannya.

3. Tentukan semua faedah yang sepatutnya


diterima telah diterima atau telah diakrukan
(accrued).

Catatan :

Deposit tetap yang tercagar tidak boleh dikira


sebagai wang tunai bank dan hendaklah di
keluarkan daripada harta semasa.

Penyata Penyesuaian Bank

4. Sediakan penyata penyesuaian bank untuk


tiap – tiap akaun bank yang dilanggani oleh
koperasi.

5. Untuk cek – cek yang belum diserahkan


pada tarikh Kunci Kira-Kira, tentukan cek –
cek ini telah dijelasakan selepas itu.
Sekiranya belum dijelaskan lagi semasa
audit berakhir catatkan di dalam “ Perkara Di
Bawa Ke Hadapan”.
6. Semak semua kemasukan ke dalam bank
yang ditunjukan di dalam penyata bulanan
bank dengan “ paying in slip”.

M1/2

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

7. Semak semua angka debit dan kredit di dalam


penyata bank tetapi tidak terdapat dalam
buku tunai.

8. Dapatkan sijil pengesahan baki di bank


daripada bank - bank yang berkenaan.

Penyata Bank

6. Semak penyata bulanan bank sepanjang


tahun dan buat catatan ke atas cek – cek
yang ditendang beserta dengan penjelasan
yang memuaskan.

7. Siasat cek – cek koperasi yang belum


diserahkan kepada bank melebihi tempoh
tiga bulan. Nilai cek ini haruslah ditulis balik
ke dalam buku tunai dan lejar pemiutang.

8. Siasat semua pergerakan wang yang besar


sebulan sebelum tarikh Kunci Kira - Kira
yang boleh dianggap sebagai kegiatan
“window dressing”.

Wang Tunai Di Tangan

9. Sediakan satu penyata wang tunai di tangan


pada akhir tahun kewangan.

10. Buat kiraan fizikal wang tunai pada akhir


tahun bagi koperasi yang menyimpan buku
tunai yang dikemaskini.

11. Dapatkan sijil pengesahan daripada pegawai


koperasi.

12. Jika terdapat cek – cek “post-dated” di dalam


penyata wang tunai, dapatkan penjelasan
daripada pegawai koperasi.
M1/3

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

13. Tentukan baki wang tunai dari masa ke


semasa adalah munasabah dan mengikut
had-had yang ditentukan oleh Undang –
Undang Kecil Koperasi.
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES P1/1
PROGRAM AUDIT – IMBANG DUGA, AKAUN UNTUNG RUGI
DAN KUNCI KIRA-KIRA

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Imbang Duga

1. Dapatkan Imbang Duga Koperasi dan sahkan


bahawa angka-angka didalamnya adalah
sama dengan angka-angka di dalam lejar am.

2. Semak angka Imbang Duga terus atau


melalui kertas kerja lain ke Akaun Untung
Rugi dan Kunci Kira-Kira.

Akaun Untung Rugi / Kunci Kira-Kira

3. Buat perbandingan angka-angka tahun lepas


ini dengan angka-angka tahun lepas dan
belanjawan tahun hadapan dan dapatkan
penjelasan ke atas perbezaan-perbezaan
besar.

4. Tentukan cara persembahan akaun adalah


mengikut garis panduan Ketua Pendaftar
yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

5. Tentukan semua angka di dalam Kunci Kira-


Kira mempunyai rujukan nombor kertas
kerja.
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES Q1/1
PROGRAM AUDIT – MINIT MESYUARAT DAN MESYUARAT
AGUNG

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

1. Pegawai yang ditugaskan mengaudit


hendaklah menyediakan dan menyimpan di
seksyen ‘Q’ ke dalam Fail Kerja Audit
Semasa petikan minit-minit mesyuarat
tersebut yang ada kaitan dengan akaun.

2. Sila catatkan berapa kali mesyuarat diadakan


dan tentukan koram adalah mengikut
Undang-Undang Kecil Koperasi seperti
berikut :

Mesyuarat Jawatankuasa – Undang-Undang


Kecil Bilangan :

Ahli-Ahli Jawatankuasa patut hadir

Kerap Bermesyuarat

Mesyuarat Agung – Undang-Undang Kecil


Bilangan :

Ahli-Ahli Jawatankuasa patut hadir

3. Tentukan bahawa semua minit mesyuarat


telah dibaca dan disahkan dalam mesyuarat
berikutnya dan ditandatangani oleh
Pengerusi Mesyuarat.

Catatan :

Kertas-kertas audit di dalam fail ini bolehlah


dirujukkan kepada petikan-petikan minit di
atas.
HAZZIDI SAID & ASSOCIATES C1/3
PROGRAM AUDIT – KUMPULAN – KUMPULAN WANG

Nama Kop.: _Koperasi Peneroka Felda Bukit Easter Kota Tinggi Bhd oleh: _FAUZIE_ Tarikh: _6.3.2023

Tahun Kewangan: __31 Disember 2013, 2014 & 2015_ Disemak oleh: __________ Tarikh: __________

RUJUK TANDATANGAN
PROGRAM KERTAS CATATAN DAN
KERJA TARIKH

Kumpulan Wang Rizab Berkanun .


1. Satu penyata hendaklah disediakan untuk
menunjukkan baki dan pergerakan kumpulan
wang ini di dalam tahun ini.

2. Pastikan semua angka di dalam penyata di


atas dapat dikesan di dalam buku akaun
koperasi.

3. Tentukan bahawa semua pergerakan di


dalam akun ini telah mendapat kebenaran
pihak-pihak tertentu.

4. Tentukan peratus (%) peruntukan dibuat


mengikut kehendak Akta Koperasi 1993 dan
“Modification Order” 1969. Jika berlainan
dapatkan salinan kelulusan Menteri atau
Ketua Pendaftar.

Akaun Rizab Modal

5. Satu penyata hendaklah disediakan untuk


menunjukkan baki dan pergerakan kumpulan
wang ini di dalam tahun ini.

6. Pastikan semua angka di dalam penyata di


atas dapat dikesan di dalam buku akaun
koperasi dan semua perkara yang sepatutnya
dimasukkan ke dalam akaun ini telah dibuat
demikian.

7. Tentukan semua pergerakan didalam akaun


ini telah mendapat kebenaran pihak-pihak
tertentu.

Sahkan bahawa semua urusniaga yang


menyebabkan pergerakan didalam akaun ini di
sokong oleh dokumen-dokumen yang tertentu,
misalnya penjualan harta tetap dengan resit-resit
dan invois, penilaian semula harta tetap dengan
Laporan Nilaian oleh Penilai Berkanun.

INDEX PERKARA

A ANGGARAN MASA DAN PRESTASI / BORANG PEMERINGKATAN / LAPORAN


JURUAUDIT / LAPORAN BERKANUN LEMBAGA / BORANG TINDAKAN KERJA.

B KUNCI KIRA-KIRA DAN AKAUN-AKAUN AKHIR

C MODAL SYER/YURAN ANGGOTA-ANGGOTA DAN KUMPULAN WANG –


KUMPULAN WANG.

D PINJAMAN LUAR

E LIABILITI SEMASA

F ASET TETAP

G PELABURAN SYER SIARHARGA DAN TAKSIARHARGA

H DEPOSIT TETAP

J PINJAMAN KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA

K STOK AKHIR PERNIAGAAN

L PENGHUTANG DAN PELBAGAI PENGHUTANG

M WANG DI BANK DAN DI TANGAN

N KERTAS KERJA TATACARA AUDIT

P IMBANG DUGA

Q MINIT MESYUARAT AGONG DAN BULANAN

X PENYATA PENDAPATAN
Y PENDAPATAN

Z PERBELANJAAN

Anda mungkin juga menyukai