Anda di halaman 1dari 1

TEORI KESEMPURNAAN KENDIRI

Peringkat penyempurnaan kendiri merupakan satu peringkat yang paling teratas dan
dikatakan untuk mencapai peringkat ini memerlukan semua peringkat yang dibawah
bermula daripada fisiologi sehingga penghargaan diri haruslah dipenuhi atau tercapai.
Menurut (azman, 2020), seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat
memenuhi keperluan sepenuhnya akan makna hidup yang mana ia dapat menerima
keadaan dirinya dan orang lain dan merasakan gembira tentang nikmat hidup serta
telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya. Mengikut Maslow manusia
yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai
perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya.
Penerimaan diri ini kebiasaanya berlaku apabila terjadinya pergaulan dengan orang
lain contohnya pergaulan dengan guru atau rakan di sekolah dan pergaulan dengan
ibubapa di rumah. Apabila seseorang itu diterima oleh orang lain maka dia juga akan
menerima dirinya sendiri. Penerimaan diri boleh mempengaruhi tindak tanduk
individu dalam menghadapi cabaran hidup ini (azman, 2020).
Bagi mewujudkan personaliti yang baik dan mengcungkil bakat pelajar, guru perlulah
memberi peluang atau kesempatan kepada mereka untuk meneroka dan
mengembangkan bakat atau potensi diri mereka sendiri. Antara peluang yang boleh
diberi kepada pelajar adalah memberi kebebasan memilih aktiviti pembelajaran yang
mereka mahukan seperti menggunakan kaedah tugasan berkumpulan, pembelajaran
secara digital dan sebagainya. Melalui kaedah ini, pelajar dapat memilih kaedah yang
mahu digunakan berdasarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.
Mereka juga bebas mengambil masa yang diperlukan untuk mengembangkan lagi
ilmu pengetahuan seperti mencari bahan dalam internet, bahan bercetak dan berkongsi
idea bersama rakan.
Di samping itu, guru juga berperanan bagi memastikan para pelajar berjaya mencapai
sehingga peringkat yang tertinggi iaitu kesempurnaan diri yang mana guru haruslah
sentiasa bijak mengenal pasti segala kebolehan dan keistimewaan yang ada pada
murid untuk dikembangkan secara optimum. Guru juga hendaklah sentiasa memupuk
nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid memahami dan menerima diri
serta terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial dan menjadi fasilitator kepada mereka
dengan menyuburkan bakat dan minat mereka.

Anda mungkin juga menyukai