Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti Kemahiran Menulis

1. Penulisan terkawal
- penulisan peringkat asas atau pertama yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak
kerja penulisan
- dikawal sepenuhnya oleh guru, sama ada dalam aspek format, pilihan kata dan
tatabahasa
- Peringkat penulisan terkawal adalah amat penting yang bertujuan:
i. Dapat mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak.
ii. Menjadi asas kepada penulisan bebas. Murid-murid dipimpin dan dilatih sedikit demi
sedikit kearah penulisan bebas yang menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa.
iii. Supaya murid-murid dapat menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan isi
pemikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitan-kesulitan berbahasa.
- Pelbagai bentuk latihan yang boleh dilaksanakan kepada murid-murid:
i. Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu yang berkaitan
dengan sesuatu tajuk.
ii. Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan.
iii. Menulis surat. Isi surat tersebut ditetapkan oleh guru supaya menyenangkan
murid-murid menulisnya.
iv. Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang telah
disediakan.
v. Menulis isi perbualan atau perbincangan yang berhubung dengan sesuatu tajuk,
kejadian, peristiwa atau sebagainya.
vi. Menulis ayat atau cerita daripada gambar-gambar yang disediakan.
vii. Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan-perkataan yang
diberi.
- Menulis isi perbincangan, menulis dialog, menulis surat, menulis semula cerita yang
didengar
2. Penulisan berpandu
- asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap
atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu
- menukarkan dialog kepada naritif
 pembukaan rangkap, rangkap refleksif, respons, dan rangkap penutup menjadi
cerita.
 seseorang perlu mengenal pasti cerita yang disampaikan melalui dialog dan
kemudian menyusunnya ke dalam bentuk naratif.
 Dialog dlm drama
Kirana: Sampai mati aku takkan lupa apa yang kau telah lakukan.
Ditukarkan menjadi naratif
“Sampai mati aku takkan lupa apa yang kau telah lakukan,” tutur Kirana.

- Menukarkan puisi kepada prosa (parafrasa)


 Langkah menukarkan
i) Memahami isi puisi dengan cara membaca puisi secara berulang-ulang.
ii) Mencatat kata-kata sukar yang ditemui dalam puisi, dilanjutkan dengan
mencari arti kata-kata tersebut.
iii) Menambahkan kata-kata dan tanda baca yang sebelumnya tidak ada
dan dihilangkan dalam puisi agar terlihat lebih indah dengan cara
menuliskan dalam tanda kurung.
iv) Mengubah susunan puisi dalam bait menjadi paragraf.
 Cth puisi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Ditukar menjadi prosa
Guru tidak lokek dan kedekut memberi ilmu kepada murid-muridnya. Mereka
setia memberikan ilmu kepada anak muridnya.
Generasi muda (murid) memerlukan suluh cahaya yang dipandu oleh guru
sebelum mereka menjadi dewasa (hadapi masa hidup)
3. Penulisan bebas
- diberi tajuk-tajuk umum dan diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa
yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya.
- penglibatan guru pada peringkat ini adalah minimum
- naratif
 menceritakan semula kejadian, peristiwa dan pengalaman
 cerita yang kreatif, laporan dan rencana
- deskriptif
 gambar suasana, peristiwa, benda dan perwatakan.
- imaginatif
 pengalaman sementara
- argumentatif
 bahas, perbincangan, kritikan

4. Penulisan kreatif
- Puisi – karangan berbentuk sajaka, puisi, syair
- Prosa – karangan yang bertulis biasa
- Cerpen – cerita pendek
- Novel – cerita berbentuk prosa, biasanya panjang
- Drama – karya yang dipersembahkn oleh pelakon

Anda mungkin juga menyukai