Anda di halaman 1dari 4

IKHFA’ HAQIQI

Imam Ibnu al Jazari dalam kitabnya ‫ منظومة املقدمة اجلزرية‬berkata:

َ ُ َ َ‫خ َفـا ل‬
ْ َ َ َّ ُ ُ ْ‫القل‬
َ ْ‫ـب عـن‬ َ َ
‫وف أ ِخــذا‬ ُ ُ ‫ـدى بَا ِقـي احل‬
ِ ‫ـر‬ ‫ال‬
ِ ‫ـد الـبَـا بِغـنـ ٍة كـذا‬ ِ ‫و‬

Begitu juga (dibaca dengan ghunnah 2 harakat kesempurnaannya) pada Ikhfak ketika Nun Sukun bertemu
dengan baki huruf (15 huruf) selain huruf-huruf Izhar, Idgham, dan Qalb.
َّ
ُ ‫الس‬.
Ikhfa’ pada bahasa ertinya sembunyi ‫ت‬
ٌ
Pada istilah: ‫هونطق حبرف بصفة بني االظهار واالداغم اعر عن التشديد مع بقاء الغنة يف احلرف االول‬

Menyebut satu huruf dengan satu sifat antara izhar dan idgham tidak bertasydid(bunyi huruf yang kedua
terselindung disebalik huruf yang pertama) serta mengekalkan dengung pada huruf yang pertama.
Ikhfa Haqiqi disimpulkan apabila huruf nun sukun dan tanwin diikhfakan dengan dengung dua harakat
kesempurnaannya apabila bertemu 15 hurufnya yang telah dihimpunkan dalam Tuhfatul Atfal

‫صف ذا ثنا كم جاد شخص قد سما دم طيبا زد يف تىق ضع ظاملا‬

Jika dilihat dari sudut makhrajnya, ikhfa’ terbahagi kepada tiga:

a) Ikhfa’ Aqrab (paling dekat makhrajnya iaitu antara Nun dengan huruf ikhfa’), hurufnya Ta, Dal, dan
Tho.

b) Ikhfa’ Ab’ad (paling jauh makhrajnya iaitu antara Nun dengan huruf ikhfa’), hurufnya Qof dan Kaf.

c) Ikhfa’ Ausot (pertengahan), iaitu baki hurufnya.

Dengan perbezaan di atas; maka terjadinya perbezaan dari sudut menyembunyikan pada bacaan:

a) A’la (tingkatan kesamarannya paling tinggi) iaitu pada Ikhfa’ Aqrab, disebabkan hampir
makhrajnya.
b) Adna (tingkatan kesamarannya rendah) iaitu pada Ikhfa’ Ab’ad, disebabkan jauhnya makhraj Nun
dengan huruf ikhfa’, sehingga suara yang dihasilkan seakan-akan bunyi “ng” pada bahasa kita.

c) Wusto (tingkatan pertengahan atau sederhana) iaitu pada Ikhfa’ Ausot.

Proses terjadinya ikhfa yang dikatakan antara keadaan izhar dan idgham, semakin dekat makhraj
kemungkinan besar terjadi idgham manakala semakin jauh makhraj kemungkinan besar terjadinya izhar.
Jadi perkara yang perlu dilakukan ketika membunyikan huruf nun yang diikfa’kan:

1) Bersedia untuk makhraj huruf yang ditemukan.


2) Berdengung untuk tempoh yang sempurna.
3) Disertakan suara yang keluar dari rongga mulut disebabkan makhraj Nun yang terbuka pada
bahagian lidah jika bertemu huruf yang 13 selain Qaf dan Kaf kerana dua huruf ini makhrajnya
tertutup rapat ketika membunyikannya.

Ghunnah (2 harakat kesempurnaannya) pada ikhfa’ perlu ditafkhimkan dan di tarqiqkan; Sheikh ‘Uthman
Sulaiman Murad dalam kitabnya ‫ منت السلسبيل الشايف‬berkata:

َ َ َ ْ ُ ُ َ َ َ ْ َّ ُ ِّ َ
‫ال ْس ِتعال ِء ال ِس َواها‬
ِ ‫ح ُروف ا‬ ‫وفخ ِم الغنةَ إِن تالها‬
Dan tebalkanlah bacaan pada ghunnah bila diikuti oleh huruf-huruf Isti’lak. Dan tidak dibaca tebal bila
tidak diikuti oleh huruf-huruf Isti’lak.

Perhatian: Ketika dengung Ikhfa pada huruf Qof yang berbaris di bawah perlu diraikan dengan tafkhim
nisbi.
‫‪Contoh huruf Ikhfa’ yang 15:‬‬

‫‪Huruf‬‬ ‫‪Nun Sukun‬‬ ‫‪Tanwin‬‬

‫ت‬ ‫ﱣ ﱤﱥ‬ ‫ﲴ ﲵﲶ‬

‫ث‬ ‫ﲡ‬ ‫ﱷﱸ‬

‫ج‬ ‫ﱄﱅ‪/‬ﲝ‬ ‫ﲡﲢ‬

‫د‬ ‫ﲝ ﲞ‬ ‫ﱋ ﱌ‬

‫ذ‬ ‫ﱉ‬ ‫ﱨﱩﱪ‬

‫ز‬ ‫ﱿ‬ ‫ﳝﳞ‬

‫س‬ ‫ﱖ‬ ‫ﱪﱫ‬

‫ش‬ ‫ﱋﱌ‬ ‫ﲻﲼ‬

‫ص‬ ‫ﲛ ‪ /‬ﱁ ) َع ْ‬
‫ني َصاد(‬ ‫ﲶﲷ‬

‫ض‬ ‫ﱾ‬ ‫ﲬ ﲭ‬

‫ط‬ ‫ﲱﲲ‬ ‫ﳈﳉ‬

‫ظ‬ ‫ﲧ‬ ‫ﱻﱼ‬

‫ف‬ ‫ﲧ‬ ‫ﲨﲩ‬

‫ق‬ ‫ﲖ‬ ‫ﱈﱉ‬

‫ك‬ ‫ﱾﱿ‬ ‫ﱳ ﱴ‬
Beberapa kekeliruan yang sering terjadi ketika mengucapkan Nun Sakinah atau Tanwin ketika membaca
hukum Ikhfa’:

• Tidak bersedia dengan makhraj huruf Ikhfa’ yang terdapat selepas Nun Sakinah atau Tanwin
ketika mengucapkannya.

• Tidak menyembunyikan huruf Nun Sakinah atau Tanwin.

• Tergesa-gesa ketika membacanya, sehingga ghunnah tidak dibaca dengan sempurna.

• Tidak menebalkan dengung apabila berjumpa dengan huruf Ikfa’ yang bersifat Isti’lak.

• Mengekalkan mulut pada satu keadaan sahaja ketika bertemu dengan semua huruf Ikhfa’.

Anda mungkin juga menyukai