Anda di halaman 1dari 3

NURUL IZZAH BINTI NOR HISHAM L20222013613

KPT4033 – TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


FORUM 2

Revolusi perindustrian keempat (Fourth Industrial Revolution atau 4IR) adalah isu
semasa di dunia kita. Peranan pendidik adalah untuk menyelaraskan Pendidikan 4.0
dengan 4IR di mana & manusia dan mesin; diselaraskan untuk membolehkan
kemungkinan baru. Sistem pendidikan sepatutnya dapat menghasilkan pelajar yang
pencipta (creator), dan peranan guru berubah menjadi fasilitator. Oleh itu, para pendidik
perlu memupuk inovasi dan kreativiti untuk membentuk masa depan.

Terangkan bagaimana anda memupuk inovasi dan kreativiti kepada pelajar anda di
sekolah.

Memupuk inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar adalah tugas penting dalam
menyelaraskan pendidikan dengan Revolusi Industri ke-4 (IR 4.0). Sebagai seorang pendidik,
terdapat beberapa langkah yang dapat kita ambil untuk mencapai tujuan ini. Antaranya,
memotivasi kepada kepelbagaian pendekatan pembelajaran. Hal ini di mana, memberikan
peluang kepada pelajar untuk belajar melalui berbagai pendekatan, seperti projek berasaskan
masalah, kerjasama, eksperimen, perbincangan, dan pembelajaran kendiri. Hal ini
berkemungkinan mengembangkan kemahiran pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.

Selain itu, mengalakkan pertanyaan dan penyelidikan daripada pelajar. Guru harus
mengalakkan pelajar untuk bertanya dan menjelajahi topik-topik yang menarik bagi mereka.
Guru boleh membimbing mereka dalam menjalankan penyelidikan sendiri, mencari jawapan
atas pertanyaan mereka, dan mengembangkan pemahaman yang lebih mendalam tentang
subjek tersebut. Dengan cara tersebut sekaligus guru telah memberikan ruang untuk pelajar
bereksperimen secara cuba jaya tidak kira berjaya atau gagal kerana kesalahan yang mereka
lakukan adalah sebahagian dari proses pembelajaran kreatif. Oleh itu, mendorong mereka
untuk berani mencuba penyelesaian yang berbeza dan berfikir secara luar kotak (critical
thinking).

Seterusnya, memberikan ruang untuk refleksi. Guru hendaklah sering bertanyakan


tentang refleksi yang murid fahami. Hal ini dengan cara memberikan waktu bagi pelajar untuk
merenung tentang pembelajaran mereka. Sebagainya contohnya, pertanyaan seperti "Apa yang
telah anda pelajari dari topik ini?" atau “Berikan pandangan anda tentang manfaat penggunaan
teknologi dalam pendidikan?” dan sebagainya yang menyokong kemahiran pembelajaran Abad
ke-21 iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Tambahan itu, selain fokus pada
NURUL IZZAH BINTI NOR HISHAM L20222013613
KPT4033 – TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
FORUM 2
pengetahuan akademik, guru perlu membimbing pelajar dalam mengembangkan kemahiran
seperti penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi, kerja berkumpulan. Kemahiran ini
penting dalam perkembangan pengetahuan pelajar mengenai IR 4.0. Oleh itu, pertanyaan
seperti ini dapat membantu mereka mengembangkan pemikiran kritis dan inovatif mereka.

Selanjutnya, guru boleh menjadi role model untuk memupuk inovasi dan kreativiti
kepada pelajar. Sebagai seorang guru, kita seharusnya menjadi model yang memberi peranan
dalam hal kreatif dan inovasi. Contohnya, guru memberi tunjuk ajar dan apresiasi hasil kreatif
pelajar dalam pengalaman pembelajaran mereka antaranya pameran hasil karya seni dan
inovasi, atau penghargaan kreativiti. Pengalaman pembelajaran bersama secara berkumpulan
tersebut dapat meransang idea-idea baru dan bernas meskipun berbeza perspektif. Oleh yang
demikian, guru akan memberikan dorongan positif kepada pelajar untuk terus berinovasi.

Oleh hal yang demikian itu, melalui pendekatan-pendekatan ini, guru dapat membantu
pelajar mengembangkan kreativiti dan inovatif yang akan membantu mereka berjaya dalam
dunia pemodenan seperti dalam IR 4.0. Bukan itu sahaja, peranan guru sebagai fasilitator dan
pemberi inspirasi akan membantu mereka mengembangkan potensi mereka sebagai pencipta
masa depan dalam mengintegrasikan teknologi. Hal ini dengan memanfaatkan teknologi
seperti komputer, internet, dan penggunaan smartphone dalam pembelajaran. Oleh itu, ini
bukan hanya untuk akses maklumat, tetapi juga untuk mencipta konten, mengembangkan
aplikasi, dan menyelesaikan masalah dengan cara yang inovatif.
NURUL IZZAH BINTI NOR HISHAM L20222013613
KPT4033 – TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
FORUM 2

RESPON 1
TEO SOO YENG (L20222013602)
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dua hala adalah sangat penting kerana ia
dapat menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses PdP. Dengan ini, saya bersetuju dengan
pendapat Nurul Izzah yang menggunakan cara bertanyakan soalan kepada pelajar supaya
mereka berfikir serta dapat menyampaikan idea mereka. Selain itu, tugas-tugas guru sekarang
hanya bertanggungjawab menjadi seorang fasilitator sahaja untuk membimbing pelajar berfikir
dan memberi panduan sajaha. Oleh itu, guru bolehlah sentiasa meningkatkan penguasaan
pengajaran PAK-21 bagi melatih kreativiti dan inovasi pelajar.

RESPON 2
PANG SUH TING (L20222013483)
Saya setuju dengan pandangan saudari Nurul Izzah bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah
menggunakan pelbagai pendekatan untuk memupuk dan membantu pelajar mengembangkan
kreativiti dan inovatif supaya mereka berjaya dalam dunia pemodenan seperti dalam IR 4.0.
Oleh itu, kita juga perlulah sentiasa menggalakkan pelajar bertanya soalan dan menjelajahi
topik-topik yang menarik bagi mereka ataupun menjalankan penyelidikan sendiri untuk
mencari jawapan supaya dapat mengembangkan pemahaman yang lebih mendalam tentang
subjek tersebut. Tambahan pula, guru juga perlulah memberi ruang kepada pelajar untuk
menjanakan idea-idea yang kreatif tentang sesuatu topik dan guru juga harus menerima
sebarang idea yang ditaksirkan oleh pelajar tanpa mengehadkan minda mereka. Jikalau terdapat
kesalahan dalam keputusan yang diperoleh oleh pelajar, guru juga haruslah menggunakan cara
yang lembut untuk membimbing pelajar tersebut agar mereka dapat belajar daripada kesilapan
mereka.

Anda mungkin juga menyukai