Anda di halaman 1dari 11

Permohonan Perkahwinan Bagi Lelaki

MAKLUMAT UMUM

Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia
perlu dilaksanakan mengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan,
seseorang itu dapat membina keluarga dan ini adalah suatu saluran untuk
seseorang itu menunaikan ibadah iaitu dengan membelanjakan wang untuk
keperluan keluarganya, memberikan pendidikan, menunaikan solat
berjemaah dan sebagainya.

Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh)

bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa

tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap


individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui
matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang
jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan
baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.

Oleh kerana melalui perkahwinan, umat manusia akan berkembang dan akan
terjalin hubungan persaudaraan di antara dua buah keluarga, kita harus
berhati-hati dalam melaksanakannya agar tidak menimbulkan masalah di
kemudian hari. Islam telah menggariskan ciri-ciri calon suami atau isteri yang
patut dipilih iaitu kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan
agamanya. Walau bagaimanapun, Islam menekankan bahawa pemilihan yang
paling baik adalah dari kalangan orang yang beragama.

Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri


Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor
telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin
berumahtangga.

PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH (LELAKI)

** HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN


DAPATKAN BORANG 2A DENGAN
MENGISI PERMOHONAN SECARA
**
ONLINE DI
ALAMAT://http:ncr.jais.gov.my

DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN


** UJIAN DARAH/ HIV DARI KLINIK
KESIHATAN KERAJAAN YANG
BERHAMPIRAN.

LENGKAPKAN BORANG DAN


** LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN
(3 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)

DAPATKAN PENGESAHAN PENOLONG


**
PENDAFTAR NIKAH QARIAH

DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN


** DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH
(PAID)

SERAHKAN KEBENARAN KEPADA PIHAK


**
PEREMPUAN

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

SALINAN KAD PENGENALAN /


** PASSPORT(Jika pemohon
warganegara asing)

SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG


** SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi
warganegara asing)

SALINAN SIJIL KURSUS PRA


** PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/
JAIS/ JAWI/ JAIN)

** KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV


SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A
** (Jika pemohon nikah luar daerah/
Negeri/ Negara)

SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN


PEMOHON DARIPADA PENGHULU/
KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI
** JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN
PERUMAHAN
(bagi pemohon yang mempunyai
perbezaan alamat tempat tinggal
dengan alamat
didalam kad pengenalan).

SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN


** PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika
pemohon duda)

SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM


** DAN SALINANNYA. (Jika pemohon
Saudara Baru)

SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/


** PDRM. (Jika pemohon anggota
Tentera/ Polis)

SURAT KEBENARAN BERKAHWIN


** DARIPADA KONSULAT ATAU
KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.
(Jika pemohon warganegara asing)
JENIS-JENIS PERNIKAHAN YANG DIISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN
TERLEBIH DAHULU DARI MAHKAMAH SYARIAH ADALAH SEPERTI
BERIKUT :-

1. PERNIKAHAN POLIGAMI.

2. PERNIKAHAN DI BAWAH UMUR.

PERNIKAHAN JANDA BERHIAS DALAM


3.
PERJALANAN IDDAH.

4. PERNIKAHAN MUALLAF TANPA WALI.

5. PERNIKAHAN ANAK LUAR NIKAH.

PERNIKAHAN ANAK ANGKAT (Yang


6. mana walinya tidak diketahui
kedudukannya).

PERNIKAHAN MANA-MANA
PEREMPUAN YANG TIADA
WALI(SEBAB NASAB/ KETURUNAN)
7.
TIADA YANG MELAYAKKAN UNTUK
MENJADI WALI MENGIKUT HUKUM
SYARAK.

PERNIKAHAN MANA-MANA
PEREMPUAN YANG MANA WALINYA
8. GHAIB; TIADA DIKETAHUI
KEDUDUKANNYA SAMA ADA HIDUP
ATAU MATI.

PERNIKAHAN MANA-MANA
PEREMPUAN YANG MANA TERBUKTI
WALINYA DIKETAHUI TEMPAT
TINGGALNYA BERADA (MELEBIHI 2
9.
MARHALAH) TETAPI SANGAT SUKAR
UNTUK DIHUBUNGI OLEH MANA-
MANA ALAT KOMUNIKASI DAN
BERTULIS.

PERNIKAHAN ATAS SEBAB "WALI ENGGAN


10.
UNTUK MENJADI WALI.
SEKSYEN-SEKSYEN DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA
ISLAM SELANGOR (EUKINS 2003) YANG BERKAITAN DENGAN
PERMOHONAN PERNIKAHAN TERSEBUT:-

Seksyen 23 EUKINS 2003 (Pernikahan


A. Poligami)
i) rujuk pamphlet permohonan
berpoligami JAIS.

Seksyen 8 EUKINS 2003 (Pernikahan


bawah umur)

"Tiada sesuatu perkahwinan boleh


B.
diakadnikahkan atau didaftarkan di
bawah Enakmen ini jika lelaki itu
kurang daripada 18 tahun atau
perempuan itu kurang daripada
enam belas tahun kecuali jika Hakim
Syarie telah memberi kebenaran
secara bertulis dalam keadaan
tertentu. "

C. Seksyen 13 (b) EUKINS 2003 (Pernikahan Wali

Enggan)

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan

tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini

melainkan kedua-dua pihak perkahwinan itu

telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada :-

(b) Hakim Syarie


yang
mempunyai
bidangkuasa di
tempat di mana
pihak
perempuan itu
bermastautin
atau seorang
yang diberi
kuasa secara am
atau khas bagi
maksud itu oleh
hakim Syarie itu
telah, selepas
penyiasatan
wajar di
hadapan semua
pihak yang
berkenaan
memberi
persetujuan
terhadap
perkahwinan itu
oleh wali Raja
mengikut
Hukum Syarak,
persetujuan
tersebut boleh
diberi jika
perempuan
mempunyai wali
nasab mengikut
Hukum Syarak
atau jika wali
telah enggan
memberi
persetujuannya
dengan tiada
nasab yang
munasabah.

Seksyen 14 (3) EUKINS 2003


D.
(Pernikahan Janda Berhias)

Jika perempuan itu mendakwa telah


bercerai sebelum ia telah disetubuhi
oleh suaminya dalam perkahwinan
itu, ia tidak boleh dalam masa iddah
perceraian biasa, berkahwin dengan
seorang yang lain daripada suaminya
yang dahulu itu kecuali dengan
kebenaran Hakim Syarie yang
mempunyai bidangkuasa di tempat
pengantin perempuan itu
bermastautin.

Seksyen 18 (1) dan 18 (2) EUKINS 2003


(berhubung dengan semua jenis
E.
pernikahan yang diperjelaskan di
atas)

" Dalam mana-mana kes berikut, iaitu :-

Jika salah satu


pihak kepada
perkahwinan
(a)
yang
dicadangkan itu
adalah di bawah
seksyen 8, atau

Jika pihak
perempuan
adalah seorang
(b) janda yang
tersabit oleh
seksyen 14 (3)
atau

(c) Jika pihak


perempuan tidak
mempunyai wali
dari nasab
mengikut Hukum
Syarak. Maka
pendaftar
hendaklah,
sebagai ganti
bertindak di
bawah seksyen
17, merujukkan
permohonan itu
kepada Hakim
Syarie yang
mempunyai
bidangkuasa di
tempat
perempuan itu
bermastautin.

(d) Hakim Syarie,


apabila
berpuashati
tentang
kebenaran
perkara-perkara
yang disebut
dalam
permohonan itu
dan tentang
sahnya
perkahwinan
yang
dicadangkan itu
dan bahawa kes
itu adalah kes
yang
mewajarkan
pemberian
kebenaran bagi
maksud-maksud
seksyen 8, atau
kebenaran bagi
maksud-maksud
subseksyen
14(3), atau
persetujuannya
terhadap
perkahwinan itu
diakadnikahkan
oleh wali raja
bagi maksud-
maksud
perenggan 13(b),
mengikut mana-
mana yang
berkenaan
hendaklah, pada
bila-bila masa
selepas
permohonan itu
dirujukkan
kepadanya dan
setelah dibayar fi
yang ditetapkan,
mengeluarkan
kepada
pemohon
kebenarannya
untuk berkahwin
dalam borang
yang ditetapkan.

SOALAN YANG SERING DITANYA

Siapakah yang dikecualikan


** daripada mengambil Kursus Pra
Perkahwinan ?

Orang yang dikecualikan daripada


mengambil Kursus Pra Perkahwinan
ini hanya orang yang pernah
berkahwin (duda/berpoligami),
seorang bujang yang telah berusia
melebihi 40 tahun dan individu yang
cacat anggota tertentu.
Bagaimanakah seorang pemohon
dapat mengenali Penolong
**
Pendaftar Nikah yang perlu
ditemuinya untuk mendapatkan
sokongan untuk bernikah?

Pemohon hendaklah merujuk ke


qariah masjid yang tempat dia
tinggal / mengikut alamat dalam kad
pengenalan beliau.

Adakah pemohon boleh mengikuti


** Kursus Pra Perkahwinan di mana-
mana tempat di Malaysia?

Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus


Pra Perkahwinan di mana-mana
tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf
oleh Jabatan Agama Islam Negeri di
mana kursus itu dianjurkan.

Di manakah pemohon boleh


** mengambil borang permohonan
nikah?

Pemohon boleh mengambil borang


permohonan nikah di Pejabat Agama
Islam yang berdekatan dengan
tempat tinggal beliau atau boleh
download terus di sini.

Bilakah masa yang sesuai untuk


** seorang lelaki membuat
permohonan nikah di Pejabat
Agama Islam Daerah?

Permohonan tersebut boleh dibuat


dalam tempoh sebulan sebelum akad
nikah dilaksanakan.

Perlukah setiap pasangan yang


** akan menjalankan Majlis Ijab-
Qabul di Negeri Selangor menjalani
ujian darah/ HIV ?
Setiap pasangan yang akan
melaksanakan Majlis Ijab-Qabul
dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN
menjalani pemeriksaan ujian darah /
HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN
yang terpilih sahaja.

Anda mungkin juga menyukai