Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum wbt

Saya Aina Darwisyah binti Mohd Said


ingin menyampaikan tazkirah yang
bertajuk:
Kelebihan Berpuasa Isnin & Khamis

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;

"Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan


Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah)
pada ketika aku berpuasa"

(Riwayat At-Tirmizi)

Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang


puasa hari Isnin. Baginda menjawab;

"Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi)
atau hari diturunkan wahyu kepadaku"

(Hadis riwayat Imam Muslim)

"Dibentangkan semua amalan dihadapan Allah pada hari Isnin dan


Khamis. Oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang
bepuasa"

(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa;


"Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan
Khamis"

(Riwayat Imam Tarmizi)

Kelebihan Puasa Isnin Dan Khamis

Ada banyak kelebihan melakukan amalan puasa pada hari Isnin dan
Khamis, diantaranya adalah:

 Isnin dan Khamis merupakan hari amalan manusia diperiksa


 Ia adalah sunnah Nabi Rasulullah SAW dan mengamalkannya
pasti mendapat ganjaran yang besar.
 Terbukanya pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis. "Pintu-
pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis, maka akan
diampunkan semua hamba yang tidak menyekutukan Allah
dengan apa-apa, kecuali seseorang yang diantaranya berlaku
permusuhan. Lalu dikatakan "Tiadalah pengampunan terhadap
kedua-duanya orang ini hingga mereka berdamai" (Hadis
Riwayat Muslim)
 "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat" Sabda baginda
Rasullah SAW lagi : "Perut besar itu adalah sarang penyakit &
banyak makan itu adalah punca segala penyakit".
 Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia nikmat
Allah yang tidak terhingga.
 Mendidik nafsu amarah (yang lebih banyak mengajak kearah
keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah &
seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu
yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah
ALLAH SWT.
 Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas
terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib
baik kehidupan mereka.
 Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti
tamak, sombong, hasad dengki & lain-lain lagi.
 Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung
kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan
hidup.
 Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam
satu riwayat maksudnya : "Orang yang lapar perutnya itu,
tajamlah fikiranya & teranglah hatinya".

Niat puasa isnin dan khamis adalah seperti dibawah;

‫َن َو ْي ُت َصْو َم َيْو َم ْاِالْث َن ْي ِن ُس َّن ًة ِِهلل َت َع اَلى‬

Anda mungkin juga menyukai