Anda di halaman 1dari 1

Enam Panduan Penjagaan Kebersihan Diri untuk Remaja

Memelihara Kulit
Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai. Kulit remaja sangat sensitif dan
mudah ditumbuhi jerawat. Kulit yang kering juga akan kelihatan lesu.
Memberus Gigi
Semasa memberus gigi, jangan lupa memberus kawasan lidah untuk
membersihkannya daripada sisa makanan. Kebersihan gigi penting agar nafas
kamu sentiasa segar dan tidak berbau.
Membersihkan Badan
Gosok badan dengan menggunakan berus atau span untuk membuang sel-sel
kulit mati ketika mandi. Gunakan sabun yang sesuai dengan kulit kamu.
Mengawal Bau Badan
Gunakan pewangi badan dan produk antipeluh yang sesuai untuk menghilangkan
bau badan. Perubahan hormon dalam diri remaja menyebabkan masalah bau
badan.
Membersihkan Rambut
Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Rambut yang tidak sihat akan
menghasilkan kelemumur yang menjadi punca keguguran rambut dan rambut
yang berbau.
Membersihkan Kuku
Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek bagi mengelakkan kuman dan kotoran
berkumpul. Berhati-hati semasa mengetip kuku agar kamu tidak mendapat
penyakit cekam.

Soalan:
Buat satu rumusan tentang cara-cara penjagaan kebersihan diri berdasarkan teks
di atas. Panjang rumusan tidak lebih daripada 80 patah perkataan.
Petikan di atas membentangkan enam panduan penjagaan kebersihan diri untuk
remaja.
Pertama, kita perlulah mencuci muka dengan pencuci yang sesuai kerana kulit
remaja sangat sensitif. Kedua, kita perlulah membersihkan gigi dan lidah untuk
nafas yang segar dan tidak berbau. Ketiganya, kita perlulah menggosok badan
dengan berus atau span dan sabun yang sesuai ketika mandi supaya sel-sel kulit
mati dapat dibuang. Seterusnya, kita perlulah menggunakan pewangi badan dan
produk antipeluh yang sesuai. Selain itu, kita hendaklah mencuci rambut dua
atau tiga kali seminggu dan memastikan kuku sentiasa bersih dan pendek.

Anda mungkin juga menyukai