Anda di halaman 1dari 3

TUTORIAL 28 DEC 2021

i. Faktor-faktor yang mempengaruhi keselamatan di tempat kerja.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi keselamatan di tempat kerja adalah


penggunaan kelengkapan PPE yang sesuai dan betul. Penggunaan PPE mestilah
bersesuaian dengan kerja yang dilakukan. Contohnya penggunaan respirator serta
“face shield” yang bersesuaian dengan kerja menyembur racun rumpai. Majikan juga
hendaklah memastikan PPE yang digunakan selesa dipakai oleh pekerja dan dapat
melindungi pemakainya dari hazad kimia tersebut. Pekerja perlu diajar untuk
memakai PPE dengan betul kerana PPE yang tidak dipakai dengan betul boleh
membahayakan kesihatan pekerja. Pekerja juga perlu diajar cara-cara
penyelenggaraan asas PPE yang betul agar peralatan lindungan diri tersebut boleh
bertahan lama. PPE yang sudah rosak perlulah ditukar. Seterusnya, faktor lain
adalah majikan perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan
dengan betul. Contoh undang-undang dan peraturan adalah Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Racun Makhluk
Perosak 1974 dan Akta Keselamatan Sosial 1969. Di samping itu, setiap pekerja
juga hendaklah mematuhi setiap arahan dan prosedur kerja dengan selamat agar
dapat mengelakkan sebarang bentuk kemalangan dan kecederaan yang berlaku di
tempat kerja.

ii. Kepentingan cahaya dalam mempengaruhi pertumbuhan dan pengeluaran hasil


tanaman.

Cahaya adalah punca tenaga diperlukan bagi mengekalkan proses hidupan di dalam
ekosistem. Antara kepentingan cahaya dalam mempengaruhi pertumbuhan dan
pengeluaran hasil tanaman adalah dalam fotosintesis. Fotosintesis adalah satu
proses di mana tenaga daripada cahaya matahari ditukar menjadi tenaga kimia.
Fotosintesis melibatkan penggunaan proses karbon dioksida, air dan pengeluaran
molekul-molekul gula yang kompleks serta gas oksigen. Dalam proses ini, tenaga
cahaya matahari ditukar menjadi atom-atom di dalam molekul gula. Karbohidrat
(gula, kanji, glukosa) disintesiskan dan tenaga tenaga dihasilkan. Kuantiti dan kualiti
cahaya mempengaruhi pertumbuhan pokok. Kuantiti cahaya merangkumi intensiti
cahaya, jangkamasa penerimaan cahaya manakala kualiti cahaya melibatkan
panjang gelombang cahaya dan arah cahaya diterima oleh tumbuhan. Kualiti cahaya,
intensiti cahaya dan jangkamasa penerimaan cahaya adalah penggalak
pertumbuhan pada tumbuhan normal. Intensiti cahaya adalah penggalak yang paling
kritikal terhadap proses fotosintesis. Tumbuhan memerlukan cahaya untuk
menjalankan proses fotosintesis dan hasilnya digunakan untuk proses respirasi dan
tumbesaran. Tumbuhan yang membesar mengalami pertambahan berat dengan
kehadiran karbohidrat yang disintesiskan. Dalam pertumbuhan batang, intensiti
cahaya yang terlalu tinggi pula akan menghalang pemanjangan sel dan ini akan
menghadkan pertumbuhan kebanyakkan tumbuhan peringkat tinggi. Manakala bagi
pertumbuhan daun pula intensiti cahaya yang tinggi akan menyebabkan daun
menjadi kecil dan tebal tetapi tumbuh lebat. Penerimaan intensiti cahaya yang
rendah akan menghasilkan daun yang besar, tipis dan mempunyai epidermis yang
tipis, bilangan palisad yang kurang, parenkima lebih berspan dan mempunyai lebih
banyak stomata.

iii. Faktor kesihatan dalam mempengaruhi tumbesaran dan pengeluaran hasil ternakan.

Kesihatan sangat penting untuk tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan. Sihat


dapat diertikan sebagai keupayaan badan menjalankan fungsi tubuh dan
mengekalkan keseimbangan badan. Kesihatan dipengaruhi oleh pemakanan,
pathogen dan parasit, genetik, keracunan dan persekitaran. Antara faktor kesihatan
ialah mengurangkan kadar kematian. Hal ini kerana ternakan khususnya di peringkat
anak masih belum mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan pelbagai pathogen,
parasit dan gangguan persekitaran. Oleh itu, dengan menjaga kesihatan, kadar
kematian ternakan dapat dikurangkan. Amalan sanitasi juga dapat memastikan
ternakan terhindar daripada penyakit dan wabak. Selain itu, mencapai keupayaan
tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum. Ternakan yang sihat dapat
menukarkan makanan kepada tenaga lemak dan susu. Penukaran bentuk ini penting
untuk tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum. Seterusnya adalah
mengelakkan jangkitan penyakit dari ternakan lain. Sistem perkumuhan, sistem limfa
dan antibodi berfungsi dengan baik hanya pada ternakan yang sihat. Oleh itu
kesihatan penting untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Akhir sekali, mendapatkan
keupayaan penukaran makanan yang optimum. Makanan yang diambil oleh ternakan
perlu dicerna dan diserap oleh badan untuk ditukar kepada keperluan tubuh. Dalam
keadaan tidak sihat seperti cirit birit, segala makanan yang diambil akan keluar
semula sebagai najis. Ini menandakan ternakan tidak upaya membuat penukaran
makanan.

iv. Halatuju bidang pertanian negara khususnya dalam sektor pengeluaran makanan.

Antara hala tuju pertanian negara ialah pertamanya kerajaan ingin memoden dan
meningkatkan pengeluaran dari hasil pertanian bagi memastikan kestabilan bekalan
dan harga makanan negara dengan memberikan penekanan dalam industri padi,
tanaman, ternakan dan perikanan. Hala tuju ini akan memfokuskan kepada
penggunaan tanah yang optimum, peningkatan dalam penggunaan teknologi moden
dan menghasilkan varieti industri padi yang berkualiti. Hala tuju kedua ialah kerajaan
ingin merancakkan lagi penglibatan pelaburan swasta dalam pertanian secara
komersial serta meningkatkan dagangan eksport pertanian. Hala tuju ini dapat
dikesan daripada Dasar Pertanian Negara dan perkembangan ekonomi seperti
kejatuhan ringgit. Ini kerana apabila kejatuhan ringgit, harga eksport akan menjadi
murah. Ketiga, menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang
mampan dan kukuh serta menguntungkan untuk petani, penternak, nelayan dan
agro-prenuer muda. Melalui hala tuju ini, ia dapat mengubah nasib dan kualiti hidup
petani, penternak dan nelayan ke arah yang lebih baik. Hala tuju keempat ialah,
kerajaan ingin menambahbaik ekosistem industri pertanian untuk menyokong
pemodenan pertanian, pelaburan sektor swasta dan aktiviti pengembangan untuk
petani, penternak dan nelayan. Hal ini akan menjadikan aktiviti pertanian negara
berjalan dengan lebih lancar. Akhir sekali, yang kelima ialah memperkukuhkan
struktur organisasi jabatan dan agensi di bawah kementerian dengan menambahbaik
sistem penyampaian serta tadbir urus. Hala tuju ini akan menjadikan sebarang
urusan berkaitan pertanian negara berlaku dengan lebih sistematik dan terurus.

Anda mungkin juga menyukai