Anda di halaman 1dari 5

Anim Agro Technology

Intrested in Agriculture Technology? Visit this blog ...


Sunday, November 2, 2014

PERTANIAN LESTARI - DI MALAYSIA

PERTANIAN LESTARI (Sustainable Agriculture) banyak diperkatakan dikalangan


profesional dalam bidang pertanian dan alam sekitar. Ia juga kadang-kadang sisebut
sebagai pertanian mampan dikalangan orang ramai. Pertanian lestari merupakan
satu konsep pertanian mapan yang tidak mencemarkan alam sekitar. Produk
pertanian lestari adalah selamat dimakan, mengurangkan pencemaran alam sekitar
selain menstabilkan pendapatan petani. Peralihan daripada pertanian konvensional
kepada pertanian lestari mempunyai banyak kelebihan. Satu cara bagi mengatasi
masalah adalah pembebasan gas rumah hijau dan pemanasan global adalah
pertanian lestari. Pertanian lestari banyak bergantung kepada bahan semulajadi
menggunakan flora dan fauna yang terdapat dalam tanah. Misalnya bagi
mendapatkan unsur nitrogen dalam baja, gunakan mikrob yang mampu mengambil
nitrogen dari udara untuk dipindahkan ke pokok. Biasanya dalam pertanian lestari,
tanah akan subur apabila terdapat banyak karbon di dalamnya. Pertanian lestari
menggunakan bahan kimia yang minimum dan tidak akan merosakkan alam sekitar.
Sebagai contoh pertanian lestari adalah pertanian organik dan pertanian
semulajadi. Kedua-dua pertanian ini menggunakan sumber semula jadi seperti baja
organik, arang daripada kayu bagi menambahkan unsur karbon dalam tanah
daripada satu kepada empat peratus. Dalam pertanian lestari, nutrien dalam pokok
akan berada dalam keseimbangan dan mengurangkan dari serangan serangga.
Terdapat teori yang mengatakan serangga kurang menyerang pokok yang
mempunyai keseimbangan semula jadi. Bila menggunakan banyak racun perosak,
mikrob pada pokok akan mati dan memudahkan serangan serangga dan penyakit.
Kini permintaan terhadap makanan organik dan semulajadi bertambah tinggi
dengan kesedaran terdapat pelbagai penyakit seperti kanser dan sebagainya.
Artikel subuh Jumaat ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai
apa dia pertanian lestari dan apa yang berlaku di Malaysia sebagai cetusan idea
selepas solat subuh untuk menyegarkan minda.

Pada masa ini lazimnya banyak ladang pertanian komersial diusahakan bagi
memenuhi permintaan bekalan makanan memandangkan keperluan kian meningkat
seiring dengan bilangan penduduk di negara ini. Penulis mendapati perusahaan
ladang ini menggunakan pelbagai bahan kimia seperti racun dan baja bagi menjana
hasil produk dan keuntungan yang tinggi. Bagaimana pun, penggunaan kedua-dua
bahan itu secara berleluasa menyebabkan populasi serangga perosak kian
bertambah sehingga menimbulkan masalah kerosakan pada tanaman. Kawasan
sayuran di Cameroon Highland sebagai contoh dikawasan terbuka menggunakan
banyak bahan kimia untuk menghasilkan Cili Benggala (Sila lihat foto sebelah). Kini
teknologi fertigasi dan Kalis Serangga serta Struktut Pelindung Hujan telah diguna
kearah pertanian lestari. Cara ini mampu menghasilkan produk sayuran yang
berkualiti, selamat dimakan dan mendapat jaminan pasaran. Walau pun kos
permulaan kearah pertanian lestari ini relatifnya tinggi bagi teknologi diatas, ianya
akan menjamin pulangan lumayan dalam jangkamasa lama.

Pengalaman penulis yang terlibat dengan sektor tanaman selama 34 tahun


mendapati terdapat beberapa bukti apabila beberapa jenis tanaman dilanda
penyakit sehingga menyebabkan bekalan makanan berkurangan di pasaran.
Kebanyakan pengusaha tidak menyedari sikap mereka yang tidak mengikut jadual
atau formula dalam penggunaan racun mengakibatkan kehadiran pelbagai
serangga perosak. Amalan ini meningkatkan lagi kewujudan serangga pada
tumbuhan kerana rintang atau imun terhadap racun tersebut. Selain itu cara
amalan ini akan memusnahkan serangga baik yang biasanya berfaedah sebagai
agen pendebungaan seperti lebah dan kerengga dan semut. Ketika ini tanaman
padi negara berhadapan dengan beberapa jenis penyakit seperti serangan ulat
ratus yang berlaku di utara tanah air akibat beberapa faktor persekitaran yang akan
menjejaskan hasil pengeluaran padi. Pemerhatian mendapati wabak serangan
serangga itu menyaksikan tangkai padi dipotong di bahagian pangkal sekali gus
menyebabkan pokok mati. Ia juga menyerang pada semua peringkat dalam
pertumbuhan padi.

Di Malaysia tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) merupakan tanaman yang


menjana pendapatan jutaan ringgit setiap tahun. Tanaman ini juga kini telah
berhadapan dengan kemungkinan serangan kumbang Red Palm Weevil
(Rhnchophorus ferrugineus) kerana Jabatan Pertanian telah mengenalpasti kejadian
serangan kumbang ini keatas pokok kelapa terutama di kawasan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. Kumbang ini dikesan oleh Jabatan Pertanian melaporkan
bahawa ia mula dikesan pada 2005 dan kemungkinan dibawa dari India. Serangga

perosak ini mempunyai banyak pokok perumah seperti kelapa, kelapa sawit, sagu,
kurma dan pelbagai spesies palma lain. Larva serangga ini akan memakan batang
dan pucuk pokok yang akhirnya mengakibatkan pucuk dan putik layu serta pokok
akan mati. Perhatian mengenai penyebaran kumbang ini terus dilakukan oleh
Jabatan Pertanian setiap masa bagi mempastikan ia tidak akan menyerang tanaman
kelapa sawit. Jika tanaman kelapa sawit diserang maka kemungkinan industri
penting ini akan terjejas teruk dan akan menjadikan ekonomi negara terjejas.

Aktiviti untuk memulihara agrobiodiversiti di Malaysia perlu terus dilakukan


sepanjang masa. Kini penulis dapati selain serangan langsung kepada tanaman,
terdapat juga serangan penyakit yang disebabkan oleh bakteria atau virus dan
disebarkan melalui pelbagai cara seperti vektor serangga. Kini beberapa lokasi
penanaman pisang di Johor, Selangor, Perak dan beberapa negeri lagi terjejas
akibat serangan penyakit Moko pada tanaman pisang. Ia adalah penyakit layu pada
pisang disebabkan oleh bakteria Ralstonia solanacearum yang biasanya didapati di
Amerika Tengah dan Selatan. Contoh lain penyakit bawaan serangga adalah
penyakit mati rosot betik atau papaya dieback disease. Ia mula dikesan pada 2003
dan menyerang pokok betik juga berlaku di sekitar negeri Johor, Melaka, Perak
sehingga membuatkan industri pengeluaran betik terjejas teruk. Penyakit ini
menyerang bahagian daun, pucuk, buah dan pelepah daun sehingga
membuatkannya layu dan rosak. Lazimnya peningkatan wabak serangan serangga
perosak dan pelbagai penyakit dalam industri pertanian adalah disebabkan
kurangnya pengetahuan dalam kalangan petani tentang punca perkara ini.

Adalah penting bagi semua pihak untuk perlu memahami permasalahan seperti
serangan serangga perosak dan juga penyakit daripada konteks pertanian lestari
dengan cara untuk memulihara keseimbangan kepelbagaian biologi (Sila lihat foto
sebelah). Kaedah pertanian lestari perlu diberi penekanan bagi menjamin
keselamatan bekalan makanan secara mapan pada masa akan datang. Pengurusan
dan pemuliharaan agrobiodiversiti yang baik juga dilihat sama penting dalam
menjayakan hasrat tersebut.
Pertanian lestari merupakan konsep pertanian yang tidak mencemarkan alam
sekitar kerana ia banyak bergantung kepada bahan semula jadi. Lazimnya
pertanian mudah terdedah dan menanggung impak daripada perubahan cuaca.
Oleh itu, kaedah ini harus dilaksanakan dengan mengambil kira penyelesaian
terhadap perubahan cuaca dan jaminan makanan. Permasalahan ini boleh diatasi
dengan pendekatan bersepadu daripada pelbagai peringkat sama ada petani,

penyelidik atau penggubal undang-undang. Kini para penyelidik sedang giat


membangunkan tanaman baru lebih rintang terhadap faktor perubahan cuaca
melalui pendekatan bioteknologi dan pembaikbakaan. Adalah peru ujud
untuk membangunkan strategi bagi Malaysia mencapai kesepakatan dalam
agrobiodiversiti bagi menghadapi cabaran jaminan makanan, perubahan cuaca dan
dapat mengekalkan pertanian dalam tahun mendatang. Wasallam.

PERTANIAN LESTARI... APA DIA...


PELBAGAI TEKNOLOGI...DISEDIA...
JAMINAN MAKANAN... PASTI ADA...
KITA LAKSANAKAN... DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kawasan Pertanian Intensif,
Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(1 Muharam 1436H)

M Anem at 12:21 AM
Share

1 comment:

Palleko BlogerFebruary 15, 2015 at 2:45 PM

Berharap Indonesia bisa mencontoh apa Malaysia buat. aamiin..Pupuk Organik Cair

Reply

Load more...

Home
View web version
Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai