Anda di halaman 1dari 12

Template

D.O.P.E TEST

MEGAT ISMAIL
AWANIS NASRUN
APAKAH ITU D.O.P.E TEST?
D.O.P.E Test adalah ujian karakter individu. DOPE test merupakan
salah satu cara untuk mengenal karakter diri sendiri daripada
segi bagaimana cara kita befikir, penerimaan diri, respon atas
sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang mempengaruhi
tindakan kita dalam membuat keputusan. Kebanyakkan
majikan atau ketua akan menggunakan D.O.P.E Test untuk
mengenal karakter pekerjanya. Jika majikan mengenali karakter
pekerjanya, lebih mudah untuk majikan menempatkan pekerja
dijabatan yang sesuai mengikut kecenderungan mereka
supaya pekerja lebih proaktif dan efektif. Karakter ditentukan
oleh sifat 4 jenis burung yang berlainan. Antaranya ialah:

D: DOVE (Burung Merpati)


Ketua Masyarakat (community Lead)
Pengajar (teaching)
Jururawat (Nursing)
Kaunselor (counseling)
Khidmat pelanggan (customer Service)
Kreatif (creatives)

O: Owl (Burung Hantu)


Kewangan (finance)
Akauntan (accountant)
Jurutera (engineering)
Teknologi maklumat (IT)
kawalan Kualiti (quality Control)
pengurus risiko (risk management)
Penyelidik (researcher)
P: Peacock (Burung Merak)
Pemasaran (marketing)
Jualan (sales)
Latihan (training)
Pengajar (teaching)
Perhubungan Awam (Public Relation)

E: Eagle (Burung Helang)


Jualan (sales)
Peguam (lawyer)
Hartanah (real estate)
Pengurusan (management)
Pemilik perniagaan (business ownership)
APA ANDA PERLU TAHU TENTANG
BURUNG MERPATI (DOVE)? :

Burung Merpati sering dianggap sebagai icon yang mempunyai makna


perdamaian, kasih sayang dan kelembutan, begitu juga dengan karakter atau
keperibadian seseorang. Oleh itu, simbol keamanan sering digunakan dan
dikaitkan dengan merpati kerana telah menjadi simbolik bagi seluruh dunia dan
merupakan simbol universal.

Dalam dunia pekerjaan, individu yang mempunyai keperibadian seperti burung


merpati akan cenderung memiliki rasa simpati, suka menolong dan dapat
menjadi ahli kumpulan yang baik. Tambahan pula sifat ramah burung merpati
yang ditunjukkan mereka sangat mudah untuk menambah kenalan baru.

Kekurangan bagi individu ini adalah mereka cenderung memiliki sikap asertif
iaitu sering mementingkan perasaan orang lain dan tidak berani mengambil
sesuatu risiko. Sifat merpati sering memendam rasa kerana sangat
mementingkan perdamaian walaupun perkara itu salah dan tidak bagus untuk
sesebuah syarikat atau perhubungan. Sifat merpati juga tidak gemar melihat
perpecahan berlaku, oleh itu individu yang bersifat merpati tidak suka berterus
terang atau mengkritik. Agak sukar untuk merpati menjadi seorang ketua.

Oleh itu, orang yang bersifat merpati dan perlu menjadi seorang ketua, mereka
harus pandai mencari jalan untuk belajar mengkritik atau memberi
pandangan. Mereka perlu atur strategi untuk berubah menjadi merpati “liar”
atau merpati “ganas” sekali sekala. Apabila menjadi ketua, orang bawahan telah
menjadi tanggungjawab kita untuk kita pantau dan bimbing mereka untuk maju
kehadapan.

Penyelesaian: Tidak salah untuk menjaga hati ramai orang, tetapi sekali sekala
kita harus tegas dan memberitahu perkara yang benar walaupun hakikatnya
pahit. Kita harus belajar untuk jadi yang terbaik dan bukan semata-mata untuk
menjaga perasaan orang lain.
APA ANDA PERLU TAHU TENTANG
BURUNG HANTU (OWL) ?:

Jika anda merupakan seorang yang berkarakter burung hantu, anda


merupakan seorang yang secara logiknya berfikiran matematika, berkaedah &
kadangkala dilihat sebagai seorang perfeksionis dan sukakan kerja yang
terperinci. Anda juga merupakan seorang yang bijaksana dan mempunyai rasa
ingin tahu yang tinggi serta mudah termotivasi dengan ilmu dan pengetahuan.

Didalam pekerjaan, burung hantu sangat terperinci dengan setiap kerja yang
dilakukan dan harus diselesaikan dengan baik. Namun, dengan sikap
perfeksionis yang ada dalam diri, burung hantu menjadi tidak fleksibel dan
akan memakan waktu yang lama dalam menyiapkan sesuatu hal yang
direncanakan. Disebabkan sikap ini juga membuatkan burung hantu cenderung
tidak berani mengambil risiko yang terlalu besar.

Penyelesaian: benar burung hantu agak terperinci dan tegas dengan


kesempurnaan, namun kita harus memahami bahawa orang lain mungkin tak
sama seperti kita. Jadi, beri kefahaman pada orang bawahan atau orang lain
tentang apa yang kita mahu. Bantu secara jelas bagaimana cara dan apa yang
kita mahu serta beri alasan yang munasabah supaya mereka jelas kenapa itu
yang kita mahukan. Hal ini diutamakan kepada ketua yang mengendalikan
sebarang tugasan. Ketua yang bersifat burung hantu harus pandai mengawal
perasaan supaya pekerja bawahan tidak merasa tertekan.
APA ANDA PERLU TAHU TENTANG
BURUNG MERAK (PEACOCK)? :

Keindahan corak pada bulu burung merak menunjukkan keberaniannya saat


hujan. Burung merak disifatkan sebagai seseorang yang memiliki sifat
pemimpin yang berkarisma. Burung merak juga dikatakan memiliki sifat optimis
yang baik, bersemangat tinggi dalam apa jua hal yang dilakukan. Sifatnya
yang suka bercakap menjadikan mereka sentiasa menonjol dan mendapat
perhatian ramai didalam majlismajlis tertentu. Mereka juga sering dipuji atas
sifat keterampilannya. Namun, sifat mereka ini menyebabkan mereka kurang
dalam pengurusan masa.

Penyelesaian: Merak yang gemar menonjol dan mudah mesra menjadikan


mereka sukakan perhatian. Pujian dan galakan adalah cara yang terbaik untuk
seseorang yang bersifat merak menjadi lebih efektif dalam bekerja. Menegur
kesilapan mereka di khalayak ramai menjadikan mereka kurang bersemangat.
Jika majikan mempunyai pekerja seperti ini, tonjolkan kelebihan sosial mereka
dengan menjadikan mereka sebagai perhubungan awam syarikat. Jika cara
yang digunakan bersesuaian, mereka boleh menjadi duta atau pelaris kepada
syarikat. Kepada individu, kawal penampilan diri untuk lebih bersederhana atau
gunakan kelebihan yang ada untuk jalan yang positif.
APA ANDA PERLU TAHU TENTANG
BURUNG HELANG (EAGLE)? :

Sesuai dengan karakter naturalnya, burung helang memiliki fokus yang baik,
kuat dan berdikari. Karakter yang dibawa oleh burung helang ini juga
menunjukkan seseorang boleh menjadi dominan dan pantang dicabar. Sikap ini
menjadikan seseorang itu tidak takut akan kegagalan atau risiko.

Kekurangan dari sifat burung helang ini adalah terlalu sensitif, tidak fleksibel
dan mendominasi. Mereka juga sering ego serta merasa mempunyai kelas
tersendiri dan tidak suka berkawan melainkan dalam kalangan mereka sendiri.
Sikap tegas dan garang menjadikan mereka seseorang yang pantang dicabar.

Karakter helang sangat bagus untuk perniagaan. Ini bermaksud, seseorang


yang bersikap helang bijak dalam memilih kawan. Mereka akan memilih kawan
yang bagi manfaat kepada mereka. Apabila dikaitkan didalam perniagaan,
mereka akan memilih orang-orang yang pandai dalam perniagaan untuk
mereka belajar bersama-sama. Dalam hal ini, perniagaan akan berkembang
dan bertambah maju. Namun sesetengah perkara individu yang bersikap helang
harus ada pendirian sendiri dan tegas dengan pendirian tersebut.

Penyelesaian: Sifat yang ada pada helang menyebabkan mereka tidak suka
dikawal atau dalam kata lain, sukar bekerjasama dengan orang bawahan.
Mereka mempunyai kelompok yang tersendiri. Bak kata pepatah, helang sama
helang, pipit sama pipit. Jika seseorang majikan atau ketua mempunyai sifat
helang, pekerja akan rasa tidak selesa. Ini kerana sifat helang yang amat
mementingkan hasil tanpa mengira bagaimana proses yang perlu dilalui, yang
penting hasilnya jadi seperti yang diinginkan.
KESIMPULANNYA,
D.O.P.E Test bagus untuk kita mengenali sifat majikan atau pengurus supaya
kita boleh membuat penambahbaikan untuk diri kita dengan cara yang betul.
Sama seperti majikan atau pengurus mengetahui karakter pekerja mereka.
Majikan atau pengurus dapat mengetahui kekurangan dan kekuatan
pekerjanya. Jika tersilap tempat atau posisi yang majikan letak kepada pekerja,
pekerja akan menjadi tidak efektif. Jadi sebagai majikan atau pengurus, ujian ini
sangatlah membantu dan berguna.

Page seterusnya adalah contoh Template soalan untuk anda print dan berikan
kepada pekerja anda sebegai rujukan D.O.P.E Test mereka. Semoga membantu!
terima kasih.
- SELAMAT MENIMBA ILMU -

MEGAT ISMAIL
AWANIS NASRUN

Anda mungkin juga menyukai