Gsite Tugasan
Gsite Tugasan
html
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai
penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan
sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam
melahirkan dan menggunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif ,
kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan
baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai ‘ knowledge
worker ‘ dalam era revolusi maklumat abaf ke – 21 .
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas . Berdasarkan ciri – ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara
ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu ,
bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju
ke hadapan . Perubahan – perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada masa
hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan
menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi
setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke
semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini
wujud , barulah tuntutan – tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani .
Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan
sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru
semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan
pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam
dan arkitek .
Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6
ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
v etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani
yang tinggi) .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah
dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid
agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan
dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih kurang memuaskan .
Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama
sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang
cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat
demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati
kenikmatan membaca .
Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat
membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca
kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru
diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud “Bahawa
orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan
perkataan mengajar itu amat terpuji ”. Menurut Al – Ghazali pula dari perspektif Islam ,
tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal
atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa
dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid
haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku
yang terpuji dan dapat diterima umum .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah
laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang
akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid – murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan
hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan
membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah
membaca .
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan
sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan
seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya
menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang
mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai
pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing
murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada
seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa,
golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya
meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid
ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa
antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid
agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun
Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang
tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan
dalam bahasa Melayu.
Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika
melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan
memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai
bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah
pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti
ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut
dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti
yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying,
keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan
sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala
kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang
tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak
harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat
patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh
sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja.
Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja
malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat
Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang
mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat
membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk
mencapai potensi mereka.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah
berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani
segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif
sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup
berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi
meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme
ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat
negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan
guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh
PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain.