Anda di halaman 1dari 17

ABOUT CONTACT US PRIVACY POLICY DISCLAIMER    

ILMU FALSAFAH
Blog tentang falsafah
(filsafat) pendidikan islam

 HOME MUSIK  WISATA  KISAH ISLAMI BERITA ISLAMI

SEARCH... 

SHOPEE AFFILIATES

KLIK GAMBAR GABUNG SEKARANG JUGA

POPULAR POSTS
Home » FALSAFAH » PERBANDINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
DAN ISLAM
post terbaru

MOUSE ROBOT
 Ikns  Desember 01, 2015  FALSAFAH

PERBANDINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN PERBANDINGAN


1

ISLAM FALSAFAH
PENDIDIKAN BARAT
DAN ISLAM
PERBANDINGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KE ARAH
PEMBENTUKAN INTELEK
PELAJAR DARIPADA
PERSPEKTIF BARAT DAN
ISLAM OLEH : ZULFAHMI 1.
...
KONSEP PENDIDIKAN 2

BARAT
KONSEP PENDIDIKAN BARAT
& BUKAN BARAT KONSEP
PENDIDIKAN Pandangan umum
adalah aktiviti-aktiviti yang
berkaitan pembentukan &
perkem...

3
CABANG-CABANG
FALSAFAH
CABANG-CABANG FALSAFAH
Disediakan oleh : Zulfahm , M.Ed
A. Metafizik Cabang falsafah
yang berkaitan dengan kajian

PERBANDINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH sifat d...

PEMBENTUKAN INTELEK PELAJAR DARIPADA 4


FALSAFAH
PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM
PENDIDIKAN BARAT
ESSENSIALISME
OLEH : ZULFAHMI
FALSAFAH PENDIDIKAN
ESSENSIALISME Disediakan
1. PENGENALAN oleh : Zulfahmi (PGZ110002) A.
Falsafah merupakan sebuah disiplin ilmu yang telah bermula PENGENALAN Essensialisme

sejak zaman Phytaghoras (572-492 SM). Bermacam-macam muncul pada zaman


Renaissanss, deng...
anggapan dari individu menganggap falsafah hanyalah ilmu
yang bersifat teorikal semata dan ia tidak bisa di amalkan. 5
CONTOH ANALISIS
Sebenarnya secara tidak sedar manusia telah melakukan
ARTIKEL JURNAL
praktek dari falsafah. Misal seorang guru yang mengajar anak FALSAFAH
didiknya dengan penuh tanggung jawab dan ia sangat mencintai PENDIDIKAN
pekerjaannya, itu ialah bahagian daripada falsafah. Seandainya ANALISIS JURNAL ARTIKEL
kita menelaah defenisi dari falsafah banyak sekali pandangan FALSAFAH DALAM
PENDIDIKAN Artikel Jurnal:
mengikut ahli-ahli yang mengungkapkan defenisi berbeza-beza.
Analytic Teaching and
Dalam perbincangan ini penulis cuba menelaah Perbandingan
Philosophical Practice Vol. 29 No
Falsafah Pendidikan Ke Arah Pembentukan Intelek Pelajar 1. Taj...
Daripada Perspektif Barat Dan Islam. Perbincangan ini merujuk
kepada defenisi falsafah umum dan Islam, tujuan umum falsafah
pendidikan kebangsaan daripada aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek, dan sosial. Dalam perbincangan ini penulis
memfokuskan daripada aspek intelek, bagaimana perbandingan
falsafah pendidikan baik persamaan maupun perbezaan
daripada perspektif Barat dan Islam.

2. DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN UMUM


Terdapat ramai ahli falsafah yang cuba mendefenisikan falsafah
pendidikan yang mana kesemuanya menuju kepada satu
pengertian. Antara defenisi-defenisi yang dibuat dapat dijelaskan
sebagai berikut :
Menurut Gerry Page dan J.B. Thomas, menurut beliau, falsafah
pendidikan adalah ‘branch of education studies which elaborates
educational objectives and values. In the last century emphasis
has changed from a study of educational and philoshophical
writings to analytical study of educational problem, thought and
practice.’ Menurut Educational Encyclopedia (London), falsafah
pendidikan didefenisikan sebagai sama dengan falsafah
daripada proses pendidikan atau falsafah daripada disiplin
pendidikan. Falsafah pendidikan adalah suatu perkara yang
praktik, yang berkait dengan soal pendidikan. Falsafah
pendidikan adalah suatu kepercayaan, pegangan dan prinsip am
yang membincangkan berbagai hal berkenaan pendidikan dan
pengajaran disekolah.
Berdasarkan defenisi tersebut dapat disimpulkan bahawa dalam
segi sejarah, falsafah pendidikan mengambil bentuk yang
pertama di atas, tetapi diakibatkan oleh pengaruh falsafah
analisa ianya mengambil bentuk kedua di atas. Dalam bentuk
pertama falsafah pendidikan dikembangkan oleh tokoh-tokoh
seperti Aristotle, Augustine, Lock dan sebagainya. Sebahagian
daripada sistem falsafah mereka berdasarkan konsep-konsep
metafizik, etika, politik, dan epistimologi masing-masing dizaman
mereka.
Secara amnya falsafah pendidikan adalah falsafah yang
mendekati falsafah hidup yang memberatkan pendidikan.
Falsafah pendidikan lebih mementingkan tujuan dan matlamat
pendidikan suatu masyarakat atau bangsa itu. Falsafah
pendidikan lebih mementingkan peraturan, penyampaian,
pentaksiran, dan pemadangan praktikal ilmu pengetahuan serta
pengalaman yang bersangkutan dengan pendidikan.

 DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN

3. DEFENISI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Dalam mengemukakan defenisi falsafah pendidikan Islam yang
bersumberkan falsafah hidup Islam berasaskan al-Quran dan as-
Sunnah. Segala permasalahan mesti diperhubungkan dengan
al-Quran dan as-Sunnah.
Menurut Hasan Langgulung (1986), falsafah pendidikan Islam
ialah falsafah yang menentukan tujuan akhir, maksud, objektif,
nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh
falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan.
Al-Syaibani (1978) pula menjelaskan bahawa falsafah
pendidikan Islam yang mencanangkan dengan hikmah untuk
menjadikan prose pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu
bangsa. Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan warga
Negara umumnya supaya beriman kepada Allah dan kepada
apa yang diwahyukan oleh-Nya. Imam Barnadib (1987) falsafah
pendidikan Islam ialah ilmu pendidikan yang bersendikan
falsafah atau falsafah yang diterapkan dalam usaha pemikiran
dan pemecahan mengenai masalah pendidikan.
Kesimpulannya, falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang
bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip
Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah pedidikan Islam
menentukan tujuan akhir, maksud, matlamat, nilai dan cita-cita
yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam
dan dilaksanakan melalui proses pendidikan.

4. TUJUAN UMUM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996) iaitu : Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
telah dihuraikan di atas, maka matlamat pendidikan Negara ialah
melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi
warga Negara Malaysia yang baik. Matlamat pendidikan
kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut :
1) Percaya dan patuh kepada Tuhan
2) Berakhlak mulia
3) Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
negara
4) Memilik sahsiah yang seimbang daan sepadu
5) Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
Selain daripada perkembangan pontensi individu secara
menyeluruh dan seimbang, diharapkan juga melalui proses
pendidikan, malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya
seperti :
1) Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh
memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara.
2) Melahirkan rakyat yang progresif mahir serta cekap.
3) Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima
serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi
mengikut perlembagaan.
4) Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta
kepada negara.
5) Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan
prinsip-prinsip rukun Negara, dan bersikap toleransi demi
terwujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.
6) Mengurangi jurang perbezaan di antara kaum dengan
membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada
golongan yang kurang berada.

 PERBANDINGAN PEMIKIRAN AL
GHAZALI DAN MISKAWAIH DALAM ASPEK
INTELEK

5. PERBINCANGAN ASPEK INTELEK


a. Pengertian Intelek
Perbincangan yang dijelaskan dalan aspek intelek yang
mencakupi pengertian dan bagaimana pengetahuan bisa
berpengaruh dalam pengembangan intelek pelajar. Intelek dapat
diertikan ialah daya atau proses pemikiran yang lebih tinggi yang
berkenaan dengan pengetahuan, daya akal budi, dan
kecerdasan berpikir. Intelek dapat diertikan dengan terang akal,
penalaran, cerdas, encer dan cemerlang.
Secara umumnya kecerdasan intelek adalah kecerdasan otak
atau merujuk kepada kemampuan otak berpikir, memahami dan
mentasirkan. Contoh pelajar mengalami masalah dengan
belajarnya. Jadi mengaitkan kecerdasan intelek membantu
pelajar menyelesaikan masalah itu dengan memikirkan masalah
itu secara kritis dan kreatif, mendalami pemahaman masalah itu
supaya dapat mencari langkah terbaik bagi menyelesaikan
masalahnya. Mereka yang mempunyai pemikiran itu mempunyai
kecerdasan intelek yang tinggi.

b. Pengetahuan (Intelek) dalam Perpektif Islam


Dalam Islam ilmu berasal dari Tuhan dan diperoleh melalui
indera yang sehat, berita yang benar (khabar shadiq) berdasar
otoritas, akal sehat, dan intuisi. Akal sehat adalah pemikiran
yang berfungsi secara harmonis dan tidak bertentangan. Akal
(intelek) adalah substansi spiritual yang inheren dengan organ
spiritual yang kita sebut hati, yang berfungsi menerima
pengetahuan intuitif. Dengan demikian akal dan intuisi saling
berhubungan. Berbeza dengan yang dipahami dalam peradaban
Barat, intuisi bukan sekedar pemahaman langsung oleh subjek
tentang dirinya, kesadarannya dalam diri dan dirinya dunia luar
(external world) yang universal, nilai-nilai, dan kebenaran
rasional.
Sedangkan berita yang benar (khabar shadiq) terbagi menjadi
dua jenis:
Pertama jenis otoritas ialah mutlak. Otoritas juga terdapat
tingkatan, tingkatan tertinggi ialah Al-Quran dan Sunnah Nabi
saw. Otoritas ini menunjukkan bahawa keduanya bukan hanya
menjelaskan kebenaran tapi keduanya adalah kebenaran itu
sendiri yang merupakan representasi otoritas berdasar tingkatan
tertinggi intelektualitas, penerapan spiritual dan pengalaman
transendental, sehingga keduanya tidak bisa direduksi pada
tingkatan rasio dan pengalaman normal manusia.
Berita kedua iaitu yang dibawa oleh orang banyak yang
memustahilkan terjadinya kebohongan (khabar mutawatir) dan
berita yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Pengetahuan ini
memasukkan kesepakatan ulama, ilmuwan, dan orang-orang
terpelajar yang didapat dengan metode-metode rasional dan
eksperimen.
Konsep Pengetahuan Menurut Al-Kindi
Menurut al-Kindi falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang yang
benar (knowledge of truth). Konsepsi falsafah al-Kindi secara
umum memusatkan pada penjelasan tentang metafisika dan
studi tentang kebenaran. Pencapaian kebenaran menurut al-
Kindi ialah dengan falsafah. Oleh sebab itu, ilmu falsafah
menurut al-Kindi ialah ilmu yang paling mulya. Ia mengatakan:”
Sesunggunghnya ilmu manusia yang derajatnya paling mulya
adalah ilmu filosof. Dengan ilmu ini hakikat ilmu didefinisikan,
dan tujuan filosof memperlajari falsafah ialah mengetahui Al-Haq
(Allah)” . Sedangkan ilmu falsafah yang paling mulya dan paling
tinggi derajatnya adalah Falsafah yang Pertama (Falsafah al-
‘Ula). Yakni ilmu tentang al-Haq al- ‘Ula yang menjadi sebab
segala sesuatu (‘illah kulli syai’) yang tidak lain adalah Tuhan
Allah SWT.
Konsep Pengetahuan Menurut Al-Farabi
Mengikut beliau tujuan falsafah dan agama sama iaitu
mengetahui semua wujud. Hanya sahaja perbezaannya falsafah
memakai dalil-dalil yang yakin kepada golongan tertentu sedang
agama memaki car iqna’i (pemuasan perasaan) dan kiasan serta
gambaran ditujukan kepada semua orang, bangsa dan negara.
Beliau membahagi pengetahuan seperti yang dibuat oleh Al-
Kindi iaitu Pertama, falsafah An-Nadhariyyah (toerikal)
mengetahui sesuatu yang ada, dimana seseorang tidak perlu
mewujudkannya dalam perbuatan. Kedua, Falsafah Al-
Amaliyyah (praktikal) mengetahui sesuatu yang semestinya
diwujudkan dalam perbuatan dan yang menimbulkan kekuatan
untuk mengerjakan yang baik. Dalam pembahagian
pengetahuan beliau hanya menambah beberapa cabang ilmu
sepeti ilmu kalam dan ilmu fiqh.
Konsep Pengetahuan Menurut Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali amat menekankan konsep ilmu pengetahuan di
mana baginya ilmu pengetahuan ialah sesuatu yang paling mulia
yang dapat dicapai oleh manusia dalam kehidupan ini di
samping bertujuan untuk mencari hakikat kehidupan. Al-Ghazali
merumuskan bahawa pengetahuan-pengetahuan agama tidak
bisa diperoleh dengan akal pikiran, melainkan harus
berdasarkan hati dan rasa.
Untuk menimba ilmu pengetahuan, seseorang individu
seharusnya memiliki nilai kesabaran dalam diri. Menimba ilmu
pengetahuan melibatkan pelbagai proses seperti melakukan
pemerhatian, penyelidikan, pencerapan dan sebagainya.
Menuntut ilmu sememangnya memerlukan kesabaran. Sebagai
contohnya, Imam al-Ghazali menganggap bahawa setiap
peristiwa yang berlaku memberikan faedah dan meninggalkan
warna dalam dirinya ke arah mencintai dan merakusi ilmu
pengetahuan.
Ajaran yang kedua yang ditekankan oleh Imam Al-Ghazali
mengenai ilmu pengetahuan ialah ikhlas dan jujur dalam
menuntut ilmu pengetahuan. Menurutnya ilmu pengetahuan itu
sendiri merupakan suatu kelazatan, dan dituntut untuk tujuan
tersebut. Hal ini kerana individu seperti ini bukan sahaja memiliki
kecerdasan, kesedaran dari segi akal fikiran malah mempunyai
kesanggupan dan keikhlasan untuk mengamalkan perbuatan
yang memenuhi perintah-perintah agama.
Ajaran yang ketiga mengenai ilmu pengetahuan ialah
kesyukuran. Sebagai manusia seharusnya bersyukur kerana
dikurniakan kelebihan akal oleh Allah. Akal membezakan
manusia dengan makhluk Tuhan yang lain. Manusia dianggap
sebagai makhluk Tuhan yang hampir sempurna sifatnya dengan
adanya akal. Menurut Imam Al-Ghazali, antara penyebab
kemerosotan akal ialah akal tidak berada dalam tempat yang
sewajarnya. Keinginan nafsu melebihi akal fikiran yang waras
sehingga membuatkan manusia alpa untuk bersyukur.
Keempat ialah bersikap tamak dalam mencari ilmu. Sikap tamak
dalam mencari ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang baik di
mana kita dapat memperolehi ilmu pengetahuan melebihi orang
lain. Namun sikap tamak yang dipandang enteng oleh
masyarakat ialah setelah seseorang individu mendapatkan ilmu
dan akhirnya menjadi lupa daratan.
Kelima yang ditekankan oleh Imam Al-Ghazali mengenai ilmu
pengetahuan ialah ketekunan dalam menimba ilmu
pengetahuan. Untuk mencapai kejayaan, manusia tidak
seharusnya bergantung kepada nasib dan penerimaan ilmu
daripada orang lain semata-mata tetapi sebaliknya tekun dan
berdikari sendiri. Ilmu yang dicari bukanlah sekadar untuk
melengkapi diri dengan keperluan duniawi namun juga di
akhirat.
Mengikut sumber utama iaitu Al-Quran dan Al-Hadist serta
huraian tokoh-tokoh falsafah Islam tentang pengetahuan dapat
dikelompokkan bahwa jenis-jenis pengetahuan iaitu :
1. Pengetahuan Kewahyuan
Pengetahuan kewahyuan ialah kepunyaan Allah yang diturunkan
melalui malaikat untuk disampaikan kepada orang-orang tertentu
yang merupakan pesuruhnya. Pengetahuan ini mempunyai ciri-
ciri yang signifikan iaitu : bersumber dari wahyu, diberikan
kepada nabi dan rasul, kandungannya meliputi aspek dunia dan
akhirat. Contohnya al-Quran yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW.
2. Pengetahuan Kewibawaan
Pengetahuan ini ialah pengetahuan yang mempunyai sifat yang
boleh dijadikan contoh, ikutan atau disebut dengan istilah
teladan. Ciri-cirinya iaitu : sumbernya dari akal, wahyu sebagai
sokongannya, mempunyai sifat-sifat yang sempurna, teori yang
pasti dan nyata. Contohnya hadist Rasulullah, teori matematik
dan fizik.
3. Pengetahuan Keilhaman (intuitif)
Pengetahuan keilhaman ini merupakan pengetahuan yang
berkaitan dengan proses bagaimana perasaan boleh
menghasilkan ilham. Ciri dari pengetahuan ini iaitu : petunjuk
dari wahyu, dicerna oleh akal, diperoleh dengan hati dan
perasaan. Contohnya ketika melihat burung manusia terilhami
untuk mencipta alat penerbangan.
4. Pengetahuan Aqliyah (rasional)
Pengetahuan ini didapati dari kesusahan, kesulitan, dan
kerumitan berpikir dalam mengkaji sesuatu. Cirinya iaitu :
sumber dari akal, diperoleh dari sebab musabab, kajian saintifik.
Contohnya ilmu perubatan, pertukangan dan lain-lain.
5. Pengetahuan Empirikal
Pengetahuan yang didapati berdasarkan pengalaman
kerohanian dalam mencari kebenaran. Ciri-cirnya iaitu :
bersumber dari wahyu dan akal, diperoleh melalui panca indera.
Misalnya ilmu tasawuf, ilmu akhlak.
c. Pengetahuan (Intelek) dalam Perspektif Barat
Dalam sejarah falsafah Barat, sekurang-kurangnya terdapat
empat kecenderungan besar dalam menyikapi proses ilmiah,
yakni tentang sumber ilmu pengetahuan. Keempat aliran itu
adalah : rasionalisme, empirisisme, kritisisme, dan
intuisionisme.
Sumber pengetahuan mengikut rasionalisme pada abad ke-17
dan 18, seperti Rene Descartes, Baruch Spinoza, dan Gottfried
Leibniz. Walaupun sebenarnya akar dari pemikiran ini dapat
dilacak sampai falsafah Yunani. Paham ini berpendapat bahawa
pada hakikatnya ilmu itu bersumber dari akal budi manusia.
Dalam penjelasannya, Descartes mengatakan bahawa dalam
jiwa manusia terdapat ide bawaan (innate ideas) yang
dinamakan substansi yang sudah tertanam. Lebih lanjut
Descartes menyebut tiga hal yang disebut sebagai ide bawaan :
pemikiran, Tuhan, dan keluasan (ekstensi).
Mengikut aliran empirisisme yang menekankan pentingnya
pengalaman sebagai sarana pencapaian pengetahuan. Aliran ini
dipelopori oleh Francis Bacon. Puncak pemikiran aliran ini
terdapat pada pemikiran David Hume yang dalam karyanya A
Treatise of Human Nature. Buku ini ditulis oleh Hume ketika
usianya 26 tahun. Hume ingin memperkenalkan metode
eksperimental sebagai dasar menuju subjek-subjek moral.
mazhab ini, seperti yang dijelaskan oleh Hume, mengatakan
bahawa seluruh isi pemikiran manusia berasal dari pengalaman,
yang kemudian diistilahkan dengan persepsi. Persepsi,
kemudian, dibagi menjadi dua macam, yaitu kesan-kesan
(impressions) dan gagasan (ideas). Yang pertama adalah
persepsi yang masuk melalui akal budi, secara langsung,
sifatnya kuat dan hidup. Yang kedua adalah persepsi yang berisi
gambaran kabur tentang kesan-kesan.
Aliran ketiga ialah kritisisme yang merupakan usaha untuk
menyintesiskan dua aliran ekstrim sebelumnya, rasionalisme
dan empirisisme. Tokoh utama aliran ini adalah Immanuel Kant.
Pemikiran yang disampaikan oleh Kant berusaha untuk
mengakhiri perdebatan yang terjadi tentang objektivitas
pengetahuan antara rasionalisme Jerman, yang diwakili Leibniz
dan Wolff, dan Empirisisme Inggris. Dalam usahanya, Kant
berusaha menunjukkan unsur mana sahaja dalam pikiran
manusia yang berasal dari pengalaman dan unsur mana yang
berasal dari akal. Berbeda dengan aliran falsafah sebelumnya
yang memusatkan perhatian pada objek penelitian, Kant
mengawali falsafahnya dengan memikirkan manusia sebagai
subjek yang berpikir. Dengan demikian fokus perhatian Kant
adalah pada penyelidikan rasio manusia dan batas-batasnya.
Keempat yakni intuisionisme. Aliran ini dimulai oleh Henry
Bergson. Jika ketiga aliran sebelumnya menekankan pentingnya
akal dalam mencapai pengetahuan, aliran ini justru
mementingkan intuisi. Penekanan terhadap intuisi ini tidak
berarti bahawa mereka menafikan sama sekali peran akal dan
indera. Mazhab ini menyatakan bahawa pengetahuan yang
diperoleh melalui penghayatan langsung lebih superior dan
sempurna. Secara epistemologis, pengetahuan melalui intuisi ini
diperoleh melalui perasaan langsung (zawq) mengenai hakikat
sebuah objek, bukan aspek lahiriah dari objek itu. Henry
Bergson membagi pengetahuan menjadi dua macam :
pengetahuan mengenai (knowledge about) dan pengetahuan
tentang (knowledge of). Yang pertama bersifat diskursif-simbolis,
sementara yang kedua bersifat langsung.
Huraian tokoh-tokoh falsafah Barat sejak masa Yunani telah
menekankan akal budi dan pemikiran yang rasional sebagai
pusat kodrat manusia. Tujuan utama berfalsafah adalah menjadi
bijaksana dan menghayati kehidupan, dan untuk itu
pengetahuan harus disertai dengan moralitas. Pengetahuan
dalam falsafah Barat dapat dikelompokan sebagai berikut :
1. Pengetahuan Rasional
Pengetahuan rasional ialah pengetahuan yang diperolehi dari
penaakulan semata-mata dan tidak berdasarkan pemerhatian
mengenai perkara tersebut dalam keadaan sebenar.
Pengetahuan rasional mempunyai batasan-batasannya sendiri,
kerana pada hakikatnya pengetahuan rasional adalah abstrak
dan formal. Pengetahuan rasional ini mempunyai ciri-ciri iaitu :
bersumber dari akal, diperoleh dari sebab musabab. Misalnya
seorang hakim harus berpikir rasional dalam memutuskan suatu
perkara.
/>2. Pengetahuan Empiris
Pengetahuan empiris ialah pengetahuan yang ditetapkan dari
bukti-bukti yang diperolehi oleh deria. Dengan kata lain manusia
membentuk konsepsi mengenai dunia sekelilingnya dengan cara
melihat, mendengar, menghidu, merasa, dan menyentuh. Ciri
dari empiris ialah : bersumber dari akal, diperoleh dari panca
indera. Contohnya ilmu alam, sejarah, ilmu hisab dan beberapa
pengetahuan yang lain.
3. Pengetahuan Pragmatik
Pengetahuan pragmatik ialah pengetahuan yang dilahirkan
dengan cara perhubungan antara manusia dengan
persekitarannya, dan kebenaran itu adalah sifat pengetahuan.
John Dewey berpendapat bahawa sesuatu idea itu dapat
dikatakan benar hanya jika idea tersebut membawa akibat yang
memuaskan apabila di uji secara objektif dan jika idea tersebut
dapat diuji secara saintifik. Ciri-ciri dari pragmatik ialah :
bersumber dari akal, diperoleh melalui kajian saitifik, teori
sebagai alat pengkajian. Misalnya seseorang berjalan dihutan
dan tersesat, cara menyelesaikan situasi ini ialah memikirkan
dimanakah kedudukan matahari, arah dimana ia berjalan dan
apakah pengetahuan berkaitan muka bumi yang perlu dipikirkan.
4. Pengetahuan Intuisi
Pengetahuan intuisi menyatakan bahawa pengetahuan yang
diperoleh melalui penghayatan langsung lebih superior dan
sempurna. Secara epistemologis, pengetahuan melalui intuisi ini
diperoleh melalui perasaan langsung (zawq) mengenai hakikat
sebuah objek, bukan aspek lahiriah dari objek itu.

 PERBANDINGAN KONSEP
PENGAJARAN PEMBELAJARAN DAN
PENILAIAN TIMUR DAN BARAT

6. PERBANDINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH


PEMBENTUKAN INTELEK PELAJAR DARIPADA PERSPEKTIF
BARAT DAN ISLAM
a. Aspek Persamaan
1) Memandang ke hadapan dan meramalkan kaedah yang
sesuai dengan pendidikan semasa.
2) Matlamatnya sama-sama untuk melahirkan insan yang baik,
berakhlak dan harmonis.
3) Sama-sama menelaah melalui pemikiran rasional (akal),
penyelidikan yang mendalam dan kaedah yang sistematik bagi
menyelesaikan masalah.

b. Aspek Perbezaan
Kajian Perbezaan Pandangan Barat Pandangan Islam
Defenisi Falsafah falsafah yang mendekati falsafah hidup
yang memberatkan pendidikan.
Falsafah pendidikan lebih mementingkan tujuan dan
matlamat pendidikan suatu masyarakat atau bangsa itu.
Falsafah pendidikan lebih mementingkan peraturan,
penyampaian, pentaksiran, dan pemadangan praktikal ilmu
pengetahuan serta pengalaman yang bersangkutan dengan
pendidikan. falsafah yang bersumberkan falsafah hidup
Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang
pendidikan.
Falsafah pendidikan Islam menentukan tujuan akhir,
maksud, matlamat, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan
terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan
melalui proses pendidikan.
Sumber Intelek Bersumber dari akal dan pengalaman.
Bersumber dari Al-Quran dan Al-Hadist serta melalui
metode-metode rasional dan eksperimen.
Asas Intelek Berasaskan pemikiran, penyelidikan dan
pengalaman yang terbatas dan berubah dari masa ke masa.
Berasaskan Al-Quran dan Al-Hadist dengan pentafsiran
pemikiran, penyelidikan dan pengalaman menyeluruh dari masa
ke masa.
Penekanan aspek intelek luaran dalam pendidikan
aspek intelek dalam(spiritual) dan luaran(deria) dalam
pendidikan
Rumusan Melalui rasional, empiris, pragmatik dan intuisi.
ada yang berkait erat dan ada yang tidak berkait erat.
Intelek (akal) tidak berhubungan dengan intuisi.
melalui wahyu, kewibawaan, keilhaman, aqliyah(rasional), dan
empirikal.
Semua pengetahuan saling berkait erat.
Intelek (akal) berhubungan dengan intuisi

7. ANALISIS KRITIS ASPEK INTELEK


Dalam mengembangkan intelek manusia mengikut falsafah
pendidikan Islam sangat sempurna, apabila mengikuti pedoman
Al-Quran dan Al-Hadist serta melalui metode-metode rasional
dan eksperimen. Sedangkan pengembangan melalui pandangan
barat terbatas. Tetapi kenapa Barat lebih berkembang daripada
Islam? Penulis menganalisa bahawa ini terjadi kerana Islam
mempunyai konsep secara menyeluruh, gagasan yang besar
yang tidak dikembangkan dan tidak dikaji secara berterusan dari
masa ke masa. Lain hal dengan Barat, mereka memilik suatu
konsep kemudian dikembangkan dengan baik dari masa ke
masa sehingga muncul ide-ide yang baharu demi peningkatan
pendidikan.
Beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan
pengembangan intelek pelajar. Cadangan yang telah dikenal
pasti ialah:
a. Para guru perlulah memahami falsafah pendidikan dan
mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi kelebihan-
kelebihan yang terdapat pada setiap dimensi intelek pelajar.
Oleh sebab intelektual merupakan satu sifat yang boleh dipupuk
dan dikembangkan, guru perlu ada pengetahuan tentang
kelebihan intelek pelajar agar dapat membantu meningkatkan
intelektual pelajarnya.
b. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang
strategi mengembangkan intelektualnya dengan cara
meningkatkan membaca, menulis, bercakap supaya mempunyai
keupayaan berpikir kritis dan kreatif. Membantu pelajar
mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pada dirinya.
c. Ibu bapa adalah berperanan penting dalam menentukan
proses perkembangan intelek pelajar menjadi sempurna.
Kesedaran ibu bapa terhadap kecerdasan intelek anak-anak
mereka akan dapat membantu meningkatkan tahap kecerdasan
yang dimiliki.
d. Pelajar mestilah mengembangkan pengetahuan inteleknya
secara individu melalui membaca, menulis, mendengar agar
dapat berpikir kritis dan kreatif dalam melihat perkembangan
pendidikan semasa.
 RUMUSAN FALSAFAH PENDIDIKAN
ISLAM

8. RUMUSAN
Hasil daripada perbincangan ini dapat dirumuskan beberapa hal
penting iaitu :
1) Falsafah pendidikan Barat dan Islam mempunyai beberapa
kesamaan dan perbezaan dari aspek intelek.
2) Mengikut falsafah pendidikan Barat dan Islam bahawa
pengembangan intelek pelajar sangat dibutuhkan untuk
membina intelektualnya secara berterusan.
3) Falsafah pendidikan kebangsaan merupakan perpaduan
antara falsafah pendidikan Barat dan Islam dalam mewujudkan
matlamat pendidikan.
4) Falsafah pendidikan (akal) intelek dapat berkembang
dengan baik mestilah setiap individu secara sedar
mengembangkan potensi diri kendiri.

9. RUJUKAN
1. Ahmad Fuad Al-Ahwani, (1997), Filsafat Islam, Pustaka
Firdaus : Jakarta p. 81
2. A Hanafi, (1996), Pengantar Filsafat Islam, Bulan Bintang,
Jakarta.
3. Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah
Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., Pahang.
4. Abdul Khodir, (2007), Filsafat Pendidikan Islam, Gama
Media Offset, Yogyakarta.
5. http://artikata.com/arti-330873-intelek.html
6. Hasan Langgulung (1997), Pengenalan Tamadun Islam
dalam Pendidikan, Dewab Bahasa dan Pustaka.
7. K. Bertens, Ringkasan Sejarah Filsafat, (Yogyakarta :
Kanisius, 2001)
8. Mohd. Azhar Abdul Hamid, (2007), Meningkatkan Daya
Fikir, BS Print Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
9. Mohammad Muslih, (2004), Filsafat Ilmu, Belukar,
Yogyakarta.
10. Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, t.th, Mau’izah Al-
Mu’minin min Ihya’ Ulum al-Din, t.tp: Maktabah Misr.
11. Muhammad Abdul Hadi Abu Zaidah, (1950), Rasa’il al-
Kindi al-Falsafiyah, (Dar al-Fikr al-‘Arabiy.
12. Mok Soon Sang, (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum
dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd., Puchong.
13. Sharuddin Noraziah, (2002), Forum Memori Korporat UTM,
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
14. Syarifah Alwiah Alsagoff, (1984), Falsafah Pendidikan,
Heinemann Asia, Kuala Lumpur.
15. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, (2001) Prolegomena to
the Metaphysics of Islam. ISTAC, Kuala Lumpur.
16. Tajul Arifin Noordin, (1993), Perpektif Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementrian Pendidikan Malaysia.
17. Tim Redaksi Driyarkara, (1993), Jelajah Hakikat Pemikiran
Timur. Gramedia Pustaka Utama, Jakarta.

Share on Share on Share on


Facebook Twitter Google+

Share on Subscribe to receive free email updates:


LinkedIn

Your email address...

Subscribe

RELATED POSTS :

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT REKONTRUKTIVISME


Normal 0 false false false IN X-NONE X-NONE …
Read More...

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR DAN TOKOHNYA


Normal 0 false false false IN X-NONE X-NONE …
Read More...

PERBANDINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM


PERBANDINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KE
ARAH PEMBENTUKAN INTELEK PELAJAR
DARIPADA PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM OLEH
: ZULFAHMI 1. … Read More...

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN


BARAT DAN TIMUR
Normal 0 false false false IN X-NONE X-NONE … Read More...

CONTOH SKRIPSI ANALISIS KONSEP DAN FALSAFAH IQRA


DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI IAIN AR-RANIRY
Normal 0 false false false IN X-NONE X-NONE …
Read More...

0 comments Sort by Newest

Add a comment...

Facebook Comments Plugin

0 Response to "PERBANDINGAN FALSAFAH


PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM"

Agar dapat memberikan komentar, klik tombol di bawah


untuk login dengan Google.

LOGIN DENGAN GOOGLE


Posting Lebih Baru Beranda Posting Lama

MS GLOW LUMINOUS

BELI SEKARANG

Copyright 2016 Ilmu Falsafah All Rights Reserved Powered by Blogger

Anda mungkin juga menyukai