Anda di halaman 1dari 11

DIPLOMA SAINS PERUBATAN DAN KESIHATAN

HBS 1062

SAINS TINGKAH LAKU

SEMESTER 1 BATCH 24 / TAHUN 1

TAJUK TUGASAN : INGATAN DAN KESEDARAN

NAMA PENSYARAH: EN. AHMAD ZAHRULLAIL

NAMA :
NAMA NO. MATRIK
FARAH FARZANA BINTI REZALMAN DMHS_00032
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA


SURAT

1. KESEDARAN
I. DEFINISI KESEDARAN 1-2
II. KEADAAN BERJAGA DAN TAHAP-
TAHAP KESEDARAN
III. KEADAAN TIDAK BERJAGA (TIDUR
DAN MIMPI)

2. INGATAN
I. DEFINISI INGATAN 3-4
II. JENIS INGATAN

3. KELUPAAN

I. DEFINISI KELUPAAN 5-7


II. JENIS KELUPAAN
III. FAKTOR KELUPAAN

4. CARA TINGKAT INGATAN UNTUK 8-9


MENGELAKKAN KELUPAAN

5. PENUTUP 9
KESEDARAN

DEFINISI KESEDARAN

Setiap individu mempunyai sikap kesedaran dalam diri masing-masing. Kesedaran


bermaksud suatu keadaan atau situasi pertukaran aliran pengalaman masa kini
yang melibatkan persepsi, perasaan, sensasi bayangan dan pendapat. Ia juga
berkait rapat dengan keadaan sedar terhadap peristiwa dan pengalaman luaran dan
dalaman yang berlaku. Kesedaran mempunyai keupayaan memproses dan
memahami memahami ransangan tersebut, dapat bertindak ke atasnya. Tambahan
pula, ia merupakan suatu proses pemikiran, bahasa, perhatian serta perhubungan
peribadi yg beroperasi dalam keadaan sedar. Tanpa kesedaran, semua individu tidak
dapat menjalankan kehidupan seharian.

KEADAAN BERJAGA DAN TAHAP-TAHAP KESEDARAN

Kesedaran itu boleh terjadi setiap waktu seperti waktu berjaga dan tidak berjaga.
Keadaan berjaga ialah keadaan sedar yang di mana seseorang individu tersebut
sedar kepada perbualan, tindakan, fikiran dan persepsi ketika itu. Keadaan sedar
juga bermaksud keadaan dimana sebarang perubahan yang berlaku di sekitar
individu yang boleh menyebabkan kesan dan pengaruh yang besar kepada
perhatian dan keadaan diri seseorang. Terdapat beberapa tahap kesedaran yang
boleh kita perhatikan. Antaranya ialah zon sedar, prasedar dan tidak sedar. Zon
sedar merupakan sebahagian kecil dari pemikiran manusia tidak semua perkara
dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia dan segelintir sahaja yang dapat
dicerap. Selain itu, zon pra sedar di mana semua data yang terdapat dalam memori
manusia tersimpan di zon ini. Sebagai ringkasnya, data yang tidak diberi
penumpuan atau tidak lagi menjadi tumpuan akan disimpan dan data serta memori
boleh diperoleh kembali melalui proses ingatan semula (retrieve). Akhir sekali, zon
tidar sedar di mana hampir semua hasil pemikiran manusia disimpan di zon ini. Pada
zon ini, amat sukar data untuk diperolehi semula kerana terletak jauh dari
permukaan sedar. Zon ini sering berlaku dipengaruhi oleh perlakuan manusia
melalui mannerism atau tersasul percakapan.
KEADAAN TIDAK BERJAGA (TIDUR DAN MIMPI)
Keadaan tidak sedar sering berlaku apabila individu mengalami tidur dan mimpi.
Setiap individu akan menghabiskan masa selama tujuh ke lapan jam untuk tidur.
Tanpa tidur, seseorang individu akan bersikap agresif, lesu dan sering kali
mengalami halusinasi. Tahap tidur terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama
ialah tahap memasuki tidur. Tahap ini juga dikenali sebagai tidur ayam atau tidur
ringan. Pada tahap ini, seseorang individu akan menunjukkan tanda-tanda rasa
mengantuk pada beberapa minit sebelum tidur. Individu tersebut tidak akan
menyedari bahawa mereka telah tidur dan mereka mudah untuk dikejutkan.

Tahap kedua ialah menuju tidur pulas. Individu tersebut sudah nyenyak tidur dan
sukar untuk dikejutkan ttp masih berinteraksi dengan bunyi bising dan cahaya. Pada
tahap tidur kedua ini juga, denyut jantung dan pernapasan kamu akan mula lambat
dan menjadi teratur serta suhu tubuh menurun. Tahap ketiga ialah tahap tidur pulas
yang di mana seseorang individu akan jadi kurang responsif dan suara yang
didengari di sekitar mungkin akan gagal untuk menghasilkan respon. Tambahan
pula, tidak ada gerakan mata dan aktivitas otot yang berlaku semasa tahap ini
berlaku. Maka, sukar untuk dikejutkan oleh rangsangan semulajadi lain seperti bising
dan Cahaya. Seterusnya, tahap keempat ialah tidur bermimpi yang di mana
seseorang individu akan semakin sukar untuk dikejutkan.pada tahap ini, otak dan
sistem tubuh lainnya aktif bekerja dan otot-otot menjadi lebih relaks. Serta,
kebiasaanya mimpi biasanya terjadi pada fase tidur ini, Akan tetapi, tahap ini
berkurangan apabila berlaku peningkatan usia dan kebanyakkan.
INGATAN

DEFINISI INGATAN

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah


dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam
situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya. Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan
sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan
sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya. Manakala
mengikut pandangan Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan
maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Dari
segi pandangan Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan
maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan.
Menurut Psikologi kognitif, Ingatan bermaksud proses mental merakam pengalaman
yang bermakna, disusuli dengan menyimpannya dalam mental dan seterusnya
mengeluarkan kembali pengalaman ini apa bila diperlukan untuk menyelesai
masaalah yang dihadapi. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan
manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak,
kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
JENIS INGATAN

Ingatan terbahagi kepada dua jenis iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka
panjang. Ingatan jangka pendek (short term memory) adalah proses yang
membolehkan maklumat diterima dan disimpan dalam tempoh yang singkat di
antara 30 saat sehingga 24 jam. Hal ini kerana kemampuan untuk menyimpan
maklumat ialah terhad. Tidak semua maklumat boleh disimpan dalam minda
seseorang. Sesetengan maklumatan yang tersimpan dalam inatan jangka pendek
akan tersimpan ke ingatan jangka panjang. Manakala, maklumat yang masih
tersimpan di sistem ingatan jangka pendek akan terpadam dan hilang begitu sahaja.

Ingatan jangka panjang (long term memory) bermaksud ingatan terhadap sesuatu
maklumat disimpan dalam tempoh yang lama. Hakikatya, setiap maklumat yang
tersimpan dalam sistem ini adalah kekal sehingga akhir hayat seseorang, tetapi
bergantung kepada daya keupayaan seseorang itu untuk mengingat semula
maklumat tersebut daripada gudang ingatan. Ingatan jangka panjang memiliki
kapasitas yang jauh lebih besar dan berisi hal seperti fakta, ingatan pribadi dan lain-
lain. Maklumat ini akan disimpan untuk selama-lamanya. Apabila maklumat ini
diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan persoalan, maka maklumat
tersebut akan hadir dan tiba di minda tanpa sedar untuk digunakan
KELUPAAN

DEFINISI KELUPAAN

Semua individu sering mengalami kelupaan dalam kehidupan. Kelupaan berlaku


pada semua individu tidak kira umur dan jantina. Akan tetapi, tidak semua yang
menyedarinya. Serta tidak semua perkara akan kita ingat setiap masa untuk masa
yang lama. Sebagai contoh, tidak semua mengingati perkara yang berlaku kepada
mereka sejak mereka lahir hingga sekarang. maka, persoalannya ialah apa yang
dimaksudkan dengan kelupaan.

Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat / mengeluarkan kembali sesuatu


pengalaman yg telah dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan
dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari. Menurut Eric
Erikson (1963), beliau berkata bahawa lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara
tertentu sahaja yang dilupai kerana ia tidak penting atau tidak berguna untuk
seseorang individu

JENIS-JENIS KELUPAAN

Jenis-jenis kelupaan yang ada ialah keusangan. Faktor keusangan akan


menyebabkan otak akan akan melupai maklumat yang disimpan dalam ingatan
jangka panjang. Keusangan berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan
jangka panjang digunakan / diingat kembali. Jika maklumat yang disimpan di dalam
ingatan jangka panjang tidak diaktifkan dan tidak digunakan, ia mudah dilupai dan
maklumat tersebut lebih senang hilang informasi. Selain itu, Gangguan yang berlaku
kepada maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Perkara ini sering
berlaku kepada pelajar dan murid-murid yang masih belajar. Contohnya, proses
pembelajaran yang baru mengganggu proses pembelajaran yang lama. Akhir sekali
ialah kelupaan yang disebabkan oleh gangguan emosi individu yang hendak
mengingat, tetapi mengalami gangguan kepada emosi sehingga mendesaknya untuk
melupakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang.
FAKTOR KELUPAAN

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang mengalami kelupaan.


Antaranya ialah faktor minat. Hal ini desebabkan oleh perkara yang tidak diminati
oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi
penumpuan 100% semasa guru mengajar. Sebagai contoh, kebanyakan murid-
murid tidak menyukai sesetengah mata Pelajaran di sekolah seperti matematik
tambahan sehingga segelintir daripada meraka gagal dalam peperiksaan. Tambahan
pula, mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yang telah
dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.

Selain itu, faktor perasaan takut dan bimbang. Sesetengah pelajar mempunayi sifat
ini dalam diri mereka semasa pembelajaran. Pelajar yang berperasaan takut dan
bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yang diajar oleh guru. Tambahan
pula, guru yang garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan
pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas. Kesannya, murid-murid dan
pelajar akan mula berasa takut untuk belajar dan sering takut jika meraka tersilap
dan melakukan kesalahan semasa belajar yang boleh menyebabkan murid hilang
keberanian. Seterusnya, faktor Peredaran masa yang di mana semakin lama jarak di
antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur
maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar. Kesannya, ingatan dan
maklumat yang tersimpan beransur lemah dan pengaburan berlaku dengan
peredaran masa yang lama,

Keusangan juga merupakan salah satu faktor kelupaan. Hal ini disebbkan oleh
Persekitaran yang berubah yang menyebabkan kesukaran untuk mengingat kembali
peristiwa atau pengalaman lama yang berkaitang dengan dirinya. Maklumat lama
yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai
digunakan di dalam persekitaran yg baru. Sebagai contoh, seorang pemuda balik ke
kampung halaman setelah sekian lama tidak pulang. Akan tetapi, dia mendapati
bahawa kampungnya sudah tidak sama seperti pada masa dahulu. Hal ini kerana
terdapat banyak perubahan di Kawasan kampungnya yang berkembang pesat
seperti pembinaan bangunan baru dan beberapa penambahan dan perubahan di
kampungnya. Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh
digunakan lagi.
Seterusnya, faktor pengalaman yang pahit. Sebagaian individu mahu mengelakkan
pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada
bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Dengan cara
ini, Maklumat ini akan tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak akan dingati ke
paras otak sedar manusia. Sebagai contoh, seseorang individu tidak mahu
mengenang semula kenangan pahit yang dialami seperti menghidap penyakit
berbahaya dan mengalami kes kemalangan yang mendatangkan trauma kepada
individu tersebut. Ia juga merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk
menyesuaikan diri kepada persekitarannya. Tambahan pula, murid-murid tidak
mempunyai masa yang cukup untuk mengingat. Perkara ini sering berlaku apabila
guru meminta jawapan dengan segera pada ketika itu, maka pelajar tidak dapat
menjawab soalan dengan betul. Hal ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak
memerlukan masa yang cukup ingat kembali sesuatu fakta. Kebiasaanya, perkara ini
sering kali berlaku semasa sesi pembelajaran dan ulangkaji.

Selanjutnya, murid mengalami gangguan proaktif & gangguan retroakti. Gangguan


proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru.
Manakala, gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak
difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru. Tidak
semua murid dapat memahami setiap perkara dalam pembelajaran yang dipelajari.
Tetapi guru akan mengajar pembelajaran yang baru kerana mahu menghabiskan
silibus pembelajaran untuk peperiksaan. Hal ini akan menyebabkan pelajar yang
ketinggalan akan mengalami kesukaran dan menyebabkan maklumat tersebut
menghilang tanpa penerangan yang mendalam. Akhir sekali, pelajar akan
menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yang perlu
diingati. Hal ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak
fakta/isi pembelajaran yg perlu diingati. Terutamanya apabila semasa murid-murid
cuba mengingati fakta dan tarikh penting dalam mata Pelajaran Sejarah. Kesannya,
fikiran murid-murid akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan. Dan
disebabkan itu, murid-murid akan menghadapi kesukaran semasa mengingati
semua data dan maklumat dan meningkatkan kerisauan dalam diri mereka.
CARA TINGKAT INGATAN UNTUK MENGELAK KELUPAAN

Terdapat pelbagai cara untuk tingkatkan ingatan untuk mengelakkankan berlaku


kelupaan yang berterusan. Antaranya, menggunakkan kaedah SQ3R iaitu Survey,
Question, Read, Recite and Review. Kaedah ini sering digunakan oleh murid-murid
dan pelajar yang sering belajar. Pertama, murid-murid boleh melakukan pembacaan
sepintas lalu untuk mendapatkan pandangan keseluruhan mengenai bab berkenaan.
Sebagai contoh, murid-murid boleh membaca sepintas lalu tentang tajuk dan bab
yang ingin dipelajari sebelum menunngu guru memasuki tajuk tersebut. Selain itu,
menyediakan soalan-soalan berkenaan maklumat yang ingin anda perolehi dari
pembacaan di bab itu. Dengan melakukan Teknik ini, murid-murid akan dapat
mengetahui maklumat-maklumat penting yang mungkin perlu difokuskan untuk
kegunaan peperiksaan yang akan datang. Kemudian, Murid-murid perlu membaca
bab berkenaan secara teliti dengan mencatit nota penting dan mencari dan
memikirkan hujah-hujah utama dan penting. Sebagai contoh, mencatit isi penting
yang berkemungkinan akan masuk dalam peperiksaan. Selepas itu, murid-murid
perlu membaca untuk mencari makna yang sebenar dari apa yang telah dibaca.
Gunakan kefahaman ini untuk menjawab soalan-soalan yang telah disediakan
diperingkat awal. Kaedah terakhir ialah membaca ringkasan bab berkenaan dan
baca bab berkenaan sekali lagi secara sepintas lalu dan buat perbandingan dengan
nota yang telah anda sediakan.

Kaedah lain ialah dengan menggunakan kaedah PQRST iaitu (Preview, Question,
Read, Self-Recitation and Test). Teknik preview di mana murid-murid dan pelajar
lihat tajuk utama sesuatu bab, seterusnya lihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka
untuk dijadikan gambaran isi penting keseluruhan bab. Selain itu, gunakan Teknik
menyoal drp rangka ini tersebut. Bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi
penting. Dengan cara ini, seseorang individu boleh menguatkan ingatan dan sesuatu
perkara dengan lebih baik. Setelah melakukan teknik tersebut, individu tersebut
boleh mula membaca maklumat yang terkandung dalam tajuk. Hal ini akan menjadi
lebih bermakna kerana setiap ayat yang dibaca dalam tajuk tersebut dapat
menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik. Hasilnya, individu akan dapat
mengetahui fokus-fokus and isi-isi penting yang terdapat pada sesuatu tajuk.
Selepas itu, mencatat/melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang
difahami. Individu boleh cuba mengingat semula perkara yang dibaca untuk menguji
tahap kekuatan ingatan. Individu boleh baca semula tanpa melihat nota yang telah
anda catatkan utk pastikan pemahaman dan ingatan suatu fakta adalah baik
dengan membuat penilaian kendiri. Terdapat pelbagai cara untuk menguji tahap
ingatan sendiri dengan membuat ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan atau
guna teknik soal jawab dengan bersama rakan. Dengan cara ini, ingatan anda akan
menjadi semakin kuat untuk mengelakkan berlaku kelupaan.

PENUTUP
Terdapat pelbagai perkara yang boleh dipelajari dalam topik ini. Setiap individu dan
masyarakat perlulah mempunyai kesedaran dalam diri masing masing. Selain itu,
semua Masyarakat perlulah mempunyai kekuatan ingatan agar tidak mengalami
kelupaan yang boleh menjejaskan prestasi individu dalam setiap aspek seperti di
tempat kerja, sekolah dan kehidupan peribadi dan seharian. Kebaikan jika
seseorang itu mempunyai ingatan yang kuat ialah mereka dapat mengingati
pelbagai perkara yang mereka perlu ingati agar membangunkan negara dan
melahirkan individu yang yang berkebolehan tinggi.

Anda mungkin juga menyukai