Anda di halaman 1dari 4

SK TO’ EMAN NYABOR

94650 KABONG
SARAWAK.

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM SAYANGI BUKU TEKS

2023
1. Laporan Aktiviti : Program Sayangi Buku Teks
2. Tarikh Aktiviti : 14 April 2023
3. Tempat : Dewan Sri To’ Eman Nyabor
4. Anjuran : Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks SKTEN
5. Objektif :
i. Memberi kesedaran tentang kepentingan buku teks dalam
kalangan murid.
ii. Menyemai rasa cintakan buku teks.
iii. Mengetahui dan memahami tentang cara-cara menjaga buku
teks.
iv. Mengetahui dan memahami tentang penggunaan buku teks.
v. Mendedahkan kepada ibubapa murid tentang kepentingan
penjagaan buku teks serta peraturan sekali.

6. Sasaran : 15 orang murid dan ibu bapa murid Tahun 1


7. Butiran Program : Program Sayangi Buku Teks adalah program tahunan Unit Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang diadakan saban tahun. Pada
tahun ini, program ini telah dijayakan pada 14 April 2023. Unit
SPBT mengambil inisiatif ini bagi memberi kesedaran kepada
murid-murid tentang kepentingan penjagaan buku teks.
khususnya murid Tahun 1 yang belum didedahkan lagi dengan
peraturan penjagaan buku teks sekolah.

8. Penilaian Program
8.1. Kekuatan Program
Program ini berbentuk taklimat yang dilaksanakan di hadapan murid Tahun
1. Dalam taklimat tersebut, Penolong Kanan HEM menerangkan piagam,
polisi peminjaman, peraturan peminjaman buku teks serta langkah-langkah
penjagaan buku teks. Taklimat sebegini memberikan impak yang baik kerana
pendedahan ini bukan sahaja kepada murid sahaja malah ibubapa turut
mengetahui tentang hal ehwal buku teks sekolah. Secara keseluruhan,
semua yang terlibat menjayakan program ini memberikan kerjasama yang
sangat baik sepanjang ia berlansung. Gambar-gambar sepanjang program
ini dijalankan ditunjukkan seperti dalam Lampiran A
8.2. Kelemahan Program
Taklimat ini hanya sekadar taklimat berbentuk lisan sahaja. Jika diselitkan
sekali dengan tayangan slide atau powerpoint, kemungkinan taklimat
tersebut lebih memberi pemahaman yang jelas kepada murid dan ibubapa

8.3. Penambahanbaikan Program


Untuk masa hadapan, program sebegini perlu diadakan setiap tahun
dan dimurnikan lagi dengan tayangan slide supaya pendedahan
maklumat buku teks lebih jelas dan efisyen terhadap murid dan ibubapa.

9. Penutup

Adalah diharapkan agar program ini memberi banyak manfaat kepada murid
tentang cara penjagaan dan penggunaan buku teks dengan betul. Program ini
tetapkan diteruskan untuk masa depan dengan penambahbaikan yang sesuai.

Disediakan oleh: Disahkan oleh;

………………………… ………………………………

(HAZURA BINTI BOM) (AMIN BIN SEBELI)

Penyelaras SPBT, Guru Besar

SK To’Eman Nyabor SK To’ Eman Nyabor

Disemak oleh; Tarikh : 17 APRIL 2023

…………………………

(NOOR HIDAYATI BINTI ABU SAMAT)

Penolong Kanan HEM,


SK To’ Eman Nyabor
Lampiran A
PROGRAM SAYANGI BUKU TEKS

Rajah 1 hingga 8: Murid Tahun 1 menerima buku teks yang diserahkan oleh Guru Besar.

Anda mungkin juga menyukai