Anda di halaman 1dari 1

Name : Nik Aisyah

Student ID : (2017210***)

Group : CS143_3A

Tajuk : Pembenihan awan

Pembenihan awan adalah proses bagi menghasilkan hujan berikutan cuaca panas, jerebu atau lain-
lain yang terdesak memerlukan hujan. Pembenihan awan hanya boleh dilakukan pada cuaca dan
keadaan awan yang sesuai sahaja. Hal ini kerana, suhu sangat mempengaruhi kandungan komposisi
awan. Selain itu, pembenihan awan sangat kompleks dan memerlukan kos yang sangat tinggi
sehingga mencecah ribuan ringgit.

Menurut sains pembenihan awan terjadi apabila garam semburan atau flare bertindak sebagai Cloud
Condensation Nuclei (CNN) iaitu bahan hygroscopic yang mempunyai keupayaan untuk menarik dan
menyerap wap air di atmosphere. Proses ini bertujuan untuk mempercepatkan pembentukan titisan
air daripada wap air sehingga mencapai saiz awan yang sesuai lalu turun ke bumi sebagai titisan air
hujan.

Manakala dari segi pandangan Islam pembenihan awan sama sekali tidak melanggar fitrah kejadian
alam kerana pembenihan awan mendatangkan banyak manfaat seumpana turunnya hujan. Allah
SWT berfirman “ Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta
alam.”(QS Al-Anbiya’:107). Antara manfaat pembenihan awan adalah dapat melembapkan tanah
dan menyuburkan tanaman yang kering kontang, menyejukkan bumi yang panas sekali gus
mengatasi kemarau, menigkatkan paras sumber air bersih untuk isi rumah dan membersihkan udara
daripada zarah terampai seperti asap dan debu yang membentuk jerebu.

Anda mungkin juga menyukai