Anda di halaman 1dari 19

PROJEK BERSKALA BESAR

PENGHASILAN FUNCTIONAL
MIX SOIL UNTUK
PERTANIAN BANDAR
ISI KANDUNGAN

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 1

2.0 PENGENALAN 2

2.1 OBJEKTIF 3

2.2 PERMASALAHAN / SITUASI / PERMINTAAN 4

2.3 RAKAN DAN SKOP KOLABORASI (HELIX) 5

3.0 IMPAK KEPADA KOMUNITI / NEGARA / UNIVERSITI 6

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN / METODOLOGI 7

4.1 LOKASI 8

4.2 KUMPULAN SASARAN 9

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN / KOS PELAKSANAAN PROJEK 11

6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA 13

7.0 PENUTUP 14

1
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Penyediaan kertas kerja ini adalah bertujuan mendapatkan kelulusan serta pembiayaan
kewangan bagi mengusahakan penghasilan tanah mix soil jenis amino acid untuk pertanian
bandar. Projek ini melibatkan kolaborasi di antara UiTM, syarikat Bolehjual Venture dan
pihak Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Tanah campuran yang dicadangkan adalah
campuran organik yang mempunyai nutrient yang lengkap berasaskan amino acid, activated
carbon, dan mikrob NPK. Tanah jenis ini mempunyai kapasiti permintaan yang sangat tinggi
dan dikatakan lebih sesuai terutamanya pertanian bandar kerana tanah campuran ini lengkap dengan
nutrient tidak perlu baja tambahan dan tidak menggunakan tinja haiwan yang menyebabkan bau dan lalat
yang kurang menyenangkan dan juga tidak suci untuk digunakan di Kawasan perumahan dan kegunaan
dalam rumah.

2
2.0 PENGENALAN

Tanah campuran berasaskan amino acid, dan inoculate biochar dengan mikrob NPK menjadi
pilihan berbanding tanah jenis yang lain kerana ia berfungsi sebagai biostimulants untuk
tumbuhan. Sebagai biostimulant, amino acid adalah bahan asas paling penting semua
kehidupan dan ia juga digunakan untuk tumbuhan bagi tumbesaran dan kesuburan. Amino
acid memainkan peranan dalam meningkatkan produktiviti tanaman, terutama dalam keadaan
tekanan abiotic dan biotic.
Fungsi ini bercampur dengan keupayaan biochar yang mempunyai kelebihan CEC (Cathion
Exchange Capacity) yang tinggi, dengan itu ia akan boleh mengumpul unsur unsur yang
diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup subur. Biochar juga adalah bersifat prebiotik iaitu
rumah bagi probiotik (mikrob NPK) yang dapat membantu penyuburan tanah. Dengan tanah
campuran ini petani terutamanya petani kebun bandar tidak lagi memerlukan baja tambahan
yang memberi implikasi yang besar terhadap kos operasi tanaman (seperti di Rajah 1).
Pelbagai jenis amino acid yang digunakan ke dalam pertanian terkini, jenis jenis menentukan
ciri apa yang hendak di tambah pada tanaman. Sebagai contoh amino acid jenis
Hydroxyproline berfungsi sebagai anti stress terhadap tanaman yang membuatkan pokok
boleh tanam dalam musim kemarau. Pelbagai jenis amino acid dan fungsi dinyatakan dalam
rajah 2.

Rajah 1: contoh amino acid sebagai biostimulant

3
Selain daripada amino acid, bahan bahan organik yang lain juga ditambah didalam mix soil
ini. Satu paket campuran tanah ini boleh memberikan sehingga 3 hingga 5 ciri tambahan
kepada tanaman. Permintaan terhadap tanah campuran juga memberangsangkan kerana
semakin ramai masyarakat bandar berminat untuk bercucuk tanam. Selain itu, tanah yang ada
di kawasan perumahan di bandar menggunakan tanah tambak yang mana ianya dipenuhi
dengan batu batu dan bahan buangan perumahan yang jelas tidak sesuai untuk pertanian.

4
Fungsi Amino acids Rujukan

Anti-Stress Hydroxyproline, Hayat et al. 2012. Plant Signal


Proline Behav. 7(11): 1456-1466.

Chelating agent Cysteine, Souri. 2016. Open Agriculture


Glutamine, 1:118-122.
Glycine,
Histidine, Lysine

Cold weather Alanine, Arginine Levitt. 2012. Science. Chilling,


resistance Freezing, and High
Temperature Stresses.

Plant Hydroxyproline, Mattioli et al. 2018 BMC Plant


development, Proline Biol. 18(1):356
pollen fertility

Growth Glutamine, Noroozlo et al. 2019. Open


stimulation Glycine Agric. 4:164-172

Auxin precursor Serine, Zhao. 2014. Arabidopsis Book


Tryptophan, 12:eO173
Valine

Chlorophyll Glutamic acid Gomez-Silva et al. 1985. Planta


precursor 165(1):12-22

Cell division Arginine Winter et al. 2015. Front Plant


Sci. 6:534.

Woody tissue Phenylalanine Bonner and Jensen. 1998. ACS


and lignin Symposium. Chpt 2.
formation

Ethylene Methionine Hanson and Kende. 1976. Plant


synthesis Physiol. 57:528-537.

Germination Asparagine, Desmaison and Tixier. 1986.


Arginine Plant Physiol. 81(2):692.

Hormone Methionine, http://6e.plantphys.net/


precursor Tryptophan app03.html

Viral resistance Alanine Zeier. 2013. Plant, Cell &


Environ. 35:2085-2103.

Rajah 2: jenis jenis amino acid dan kegunaan


5
Rajah 3: Tanah yang dicampur amino acid dan pelbagai bahan organik

MATLAMAT

Kertas kerja untuk menyokong kelestarian pengeluaran makanan yang tidak bergantung
kepada pertanian koventional. Bagi mengembangkan lagi sektor keusahawanan dan
seterusnya menjana pendapatan kepada pihak Universiti. Secara tidak langsung, ia dapat
mengangkat pertanian sebagai suatu perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan.
Kitaran pulangan yang bakal diterima oleh pengusaha adalah selepas 6 bulan pemprosesan.
Bagi pemprosesan tanah campuran ini jangkaan hasil yang akan dikeluarkan 10 tan sebulan
yang menyasarkan tanaman bandar yang sedang meningkat pada masa sekarang. Oleh kerana
kawasan tanah di hulu langat ini adalah kawasan tanah yang subur, maka ia adalah
bersesuaian bagi pemprosesan tanah campuran.

Projek ini akan dibangunkan dengan hasil kerjasama daripada Uitm, Kementerian
Pertanian, Bolehjual Venture, dan Grunchem sdn bhd. Syarikat Bolehjual Venture selaku
pakar rujuk untuk pemprosesan tanah campuran. Pemilihan Tuan Haji syah, pemilik syarikat
Bolehjual Venture adalah berasaskan pengalaman luas beliau dalam pemprosesan tanah
pertanian berskala besar dan nama beliau telah disyorkan oleh pihak Jabatan Pertanian
Malaysia sendiri. Bolehjual Venture berpengalaman menjual tanah pertanian melalui
platform online iaitu Tanahorganik.com. Grunchem merupakan syarikat berdaftar dibawah
Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar dalam menghasilkan produk berteknologi tinggi
yang digunakan dalam sector pertanian dan penternakan. Antara produk Grunchem adalah
makanan haiwan, acid amino, bypass fat, dan lain lain.

6
Berdasarkan kolaborasi dengan Kerajaan Negeri Selangor dan pihak JPM, diharap dapat
membantu dari segi pasaran bagi memulakan penjualan tanah campuran untuk pertanian
bandar ini. Melihat kepada potensi yang ditawarkan, pihak UiTM juga mampu memberi sinergi
dalam penghasilan tanah yang berprestasi tinggi pada harga yang kompentetif.

2.1 OBJEKTIF PROJEK

Berikut merupakan enam (6) tujuan projek pemprosesan tanah campuran:

i. Menyumbang kepada perkembangan program pertanian bandar untuk menghasilkan


makanan sendiri dan mengurangkan kos sara hidup harian.
ii. Menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, bersih, suci, dan halal supaya sesuai
digunakan dikawasan bandar seperti perumahan yang padat, dan dalam rumah
terutamanya kawasan dapur.
iii. Memberi ruang dan peluang kepada kakitangan Universiti yang berminat dalam
bidang pertanian menerusi penglibatan dalam bidang pengurusan dan pemprosesan
tanah campuran pertanian.
iv. Meningkatkan kecekapan proses melalui penggunaan mesin dalam penghasilan
tanah campuran berkualiti tinggi.
v. Meletakkan UiTM sebagai hab pembekal untuk tanaman bandar yang memberi
peluang kepada orang awam untuk bercucuk tanam dan dapat membantu petani
bandar dari segi kos operasi dan kualiti tanaman.
vi. Memperkukuhkan kelestarian ‘Greenation’@ UiTM dengan kepelbagaian tanaman
yang akan memberi keuntungan jangka panjang dan seterusnya memberi impak
yang berterusan khususnya dalam bidang pertanian
vii. Menampung keperluan projek pertanian di uitm yang terdiri daripada 32 kampus
seluruh negara bg memenuhi aspirasi kelestarian kampus yang sihat.

7
2.2 PERMASALAHAN

Kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya krisis makanan. Ia menjadi isu getir
yang dihadapi oleh kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk negara-negara Islam. Isu
krisis makanan ini bukan merupakan satu isu remeh yang perlu dibiarkan begitu sahaja kerana
ia merupakan isu yang berkaitan dengan sekuriti makanan manusia. Apa yang
membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia pada masa ini melibatkan bekalan
makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap
individu di dunia ini. Di samping itu, isu ini juga telah menyebabkan harga makanan dunia
meningkat secara mendadak. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa
Bersatu (FAO), lebih daripada 1.02 juta manusia berada dalam kelaparan di seluruh dunia pada
tahun 2009. Jumlah yang tinggi tersebut adalah disebabkan oleh harga makanan yang tinggi,
pendapatan yang rendah dan peningkatan kadar pengangguran. Semenjak pertanian bermula,
pengeluaran makanan telah bertambah beratus-ratus kali ganda. Dalam masa yang sama,
bilangan manusia turut bertambah yang memerlukan pertambahan

Pertanian bandar di Malaysia dimulakan dengan Rancangan Buku Hijau sebelum ditukar
kepada Kempen Bumi Hijau. Program Bumi Hijau telah diperkenalkan oleh kerajaan di bawah
Dasar Jaminan Bekalan Makanan untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan
berterusan. Projek Bumi Hijau telah dilancarkan pada tahun 2006.Program Bumi Hijau
bertujuan untuk membantu mengurangkan kos belanja isi rumah terutama melibatkan
pemberian sayur-sayuran. Projek Bumi Hijau memberi fokus di kawasan bandar dan desa
dengan menggalakkan penduduk bercucuk tanam dengan kombinasi yang sesuai ditanam
kegunaan sendiri dan selebihnya boleh diproses.

Masalah yang dihadapi oleh kebun bandar ialah kebersihan itu sendiri. Tanah yang berasaskan
tinja haiwan mempunyai bau yang kurang menyenangkan ini membantutkan mengamalan
tanaman dikawasan rumah mahupun dalam rumah. Penyebaran penyakit juga merupakan faktor
utama dalam masalah tanaman bandar kerana pelbagai bakteria dan penyakit yang boleh
didapati dalam tanah atau baja konvensional.

8
2.3 RAKAN DAN SKOP KOLABORASI

Tiga entiti besar akan terlibat dalam program ini iaitu, Uitm, Grunchem, dan Bolehjual
Venture. Syarikat Bolehjual Venture adalah syarikat yang mempunyai pengalaman yang
tinggi dalam indusrti pembekal barang pertanian berskala besar. Ini dibuktikan melalui rekod
penjualan tanah dan bahan asas pertanian di pelbagai media. Antara media yang giat dilakukan
oleh syarikat Bolehjual Venture ialah melalui laman sesawang (https://tanahorganik.com/).
Grunchem merupakan syarikat berdaftar dibawah Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar
dalam menghasilkan produk berteknologi tinggi yang digunakan dalam sector pertanian dan
penternakan. Antara produk Grunchem adalah makanan haiwan, acid amino, bypass fat, dan
lain lain.
Skop kolaborasi jelas akan dilaksanakan diantara ketiga tiga syarikat antaranya:
1) Uitm
a) koordinator projek
b) Menyediakan tempat kajian
c) Membuat analisis kajian
2) Grunchem sdn bhd
a) Menyewa peralatan
b) Menghasilkan acid amino
c) Menghasilkan Biochar
3) Bolehjual Venture
a) Memproseskan tanah campuran
b) Inoculate bakteria kedalam biochar
c) Mengunakan platform pemasaran yang sedia ada

9
3.0 IMPAK KEPADA KOMUNITI / NEGARA / UNIVERSITI

Impak program ini jelas akan dapat terhadap isu keselamatan makanan atau food security dalam
negara. Ini kerana dengan menyelesaikan masalah kebersihan dalam tanaman bandar rakyat
dapat mengamalkan konsep tanaman sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pasaran
sedia ada. Kos kehidupan seharian juga dapat dikurangkan sekiranya banyak masyarakat
menanam sendiri tanaman di rumah.
Negara juga dapat impak yang positif dengan pertumbuhan amalan tanaman bandar dengan
kurangnya kebergantungan untuk import sayuran dari negara luar. Apabila taraf hidup
masyarakat meningkat negara dapat meningkatkan ekonomi dalam negara.
Universiti dapat menjalankan peranan dengan memberi latihan dan sumbangan teknologi
kepada masyarakat. Ini sesuai dengan matlamat utama universiti iaitu memberi ilmu kepada
masyarakat.

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Kaedah penyediaan tanah campuran mempunyai 5 peringkat. Peringkat pertama iaitu


penghasilan bahan asas. Penghasilan bahan asas ini merangkumi dua proses iaitu penghasilan
acid amino dan penghasilan biochar. Peringkat kedua ialah pemprosesan inoculate kedalam
biochar. Peringkat ke tiga memproseskan tanah campuran. Peringkat ke empat ialah proses
pembungkusan dan proses terakhir ialah penjualan dari pelbagai medium.

10
Penghasilan Acid Amino Penghasilan Biochar

Innoculate Biochar Analisis

Campuran tanah

Pembungkusan

Penjualan

Rajah 4: Proses penghasilan tanah campuran

Rajah 5: Proses penghasilan amino acid

11
Rajah 6: Proses inoculation biochar

Rajah 7: Platform penjualan terkini oleh Bolehjual Venture

12
4.0 LOKASI PROJEK

Secara dasarnya, projek ini akan dilaksanakan di kawasan syarikat Bolehjual Venture di
Hulu langat Selangor. Kemudahan yang sedia ada dan dekat dengan sumber mentah
menjadikan Kawasan ini sesuai untuk dijadikan tapak pemprosesan.

13
10
5.0 KOS PELAKSANAAN PROJEK

Rancangan kewangan ini ialah untuk menunjukkan penggunaan wang di mana sebanyak RM430,000.00
sebagai kos tetap mesin, soft cost sebanyak RM425,000.00, dan kos operasi RM120,000.00 yang
ditunjukkan didalam aliran tunai. Jumlah keseluruhan kos untuk memulakan projek ini adalah
RM975,000.00

Total (RM)
Machine cost
Industrial Furnace 70,000
Filter machine 30,000
Mixing machine 50,000
Assembly line 80,000
Packaging machine 70,000
Dryer machine 100,000
Screener 30,000
total 430,000
Soft cost
Platform upgrade 30,000
consultation 80,000
analysis 50,000
Online ads 60,000
Packaging design 15,000
Rental 50,000
Awareness program 100,000
Postgraduate student 40,000
Total 425,000
Operation Cost
Raw material 80,000
Chemical 40,000
Total 120,000
GRAND TOTAL 975,000

11
5.0.1 Unjuran Kewangan hingga tahun 3

Dari analisa kewangan, cadangan projek ini berdaya maju dengan kadar pulangan pelaburan (ROI) yang

tinggi iaitu 100 % pada tahun yang pertama perniagaan. Untung bersih pada tahun ke 2 adalah

RM1,078,000.00 dan RM1,462,000.00 pada tahun ke 3 perniagaan. Ini menunjukan perniagaan tanah

campuran berdaya maju dan amat menguntungkan serta berdaya maju dari segi menaik taraf industri

pekebun bandar.

Ramalan Keuntungan untuk tiga Tahun (RM)


1,600,000.00
1,400,000.00
1,462,000.00
1,200,000.00
1,000,000.00
1,078,000.00
800,000.00
600,000.00
694,000.00
400,000.00
200,000.00
-
2022 2023 2024

Untung bersih sebelum cukai

12
13
7.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya projek ini diharap dapat meningkatkan keselamatan dengara


secara amnya seterusnya dapat menolong pengurangan kos sara hidup masyarakat tempatan .
Pendedahan harus dimulakan di peringkat Universiti dalam mempromosikan bidang pekebun
bandar sebagai jalan membantu dalam kos sara hidup seharian. Projek pemprosesan tanah
campuran ini secara tidak langsung turut mewujudkan pelbagai ruang dan peluang
khususnya dalam aspek keusahawanan dengan membuka peluang perniagaan serta insentif
kewangan berbentuk geran yang boleh dimanfaatkan oleh pihak Universiti. Selain itu,
kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dapat dimanfaatkan melalui pendedahan dalam
bidang kemahiran pertanian dan pengurusan ladang.

Adalah diharapkan melalui usaha ini akan mendapat sokongan dan kelulusan daripada
pihak pengurusan Universiti dan seterusnya memberi manfaat kepada warga kampus UiTM
dan masyarakat tempatan.

14

Anda mungkin juga menyukai