Anda di halaman 1dari 2

TAJUK: SEJAUHMANA PENTINGNYA TRANSFORMASI PENDIDIKAN UNTUK MEMBANTU KECICIRAN

MURID?

LANGKAH MENGATASI ISU KECICIRAN MURID

 Faktor minat dan motivasi murid


1. Tingkatkan minat murid
- Dalam mengatasi masalah keciciran pendidikan akibat daripada faktor pelajar itu
sendiri, peranan dari semua pihak amat penting untuk menangani isu ini dimana KPM
telah menganjurkan kempen dan karnival pendidikan untuk meningkatkan kesedaran
dan minat terhadap pelbagai aspek pembelajaran. Ini termasuk kempen-kempen seperti
Kempen Membaca, Kempen Gigi Sihat, dan Karnival Sains yang bertujuan untuk
menyampaikan maklumat penting kepada murid secara interaktif dan menarik. Menurut
sebuah artikel dalam Berita UPM pada 16 Mac 2022, Karnival Jom Sains yang diadakan
telah merangsang dan memupuk minat murid dengan pameran eksperimen sains dan
aktiviti interaktif yang menyeronokkan, membantu meningkatkan pemahaman mereka
tentang sains. Ini menunjukkan betapa pentingnya kempen dan karnival pendidikan
dalam memperkukuhkan minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran, sejurus
dapat meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

2. Tingkatkan motivasi murid


- Selain itu, sekolah juga turut mengadakan kempen-kempen motivasi yang mana
memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya pendidikan. Menurut
Nuradibah dan Hazlina (2016), pelajar yang termotivasi biasanya memiliki dorongan
yang kuat untuk tetap tertarik dengan apa yang disampaikan termasuklah untuk
mendapatkan pendidikan yang sempurna. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
(2019) juga telah melaksanakan kolaborasi dengan pelbagai pihak untuk melancarkan
program-program pendidikan demi mengurangkan masalah keciciran. Antaranya ialah,
Program Perantisan Industri Menengah (PIMA) dimana ini adalah program aliran
kemahiran di sekolah menengah yang dilaksanakan secara kolaboratif antara
kementerian pendidikan dan institusi industri atau latihan. Dengan demikian,
motivasi murid dalam pembelajaran dan kehadiran ke sekolah dapat ditingkatkan secara
signifikan, selanjutnya dapat mengurangkan kadar keciciran murid.
- Dalam mengatasi masalah keciciran pendidikan akibat daripada faktor pelajar itu
sendiri, peranan ibu bapa, guru dan sekolah amat penting. Ibu bapa berperanan untuk
memupuk personaliti anak-anak daripada sejak kecil lagi. Dalam masa yang sama, ibu
bapa boleh memberikan sokongan aktif dalam pembelajaran anak-anak mereka dengan
mengikuti kemajuan mereka di sekolah, membantu dengan melakukan kerja rumah yang
dibekalkan oleh guru, dan berbincang tentang matapelajaran yang diminati. Menurut
kajian White dan Kelly (2010), ibu bapa haruslah menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada anak-anak. Tambahan pula, KPM telah memperkenalkan kaedah Flipped
Classroom (FC) untuk prasekolah. Pembelajaran ini bermula di rumah dengan
pendedahan kandungan isi pembelajaran dilakukan oleh ibu bapa sebelum murid-murid
belajar di sekolah. Sebanyak 10 buah kelas prasekolah telah dijadikan kumpulan rintis FC
pada 2015, seterusnya kaedah tersebut diperluaskan kepada satu kelas FC bagi setiap
daerah pada tahun lalu. Model FC prasekolah telah disesuaikan dengan keperluan
pendidikan prasekolah dengan ibu bapa memainkan peranan untuk memberikan
pengetahuan awal

Anda mungkin juga menyukai