Anda di halaman 1dari 2

Falsafah (Jawi: ‫ )فلسفه‬ialah satu disiplin ilmiah mengusahakan kebenaran umum dan asas

melalui pengamatan dan penyelesaian masalah yang mendasar dan umum tentang persoalan
seperti keberadaan, pengetahuan, nilai, akal, fikiran dan bahasa.[1] Para pengamal bidang ini
disebut sebagai ahli falsafah, ahli fikir atau filsuf.[2] Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-
ciri seperti berikut:

 Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas


 Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran
Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah.
Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan.
Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah . Maka dengan itulah kita
1

akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah
itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada
Drs. Sidi Gazalba:
Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala
sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat.
Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya
dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian
yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah . Daripada pendapat tersebut,
2

rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya


iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah
karya falsafah.
Perkataan "falsafah" meminjam daripada Arab: ‫فلسفة‬, rumi: falsafat, ia sendirinya menyerap
perkataan Yunani: Φιλοσοφία, rumi: philosophia yang bermaksud "cinta kepada hikmah"
(love of wisdom).[3][4] Kamus moden awal bahasa Melayu seperti Kitab Vortaro memberi
takrifan bidang ini sebagai "penjelidikan pada segala apa jang menosia bisa dapet mengarti".
[5]

Pengetahuan[sunting | sunting sumber]


Secara tradisionalnya, istilah "falsafah" mengacu pada badan (atau ibu) dari
segala pengetahuan.[6][7] Dalam pengertian ini, falsafah sangat erat kaitannya dengan agama,
matematika, ilmu alam, pendidikan, dan politik. Sebagai contoh: "Prinsip Matematika
Falsafah Alam" karya Isaac Newton pada zamannya tahun 1687 dikelaskan menggunakan
istilah "falsafah alam" kerana istilah itu digunakan untuk mencakup disiplin ilmu yang
kemudian dikaitkan dengan ilmu pengetahuan seperti astronomi, kedoktoran, dan fizik;
namun pada tahun 2000-an ia dikelaskan khusus sebagai buku fizik.[8]
Pada zaman klasik, Falsafah secara tradisional dibahagi menjadi tiga cabang utama:

 Falsafah alam ("fisika") adalah kajian tentang dunia yang ketara atau "fizikal"
(physis, makna harfiah: alam);
 Falsafah moral ("etika") adalah kajian tentang kebaikan, benar dan salah, keindahan,
keadilan dan kebajikan (etos, makna harfiah: kebiasaan);
 Falsafah metafizika ("logika") adalah kajian tentang eksistensi, sebab-
akibat, Tuhan, logika, bentuk dan objek abstrak lainnya ("meta-physika" makna harfiah:
"apa yang terjadi setelah fizik").[9]
Pembagian ini tidaklah usang tetapi telah berubah. Falsafah alam telah terbagi menjadi
berbagai ilmu alam, terutama astronomi, fizik, kimia, biologi, dan kosmologi. Falsafah moral
telah melahirkan ilmu-ilmu sosial, namun tetap mencakup teori nilai (termasuk estetika,
etika, falsafah politik dan sebagainya). Falsafah metafizik telah melahirkan ilmu formal
seperti logika, matematika dan falsafah sains, namun tetap mencakup epistemologi,
kosmologi dan yang lainnya.

Berfalsafah[sunting | sunting sumber]


Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat
mendalam. Tetapi, berfalsafah di sini bermaksud berfikir secara falsafah. Berfalsafah
merupakan satu tanda yang penting bagi bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai inti
dalam falsafah. Berfikir secara falsafah ini harus mengandungi tiga ciri, iaitu:

 Radikal
Ini bermaksud bahawa berfalsafah merupakan corak pemikiran yang ketuntasan,
dengan ini dapat berfikir dengan sedalam-dalamnya sehingga kepada akar bagi sesuatu
masalah.
 Sistematik
Berfikir sistematik ialah berfikir logik, yang bergerak selangkah demi selangkah dengan
penuh kesedaran dengan turutan yang tersusun.
 Sejagat
Sejagat bermaksud umum. Dalam corak pemikiran ini, pemikiran tidak terbatas pada
bahagian-bahagian tertentu, tetapi jawapan keseluruhan bagi sesuatu persoalan.
Ketika berfalsafah, seseorang itu tidak digalakkan untuk merujuk kepada sumber
kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu persoalan. Sebaliknya, ia digalakkan untuk
menjawabnya dengan hanya menggunakan akal sendiri. Contohnya, dalam menjawab
soalan "Apakah YYY?", seseorang itu tidak harus menjawab "YYY itu ZZZ kerana profesor T
pernah mengatakannya", tetapi sebaliknya beliau harus menjawab soalan ini dengan
jiwanya yang bebas secara "berfalsafah".

Persoalan falsafah[sunting | sunting sumber]


Persoalan falsafah ataupun masalah falsafah ialah topik yang dibincangkan dalam bidang
falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai isi dalam falsafah. Persoalan falsafah sentiasanya
disifatkan sebagai soalan yang sangat rumit, dan ia sangat memerlukan dan menuntut daya
pemikiran yang bersungguh-sungguh.
Sesuatu soalan itu akan menjadi persoalan falsafah apabila soalan itu tidak dapat
diselasaikan melalui kaedah pengamatan ataupun kaedah sains. Biasanya, persoalan
falsafah akan melibatkan persoalan tentang konsep, idealogi, dan juga perkara-perkara lain
yang abstrak. Contoh persoalan falsafah adalah seperti di bawah:

 "Apakah itu kebenaran?"


 "Apakah itu pemikiran?"
 "Apakah itu ilmu pengetahuan?"
 "Apakah itu cantik?"
 "Apakah itu kehidupan?"
Bidang falsafah berupaya memberikan suatu nilai yang sangat tinggi di dalam kehidupan
seharian seseorang namun berbalik kepada soalan yang baik, ataupun soalan yang
mempunyai nilai daya tuntas kefalsafahannya. Ini adalah kerana soalan yang baik
menjanjikan jawapan yang baik. Contohnya, soalan epistemologi yang dita

Anda mungkin juga menyukai