Anda di halaman 1dari 33

NAMA & KOD KURSUS:

METODOLOGI AL-QUR’AN DAN AL-HADIS


(PPPY1242)

TAJUK:

KEPENTINGAN ILMU JARH DAN TA’DIL DALAM


MENENTUKAN KEDUDUKAN HADIS

NAMA PENSYARAH:

DR. AHMAD FAKHRURRAZI BIN MOHAMMED


ZABIDI
( Selasa (4-5) )

DISEDIAKAN OLEH:
NURSYAFIQA HAZEA BINTI HASIRUN (A193315)
NORSYAKIRA AZIRA BINTI YACOB (A193915)
MUHAMMAD DANIEL BIN SEH ALBAR (A194700)
MOHAMAD AIZAD BIN MOHD SHOKRI (A193767)

SEMESTER 1 (2022/2023)
SET 2 (KUMPULAN 2)

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


KEPENTINGAN ILMU JARH DAN
TA’DIL DALAM MENENTUKAN
KEDUDUKAN HADIS
Nursyafiqa Hazea Binti Hasirun, Norsyakira
Azira Binti Yacob, Muhammad Daniel Bin Seh
Albar, Mohammad Aizad Bin Mohd Shokri

ABSTRAK
Dalam sistem perundangan Islam, hadis adalah
sumber perundangan yang kedua selepas Al-
quran. Hadis sangat penting dalam
mengemukakan sesuatu hukum untuk diamalkan
dalam kehidupan umat Islam. Namun, tidak
semua hadis boleh digunakan secara langsung.
Hal ini kerana, ada sesetengah hadis yang tidak
boleh digunakan sebagai rujukan, disebabkan
ianya bukan daripada Nabi Muhammad S.A.W
selepas dikenal pasti. Oleh itu, dalam menentukan
sesuatu kedudukan hadis, ilmu jarh dan ta’dil
perlulah dititikberatkan untuk menentukan sifat
seseorang perawi dari segi kebaikan dan
keburukannnya. Hal ini kerana, para perawi
memainkan peranan yang penting dan
mempunyai pengaruh terhadap hadis yang
diriwayatkannya. Dengan menguasai dan
mengetahui kepentingan ilmu jarh dan
ta'dil, kedudukan hadis dapat dikenal pasti sama
ada sahih atau batil berdasarkan kualiti para
perawi hadis. Pelbagai syarat dan adab yang perlu
ada di dalam diri seseorang perawi agar dapat
mengetahui kethiqahannya sama ada berada di
dalam keadaan baik ataupun cacat. Ilmu ini juga
dapat mengelakkan umat Islam pada masa kini
mengamalkan hadis-hadis yang palsu serta
mengelakkan percanggahan dalam kualiti suatu
periwayatan hadis melalui golongan para perawi.
Dalam meneliti sesuatu hadis, sumber
periwayatan hadis tersebut perlulah dikenal pasti
kelemahan dan kelebihannya agar kedudukan
hadis dapat ditentukan dengan betul. Para perawi
yang membawa suatu periwayatan tidak akan
diterima sebelum diuji dan dikenalpasti sifat dan
keadaan mereka dengan menggunakan suatu
kaedah yang adil iaitu ilmu jarh dan ta’dil.
Dengan meneliti sanad dan matan suatu hadis
melalui keadaan dan sifat perawi, kedudukan
hadis dapat ditentukan secara baik bagi
mengelakkan berlakunya penyebaran hadis-hadis
palsu terutama di zaman kemodenan umat Islam
pada masa kini. Oleh itu, ilmu jarh dan ta’dil ini
sangat penting untuk dibincangkan dalam
meningkatkan keutuhan hadis yang merupakan
sumber perundangan Islam selepas Al-quran.

Kata Kunci: Jarh, Ta'dil, Perawi, Sanad hadith,


Kepentingan, Dhobit, Illah, Sifat, Keadaan,
Sumber
Pengenalan
Dalam meneliti dan menganalisis kesahihan suatu
hadis, sifat dan keadaan para perawinya perlulah
dikenal pasti terlebih dahulu dari segi kecacatan,
sanad dan matannya serta perlakuannya di dalam
kehidupan. Tajuk kertas kerja ini dipilih kerana ia
adalah salah satu usaha untuk mengetengahkan
pengertian ilmu Jarh dan Ta’dil pada zaman
globalisasi ini. Ilmu ini termaktub dalam pelbagai
topik yang membincangkan dasar-dasar kebolehan
untuk melakukan periwayatan, faktor-faktor
kemunculannya, cara, adab dan syarat seseorang
perawi sebelum periwayatannya diterima. Ilmu ini
adalah salah satu cabang dalam ulum hadis. Ia
merupakan neraca utama untuk menimbang perawi-
perawi hadis. Ia adalah satu disiplin ilmu yang
menjadi tiang dan tonggak kepada al-Sunnah. Tidak
semua hadis itu bersifat terpuji perawinya dan tidak
semua hadis-hadis itu bersifat dhaif perawinya.
Untuk mengenali keadaan mereka, sama ada
kelebihan mahupun kekurangan mereka dalam
periwayatan, pengetahuan tentang Jarh dan ta’dil
dari pelbagai kitab yang ditulis oleh para ulama dan
ahli kritik periwayat hadis perlu dicari dari sumber
yang benar. Kritikan para periwayat hadis itu bukan
hanya berkenaan dengan hal-hal yang terpuji saja
tetapi juga mengenai hal-hal yang tercela. Hal-hal
dapat dikemukakan untuk dijadikan pertimbangan
dalam hubungannya dengan dapat atau tidak
diterimanya riwayat hadis yang mereka riwayatkan.
Kedudukan hadis (al-Sunnah) sebagai sumber ajaran
Islam setelah Al-Qur’an sudah tidak dapat
diperselisihkan lagi oleh para ulama. Berhujah
dengan hadis sahih juga tidak boleh diperdebatkan
lagi. Oleh itu, jelaslah disini mengenai kepentingan
membincangkan ilmu jarh dan ta’dil.
Definisi Ilmu Jarh dan Ta’dil
Pengertian Ilmu
Al-ilm atau jamaknya iaitu Ulum merupakan
istilah yang diberikan kepada kemampuan teguh
di dalam jiwa untuk mengetahui sesuatu dengan
menggunakannya. Selain itu, ia juga bermaksud
masalah-masalah dan kaedah-kaedah yang telah
ditetapkan dengan penetapan yang tertentu. Ia
turut dikenali sebagai seperti Usul Al-Tafsir,
Usul Al-Fiqh bagi ilmu fekah, Usul Al-Hadith
bagi ilmu hadis, serta Nahu, Saraf dan Balaghah
adalah ilmu Bahasa Arab1.
Pengertian Al-Jarh
Dari sudut bahasa, ‫ الجرح‬adalah kata nama
terbitan daripada perkataan ‫يَ ْج َرح َج َرح‬, yang
membawa maksud memberikan kesan pada
badan dengan menggunakan pedang atau
sebagainya sama ada dengan membelah atau
memotong. Selain itu, jarh juga dari sudut bahasa
sama ada daripada perkataan,
‫ ال َجرح‬- dengan berbaris atas yang membawa
maksud kesan yang wujud pada badan dengan
sebab senjata.2
‫ ال ُجرح‬- dengan baris hadapan yang membawa
maksud nama bagi kelukaan tersebut.3 Dari sudut
bahasa juga, ia adalah melukakan tubuh atau
benda lain dengan menggunakan pisau atau
memaki atau mencerca seseorang sama ada
depan-depan atau belakang-belakang4. Al-Jarh
1
Kitab al-Ta’rifat oleh al-Urani, hlm 199, 200.
2
Ibn Manzur, Jamaluddil Muhammad b. Mukarram (t.t), Lisan al-‘Arab, Beirut: Dar
Sadir, j.2, ms. 422.
3
Ibn Faris, Ahmad b. Faris b. Zakaria, (1404H), Mujmal al-Lughah, Tahqiq: Zuhair
Abdul Muhsin Sultan, j.1, ms. 186
4
Stpm sem 2 : Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, buku ulum al-hadith,
rujukan Pengajian Islam, Universiti Malaya
juga digunakan bagi menerangkan tentang
keaiban manusia dan kekurangannya daripada
kedudukan yang lurus dan seimbang secara
menyifatkannya dengan sifat berkaitan agama
dan akhlak. Dari sudut istilah, Ilmu yang
menerangkan kecacatan-kecacatan yang ada pada
seorang perawi dan menamakan mereka dengan
gelaran tertentu mengikut kecacatan tertentu.5
Selain itu, menyifatkan perawi dengan sifat-sifat
yang menyebabkan riwayatnya ditolak, atau
dihukum sebagai al-layyin, atau di dhaifkan,
antaranya lafaz, kazzab atau matruk atau daif atau
layyin al-hadith atau wahin, dan sebagainya.
Pengertian Al-Ta’dil
Dari sudut bahasa, ‫ التعديل‬adalah kata nama
terbitan daripada perkataan “‫عدَّل يُعَ ِّد ُل‬
َ " yang
bermaksud, menyucikan manusia dan
memujinya, meletakkan kata-kata yang baik dan
manis bagi menandakan kebaikan cara dan
keadaannya dari segi agama dan akhlak. Selain
itu, ia juga bermaksud menyamakan atau menilai
sesuatu serta menimbangkannya dengan yang
lain.6 Ia juga sama rata atau memberi kepujian
kepada seorang perawi dengan merujuk atau
menunjukkan kepada keadilah dan
kedhabitannya.7
Dari sudut istilah, menyifatkan perawi dengan
sifat-sifat yang menyebabkan riwayatnya
diterima, sama ada kethiqahannya,
kedhabitannya, hujah, keadilan, dabit, mutqin
dan sebagainya. Disebut bagi kata kerja dari

5
Stpm sem 2 : Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, buku ulum al-hadith,
rujukan Pengajian Islam, Universiti Malaya
6
Ibn Manzur, (t.t), op. cit., j.11, ms. 432
7
Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, buku ulum al-hadith, rujukan
Pengajian Islam, Universiti Malaya
perkataan ini ialah (‫ )عدل‬yang bermaksud,
menisbahkannya kepada al-Adalah dengan
penyucian dan pujian.
Pengertian “Ilmu Al-Jarh dan Al-Ta’dil”
dalam bentuk gabungan
Suatu ilmu yang membicarakan tentang
kecacatan seorang perawi yang menjadikan hadis
yang diriwayatkan olehnya tidak boleh diterima
dan juga ilmu yang memaparkan tentang keadilan
seseorang perawi yang menjadikan hadis yang
diriwayatkannya hendaklah diterima.8 Ia juga
ilmu yang berkaitan tentang huraian martabat
para perawi sama ada mendaifkan mereka, atau
menthiqahkan mereka dengan ungkapan-
ungkapan tertentu. Ilmu jarh dan ta’dil ialah ilmu
yang membahaskan tentang mentajrihkan perawi
atau menta‘dilkan mereka dengan lafaz-lafaz
tertentu dan juga tentang tingkatan lafaz-lafaz
tersebut.9 Muhammad Abu al-Laith
mendefinisikannya sebagai suatu ilmu yang
mengkaji tentang para perawi dari segi ta’dil
yang mengelokkan mereka atau tajrih yang
memburukkan keadaan mereka10 Dengan kata
lain, perbahasan ilmu ini juga merangkumi
kriteria kepada jarh dan ta’dil, periwayatan
perawi yang tidak dikenali, perawi yang tidak
perlu kepada ta’dil, tingkatan jarh dan ta’dil,
lafaz-lafaznya, pertentangannya pada perawi
yang sama, periwayatan ahli bid’ah, metodologi
setiap imam dalam ilmu ini, sumber-sumber
kepada kritikan perawi dan sebagainya.

8
Ibid perkara 7
9
Siddiq Hasan Khan Al-Qanuji, Al-Hittah Fi Zikr Al-Sunan Al-Sittah, Hal. 150, Lihat
Juga Muhammad Anwar A-Badakhsyani, Al-Syarh Wa Al-Tafsil Fi Al-Jarh Wa Al-
Ta`Dil, Hal. 16
10
Ulum Al-Hadith: Asiluha Wa Mu`Asiruha, Hal. 93
Sejarah Kemunculan Ilmu Jarh dan Ta’dil
Secara umumnya, prinsip dan kaedah di dalam
jarh dan ta’dil telah pun wujud sejak zaman
Rasulullah S.A.W. Terdapat perbagai hadis yang
menggambarkan bagaimana Rasulullah S.A.W.
mempraktikkan jarh dan ta’dil untuk
kemaslahatan dan kebaikan umatnya pada masa
akan datang. Di antara hadis-hadis tersebut:
“Daripada Sahl b. Sa’ad r.a. berkata: Seorang
lelaki lalu di hadapan Rasulullah s.a.w., lantas
Baginda s.a.w. bersabda: “Apakah pandangan
kamu semua tentang lelaki itu?” Para Sahabat r.a.
menjawab: Seorang yang dalam keadaan
terdesak, jika dia hendak meminang wanita sudah
pasti akan berkahwin dengannya, jika dia
meminta pertolongan akan dibantu dan apabila
kata-katanya didengari. Kemudian lalu pula
seorang lelaki miskin di hadapan Rasulullah
s.a.w., Baginda s.a.w. bersabda: “Apa pula
pandangan kamu semua tentangnya?” Para
Sahabat r.a. menjawab: Jika dia meminang,
mungkin akan ditolak, jika meminta pertolongan,
dia tidak dibantu, dan kata-katanya tidak
didengari. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lelaki ini
(miskin) lebih baik daripada seluruh bumi
seumpama yang sebelumnya.”11
Daripada hadis di atas telah menunjukkan
bahawa Rasulullah s.a.w telah meletakkan
prinsip jarh dan ta’dil dan batasannya. Para
Sahabat, turut mengikut jejak langkah Rasulullah
s.a.w. dalam memastikan pengkhabaran dan
hadis-hadis sampai dengan sahih dan benar.
Ianya bermula pada zaman Abu Bakar al-Siddiq

11
Hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Targhib fi al-
Nikah, j.7, ms. 10.
r.a. apabila seorang nenek bertanya tentang
haknya di dalam harta warisan. Al-Mughirah b.
Syu’bah bangun dan menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah memberikan kepada
seorang nenek 1/6 daripada harta warisan
tersebut. Abu Bakar r.a. meminta saksi yang
mengiyakan pernyataan al-Mughirah r.a. maka
bangunlah Muhammad bin Maslamah r.a.
mengiyakannya.12 Begitulah seterusnya pada
zaman Tabiin, bagaimana al-Hasan al-Basri
pernah memperkatakan tentang ‘Ata al-
Khurasani, Sa’d bin Jubair yang memperkatakan
tentang Nafi’ Maula Ibn ‘Umar, Abdul Rahman
al-A’raj, Saleh Zakwan al-Samman, Muhammad
b. Sirin, Anas bin Sirin, Malik bin Dinar, al-
Sya’bi, Hammad bin Abi Sulaiman, al-Zuhri dan
sebagainya. Cuma perkataan-perkataan yang
berkaitan dengan jarh dan ta’dil pada zaman ini
agak sedikit jika dibandingkan dengan zaman
selepasnya. Ini disebabkan mereka mengambil
ilmu dan hadis terus daripada para Sahabat
r.a. Pada pengakhiran zaman Tabiin, perkara ini
semakin berkembang disebabkan makin ramai
para penuntut ilmu dan perawi hadis serta
bertambah banyaknya fitnah-fitnah yang berlaku
di dunia. Selepas daripada Tabiin, golongan
Tabi’ al-Tabiin antaranya, Syu’bah bin Al-
Hajjaj, Sufyan al-Thauri, Abdul Rahman al-
Awza’i, Malik bin Anas dan selainnya.
Kemudiannya Abdullah bin Al-Mubarak, Ibn
‘Uyainah, Waqi’ bin Al-Jarrah, al-Syafi’e dan
ulama yang paling menonjol serta mendalami
ilmu ini ialah Yahya bin Sa’d al-Qattan dan

12
(Dr. Faruq Hammadah (1997), al-Manhaj al-Islami fi al-Jarh wa al-Ta’dil, Riyadh: Dar
al-Tayyibah, ms. 31.)
Abdul Rahman bin Mahdi. Seterusnya zaman
kemunculan karya-karya khusus berkaitan jarh
dan ta’dil, antaranya Ahmad bin Hanbal, Ali bin
Abdullah al-Madini, Yahya bin Ma’in. Begitu
juga zaman ulama-ulama seperti al-Darimi, al-
Bukhari, al-Ijli dan sebagainya. Maka muncullah
pelbagai karya yang semuanya menjurus ke arah
mempraktikkan ilmu jarh dan ta’dil.
Faktor Kemunculan Ilmu Jarh dan Ta’dil
Yang pertama, untuk menjaga kesahihan sumber
Islam. Rasulullah s.a.w. telah ditugaskan untuk
menyampaikan dan menjelaskan kepada
umatnya Al-Qur’an. Dalam tempoh 23 tahun,
Rasulullah s.a.w. menjalankan tugas
kerasulannya, para Sahabat telah meriwayatkan
apa sahaja yang berkaitan dengan Baginda.
Keselamatan dan kejayaan di akhirat hanya
tercapai apabila umat Islam beramal dan
bertindak mengikut sumber yang sahih. Jalannya
ialah mengetahui siapa pembawa berita-berita
daripada Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu, Imam
Muslim berkata:
‫ع َلى‬ َ ‫ق َو ْاْل َ َمانَ ِّة ث ُ َّم أَ ْقدَ َم‬
ِّ ‫ِّلص ْد‬
ِّ ‫ْس ِّب َم ْعد ٍِّن ل‬َ ‫الرا ِّوي َل َها َلي‬ َّ َ‫َفإِّذَا َكان‬
ْ ْ
‫ع َرفهُ َول ْم يُبَيِّن َما فِّي ِّه ِّلغَي ِّْر ِّه مِّ َّمن َج ِّه َل‬ َ َ َ ‫ع ْنهُ َمن قد‬
ْ َ ْ َ ‫الر َوايَ ِّة‬
ِّ
ْ ْ
‫شا ِّلعَ َو ِّام ال ُم ْسلِّمِّ ينَ إِّذ ََل يُؤْ َم ُن‬ ًّ ‫َم ْع ِّرفَتَهُ َكانَ آثِّ ًما بِّ ِّف ْع ِّل ِّه ذَلِّكَ غَا‬
‫ار أ َ ْن َي ْستَعْمِّ لَ َها أ َ ْو َي ْستَعْمِّ َل‬ َ ‫سمِّ َع ت ِّْلكَ ْاْل َ ْخ َب‬ َ ‫ض َم ْن‬ ِّ ‫علَى َب ْع‬ َ
‫ص َل لَ َها‬ َ َ َ َ
ْ ‫ض َها َولَعَل َها أ ْو أ ْكثَ َرهَا أكَاذِّيبُ ََل أ‬ َّ َ ‫بَ ْع‬
“Jika perawi bagi hadith-hadith itu bukan
merupakan sumber bagi kebenaran dan amanah
kemudian orang yang memang mengenalinya
memberanikan diri meriwayatkan daripadanya
dan dia tidak menyatakan keburukan yang ada
pada perawi tadi kepada orang lain iaitu orang-
orang yang tidak tahu, maka dia berdosa dengan
perbuatannya. Dia adalah penipu bagi orang-
orang awam Islam kerana tidak selamat
sebahagian orang yang mendengar cerita-cerita
itu daripada mengamalkannya semua atau
sebahagiannya. Dan barangkali semuanya itu
atau kebanyakannya dusta belaka tidak ada
puncanya”.13
‫ع ْن‬ َ ‫ع ْن أَي‬
َ ‫ُّوب َو ِّهش ٍَام‬ َ ‫يع َحدَّثَنَا َح َّمادُ بْنُ زَ ْي ٍد‬ َّ ‫س ُن ْب ُن‬
ِّ ‫الر ِّب‬ َ ‫َحدَّثَنَا َح‬
‫سي ٍْن‬ ُ‫ْن‬ َ ْ َ َّ
َ ‫عن ِّهش ٍَام قا َل َو َحدثنَا َمخلدُ ب ُح‬ َ ْ ٌ
َ ‫ض ْيل‬ ُ َ َّ
َ ‫ُم َح َّم ٍد َو َحدثنَا ف‬
‫ظ ُروا‬ ٌ ‫ِّيرينَ قَا َل إِّ َّن َهذَا ْالع ِّْل َم د‬
ُ ‫ِّين فَا ْن‬ ِّ ‫ع ْن ُم َح َّم ِّد ب ِّْن س‬
َ ‫ع ْن ِّهش ٍَام‬ َ
‫ع َّم ْن ت َأْ ُخذُونَ دِّينَ ُكم‬ َ “Muhammad bin Sirin berkata:
“Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka
hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu
mengambil agama kamu”. (Muqaddimah Sahih
Muslim). Oleh kerana itu, ulama’ hadis telah
bertungkus lumus dan menanggung segala
kepayahan untuk mengkaji keadaan perawi bagi
menjamin hadis itu datang dari orang yang benar
dan amanah. Yang kedua, faktor adanya ilmu ini
adalah disebabkan kemunculan pelbagai fitnah
dan bid’ah dalam dunia Islam. Apabila berlaku
fitnah dalam sejarah Islam sejak peristiwa
pembunuhan Khalifah Uthman, muncul
golongan Syiah yang cuba menonjolkan peribadi
Ali r.a. sebagai pengganti sebenar bagi
Rasulullah s.a.w. Kemudian lahirlah pula satu
puak yang menentang Ali iaitu golongan
Khawarij. Masing-masing mencipta hadis palsu
demi kepentingan mereka. Ketaksuban mereka
terhadap tokoh-tokoh tertentu mendorong
mereka mencipta hadis palsu dan orang yang
mula-mula merintis jalan ini ialah golongan
Syiah. Kenyataan ini diakui sendiri oleh tokoh

13
(Muqaddimah Sahih Muslim)
Syiah iaitu Ibn Abi al-Hadid di dalam Syarh Nahj
al-Balaghah, katanya: “Ketahuilah punca
pendustaan di dalam hadith kelebihan-kelebihan
ialah golongan Syiah”.14
Hammad bin Salamah berkata: “Seorang alim
Syiah menceritakan kepada saya bahawa apabila
kami duduk berhimpun lalu kami merasakan
sesuatu itu elok, kami jadikannya sebagai
hadith”.15
‫ت‬ ْ ‫اْل ْسنَا ِّد َف َل َّما َو َق َع‬ ِّ ْ ‫ع ْن‬ َ َ‫ِّيرينَ َقا َل َل ْم يَ ُكونُوا يَ ْسأَلُون‬
ِّ ‫ع ْن اب ِّْن س‬
َ
ُ ُ َ
‫سن ِّة فيُؤْ َخذ َحدِّيث ُه ْم‬ َّ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ َ
ُّ ‫س ُّموا لنَا ِّر َجالك ْم فيُنظ ُر إِّلى أه ِّل ال‬ َ ‫ْال ِّفتنَة قالوا‬
ُ َ ُ ْ
‫ع فَ ََل يُؤْ َخذُ َحدِّيث ُ ُه ْم‬ ْ َ
ِّ َ‫ظ ُر ِّإلَى أ ْه ِّل البِّد‬ َ ‫َويُ ْن‬
Daripada Ibn Sirin katanya: “Mereka dahulu
tidak tanya tentang isnad. Bila berlaku fitnah,
mereka berkata: Sebutkan nama perawi-perawi
kamu. Maka dilihat kepada ahli sunnah lalu
diambil hadith mereka dan dilihat kepada ahli
bid’ah, tidak diambil hadithnya”.16 Seterusnya,
faktor ketiga ialah kelemahan daya hafazan.
Berbeza dengan generasi Sahabat dan tabi’in, di
kalangan mereka yang terlibat dengan
periwayatan hadis ada yang tidak memiliki daya
ingatan yang kuat. Masalah ingatan menghalang
para perawi daripada meriwayatkan dengan
tepat. Ini mendorong para pengkritik hadis
seperti Syu’bah, Yahya bin Sa’id al-Qattan, Ibn
al-Madini dan lain-lain tokoh memeriksa hadith-
hadith perawi. Mereka mengkaji siapakah di
kalangan perawi yang bergantung semata-mata
kepada hafazan mereka atau menyampaikan
hadith berpandukan kepada “usul ‘atiqah”

14
Dinukilkan Daripada Mustafa Al-Siba’i, Al-Sunnah Wa Makanatuha Fi Al-Tashri` Al-
Islami, Hal. 79
15
Al-Khatib, Al-Jami’ Li Akhlaq Al-Rawi Wa Adab Al-Sami’, Jil.1, Hal. 138.
16
Ibid perkara 13
(catatan asal). Faktor keempat, pertambahan
bilangan perawi dan riwayat. Di antara faktor
yang mendorong kepada kemunculan ilmu ini
ialah bertambahnya bilangan perawi hadith dan
riwayat-riwayat. Di kalangan perawi ada yang
cermat dan cekap dalam periwayatan dan ada
juga yang mengambil apa sahaja riwayat tanpa
melakukan saringan.
‫ع ْن‬َ ‫ظ‬ ُ ‫ِّيث َو ْال َحد‬
ُ َ‫ِّيث يُ ْحف‬ َ ‫ظ ْال َحد‬ ُ َ‫َّاس قَا َل إِّنَّ َما ُكنَّا نَ ْحف‬ َ ‫ع ْن اب ِّْن‬
ٍ ‫عب‬ َ
ُ
‫ب َوذَلو ٍل‬ ْ َ َّ
َ ‫سل َم فَأ َّما إِّذ َر ِّك ْبت ُ ْم ُك َّل‬
ٍ ‫ص ْع‬ َ ‫علَ ْي ِّه َو‬ َّ ‫صلى‬
َ ُ‫َّللا‬ َّ ِّ َّ ‫سو ِّل‬
َ ‫َّللا‬ ُ ‫َر‬
َ‫فَ َه ْي َهات‬
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas katanya:
“Kami dahulu menghafaz hadith dan hadith itu
dihafaz daripada Rasulullah s.a.w17. Maka
apabila kamu menunggang setiap unta yang liar
dan jinak18 maka jauhlah (dari dapat
dipercayai)”. (Muqaddimah Sahih Muslim).
Tambahan pula jarak antara perawi dengan
Sahabat semakin jauh. Oleh kerana itu, ulama’
hadith menyelidik dan memeriksa satu persatu
riwayat para perawi terutamanya pada kurun
ketiga hijrah dan selepasnya.
Hukum Pensyariatan Jarh & Ta’dil
Ilmu jarh dan ta'dil disyariatkan bertujuan untuk
menjaga dan memelihara syariah, menghindari
semua kesalahan dan pendustaan serta
mempertahankan syariat. Pentingnya jarh dan
ta‘dil dalam melihat riwayat dari periwayat telah
dijelaskan dalam Al- Qur’an dan hadis Nabi.
Berikut adalah beberapa dalil daripada kedua-
duanya.
17
Kami Saling Mengambil Hadith Daripada Sesama Kami Tanpa Ragu-ragu. Ini
Menunjukkan Para Sahabat Mengambil Berat Tentang Hadith Dan Mereka Sangat
Amanah Tentangnya Seperti Mana Perhatian Mereka Kepada Al-Qur’an.
18
Yakni Mengambil Setiap Hadith Yang Baik Dan Berpenyakit Tanpa Penyaringan.
Dalil daripada al-Quran,
• Menolak khabar atau berita al-Majruh
(perawi yang dijarhkan) yang tidak sabit
dan mempunyai ciri al-Jarh),
Berdasarkan firman Allah SWT:
ٌ ‫يَا أَيُّ َها الَّذِّينَ آ َمنُوا إِّ ْن َجا َء ُك ْم فَاس‬
‫ِّق بِّنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا‬
Maksudnya: Wahai Orang-orang yang beriman,
jika datang kepada kamu seorang fasiq yang
membawa suatu berita, maka hendaklah kamu
meneliti kebenarannya... (surah al-Hujurat: 6)
Ayat ini merupakan asas dan prinsip kepada
penentuan al-Adalah dan al-Dabt para perawi, di
samping ia juga merupakan dalil kewajipan
dalam memastikan dan menentukan kebenaran
khabar yang dibawa oleh seorang fasiq.19
Dalil daripada A-Sunnah al-Nabawiyyah,
Terdapat banyak hadis-hadis dalam sunnah yang
boleh digunakan sebagai dalil yang
mengharuskan jarh dan ta’dil. Antara keharusan
al-jarh ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu
al-Mukminin ‘Aisyah RA bahawa seorang lelaki
meminta izin untuk masuk menemui Nabi SAW.
Apabila Nabi SAW melihat lelaki tersebut,
Baginda bersabda:
“Betapa teruknya saudara kepada suatu
keluarga, betapa buruknya anak kepada suatu
keluarga.” Apabila lelaki itu duduk, Nabi SAW
menunjukkan wajah yang manis kepadanya,
memberikannya ruang untuk duduk. Setelah
lelaki itu beredar pulang, ‘Aisyah RA berkata:
Wahai Rasulullah! Ketika kamu melihat lelaki

19
(Dawabit al-Jarh wa al-Ta’dil: Oleh Dr ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd al-Latif, hlm: 27.)
itu, kamu berkata begini dan begitu, kemudian
kamu senyum dan memberikannya ruang untuk
duduk!! Nabi SAW bersabda:
“Wahai ‘Aisyah! bilakah pula kamu melihat aku
sebagai seorang yang berkata keji dan
mengumpat? Sesungguhnya seburuk-buruk
kedudukan manusia di sisi Allah di hari kiamat
kelak adalah seseorang yang ditinggalkan oleh
manusia lain kerana hendak mengelakkan
daripada kejahatannya.”20
Nabi SAW memperkatakan tentang lelaki
tersebut dalam bentuk yang buruk kerana melihat
kemaslahatan dari sudut syarak. Kemaslahatan
ini ialah sebagai amaran untuk berwaspada
terhadap keburukan akhlaknya dan orang yang
mendengar akan bersikap berhati-hati.21
Keharusan al-Ta'dil,
Dalil keharusan perkara ini adalah berpandukan
sabda Nabi SAW kepada ‘Abdullah bin ‘Umar
RA melalui sabda Baginda SAW:
“Sesungguhnya ‘Abdullah adalah seorang lelaki
yang soleh.”22
Berdasarkan semua dalil inilah, maka ulama
telah bersepakat dengan menyatakan
“Memperkatakan al-Jarh pada seseorang perawi
tidak termasuk dalam kategori al-Ghibah
(mengumpat), bahkan ia merupakan nasihat bagi
kebaikan Islam dan golongan muslimin. Hukum
jarh dan ta’dil di sisi para imam dalam bidang ini

20
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab al-Adab, Bab: Lam Yakun al-Nabiy SAW
Fahisyan Wa La Mutafahisyan,no.(6032)
21
(Dawabit al-Jarh wa al-Ta’dil: hlm: 30)
22
Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab al-Adab, Bab: Lam Yakun al-Nabiy SAW
Fahisyan Wa La Mutafahisyan,no. (6032)
adalah digalakkan bahkan menjadi wajib apabila
ia diperlukan.
Mengikut prinsip asal, membicarakan tentang
kedudukan peribadi orang lain dari segi
keburukan dan kejahatannya tidak dibolehkan.
Bagaimanapun dalam hal periwayatan hadith,
perkara ini adalah sesuatu yang sangat penting
dan tidak boleh dielakkan. Ini kerana, ulama’
hadith tidak akan dapat menentukan kesahihan
sesuatu sanad hadith tanpa membicarakan
siapakah perawi-perawi di dalam rantaian sanad
tersebut. Menyembunyikan mana-mana sifat
yang tidak baik yang ada pada perawi akan
menjadikan usaha menilai hadith tergendala.
Oleh kerana itu, ulama’ menyatakan bahawa
membicarakan hal orang lain dalam ilmu jarh dan
ta’dil, termasuk di dalam maksud hadith
Rasulullah s.a.w.:
ُ‫س َّل َم َقا َل ال ِّدين‬ َ ‫ع َل ْي ِّه َو‬ َّ ‫ص َّلى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫ي‬ َّ ‫ع ْن تَمِّ ٍيم الد َِّّاري ِّ أ َ َّن ال َّن ِّب‬ َ
َ
‫سو ِّل ِّه َو ِّْلئِّ َّم ِّة‬
ُ ‫َلِل َو ِّل ِّكت َابِّ ِّه َول َِّر‬ َ ْ
ِّ َّ ِّ ‫صي َحة قلنَا ِّل َمن قا َل‬ ْ ُ ُ َّ
ِّ ‫الن‬
‫عا َّمتِّ ِّه ْم‬َ ‫ْال ُم ْسلِّمِّ ينَ َو‬
“Agama itu adalah nasihat (menginginkan
kebaikan)”.23
Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada umatnya
supaya berhati-hati dalam penerimaan hadith
kerana bukan semua yang meriwayatkannya itu
bersifat benar.
‫ث بِّ َما‬ِّ ‫ان دَجَّالُونَ َكذَّابُونَ يَأْتُونَ ُك ْم مِّ ْن ْاْل َ َحادِّي‬ َّ ‫يَ ُكو ُن فِّي آخِّ ِّر‬
ِّ ‫الز َم‬
‫ُضلُّونَ ُك ْم َو ََل يَ ْفتِّنُونَ ُك ْم‬
ِّ ‫لَ ْم ت َ ْس َمعُوا أ َ ْنت ُ ْم َو ََل آبَا ُؤ ُك ْم فَإِّيَّا ُك ْم َو ِّإيَّاهُ ْم ََل ي‬
“Di akhir zaman muncul dajjal-dajjal lagi
pendusta-pendusta besar yang membawa kepada
kamu hadith-hadith yang tidak pernah kamu

23
Hadith riwayat Muslim, Ahmad, Abud Daud, al-Nasa`i dan al-Tirmizi
dengar begitu juga datuk-datuk kamu. Hendaklah
kamu berwaspada dengan mereka. Janganlah
biarkan mereka itu menyesatkan dan
menimbulkan fitnah kepada kamu. Perkara yang
paling penting ialah apa sahaja yang dikaitkan
dengan Rasulullah s.a.w. mestilah diselidiki
kebenaran pembawa berita dan berita itu sendiri.
Inilah yang dikatakan sebagai sistem “riwayah”
dan sistem “dirayah” dalam penilaian hadith.
Lafaz/Peringkat Jarh dan Ta’dil berserta
contoh
Para ulama telah meletakkan lafaz-lafaz tertentu
bagi menentukan kedudukan seseorang perawi,
lafaz-lafaz ini menggambarkan kedudukan
perawi tersebut dari sudut penerimaan riwayat
yang disampaikannya. Lafaz-lafaz ini terbahagi
kepada lafaz jarh dan lafaz ta’dil berdasarkan
kepada pembahagian al-Hafiz Ibn Hajar al-
‘Asqalani di dalam kitab Taqrib al-Tahzib.
Lafaz atau peringkat Jarh:
• Lafaz yang menunjukkan adanya
mubalaghah atau melampau dalam
perbuatan dusta. Contohnya : ‫اليه المنتهى‬
‫بالكذب‬
• Lafaz yang menunjukkan adanya
perbuatan dusta atau yang semacam
dengannya. Contohnya : ‫ دجال‬/‫ فَلن كذاب‬/
‫وضاع‬
• Lafaz yang menunjukkan adanya tuduhan
berbuat dusta dan pemalsuan hadis.
Contohnya : ‫فَلن منتهى بالكذب‬
• Lafaz yang menunjukkan lemah sekali
tidak dapat ditulis hadisnya. Contohnya:
‫فَلن َل يكتب حديثه‬
Hadis yang mempunyai salah satu atau
keempat-empat ciri diatas tidak boleh dibuat
hujah, tidak boleh ditulis dan tidak boleh di
ambil pengajaran.
• Lafaz yang menunjukkan adanya
kelemahan terhadap perawi, tidak dapat
dijadikan hujah. Contohnya : ‫فَلن َل يحتج به‬
• Lafaz yang menunjukkan adanya
kelemahan iaitu jarh yang paling ringan.
Contohnya: ‫فَلن به المقال‬
Kedua ciri hadis di atas tidak boleh dijadikan
hujah tetapi boleh ditulis dan boleh diambil
pengajaran
Lafaz/Peringkat Ta’dil:
Ketiga-tiga golongan ini, kedudukan hadis-hadis
mereka adalah sahih.
• Al-Sahabah (merupakan peringkat
tertinggi, ini adalah kerana semua
Sahabat Rasulullah s.a.w. mendapat
Ta’dil daripada Allah s.w.t. dan seluruh
ulama bersepakat mengatakan bahawa
semua Sahabat r.a. adalah adil).
• Perawi yang disifatkan dengan kata
paling, ter... dan sebagainya. Contohnya:
(‫ )الناس أوثق‬manusia yang paling Thiqah,
atau dengan pengulangan sifat, seperti:
‫ ثقة ثقة‬، ‫ حافظ ثقة‬dan sebagainya.
• Perawi yang disifatkan dengan satu sifat
seperti ، ‫عدل‬.. ‫ ثقة‬، ‫ متقن‬، ‫ثبت‬
Hadis golongan ini adalah berkedudukan
hasan li zatihi.
• Perawi yang agak rendah daripada
kelompok ketiga sebelumnya dengan
lafaz: .‫ ليس به بأس‬، ‫ َل بأس به‬، ‫صدوق‬
Kedua-dua golongan ini, kedudukan hadis
mereka adalah hasan li ghairihi.
• Perawi yang disifatkan dengan sifat yang
agak rendah daripada ‫صدوق سيء الحفظ‬،
‫ له‬،‫ صدوق يهم‬:lafaz dengan iaitu keempat
kelompok ،‫ أوهام‬dan sebagainya.
• Perawi yang hanya mempunyai hadis
yang sedikit dan tidak ada kepastian
sesuatu yang menyebabkan hadis mereka
ditolak, kelompok ini dengan lafaz: ‫مقبول‬
apabila ada sokongan daripada perawi
yang lain.
Syarat-syarat Ahli Jarh & Ta’dil
Secara ringkas, syarat-syarat yang dikehendaki
ada pada ulama’ yang melibatkan diri dalam
menta’dilkan dan mentajrihkan perawi dapat
dibahagikan kepada tiga:
Pertama: Amanah Ilmiah
Imam al-Zahabi berkata, perbincangan tentang
rijal tidak diharuskan kecuali bagi ulama’ yang
sempurna pengetahuan dan kewarakan. Al-Hafiz
Ibn Hajar pula berpandangan, sepatutnya jarh
dan ta’dil tidak diterima kecuali daripada ulama’
yang adil dan “mutayaqqiz” (mempunyai daya
kepekaan yang kuat). Al-Laknawi berkata, bagi
mereka yang terlibat di dalam jarh dan ta‘dil
disyaratkan berilmu, taqwa, wara’, benar dan
menjauhi taksub. Sesiapa yang tidak mempunyai
sifat-sifat tersebut, jarh dan ta’dilnya tidak
diterima. Ringkasnya, sifat amanah ilmiah
memberi maksud sifat-sifat benar, wara’, taqwa
dan ilmu yang dapat menjamin seseorang yang
terlibat dalam jarh dan ta’dil memberi kritikan
yang adil dan jauh daripada taksub dan hasad.24
Kedua: Mengetahui Sebab Jarh Dan Ta`dil
Ulama jarh dan ta’dil perlu mempunyai sebab-
sebab yang kukuh apabila mereka
memperkatakan tentang seseorang perawi.
Sebagai contoh, janganlah seorang perawi itu
ditajrihkan hanya kerana dia seorang yang panas
baran atau perawi itu dita’dilkan hanya kerana
dia memakai pakaian tertentu atau hanya kerana
dia bersembahyang jemaah di masjid. Sebab-
sebab seperti ini adalah sesuatu yang kabur dan
boleh mengelirukan. Oleh kerana itu, Hafiz Ibn
Hajar berkata, “Pernyataan yang memuji
diterima daripada orang yang mengetahui sebab-
sebabnya bukan daripada orang yang tidak
mengetahuinya. Tujuannya supaya perawi itu
tidak dita’dilkan semata-mata kerana penampilan
yang pertama kali dilihat tanpa diuji atau
diperiksa.”25
Ketiga: Mengetahui Penggunaan Bahasa
Arab
Berapa banyak perkataan yang tidak memberi
maksud tajrih telah dianggap sebagai tajrih. Ada
kalanya perkataan tajrih disangkakan ta’dil. Oleh
kerana itu, seorang ulama’ mestilah menguasai
penggunaan bahasa Arab. Makna sesuatu
perkataan tidak sepatutnya digunakan bukan
pada tempatnya. Oleh kerana itu, ulama’ mestilah

24
Al-Raf Wa Al-Takmil Fi Al-Jarh Wa Al-Ta’dil, 67
25
Nuzhah Al-Nazar Syarh Nukhbah Al-Fikar, Hal. 112
mengetahui pengertian lafaz-lafaz terutamanya
lafaz ‘uruf iaitu lafaz yang bersifat semasa dan
setempat yang berubah dengan sebab perubahan
masa dan tempat. Kemungkinan, pada satu masa
ia merupakan satu pujian dan pada masa lain ia
satu celaan26. Ini hanya akan diperolehi bagi
mereka yang mempunyai kesabaran dan sentiasa
melatihkan diri dengan ilmu rijal. Ulama’ hadith
dan fiqh telah sepakat bahawa orang yang
riwayatnya boleh dijadikan rujukan ialah perawi
yang adil dan “dhabit”.27
Etika / Adab Ahli Jarh dan Ta’dil
Dalam jarh dan ta’dil, ada beberapa etika yang
harus diperhatikan. Nududdin ‘Itr dalam bukunya
yang berjudul Manhaj al-Naqd fi ‘Ulum al Hadits
menyebutkan empat etika dalam jarh wa ta’dil28.
Namun pada dasarnya, perkara penting yang ada
di dalam etika tersebut hanya tiga, sedang yang
satu lagi hanya bersifat pengembangan. Tiga
etika tersebut adalah seperti berikut: Yang
pertama, dilakukan secara profesional, tidak
terlalu tinggi dalam menta’dil seorang perawi,
tetapi juga tidak terlalu menjatuhkan dalam
menjarhnya. Yang kedua, tidak boleh melakukan
jarh melebihi keperluan, kerana disyari’atkan
jarh pada dasarnya adalah kerana keadaan
darurat, sedang keadaan darurat hanya
membolehkan sesuatu secukupnya. Yang ketiga,
tidak boleh hanya melakukan jarh saja, tanpa
melakukan ta’dil, jika memang orang yang

26
Qa`Idah Fi Al-Jarh Wa Al-Ta`Dil, 23-24
27
Al-Sakhawi, Fath Al-Mughith Bi Syarh Alfiyyah Al-Hadith, Jil. 2, Hal 3, Ibn Al-Solah,
‘Ulum Al-Hadith, Hal. 104
28
ALI IMRON, Dasar-dasar Ilmu Jarh Wa Ta’dil, UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta, 2
Disember 2017,
bersangkutan juga memiliki nilai-nilai positif.
Seterusnya adalah beberapa adab secara
ringkasan dalam melakukan jarh dan ta’dil:
• Menjaga pertuturan dengan
menggunakan sebaik-baik lafaz dan
memilih perkataan yang baik dan
menggunakan bahasa kiasan bagi
perkataan dusta.
• Bersikap adil dalam mentarjih dan
menta’dil serta tidak sesuka hati
mengangkat atau menjatuhkan darjat
seseorang
• Menjaga agar tidak keterlaluan dalam
mentarjih. Hanya dengan keadaan darurat
dan mengikut kadarnya.
• Menghindari perbuatan mentarjih sahaja
tanpa menta’dil kerana ia adalah satu
penganiayaan terhadap seorang perawi.
Pertentangan Antara Jarh dan Ta’dil Serta
Cara Menyelesaikannya
Ilmu ini berasaskan kepada ijtihad imam-
imamnya. Setiap perkara yang berlandaskan
kepada ijtihad pasti akan ada perbezaan
pendapat. Oleh kerana itu, terdapat perbezaan
penilaian terhadap seseorang perawi sama ada
dari pihak seorang imam atau lebih. Perbezaan
tentang kedudukan perawi bukan berlaku kepada
semua mereka. Kebanyakan perawi adalah
disepakati sebagai adil lagi thiqah dan ada yang
disepakati sebagai dhai’f. Pertentangan itu
mempunyai dua bentuk iaitu,
• Beberapa imam
• Dari seorang imam
Dalam bentuk pertama, majoriti ulama’
mendahulukan “tajrih” daripada “ta’dil” tanpa
mengambil kira ramainya bilangan yang
menta’dilkan atau kurang. Ini kerana, bagi
ulama’ yang mentajrihkan, beliau mempunyai
pengetahuan tentang sesuatu yang tersembunyi
pada perawi tersebut yang tidak diketahui oleh
yang menta’dilkan. Ulama’ yang mentajrihkan
itu membenarkan kepada yang menta’dilkan
dalam hal-hal zahir dan menjelaskan hal yang
tersembunyi29.
Pertentangan antara jarh dan ta’dil yang
diriwayatkan dari seorang imam dapat
disebutkan mempunyai dua keadaan. Pertama,
pengkaji dapat mengetahui perubahan ijtihad
imam dalam keputusannya terhadap perawi itu.
Dengan itu, keputusan yang terakhir itu mesti
dipegang. Keadaan kedua, pengkaji tidak dapat
menentukan perubahan ijtihad imam dalam
keputusannya terhadap perawi itu.
Langkah-Langkah Dalam Menyelesaikan
Pertentangan Jarh Wa Ta’dil
Pertama, memastikan pertentangan ini benar-
benar berlaku. Pengkaji semestinya
mengesahkan berlakunya percanggahan tersebut,
kerana boleh jadi tajrih itu datang dari bukan ahli
jarh dan ta’dil, terputus sanad antara penukil dan
imam yang mengemukakan penilaian yang
bertentangan itu, tersalah dalam menukilkan,
berlaku kesilapan pada imam yang menilai
perawi kerana terkeliru dengan dua perawi yang

29
Al-Khatib, Al-Kifayah, Jil. 1, Hal. 333
mempunyai nama sama atau menganggap
seorang sebagai dua orang yang berlainan dan
tajrih atau ta’dil yang tidak muktabar.
Kedua, menyelaraskan pertentangan antara
perawi. Hendaklah meneliti pengertian lafaz
ta’dil dan tajrih mengikut yang digunakan oleh
imam-imam tertentu dengan cara, menyemak
adakah “tadh’if” yang dikenakan kepada perawi
secara mutlak atau nisbi, memeriksa sejauh mana
lafaz-lafaz ta’dil dan tajrih merangkumi makna-
makna dan tingkatan para perawi dan mengambil
kira istilah khusus imam-imam. Seperti istilah
Yahya bin Ma’in, Ahmad bin Hanbal, al-
Bukhari, Abi Hatim, al-Daruqutni dan lain-lain,
serta mengambil kira penggunaan istilah bukan
pengertian lughawi
Ketiga, setelah menimbang kesemua perkara di
atas barulah pengkaji dapat mentarjihkan
kedudukan perawi seperti
• Mentarjihkan riwayat murid imam yang
lebih lama mendampinginya seperti
pertentangan riwayat daripada Ibn Ma’in
didahulukan riwayat al-Duri berbanding
murid-muridnya yang lain, kerana beliau
lebih lama melazimi Ibn Ma’in30.
• Mentarjihkan jarh daripada ta’dil kerana
ulama’ yang mensabitkan jarh
mempunyai maklumat yang tidak
diketahui oleh ulama’ yang
menta’dilkan.
Keempat, menangguhkan keputusan. Sekiranya
30
Lihat, ‘Abd Al-‘Aziz Bin Muhammad, Dhawabit Al-Jarh Wa Al-Ta’dil, Antara Murid
Yahya Bin Ma’in Ialah Ibn Abi Khaithamah, Ibn Al-Junaid, ‘Uthman Al-Darimi Dan
‘Abd Al-Khaliq
pengkaji tidak dapat mengemukakan
pentarjihannya maka hendaklah dia
menangguhkan keputusannya, sehingga jelas
kepadanya qarinah yang menguatkan
pentarjihan.
Kepentingan Ilmu Jarh Dan Ta”dil
Berkata al-Hakim Abu ‘Abdullah al-Naysaburi
(w405H) berkaitan kepentingan ilmu ini, ia
adalah salah satu jenis daripada ilmu hadis, iaitu
mengetahui tentang al-Jarh dan al-Ta’dil pada
diri perawi. Kedua-duanya (al-Jarh wa al-Ta’dil)
pada asalnya adalah dua jenis ilmu yang
tersendiri, dan natijah daripada ilmu ini adalah
untuk mengetahui hukum sesuatu hadis sama ada
sahih atau daif.31
Al-Hafiz Ibn al-Salah (w643H) berkata,
sesungguhnya al-jarh dan al-ta’dil adalah antara
jenis ilmu yang terunggul dan terbesar, ia sebagai
tangga yang membawa kepada pengetahuan
tentang kesahihan sesuatu hadis atau
kedaifannya.32
Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil menitikberatkan para
perawi yang menukilkan hadis Nabi SAW, athar
para sahabat RA dan khabar-khabar para tabiin.
Ilmu ini membantu para pengkaji mengetahui
keadaan para perawi tersebut dari sudut jarh dan
ta’dil. Maka hasil daripada ilmu ini adalah untuk
mengetahui hadis Nabi SAW dari sudut sahih
atau daif, diterima atau ditolak, begitu juga bagi
athar para sahabat RA dan khabar para tabiin.
Ilmu “al-Jarh wa al-Tadil” merupakan satu ilmu
yang sangat penting untuk menilai para perawi-

31
(Ma’rifat ‘Ulum al-Hadith: Oleh al-Hakim al-Naysaburi, jenis kelapan belas, hlm 52.)
32
‘Ulum al-Hadith: Jenis keenam puluh satu, hlm: 387.)
perawi hadith atau lebih dikenali dengan “rijal al-
hadith”. Dengan itu, kita dapat menentukan
kedudukan sesuatu hadith atau riwayat itu sama
ada boleh diterima atau ditolak. Tidak mungkin
seseorang pengkaji dapat menyelidiki sanad
hadith tanpa berpandukan kepada prinsip “al-jarh
wa al-ta‘dil” yang telah digariskan oleh ulama’ di
dalam bidang ini. Begitu juga mengetahui syarat
perawi yang diterima, kaedah membuktikan
keadilan dan “dhabt” perawi dan perbahasan-
perbahasan lain yang berkaitan dengan ilmu ini.
Walaupun seseorang pengkaji itu menelaah
bermacam-macam kitab “rijal”, dia tidak akan
memperolehi hasil kajiannya di dalam bidang ini
sehinggalah dia benar-benar menguasai prinsip-
prinsip “al-jarh wa al-ta’dil”, istilah-istilahnya
dan tingkatan-tingkatannya.33
Antara kepentingannya yang lain ialah:
• Dapat mengetahui kedudukan sesebuah
hadis, sama ada ia sahih atau tidak,
diterima atau ditolak.
• Dapat mengetahui keadaan seorang
perawi sama ada thiqah atau tidak.
• Mengelakkan seseorang daripada
menghukum dan beramal dengan sumber
yang tidak berasal dari nas atau wahyu
Ilahi yang sebenar.
• Menambah keyakinan orang ramai
tentang kedudukan hadis yang terjaga
dengan metod yang paling baik oleh
ulama’ hadis.

33
Ustaz Muhd Hanief Awang Yahaya, Pengenalan kepada ilmu Jarh wa Ta’dil,
https://youtu.be/X1DHlg32OBE
• Menyelamatkan seseorang daripada
meriwayatkan hadis yang tidak benar
namun disandarkan kepada Rasulullah
S.A.W secara dusta.
Kesan Sekiranya Jarh dan Ta’dil Tidak
Diaplikasikan Terhadap Kehidupan Umat
Muslim Serta Contoh Hadis
• Memberikan kemudharatan kepada
dalam pelbagai aspek seperti akidah,
ibadah, akhlak, pemikiran, sosial.
Hadis-hadis yang pastinya akan merosakkan
aqidah umat Islam. Dengan membaca atau
mendengar hadis- hadis palsu dalam bidang ini,
pastinya pendengar yang tidak peka terhadap
kepalsuannya akan terpedaya lalu mempercayai
sedikit-sebanyak isi kandungan hadis tersebut.
Dengan ini kepercayaannya atau aqidahnya akan
terseleweng sedikit demi sedikit. Tanpa disedari
pendengar akan muncul dengan satu bentuk
aqidah dalam diri yang menyalahi ajaran sebenar
Islam
• Mencemarkan kesucian Islam dan
kebersihannya
Berkenaan kesucian agama Islam dan
pengamalan syariat pula, hadis palsu memberi
kesan buruk yang tidak kurang hebatnya.
Amalan-amalan dalam agama Islam yang pada
asalnya begitu mudah untuk diamalkan oleh
sesiapa sahaja, akhirnya bertukar menjadi satu
amalan yang ditakuti oleh penganutnya sendiri.
Perselisihan dalam mazhab dan kekerasan dalam
hukum menyebabkan amalan syariah atau fiqh
umat Islam lari jauh dari ajaran asal Nabi
Muhammad s.a.w
• Membawa kepada sikap melampau dalam
agama dan menambahkan ibadah yang
menyusahkan dan ini telah
menghilangkan gambaran sebenar
tentang kemudahan Islam
Contoh-contoh hadis palsu:
i. Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke
liang lahad
ii. Sabar itu separuh daripada iman
iii. Hikmah / ilmu itu adalah hak milik orang
beriman yang hilang, maka di mana saja
dia menemuinya, dialah yang berhak
menggunakannya
iv. Dunia itu ladang akhirat
v. Dunia itu sesaat (satu tempoh masa yang
singkat) maka isilah ia dengan taat.
Tokoh-tokoh ulama’ Jarh dan Ta’dil
Tokoh-tokoh Ulama yang terkenal di antara
tokoh-tokoh jarh wa ta’dil dari kalangan sahabat
adalah Ibnu Sirin (w. 110 H), ‘Amir al-Sya’bi (w.
103 H), dan Hasan al-Bashri (w.).
Pasca mereka, tersebutlah nama-nama seperti
Syu’bah bin Hajjaj (w. 160 H), Malik bin Anas
(w. 179 H), dan lain-lain. Setalah masa mereka,
muncullah nama-nama seperti Sufyan bin
‘Uyaynah (w. 198 H), ‘Abdurrahman bin Mahdi
(w. 198 H), dan tokoh yang paling terkenal pada
thabaqah ini adalah Yahya bin Ma’in (w. 233 H),
imam jarh wa ta’dil pada masanya. Seterusnya
pula nama-nama seperti Imam Ahmad bin
Hambal (w. 241 H), dan Ali bin ‘Abdullah al-
Madini (w. 234 H).
Hampir kesemua nama di atas adalah tokoh-
tokoh yang pernah menjadi guru Imam al-
Bukhari. Setelah itu, muncullah nama-nama lain
seperti Abu Hatim (w. 277 H), Abu Zur’ah (w.
264 H), dan lain-lain. Generasi-genarasi tersebut
terus berganti. Misalnya pada abad ke-6 H,
muncullah Imam Nawawi, Ibnu Shalah, dan lain-
lain. Pada abad 9 dan 10 H, muncullah nama al-
Syakhawi, al-Syuyuthi, al-Iraqi, dan lain-lain.
Tokoh yang belakangan muncul pada kurun ini
adalah Syeikh Nashiruddin al-Albani.
Relevansi Kepentingan Ilmu Jarh dan Ta’dil
Pada Masa Kini
Ilmu Jarh dan Ta’dil merupakan aspek yang
penting dalam menilai dan memahami sesuatu
perkara. Artikel yang ditulis berkenaan
kepentingan Ilmu Jarh dan Ta’dil ini adalah
merupakan kemuncak kepada kajian yang diteliti
daripada berbagai sumber dan kajian lain
berkaitan dengan ilmu Jarh dan Tadil.
Dapat diringkaskan bahawa Al-Jarh membawa
maksud kritikan ke atas perawi yang boleh
menyebabkan periwayatannya ditolak manakala
Al-Tadil pula adalah penilaian positif terhadap
seorang perawi bagi membolehkan
periwayatannya diterima. Persoalannya, apakah
masih relevan Jarh dan Tadil ini pada zaman yang
moden ini? Bukankah ia merupakan ilmu yang
telah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi dan
hanya relevan pada zaman Rasulullah S.A.W?
Hakikatnya, sesuatu yang dikeluarkan oleh
Rasulullah sememangnya merupakan sunnah
yang akan kekal dan berguna sehingga ke hari
akhirat. Berbalik kepada ilmu jarh dan tadil,
dapat dijelaskan bahawa pada masa kini, ilmu
jarh dan tadil ini berguna dalam memastikan
sesuatu berita yang disampaikan itu asli dan
benar khususnya dalam bidang kewartawanan.
Ini adalah berdasarkan kepada penilaian aspek
‘adalah (benar dan jujur) dan dhabit (kejituan)
terhadap individu atau organisasi yang
menyampaikan berita atau maklumat. Hal ini
disebabkan bidang kewartawanan sangat luas
dalam penyampaian sesuatu berita atau khabar.
Dengan itu, ilmu jarh dan tadil dapat
diaplikasikan sebagai salah satu kaedah untuk
menentukan kualiti pemberita dan membendung
seseorang daripada menyebarkan berita palsu
atau fitnah. Dalam perkara yang berkaitan dengan
isu-isu genting di dalam kehidupan seharian
manusia, sesuatu maklumat perlu dipastikan
benar dan tulen menurut sumbernya yang tidak
diragui. Kesan yang besar sekiranya ilmu jarh
dan ta’dil tidak diaplikasikan menyebabkan
berlakunya fitnah yang besar dan mendorong
kepada tersebarnya berita palsu yang membawa
kepada penyelewengan dan panik kepada umat
Islam. Sebagai contohnya, keadaan wabak
Covid-19 yang berlaku di serata dunia yang
melibatkan kemudaratan hidup kepada hampir
seluruh kehidupan manusia di dunia ini amat
memerlukan maklumat yang tepat supaya wabak
ini dapat dikendalikan dengan baik dan berkesan.
Oleh itu, konsep jarh dan tadil dapat dipastikan
masih relevan pada masa kini bagi kemaslahatan
umat manusia.
Kesimpulan
Ilmu jarh dan ta’dil merupakan satu ilmu yang
sangat penting untuk menilai para perawi-perawi
suatu hadis. Dengan itu, kita dapat menentukan
kedudukan sesuatu hadith atau riwayat itu sama
ada boleh diterima atau ditolak. Tidak mungkin
seseorang pengkaji dapat menyelidiki sanad
hadith tanpa berpandukan kepada prinsip “al-jarh
wa al-ta‘dil” yang telah digariskan oleh ulama’ di
dalam bidang ini. Ilmu jarh dan ta’dil bermanfaat
untuk menetapkan apakah periwayatan seorang
perawi itu dapat diterima atau harus ditolak sama
sekali. Apabila seorang perawi dinilai oleh
seorang para ahli sebagai seorang perawi yang
cacat, periwayatanya harus ditolak, dan apabila
seorang dipuji sebagai seorang yang adil, nescaya
periwayatanya diterima. Oleh itu, kepentingan
ilmu ini perlu dititikberatkan pada zaman kini
agar anak muda di zaman kemodenan ini dapat
mengetahui puncanya kedudukan sesuatu hadis
tersebut berada di kedudukan sahih atau lemah
mahupun palsu. Contohnya, pelbagai info dan
maklumat yang cepat tersebar di media sosial
pada masa kini mampu mempengaruhi mentaliti
anak-anak globalisasi. Ilmu ini turut mengajarkan
bahawa penyelidikan dalam mempercayai suatu
penyampaian perlu diselidik terlebih dahulu
sumbernya.
Senarai Rujukan
Al-Quran Al-Karim
Hadis-hadis
Al-‘Abd Al-Latif, Abdul Aziz B. Muhammad B.
Ibrahim. (1412h) Dhawabit Al-Jarh Wa Al-
Ta’dil, Madinah: Al-Jami’ah Al-Islamiyyah,
Ali Imron, Dasar-Dasar Ilmu Jarh Wa Ta’dil, Uin
Sunan Kalijaga, Yogyakarta, 2 Disember 2017,
Husnul Maarif Borotan Mahfuza Teguh Wibowo
Program Studi Pendidikan Ilmu Pengetahuan
Sosial Fakultas Ilmu Tarbiyah Dan Keguruan
Universitas Islam Negeri Sumatera Utara Medan
2018, Ilmu Al-Jarh Wa Ta’dil
Khulasah Al-Ta`Sil Li Al-‘Ilm Al-Jarh Wa Al-
Ta’dil
Syed Abdul Majid Ghouri, Pengenalan ilmu jarh
dan ta’dil, Terjemahan oleh Zulhilmi bin
Mohamed Nor
Mac 2015, Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM)
Siddiq Hasan Khan Al-Qanuji, Al-Hittah Fi Zikr
Al-Sunan Al-Sittah, Hal. 150, Lihat Juga
Muhammad Anwar A-Badakhsyani, Al-Syarh
Wa Al-Tafsil Fi AlJarh Wa Al-Ta`Dil, Hal. 16
Stpm Sem 2 : Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati
Ali @ Mat Zin, Buku Ulum Al-Hadith, Rujukan
Pengajian Islam, Universiti Malaya
Ulum Al-Hadith: Asiluha Wa Mu`Asiruha, Hal.
93
http://lms.kuis.edu.my/jurnal/wp-
content/uploads/2013/11/HADIS_JURNAL_BI
L_3_4.pdf
https://onlinehadits.files.wordpress.com/2019/01
/1.pengenalan-kepada-ilmu-al-jarh-wa-al-tadil-
rev.pdf
https://www.researchgate.net/search.Search.html
?query=ilmu+jarh+dan+ta%27dil&type=publica
tion

Anda mungkin juga menyukai