Engurusan Tingkahlaku Murid

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 24

PENGURUSAN TINGKAHLAKU MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN - SUBJEK

PTL

PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PKBP

1.0 PENGENALAN

Setiap ibu bapa mahukan anak-anak yang dilahirkan normal dan cukup sifatnya. Namun begitu
ketentuan Allah SWT tiada siapa yang dapat menghalang. Kelahiran anak-anak istimewa atau kanak-
kanak berkeperluan khas memang menjadi satu tamparan dan cabaran buat ibu bapa. Sebagai insan,
kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu mendapat layanan dan pendidikan yang sewajarnya dari
keluarga, masyarakat dan juga pihak sekolah.

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kumpulan kanak-kanak yang mengalami ketidaknormalan


sama ada dari segi fizikal, mental, emosi atau tingkah laku. Mereka merupakan kumpulan kanak-kanak
yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar-pakar professional klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian kanak-kanak seperti kebolehan kognitif tingkah laku (perkembangan social),
penguasaan bahasa lisan (pertuturan) dan membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran
matematik. Seringkali kanak-kanak berkeperluan khas dikaitkan dengan permasalahan tingkah laku.
Tahap kefungsian mereka yang rendah mendorong timbulnya permasalahan tingkah laku di kalangan
mereka. Berbagai masalah ditimbulkan sama ada semasa berada di dalam kelas, di luar kelas mahupun
di rumah.

Dewasa ini, tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas ini juga telah menjadi
topik perbincangan yang seringkali diperkatakan. Sehubungan dengan itu, saya telah membuat rujukan
dan kajian berkaitan permasalahan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Ini
bertujuan mendapatkan maklumat lengkap berkaitan permasalahan tingkah laku yang sering berlaku di
kalangan murid-murid berkeperluan khas.

1.1 DEFINISI DAN KONSEP TINGKAH LAKU

1.1.2 Definisi Tingkah Laku

“Berbagai-bagai ragam dan berbagai-bagai laku”

( Kamus Dewan, 1979 )


“Sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak balas terhadap persekitaran.”

( Raymond G. Miltenberger, 2001 )

“Tingkah laku adalah apa yang kamu lakukan, cara berinteraksi atau beraksi dan bertindak balas
terhadap persekitaran.”

( Lewis M. Beaker, 2001 )

Pengertian tingkah laku sebenarnya mempunyai pengertian yang amat luas. Tingkah laku boleh
disimpulkan sebagai perangai, gerak-geri, kelakuan, segala perbuatan yang melibatkan kegiatan motor
seperti berjalan, berlari, bergerak, berinteraksi, dan memberi respon atau tindakbalas terhadap sesuatu
sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Malahan tingkah laku juga sebenarnya mencakupi
gambaran emosi dan mental seseorang.

1.1.2 Definisi Tingkah Laku Bermasalah

Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku
oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu
perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada
sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal iaitu yang terkeluar dari nilai dan
norma masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang
lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakkan orang dalam masyarakat. Tingkah
laku bermasalah murid juga boleh didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru
sebagai mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour Problem Child ‘
menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam.
Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran.
Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung
dengan orang lain.
1.1.3 Jenis-Jenis Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah laku bermasalah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

a) Tingkah Laku Bermasalah Positif

b) Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku bermasalah positif merupakan keadaan tingkah laku di mana ia dilihat sebagai satu
perkembangan yang baik, tetapi sebenarnya tingkah laku tersebut mengganggu individu-individu lain.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku bermasalah positif dilihat pada keadaan
murid yang nampak keterlaluan perasaan ingin tahunya, terlalu cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.
Keadaan ini juga adakalanya dipanggil hiperaktif positif. Sekalipun keadaan ini adalah sangat baik dan
positif tetapi hakikatnya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran-pembelajaran yang sedang
dijalankan. Keadaan in sebenarnya mengganggu murid-murid yang belajar dalam keadaan yang normal.
Selain daripada itu ia akan mengakibatkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajarang yang sedang
dijalankan. Keadaan ini juga akan menimbulkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid yang lain dan
juga pada guru itu sendiri.

Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku distruptif, distruktif, pengasingan diri,
pergantungan berlebihan, agresif dan kebimbangan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran,
tingkah laku bermasalah negatif merupakan keadaan di mana murid mengganggu perjalanan pengajaran
dan pembelajaran dengan berbagai cara melalui tindakan-tindakan ataupun perlakuan-perlakuan yang
mengganggu rakan dan guru ataupun merosakkan peralatan yang terdapat di dalam kelas.

Antara perlakuan negatif yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ialah membuat bising,
mengganggu rakan, bergaduh, melawan cakap guru, vandalisme, kerap menangis, berbohong, mencuri,
mengejek dan tidak menunjukkan minat dan perhatian dalam pelajaran. Ada juga tingkah laku murid
yang kurang disedari oleh guru tetapi sebenarnya boleh mejejaskan pembelajaran dan perhubungan
sosial yang normal. Tingkah laku ini adalah yang seperti sering mengasingkan diri, selalu sedih, terlalu
pemalu, sering ketakutan dan fantasi.

1.1.4 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku

Terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah :
i. Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.

ii. Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka

iii. Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan

iv. Sering bercakap bohong atau bercakap besar

v. Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok

vi. Suka menyakiti hati kawan-kawan

vii. Menjahanamkan harta benda

viii. Tidak duduk diam

ix. Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap

x. Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua

xi. Panas baran

xii. Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi

( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )

1.2 PUNCA-PUNCA MASALAH TINGKAH LAKU DI KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS

Umumnya tingkah laku bermasalah di kalangan murid pendidikan khas adalah berpunca daripada
beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor baka, faktor persekitaran dan faktor
pemakanan. Namun begitu Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga
merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja ialah melalui
pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka.

1.2.1 Faktor Baka

Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Baka
diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka boleh menguasai penyuburan fizikal
dan mental. Ahli psikologi bersetuju bahawa baka merupakan salah satu punca berlakunya tingkah laku
bermasalah di kalangan kanak-kanak berkeperlan khas. Seseorang kanak-kanak yang lahir itu pasti akan
mewarisi sifat-sifat ibu bapanya. Menurut Norman L.Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan
melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui genetik.
Antaranya sifat yang dipengaruhi oleh genetik ialah sifat introvert dan ekstrovert. Sifat-sifat ini boleh
diwarisi oleh kanak-kanak melalui ibu bapa mereka. Keadaan emosi yang tidak stabil di kalangan ibu
bapa juga boleh menyebabkan anak mereka mengalami keadaan yang sama. Contohnya jika seseorang
itu mempunyai sifat pemarah, pembengis dan sukar mengawal emosi, kemungkinan anaknya juga akan
berkeadaan sedemikian. Ini akan menyebabkan beberapa masalah seperti tantrum, suka mengamuk,
dan berkemungkinan mencederakan diri sindiri atau orang lain.

Baka juga akan mempengaruhi perkembangan fizikal seseorang. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-
ciri fizikal luaran, khasnya bentuk fizikal, warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-
gen ibu bapa. Sebagai contoh, jika ibu bapa mempunyai saiz badan yang besar dan gemuk, ini juga boleh
menyebabkan kemungkinan anak mereka akan mengalami masalah tubuh badan yang sama. Saiz tubuh
yang terlalu gemuk, terlalu kurus atau terlalu rendah dan kecil akan menyebabkan timbulnya perasaan
rendah diri dan malu dalam diri seseorang murid itu. Ini seterusnya boleh menyumbang kepada
timbulnya tingkah laku bermasalah seperti tidak mahu bergaul dengan orang lain, mengasingkan diri,
dan tidak mahu melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pengajaran kerana malu dan takut diejek oleh
kawan-kawan.

Perkembangan mental seseorang juga boleh dipengaruhi oleh baka. Sekiranya ibu bapa mempunyai
tahap kemampuan mental yang rendah, kemungkinan anak mereka juga akan menghadapi masalah
yang sama. Ini seterusnya akan menyebabkan anak ketinggalan dalam pelajaran dan akhirnya menjadi
tidak minat untuk belajar. Hal ini akan menyebabkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini seperti
kemurungan, suka mengasingkan diri dan mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi. Keadaan ini
juga akhirnya boleh membawa kepada tingkah bermasalah yang lain yang akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

1.2.2 Faktor Persekitaran

Persekitaran merupakan faktor penting yang mungkin menjadi punca kepada permasalahan tingkah laku
di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Faktor persekitaran boleh dipecahkan kepada beberapa
bahagian iaitu faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor sekolah dan faktor masyarakat dan budaya.

1.2.2.1 Faktor Keluarga

Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai ‘a group of people by marriage,
ancestry or adoption who live together in a common household’, (Kamus Dewan 1994) mencatitkan
definisi keluarga sebagai ‘seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta
anak-anak’. Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan
anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok social
berkenaan.

Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa
gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.
Insititusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak
berkeperluan khas. Keluarga boleh menjadi satu punca kepada timbulnya permasalahan tingkah laku di
kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa pelajar
yang bermasalah kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion, et al.,
1991; Rutter, 1985; Vuchinich, 1992).

Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), merujuk punca salah
laku di kalangan pelajar disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor keluarga merupakan penyumbang
tertinggi dalam peningkatan permasalahan tingkah laku palajar. Kajian yang telah dijalankan pada tahun
1993, menunjukkan bahawa 81.03 peratus pelajar melakukan kesalahan kerana faktor kekeluargaan,
4.10 peratus disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24 peratus disebabkan oleh faktor persekolahan
(Dewan Masyarakat, April, 1995).

a) Penceraian dan perpisahan ibu bapa

Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu. Tekanan
menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang. Benokraitis mentakrifkan
penceraian sebagai ‘penamatan suatu perkahwinan yang sah dan formal’ (Nijole V Benokraitis, 1996).

Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah salah laku sering dialami oleh kanak-kanak apabila berlaku
penceraian di kalangan ibu bapa mereka. Corak tingkah laku berbeza di antara kanak-kanak dan ia
berhubungkait dengan perkara-perkara seperti jantina dan usia. Kanak-kanak yang terganggu emosinya
lebih sering mengeluh sakit seperti demam, sakit tekak, sakit perut dan sebagainya. Keadaan emosi
mereka juga tidak stabil dan kadangkala berlaku kecelaruan emosi di kalangan kanak-kanak mangsa
penceraian.

Seseorang akan merasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai dan akan melepaskan perasaan
marahnya itu melalui perubahan sikap mendadak. Kanak-kanak akan menjadi degil, bersikap panas
baran, bertumbuk dengan budak-budak lain, mencuri, ponteng sekolah, bercampur dengan kumpulan
budak-budak nakal dan menghisap rokok. Mereka juga akan menjadi penyedih dan tidak suka bergaul,
asyik menyendiri, menangis seorang diri, tidak tidur lena malam dan kelihatan malas. Semua ini adalah
kesan daripada gangguan emosi dan perasaan yang dialami akibat daripada penceraian kedua ibu bapa.
Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila kanak-kanak tersebut terpaksa diheret sama ke dalam
kancah penceraian tersebut terutamanya apabila berlaku kes perebutan hak penjagaan anak. Sigurdsson
dan rakan-rakan (1996) dan Sokol-Katz dan rakan-rakan (1997) menekankan bahawa perkembangan
personaliti negatif dan tingkah laku bermasalah adalah hasil daripada kegagalan dalam ikatan
kekeluargaan.

b) Gaya asuhan dan cara mendisiplinkan anak

Menurut Kamus Dewan (2003), gaya asuhan didefinisikan sebagai perihal mendidik, peliharaan,
penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan. Menurut Darling dan Steinberg (1993), gaya asuhan didefinisikan
sebagai sikap yang ada pada ibu bapa berkaitan dengan membesarkan anak, seperti yang digambarkan
melalui interaksi mereka dengan anak mereka.

Kegagalan ibu bapa dalam mengasuh, mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka juga dilihat
sebagai salah satu faktor berlakunya masalah tingkah laku. Latar belakang tingkah laku anti sosial adalah
kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-
kanak (Jacobvitz et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku bermasalah juga berpunca daripada kegagalan
cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga (Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992).

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mengawasi perkembangan tingkah laku kanak-
kanak berkeperluan khas. Sekiranya disiplin tidak diterapkan di peringkat awal lagi, maka kemungkinan
untuk menyebabkan timbulnya tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid berkeperluan khas
adalah lebih tinggi. Asuhan di peringkat awal serta penerapan disiplin yang sesuai dan istiqamah akan
memastikan tingkah laku bermasalah tidak timbul di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

c) Pengaruh Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan model terhampir kepada kanak-kanak. Kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
berkeperluan khas seringkali menjadi ibu bapa sebagai idola ataupun model untuk diikuti. Sikap dan
tingkah laku ibu bapa sama ada positif ataupun negatif seringkali menjadi ikutan kepada kanak-kanak
berkeperluan khas. Apa sahaja tingkah laku yang dilakukan oleh ibu bapa di hadapan anak-anak baik dari
segi verbal mahu pun perbuatan akan diperhatikan oleh anak-anak dan tidak mustahil anak-anak akan
terikut-ikut dengan tingkah laku tersebut. Sekiranya tingkah laku tersebut baik dan positif, maka anak-
anak akan turut menjadi sedemikian. Sebaliknya jika tingkah laku ibu bapa lebih banyak ke arah yang
kurang baik dan negatif, maka anak-anak juga akan terdidik dengan sifat-sifat yang negatif dan kurang
baik.

Mengikut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus
memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam
dewasa. Ini bermakna pengaruh ibu bapa amat kuat dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak dan
tingkah laku ibu bapa juga amat cenderung diikuti oleh kanak-kanak.

d) Hubungan keluarga dengan kanak-kanak

Keharmonian berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini
merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih sayang, sifat hormat-menghormati,
bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan, rumah dan
sebagainya).

Suasana rumah yang mesra dan harmonis akan menggalakkan ketenteraman tingkah laku terkawal.
Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan
untuk kestabilan emosi. Kasih sayang, layanan, asuhan dan perhatian yang diberi oleh ibu bapa akan
secara langsung membantu perkembangan emosi. Sebaliknya, ibu bapa yang tidak pengasih boleh
menyebabkan salah laku, anaknya melawan, kurang bercakap dan berasa iri hati.Misalnya ibu bapa yang
mewujudkan perasaan tegang dalam keluarga menyebabkan anak-anak tidak diterima, rasa tersingkir
dan kurang selesa.

Kajian oleh Patterson dan rakan-rakan (1989) dan Yoshikawa (1994) mendapati bahawa kegagalan
keluarga dalam berinteraksi secara berkesan dengan anak-anak menyebabkan anak-anak mudah
terpengaruh dengan tingkah laku bermasalah. Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa anak-
anak yang bertingkah laku agresif mempunyai hubungan yang kurang baik dengan ahli keluarga (Coie,
et.al., 1992; Henggeler dan Hall, 1992; Stattin dan Magnusson, 1994).

e) Keluarga bermasalah

Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam rumahtangga
akibat daripada masalah keluarga ( Utusan Malaysia, 27 September 1990:12). Krisis-krisis ini
kemudiannya telah mengakibatkan timbul berbagai keadaan negatif dalam perhubungan keluarga
tersebut. Tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas juga mungkin berpunca
daripada permasalahan ini. Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan keluarga yang bermasalah
seringkali mengalami gangguan emosi dan perasaan yang akhirnya menyebabkan berbagai
permasalahan tingkah laku ditimbulkan sama ada di rumah, sekolah mahupun di dalam masyarakat.

Jika kehidupan harian di rumah dicirikan oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan yang
kerap berlaku, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang dan dominan
ataupun terlalu mengongkong dan memanjakan, atau gangguan neurotik, mereka akan membesar
dalam suasana emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan kualiti kebebasan dan keyakinan diri
yang penting untuk mencapai kemajuan dalam persekolahan. Akhirnya kanak-kanak akan mempunyai
sikap dan tingkah laku yang tidak diingini. Sikap seperti ini akan menggalakkan kanak-kanak menjadi
tidak berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak mempunyai peraturan, sanggup menipu dan tidak jujur
dalam kerja-kerja sekolah, sehingga mengibatkan kemunduran akademik dan juga tingkah laku.

f) Penderaan kanak-kanak

Kanak-kanak berkeperluan khas ada kalanya tidak dapat diterima kehadirannya dalam sesebuah
keluarga. Mereka dianggap sebagai memalukan serta membebankan keluarga. Akibatnya ada di antara
kanak-kanak berekeperluan khas ini telah didera dan diperlakukan dengan tindakan yang tidak
sepatutnya oleh ibu bapa dan ahli keluarga mereka sendiri.

Coleman dan Cressey mengkategorikan penderaan kanak-kanak dalam kes keganasan rumahtangga.
Ianya berlaku akibat gangguan emosi yang dialami oleh ibu bapa berpunca daripada tekanan (stress).
Kemungkinan tekanan yang dihadapi apabila menerima anak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas mengakibatkan ibu bapa melepaskan kemarahan kepada anak mereka. Kanak-kanak
yang didera, kerap mengalami gangguan emosi di mana mereka seringkali menjadi terlalu takut, rendah
diri, emosi tidak stabil, pendendam dan pasif. Kesan gangguan emosi ini akan menyebabkan timbulnya
permasalahan tingkah laku yang tidak diingini. Adakalanya kanak-kanak ini akan memberontak dengan
cara melakukan kekerasan dan keganasan terhadap rakan sebaya mereka sepertimana yang dilakukan
oleh ibu bapa terhadap mereka. Ada juga kanak-kanak ini yang menjadi terlalu pasif dan sering
mangasingkan diri.

g) Sosio ekonomi keluarga

Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
Kemiskinan yang dihadapi oleh sesebuah akan menimbulkan ketegangan dalam keluarga tersebut.
Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh pendapatan
yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas (seperti makanan, pakaian, tempat tinggal)
dan juga perubatan serta pengangkutan yang diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka
menjalankan kegiatan harian dengan baik (Tamadun, April 1998:18).
Apabila masalah kewangan sering berlaku dan keadaan rumah serta persekitaran tidak selesa, ahli
keluarga sering mengalami tekanan emosi. Pergaduhan dan pertelingkahan sering berlaku di antara
suami dan isteri berpunca daripada kekurangan wang. Dalam keadaan begini anaklah yang seringkali
menjadi mangsa. Anak-anak dalam keluarga ini akan menempuh satu suasana yang tidak stabil, serba
kekurangan dan dengan sendiri menimbulkan masalah tingkah laku mereka.

1.2.2.2 Faktor Rakan Sebaya

Apabila seseorang itu berada di luar rumah ia akan bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini
terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur yang hampir-hampir sama di antara
satu sama lain. Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun
remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama ( Hazil Abdul Hamid : 1990; 89). Kumpulan rakan
sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan tingkah laku seseorang kanak-kanak.

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja
yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini
mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman
yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah.

Mustafa Fahmi (1971) menyatakan kanak-kanak atau remaja cenderung menuruti tingkah laku
kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Mereka akan bersungguh-sungguh mencuba bertingkah
laku seperti tingkahlaku kumpulannya. Mereka juga akan melakukan atau membuat apa yang dilakukan
atau dibuat oleh kumpulannya. Hal ini termasuklah perlakuan atau tingkah laku bermasalah yang
terdapat dalam kumpulan mereka.

Menurut Klausmerier et. al (1975) di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejuran,
kemesraan dan lain-lain "para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang
lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Ini bermakna rakan sebaya memainkan peranan penting dan
menjadi salah satu punca kepada permasalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak.

Begitu juga halnya yang berlaku di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Dengan keadaan mereka
yang serba kekurangan sama ada dari segi fizikal, tahap kemampuan berfikir dan tahap kemampuan
mental, kanak-kanak berkeperluan khas seringkali menjadi rakan sebaya sebagai model dan ikutan
mereka apatah lagi sekiranya keluarga kurang menerima dan memberi perhatian terhadap mereka.
Penerimaan rakan sebaya dianggap sebagai satu penghargaan dan akhirnya menjadikan rakan sebaya
sebagai idola dan ikutan. Akhirnya mereka lebih cenderung melakukan aktiviti atau tingkah laku yang
tidak diingini dan bermasalah.

Disebabkan tahap kemampuan berfikir yang rendah di kalangan kanak-kanak berekeperluan khas,
mereka adakalanya lebih mudah dipergunakan dan dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk melakukan
aktiviti-aktiviti atau perlakuan negatif seperti mencuri, memeras ugut dan terlibat dalam pergaduhan.

Perkembangan tingkah laku negatif dan penglibatan dengan kumpulan rakan sebaya negatif boleh
difahami melalui rangka kerja yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner (1979). Menurut teori yang
diperkenalkan oleh beliau, seseorang individu bergaul dengan berbagai sistem dalam kehidupan harian.
Mikrosistem seperti rumah dan sekolah, merupakan perkara yang kanak-kanak akan terlibat secara
terus. Tingkah laku yang dipelajari daripada salah satu mikrosistem akan terbawa-bawa kepada
mikrosistem yang lain.

Dalam keadaan ini, tingkah laku yang dipelajari dari luar, dalam konteks hubungan rakan sebaya, akan
terbawa-bawa ke rumah dan digunakan dalam menjalankan hubungan dengan ahli keluarga. Begitu juga
di mana tingkah laku yang dipelajari dari rakan sebaya untuk digunakan dalam menjalankan hubungan
dengan guru dan persekitaran sekolah yang boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2.2.3 Faktor Sekolah

Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga (1994) sekolah ialah ‘tempat untuk belajar dan mengajar’. Dalam
seharian hampir separuh masa murid-murid dihabiskan di sekolah. Sekolah juga memainkan peranan
dalam menyumbang kepada berlakunya tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak berkeperluan
khas. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Contohnya,
pengetua yang tegas melaksanakan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan satu-
satu tugas. Sekiranya sebaliknya, menyebabkan kanak-kanak pasif, menarik diri, takut mengambil
bahagian dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu persekitaran sekolah yang tenang dan selesa akan membantu memupuk tingkah laku
yang diingini. Saiz sekolah juga memberi kesan kepada tingkah laku murid. Sekolah yang besar atau
keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin
( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )
Iklim kelas yang kemas, selesa dan kondusif akan menyebabkan kanak-kanak dapat belajar dengan
tenang. Sekiranya keadaan kelas tidak kondusif, ini boleh mengakibatkan timbulnya tingkah laku
bermasalah di kalangan kanak-kanak. Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang
tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan
watak yang kurang baik di kalangan murid. Dalam erti kata lain, murid akan lebih tenang dari segi emosi
dan kesediaan belajar apabila keadaan kelas mereka sentisa dikelolakan dengan baik.

Menurut Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura individu bertingkah laku
berdasarkan pengalaman dengan melihat orang lain yang dianggap sebagai model. Guru perlu menjadi
model yang terbaik kepada pelajar (Bandura 1977). Pelajar memerlukan sentuhan guru untuk mereka
menjadi bertambah baik daripada sedia ada. Sekiranya semua guru menonjolkan model yang terbaik
kepada murid-murid, maka mustahil pelajar tidak terpengaruh untuk menjadi pelajar yang baik tingkah
lakunya. Ini bermakna guru perlu menjadi model dan contoh yang terbaik kepada anak didiknya.

Selain daripada itu sikap dan tingkah laku guru juga perlu dipelihara kerana dengan sikap yang tidak
menyenangkan akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak. Banyak perkara yang dilakukan oleh guru
tanpa disedari boleh mengubah tingkah laku yang tidak menyenangkan. Mereka akan mula bosan, malas
dan nakal apabila berhadapan dengan situasi yang membosankan. Apatah lagi sekiranya kanak-kanak
tersebut adalah kanak-kanak berekeperluan khas. Segala masalah yang timbul juga perlu ditangani
dengan bijak dan adil. Sekiranya keadaan tidak diberi perhatian, masalah tingkah laku mungkin akan
berlaku di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

Keadaan di mana guru kurang memberi perhatian dan sering sibuk dengan tugasan akan menyebabkan
murid merasa diri mereka tidak dihiraukan dan menyebabkan mereka bertindak mengikut kehendak
mereka. Guru perlu lebih bijak menangani masalah dan memberi perhatian yang sepatutnya agar kanak-
kanak berkeperluan tidak rasa tersisih dan terabai. Guru perlu melayan kanak-kanak berkeperluan khas
secara berbeza kerana kepelbagaian masalah kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka perlu dilayan
sebagai individu secara berasingan dan bukan secara pukal. Walaupun agak sukar untuk guru
melakukannya kerana jumlah pelajar yang ramai, namun hakikat yang perlu diterima oleh guru ialah
mereka adalah seorang pendidik dan mampu mengubah pemasalahan yang timbul sekiranya bijak
menangani sesuatu permasalahan itu.

1.2.2.4 Faktor Masyarakat dan budaya


Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil
( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri
dengan keadaan itu.

Persekitaran masyarakat akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Nilai dan taraf
tingkah laku masyarakat boleh mempengaruhi kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak akan lebih
mudah dan cepat tepengaruh dengan perkara-perkara negatif yang terdapat dalam masyarakat
sekeliling mereka. Budaya-budaya yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat juga akan memberi
kesan terhadap tingkah laku kanak-kanak. Sekiranya murid sentiasa terdedah dengan budaya kurang
sihat yang diamalkan masyarakat sebagai contoh budaya gangsterism dan vandalisme, mereka akan
lebih mudah terikut-ikut dengan budaya tersebut.

Budaya dan pengaruh media massa juga menjadi punca kepada permasalahan tingkah laku kanak-kanak
berkeperluan khas. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang
berunsurkan pergaduhan, kezaliman dan keganasan, mereka akan cenderung untuk memperolehi
tingkah laku yang agresif. Bandura (1977), mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif
selepas menonton filem yang berunsurkan aksi agresif (Eron, 1982). Namun begitu sekiranya ibu bapa
mengawal dan memberi penekanan kepada unsur agama, nilai-nilai murni dan budaya yang positif,
maka kanak-kanak yang dibesarkan dengan kebudayaan ini akan mempunyai tingkah laku yang stabil.

1.2.3 Faktor Pemakanan dan Kesihatan

Makanan seimbang yang disediakan adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak secara
keseluruhan. Kekurangan satu-satu jenis makanan boleh menyebabkan kanak-kanak itu letih dan mudah
terkena penyakit. Kanak-kanak yang mendapat kurang makan khususnya makanan yang berzat selalunya
tidak aktif, tidak sihat dan kurang bertenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di
sekolah. Kanak-kanak begini lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan seringkali bersedih dan
menangis. Ini menyebabkan tehasilnya tingkah laku yang tidak diingini seperti tidak mahu melibatkan
diri, suka menyendiri dan kerap tidak hadir ke sekolah.

Kesihatan juga amat penting dalam menentukan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. Menurut
Belock & Breslow (1972), tabiat kesihatan yang baik akan mengurangkan risisko penyakit, rasa lebih
sihat dan kurang masalah tidak berupaya. Ini akan menyumbang kepada tingkah laku yang lebih posotof.
Kanak-kanak yang kurang bertenaga disebabkan kerap sakit dan penyakit tertentu akan berasa malu,
bersifat pendiam, mudah marah dan menarik diri. Akibatnya kanak-kanak berkenaan tidak dapat
membina hubungan yang baik dengan kanak-kanak lain. Dengan itu dia akan berasa sedih dan
mengalami kesunyian.
Selain daripada itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai kecacatan anggota seperti
tempang, sumbing, kudung kaki, tangan dan lain-lain kecacatan juga akan menunjukkan tingkah laku
yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Mereka akan menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti
pengunduran diri, pengasingan, rendah diri dan menjadi pasif. Ini disebabkan mereka merasakan
kekurangan yang ada pada mereka membuatkan mereka merasa terasing dan kurang keyakinan diri

1.3 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.3.1 Pengenalan

Pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke
satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang sesuai. Dalam
melaksanakan pengurusan tingkah laku, guru perlu memberitahu murid-murid tentang tingkah laku
yang harus diamalkan di sekolah dan peraturan-peraturan sosial yang harus ditunjukkan di dalam bilik
darjah.

Pengurusan tingkah laku juga adalah tindakan yang dilakukan oleh guru, ibubapa atau pihak-pihak
tertentu untuk membentuk perlakuan luaran atau dalaman individu atau kumpulan supaya mempunyai
tingkah laku yang bermanfaat, produktif dan diterima oleh masyarakat

Menurut Stone (2007), kalau tingkah laku boleh dipelajari maka sudah tentu ia juga boleh diubah atau
diubahsuai. Kebanyakan tingkah laku berbentuk operan dan bukannya responden . Oleh itu tingkah laku
berubah apabila persekitaran berubah dan menyediakan konsekuens yang berbeza.

Dalam menjayakan pengurusan tingkah laku, guru mesti selalu memodelkan tingkah laku yang positif.
Guru juga harus menggunakan contoh-contoh visual dan konkrit untuk menunjukkan interaksi yang
positif dalam sistem persekolahan. Disamping itu, guru juga harus membetulkan tingkah laku murid yang
salah dengan menunjukkan mereka tingkah laku yang betul.

1.3.2 Definisi Pengurusan Tingkah Laku

“Pengurusan tingkah laku adalah tugas guru untuk menyediakan murid-murid supaya hendak belajar.”

( Bradley, King, Sears dan Teassier – Switlick, 1997 )


Pengurusan tingkah laku adalah merupakan langkah yang sistematik untuk mengubah tingkah laku
negatif kepada tingkah laku yang positif.”

( Behaviour Modification )

“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara
analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu.”

( Bear, Wolf dan Risley, 1968 )

1.3.2 Prinsip-Prinsip Pengurusan Tingkah Laku

Di antara prinsip-prinsip yang diamalkan dalam pengurusan tingkah laku ialah:-

i. Semua tingkah laku adalah dipelajari

ii. Semua tingkah laku adalah ‘stimulus spesifik’

iii. Tingkah laku boleh diajar dan diubah

iv. Matlamat perlu jelas dan specifik

v. Program yang dijalankan perlu secara individu

vi. Program yang dijalankan perlu fokus pada masa kini dan persekitaran kanak-kanak

1.3.4 Teknik-Teknik Pengurusan Tingkah Laku

Terdapat banyak teknik yang biasanya digunakan dalam pengurusan tingkah laku. Guru seharusnya bijak
memilih teknik yang bersesuaian dengan murid sebelum pengurusan tingkah laku dijalankan. Guru perlu
mengambil kira faktor fizikal, emosi, mental, tahap keseriusan tingkah laku, faktor persekitaran dan
jangkamasa perlaksanaan sebelum sesuatu pengurusan tingkah laku dijalankan ke atas murid. Di antara
teknik-teknik pengurusan tingkah laku ialah:

i. Ganjaran

ii. Dendaan

iii. Pengasingan
iv. Shaping (Pembentukan)

v. Prompting

vi. Pelenturan

vii. Modeling

viii. Pengasingan

ix. Kontrak perjanjian

x. Kaunseling

1.3.5 Langkah-Langkah Pengurusan Tingkah Laku

Dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku adalah menjadi tugas penting guru untuk meneliti,
melakukan penilaian, merancang dan melaksanakan program secara objektif. Tujuan utama pengurusan
tingkah laku adalah untuk mendisiplinkan diri individu. Dalam tugasan ini, akan disentuh secara
terperinci tentang langkah-langkah dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku.

Terdapat beberapa 10 langkah yang telah ditetapkan dalam proses memodifikasikan tingkah laku murid-
murid. Langkah-langkah tersebut ialah :

1. Membuat pemerhatian dan penilaian serta merekodkan tingkah laku bermasalah.

a. Guru harus mengenalpasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid.

b. Setelah tingkah laku dikenal pasti, pemerhatian dan merekodkan tingkah laku haruslah dibuat oleh
guru.

2. Memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan

a. Guru hendaklah memilih tingkah laku yang dirasakan perlu diubah terlebih dahulu mengikut
keutamaan.

3. Menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai

a. Guru juga harus mengenalpasti dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini.

4. Mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat

a. Guru haruslah menetapkan masa yang sesuai bagi melaksanakan sasaran yang telah ditetapkan.

5. Memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai


a. Setelah mengenal pasti tingkah laku yang hendak diubah, guru bolehlah memilih kaedah atau strategi
yang sesuai.

6. Menentukan ganjaran dan dendaan

a. Guru juga harus menentukan ganjaran sekiranya berlaku modifikasi tingkah laku terhadap murid guru
juga perlu hendaklah menentukan dendaan yang sesuai sekiranya modifikasi tinghkah laku tidak berlaku.

b. Contoh ganjaran ialah shaping, token ekonomi, pujian.

c. Contoh dendaan ialah time out, pengasingan.

7. Menjalankan program

a. Program pengurusan tingkah laku boleh dilaksanakan setelah perancangan disediakan.

8. Melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala

a. Semasa program pengurusan tingkah laku dijalankan, guru bolehlah melakukan penilaian secara
berterusan ataupun jika tingkah laku itu berkurangan, guru bolehlah membuatnya secara berkala.

9. Tindakan/ intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai)

a. Dari penilaian yang telah dijalankan, guru boleh membuat keputusan dimana jika tingkah laku sasaran
telah tercapai, maka modifikasi tingkah laku telah berjaya.

10. Memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif)
dikekalkan atau ditingkatkan.

a. Guru harus memastikan tingkah laku negatif itu tidak akan berulang manakala jika sasaran tingkah
laku telah tercapai, guru haruslah mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku positif i

1.4 KEPENTINGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN PERKAITANNYA DENGAN TEORI-TEORI TINGKAH
LAKU

Pengurusan tingkah laku merupakan satu aspek penting yang harus diketahui dan difahami oleh setiap
pendidik. Aspek ini penting kerana ramai guru menghadapi masalah untuk menangani masalah tingkah
laku murid-murid bermasalah pembelajaran. Apabila keadaan ini berlaku, guru tidak dapat
menyampaikan pengajaran dengan sempurna dan seterusnya boleh mengganggu perasaan dan emosi
guru yang akhirnya menyebabkan guru merasa begitu tertekan.
Pengurusan tingkah laku juga merupakan aspek penting yang perlu dijalankan kerana ia dapat menjamin
suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan afektif. Persekitaran yang kondusif dan afektif ini akan
menjamin pembelajaran yang lebih selesa.

Tingkah laku bermasalah sekiranya tidak diuruskan dengan bijak akan mengakibatkan kesan yang lebih
buruk di masa hadapan. Apabila seseorang murid itu sudah biasa dengan tingkah laku bermasalah,
situasi ini akan mengundang masalah dalam perhubungan sosial murid tersebut dengan keluarga, rakan-
rakan, guru dan juga masyarakat amnya. Seorang guru perlu bijak merancang dan memilih kaedah yang
paling sesuai untuk menguruskan sesuatu masalah tingkah laku yang timbul.

Mengikut pendekatan teori tingkahlaku yang dipolopori oleh Pavlov, Thorndike dan Skinner
berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka mengaitkan
perhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Setiap rangsangan
menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak
balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan
pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Guru yang kurang daya inisiatif dari segi strategi dan
teknik pengajaran akan gagal untuk menarik dan meransang minat murid-murid untuk mengikuti proses
pembelajaran semasa di dalam bilik darjah. Ini akan menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Ini
menunjukkan bahawa teori ini berkait rapat dengan perubahan tingkah laku murid.

Sekinner melalui Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) telah menekankan tentang proses pembiasaan
dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakan beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia.
Menurut Skinner, pembelajaran berlaku melalui pelaziman dan peneguhan positif pula merupakan
rangsangan yang penting dalam menambahkan kebarangkalian gerak balas pelajar. Oleh itu peneguhan
positif perlu diberi dari semasa ke semasa untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini sekaligus
menjayakan proses pengubahsuaian tingkah lau yang dijalankan. Manakala peneguhan negatif pula
membawa kesan yang tidak menyeronokkan dan pelajar akan mengulangi tingkah laku operan yang
diingini. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting
untuk mencapai kejayaan.

Melalui teori Skinner ini, pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pengubahsuaian tingkah laku
ialah dengan memberi ganjaran dan peneguhan kepada murid. Dengan ganjaran dan peneguhan yang
bersesuaian, diharapkan dapat menghapuskan tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan. Pendekatan
inilah yang telah saya guna pakai semasa saya menjalankan program pengurusan tingkah laku ke atas
murid-murid pendidikan khas di sekolah saya.

‘http://pendidik-istimewa.blogspot.com/2013/02/pengurusan-tingkahlaku-murid-murid.html
Definisi dan konsep pengurusan tingkah laku

Adakah bidang pengurusan tingkah laku sesuatu yang baru bagi anda? Jika ya, sila teliti maklumat yang
diberikan agar anda mengetahui apa itu tingkah lkaku dan pengurusan tingkah laku, khususnya bagi
murid-murid pemulihan.

Pada umumnya hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa;

Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh
dipelajari pada bila-bila masa.

“ Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah
laku baru yang lebih positf jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan
sistematik.”

“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara
analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu”

(Bear, Wolf and Risley, 1968)

“Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.”

(Kamus Dewan, 1979)

Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik
bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan
tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat
pengubahsuaian tingkah laku diingini.

Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut;

perancangan yang rapi

tentukan individu atau kumpulan

teknik intervensi yang berkesan

penilaian secara objektif

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid pemulihan sebelum program
pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu;
setiap murid adalah unik

tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid

proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek
kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait).

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana:

i. memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa;

ii. kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;

iii. tentukan objektif tingkah laku baru; dan

iv. bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent
dan consequences yang telah dikenal pasti.

Zirpoli &Melloy (1993)

Langkah-langkah dalam proses perubahan tingkah laku

Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.

2.4. 1 Memilih tingkah laku sasaran

Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses
perubahan.

Panduan memilih tingkah laku sasaran:

i. Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa.

· Masalah yang membahayakan diri dan orang lain

· Masalah yang boleh mengganggu pembelajarannya dan murid lain

· Masalah yang membahayakan keselamatan diri dan murid lain

· Masalah yang tidak sesuai dengan umurnya

· Masalah yang terlalu kerap berlaku

· Masalah yang terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu

· Masalah yang menyebabkan murid lain menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya

(Zirpoli & Mellow, 2001)


ii. Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan:

· Jenis tingkah laku

· Kekerapan berlaku

· Jangka masa berlaku

· Tahap keterukan

· Jumlah keseluruhan tingkah laku

iii. Pertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama ada meningkat atau mengurang.

iv. Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian.

v. Pastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya.

vi. Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

2.4.2 Mengumpul dan merekod data

Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengumpul maklumat tentang
tingkah laku yang hendak diubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai ’baseline data’.

Tujuan mengumpul data:

i. Mengetahui jumlah tingkah laku tersebut dalam sehari.

ii. Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.

iii. Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak / bentuk tertentu.

iv. Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.

Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-
teknik berikut:

· Rekod naratif

· Rekod anekdot

· Rekod naratif Berterusan

· Rekod kejadian (Event recording)

· Rekod kekerapan
· Rekod jangka masa (Duration)

· Rekod had masa (Interval)

· Rekod sampel masa

2.4.3 Melaksana intervensi

Setelah guru mengumpul segala maklumat (baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru
dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu
tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberil perhatian dahulu, iaitu:

i. Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?

ii. Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?

iii. Bila tingkah laku itu berlaku?

iv. Kekerapan tingkah laku itu berlaku.

v. Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?

vi. Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?

Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan, dan corak tingkah laku
itu itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Progam
intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah
laku yang dibincangkan dalam tajuk berikutnya.

Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa, iaitu:

i. Fasa pra intervensi

ii. Fasa intervensi

iii. Fasa selepas intervensi

Fasa pra intervensi

Dikenali sebagai ”baseline period”, iaitu guru akanmengumpul semua maklumat tentang tingkah laku
murid melalui pemerhatian tanpa sebarang inbtervensi . Rekod baseline data ini akan djadikan
perbandingan dengan rekod baseline data selepas intervensi.
Fasa intervensi

Setelah guru berpuas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh
memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah
laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi terdahulu) ke dalam
geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankan sekiurangh-kurangnya selama
dua minggu.

Fasa selepas intervensi

Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam
tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus diperhati dan direkodkan ke dalam
bahagian geraf fasa selepas intervensi.

2.4.4 Menilai keberkesanan intervensi

Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline
data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan
baseline data yang kedua. Gambaran rekod penilaian intervensi adalah seperti berikut.

http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/2010/10/pengurusan-tingkah-laku.html

PENGURUSAN KELAS
PENYUSUNAN KEMUDAHAN FIZIKAL / PERABOT BILIK DARJAH
 Membolehkan aktiviti dijalankan dengan lebih terancang
 Mengurangkan kebisingan dan gangguan
 Memupuk interaksi murid
 Menambahkan masa yang dihabiskan dalam aktiviti pembelajaran
 Membolehkan guru yang memantau aktiviti murid

CARA PENYUSUNAN BILIK DARJAH HARUS MEMBOLEHKAN


 Guru dan murid bergerak tanpa halangan
 Memudahkan guru untuk mendapatkan bahan bantu mengajar
 Guru dapat menumpukan perhatian kepada semua murid
http://kpkskkukusan.webs.com/pendidikankhas.htm

http://books.google.com.my/books?
id=sXZW9UWpmJ4C&pg=PA20&lpg=PA20&dq=kepentingan+guru+mengurus+tingkah+laku&source=bl&
ots=ZKE1Ty0NUn&sig=uJ8rSWekJw0Pa3AtXwVX29ATbSs&hl=en&sa=X&ei=FCnqUdP1LcjTrQf6kYDABg&r
edir_esc=y#v=onepage&q=kepentingan%20guru%20mengurus%20tingkah%20laku&f=false
BUKU PENGURUSAN T/LAKU

Anda mungkin juga menyukai