Anda di halaman 1dari 2

Menariknya, sebelum dari ayat 148 yakni ayat 147, Allah ada menyebut perihal orang yang

bersyukur. Konteks ayat 148 pula berbicara mengenai elakkan berdoa/menyeru perkara yang
buruk kepada orang lain kecuali jika kita dipihak yang teraniaya. Seolah-olah perbuatan
bersyukur dan berdoa/menyeru perkara yang baik kepada orang lain ini adalah perkara yang
tidak terpisah.

 Tidak menzahirkan ayat al-quran ketika berada di dalam tandas. Ia tidak


dibenarkan dalam Islam.

 Perbuatan bersedekah boleh disebarkan sekiranya bertujuan menggalakkan orang lain


untuk bersama-sama melakukannya. Namun jika dilakuka secara rahsia adalah lebih
baik agar dapat memelihara kehormatan fakir miskin dan menjaga diri kita daripada
timbulnya perasaan riak. ( tp,derma amanah orang perlu di tunjukkan, merujuk kepada
kes-kes yang berlaku)

 Jangan menyebut-menyebut kebaikan semata-mata untuk ditunjukkan kepada


masyarakat melalui media sosial. Pastinya kita tidak tahu ada dalam kalangan mereka
yang melihat itu berniat jahat dan ingin merosakkan kita.
 Tanya hati kita ??????

Kalau kamu zahirkan sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi
contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang
fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian
daripada kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang
kamu lakukan." (Surah al-Baqarah, ayat 271)

Banyak tempat di dalam al-Quran yang memberi bimbingan dan arahan jelas mengenai infak serta
pelbagai cara galakan atau ancaman mengenainya supaya kita dapat memahami dua perkara penting.
Pertama, memahami betapa jauhnya pandangan Islam terhadap perlunya tabiat manusia digerak dan
dirangsangkan secara berterusan supaya dapat mengatasi perasaan tamak.

Kedua, memahami tabiat manusia yang wujud dalam masyarakat Arab yang dikenali umum sebagai
bersifat pemurah dan dermawan. Oleh itu, bukanlah menjadi satu perkara mudah kepada Islam untuk
mengajar mereka bersedekah semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana manusia.

Orang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa diberi oleh
tangan kanannya ialah gambaran mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya
tidak ramai yang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya.

Ulama berpendapat maksud pemberian yang harus disembunyikan ialah pemberian sunat,
manakala yang dimaksudkan pemberian perlu dihebahkan adalah pemberian wajib iaitu zakat
kerana menzahirkan ibadah wajib adalah dituntut seperti solat wajib serta berzakat.

Di dalam melakukan ibadah wajib, berzakat lebih utama untuk dizahirkan berbanding solat
kerana lebih mudah untuk bersolat dalam waktunya berbanding berzakat yang dihimpit
dengan perasaan bakhil untuk memberi.

Ketika Allah SWT membicarakan sifat orang yang bertakwa, Allah SWT menyatakan salah
satu daripada sifat itu ialah orang yang menginfakkan harta di jalan-Nya.

Firman Allah SWT: "Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan
menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri
(daripada meminta)." (Surah Az-Zariyat, ayat 19).

Apabila kita menyumbang sudah tentu kita akan sumbangkan kepada golongan yang
memerlukan dan tidak berkeupayaan seperti fakir miskin yang mana dengan sumbangan itu
golongan fakir miskin ini akan merasakan mereka masih diberi perhatian oleh orang berada.

Anda mungkin juga menyukai